Rabu, 22 Jun 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


BERSIH 2.0 bukan pertembungan antara Melayu, tetapi antara yang Hak dan Bathil!

Posted: 21 Jun 2011 05:52 PM PDT

Rupa-rupanya Ibrahim al-Kataki begitu kasih dan sayang kepada mereka bila dia dilaporkan sebagai berkata "masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah"

Al-Kataki berkata begitu ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

Tidak sangka pula begitu prihatin si Katak ini kali ini terhadap masyarakat China.Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng patut peluk dan cium katak ini bila ada peluang bertemu dengannya.

Jangan harap Ibrahim si Katak ini boleh berubah jadi seorang 'putera' bila dicium oleh Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Al-Kataki ini hanyalah si Katak bawah tempurong bila mana dia menganggap perhimpunan Bersih hanya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS!

Ketahuilah wahai penyokong Ibrahim al-Kataki, bahawa Bersih adalah tuntutan semua rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa dan anutan agamanya, yang mahukan pilihanraya yang 'Bersih dan Adil'.Ini bukan persoalan bangsa Melayu tetapi adalah persoalan rakyat Malaysia menuntut haknya yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Ini bukan pertembungan antara Melayu dengan Melayu seperti anggapan Ibrahim al-kataki; tetapi adalah pertembungan antara yang Hak dan Bathil. Agama Islam menyuruh kita melakukan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Kita sekali-kali tidak akan gentar dan takut menghadapi halangan yang cuba menakut-nakutkan kita dalam usaha kearah menentang kebathilan dan menegakkan yang hak.Kita akan hadapi apa sahaja kemungkinan dan berserah kepada Allah yang maha berkuasa dan penentu segalanya.

Tiada ulasan: