Rabu, 22 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pekida bukan Perkasa, kami takkan turun Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2011 08:18 AM PDT

Datuk Roslan Dahaman berkata, pihaknya tidak mahu terlibat dengan sebarang agenda politik yang jelas bertentangan dengan perjuangan mereka.


PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bertegas tidak akan turun menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan.

Walau bagaimanapun Ahli Majlis Tertinggi Pekida Malaysia Datuk Roslan Dahaman berkata ini tidak bermakna pihaknya menyokong perhimpunan
mendesak satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas itu.

Berbeza dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno yang mahu turun menghalang perhimpunan tersebut, Roslan berkata pihaknya tidak mahu terlibat dengan sebarang agenda politik yang jelas bertentangan dengan perjuangan mereka.

Soalan: Apa beza Pekida dan Perkasa?

Roslan: Saya pun tak faham mengapa Perkasa ditubuhkan. Semasa perasmian Perkasa di Dewan Tenaga Nasional Bangsar yang dihadiri oleh semua menteri termasuk Tun (Dr Mahathir Mohammad) berucap dari pagi sampai petang, petang sampai (kerusi) kosong. Tetapi saya masih tak nampak hala tuju apa yang diucapkan.

Mereka ada duit boleh bina empayar begitu saja. Kami Pekida bergerak daripada bawah keatas, bermula daripada bawah, daripada ahli biasa bergerak individu, tiada satu menteri pun yang tolong.

Hala tuju Perkasa ni apa? Politik atau menegakkan orang Melayu. Penubuhan Perkasa ini terlalu awal…..hanya perhimpunan, perhimpunan, perhimpunan, apa hala tuju perhimpunan? Kalau nak kata bantu orang, kami pun bantu orang, takkan nak cakap pada seluruh media Pekida bantu orang.

Tangan kanan memberi, tangan kiri diam. Kami ada asrama anak yatim, asrama tahfiz sendiri di Bentong, Pahang tanpa bantuan kerajaan tapi tak dipandang masyarakat, tak dipandang kerajaan.

Mungkin Pekida boleh bekerjasama dengan Perkasa?

Kami tak minat bekerjasama dengan Perkasa. Kita tak mahu tonjolkan muka dengan Perkasa. Kami berbeza atas dasar. Perkasa politik, kami atas dakwah Islamiyah.

Kami mungkin boleh bersatu dalam mempertahankan sesuatu hal tetapi kerana sifat kekitaan yang tinggi itu yang jadi masalah. Perkasa selalu keluar dikaca televisyen dan akhbar, kita bukan begitu.

Mungkin kerana pendirian sedemikian orang fitnah Pekida dan mengambil kesempatan mengkomersilkan perjuangan kita.

Pekida akan turun Bersih 2.0?

Tak minat, kalau boleh jangan. Kami telah membuat laporan polis dan mengambil pendirian kerana mereka ada agenda spekulatif sendiri. Bersih kalau nak dakwa mereka ini tak adil, sudah enam negeri mereka tawan semasa pilihan raya (PRU 2008) dulu.

Kalau dengar bersih nak berarak, Perkasa nak berarak, Pemuda Umno nak berarak, sampai bila isu ini akan selesai? Nasib kita dihujung tanduk, jangan jaja masa depan negara demi agenda dan kepentingan sendiri.

Tetapi bagi kami jika berlakunya sebarang pertelingkahan kita akan menjadi barisan paling hadapan dalam mempertahankan hak kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam. Kami akan menjadi orang yang paling kehadapan berjuang mempertahankannya, bangsa dan hak kedaulatan raja-raja Melayu.

Syabas gagal selenggara air dengan baik

Posted: 22 Jun 2011 08:14 AM PDT

Exco Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong menafikan wujud masalah kekurangan air di Selangor.



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor kesal dengan gangguan bekalan air sementara yang berlaku di beberapa wilayah negeri itu sambil menyifatkan tindakan tersebut disebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) gagal untuk membuat penyelenggaran dengan baik.

Exco Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong menafikan wujud masalah kekurangan air di Selangor.

"Kenyataan Syabas hari ini yang menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air adalah tidak tepat. Memandangkan penstrukturan aset air itu telah dijalankan sejak tahun 1997.

"Syabas gagal menjalankan kerja-kerja naik taraf loji seperti yang sepatutnya. Tunggu hari ini baru hendak buat…dan mereka jadikan penstrukturan aset air ini sebagai alasan.

"Kerajaan Negeri kesal dengan gangguan air yang berlaku di beberapa daerah. Disebabkan masalah ini satu juta penduduk di kawasan berkenaan turut terjejas gara-gara Syabas tidak menjalankan naik taraf seperti yang sepatutnya.

"Dakwaan bahawa masalah ini timbul disebabkan Selangor kekurangan air adalah tidak benar," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Menurut Elizabeth simpanan air di beberapa empangan negeri itu dalam keadaan baik dan mampu menampung penggunaan air semasa penduduk negeri itu.

Keupayaan Syabas perlu dinilai semula

Maka beliau menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dibawah Datuk Shaziman Abu Mansor agar menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas.

"Simpanan air di Selangor masih ditahap yang tinggi iaitu 100 peratus mengikut Lembaga Urus Air Selangor (Luas) pada 21 Jun 2011.
Malah Kerajaan Negeri akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua.

Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor.

"Tambahan itu, Kerajaan Negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia," katanya.

Gangguan bekalan air itu melibatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor bermula hari ini sehingga Jumaat.

Malah melalui laporan Bernama hari ini wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bermula dari 9 malam hari Selasa depan (28 Jun) hingga 9 pagi keesokannya (Rabu, 29 Jun).

Syabas dalam kenyataan hari ini berkata gangguan berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan paip bocor dan penggantian injap bersaiz 1,200 MM di Puchong Getaway.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan perlantikan Pengarah Luas yang baru, Khairy Selamat yang pernah berkhidmat di Jabatan Pengaliran Selangor pada 2007-2008.

Dalam Durian Ada Durian, Maha Besar Allah!

Posted: 22 Jun 2011 08:07 AM PDT

KELAB GREENBOC

Bukit Siput, Segamat - Musim durian kali ini memberikan kejutan kepada seorang pengawal keselamatan di sini apabila menjumpai durian kecil di dalam sebiji durian yang ingin dimakannya, semalam.

Nursina Munan, 58, berkata, durian Segamat sememangnya terkenal di serata daerah lain dan menjadi buah-buahan tempatan yang mempunyai ramai penggemarnya.

"Keenakan buah durian Segamat diakui oleh pengunjung luar yang datang menikmatinya di sini.

"Malah terdapat satu tugu durian gergasi dibina di Dataran Segamat sebagai simbolik durian popular di daerah ini.

"Rasa durian ini tidak jauh berbeza dengan rasa durian lain, tetapi durian di Segamat masih mempunyai ramai peminat termasuk penduduk tempatan sendiri," katanya.

Menurut Nursina, dia mendapat durian pelik itu daripada seorang rakan di Pekan Jabi, Segamat.

"Sebaik pulang dari kerja, hati saya berat mahu membukanya, walaupun teringin untuk makan bersama bersama suami dan anak-anak.

"Durian ini dari luaran tidak mempunyai sebarang bentuk perbezaan berbanding durian biasa, namun apabila sudah mengupasnya bersama suami dan anak, kami terkejut apabila mendapati terdapat durian kecil di dalamnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia mempunyai niat untuk menyimpan durian kecil tersebut sebagai kenangan di dalam hidupnya ditambah pula dia sendiri berasal dari daerah raja buah tersebut. -SH

Ulasan GB

Firmanullah:

يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

.. Dia menambahkan dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Fathir:1)

Anwar tak yakin 'Datuk T' akan didakwa

Posted: 22 Jun 2011 08:04 AM PDT

SABAH DAILY


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin sesuatu akan berhasil daripada tuduhan terhadap Trio Datuk T berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, walaupun beliau telahpun menafikannya.

Ketua pembangkang itu mendakwa, berasaskan kepada rekod prestasi peguam negara, mereka akan dikenakan tuduhan paling minima untuk menyenangkan hati pihak (Umno), sepertimana dengan tuduhan bermotifkan politik yang lain, kecuali bila ia membabitkan pemimpin pembangkang.azlanAhli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata hari ini bahawa ketiga-tiga mereka akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

"Saya tidak tahu, (saya) tidak mendengar, kes-kes seperti ini ditangguhkan (untuk) banyak bulan, (ia) akan membangkitkan banyak persoalan," tegas Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pada 21 March lalu, satu video seks ditayangkan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur, untuk editor dan wartawan.

Eskay, serta bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mengakui bahawa mereka di sebalik tayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara.

Walaupun lelaki dalam video dikatakan mirip Anwar, tetapi beliau telah menafikan sebarang penglibatan dan telah membuat laporan polis. -MK

SPRM KENCING MUKA SENDIRI?

Posted: 22 Jun 2011 08:01 AM PDT


Oleh : JACOB ALEXANDER

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin kehilangan taring kerana lebih menumpukan kepada kes lapuk dan mengosongkan inventori kes berprofail tinggi kerana mengamalkan pendakwaan terpilih ala 'Kacang Putih'; seolah-olah mereka kencing ke muka mereka sendiri.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang ditemui di Mahkamah Tinggi baru-baru ini ekoran penolakan rayuan Mantan Ahli Parlimen Labuan, menyatakan bahawa Malaysia gagal memastikan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kedua iaitu Memerangi Rasuah telah gagal secara total.

Kata Patrick, Menteri yang dipertanggug jawab menjaga NKRA kedua ini ialah Dato' Seri Mohd Nazri Aziz telah gagal memastikan SPRM berfungsi sebagaimana ditubuhkan dan hanya mendakwa kes kacang putih sedangkan kes berprofail tinggi ditutup begitu sahaja, atau 'No Case To Answer'.

Menurut Patrick, di dalam janji Perdana Menteri berhubung NKRA kedua ini, kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah dan haruslah dibendung sebelum terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

Oleh itu, kata Patrick, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, maka kerajaan pimpinan Najib beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

Tetapi tegas Patrick, kerajaan bukan sahaja tidak menaiktaraf mutu siasatan SPRM, malah kerajaan menyumbang kepada amalan rasuah melalui amalan tender terhad atau tertutup untuk menjaga kepentingan kroni, sehingga akauntabiliti kerajaan berada di kelas kambing kerana rasuah menjadi salah satu komponen penting dalam ekuiti pembangunan Negara.

Dalam pada itu, berbalik kepada kes rayuan Suhaili yang ditolak Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Patrick berpendapat SPRM menyalahguna proses mahkamah dan menjadi alat membunuh karier politik pemimpin yang tidak disukai pemimpin persekutuan di Sabah.

Patrick yang mengikuti kes Suhaili sejak hari pendakwaan, mendapati ada yang tidak kena dan sewajarnya Panel SPRM mengkaji semula kes berkenaan disebabkan tuduhan dipinda beberapa kali termasuk menggunakan kad pengenalan palsu dan SPRM boleh didakwa melakukan perbuatan menghina mahkamah.

"Sepanjang saya kenal Suhaili, beliau mempunyai rekod yang baik sebagai Ahli Parlimen, Pengerusi Perbadanan Labuan dan Ketua UMNO Bahagian Labuan sejak 1999 sehingga 2008, tidak ada sebarang pertuduhan rasuah atau kes salahguna kuasa dikenakan terhadap beliau," kata Patrick yang kesal kerana pemimpin UMNO menggunakan SPRM melakukan 'Character Assassignation' dan bukan lagi sebagai pencegah rasuah.

Kata Patrick, adalah tidak wajar jika SPRM menjadikan kes Suhaili menjadi penjamin pada tahun 1996 bagi satu pinjaman yang sudah habis berbayar 100% dan bukannya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen.

"Seperti menggali keranda nenek moyang Suhaili untuk membuktikan bahawa Suhaili bersalah di atas jenayah (jika ada) yang dilakukan nenek moyangnya," kata Patrick yang membuat tamsilan sinis berkenaan.

SPRM dan Pendakwaraya, kata Patrick tidak langsung mengambil kira keputusan mahkamah pada 1997 ketika Suhaili mencabar kes beliau dimufliskan pada 1993 kerana menjamin pinjaman bank kepada akaun sewa beli kereta yang dibuat oleh kawannya pada 1982.

"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 1997 sudah jelas membebaskan Suhaili daripada kes Muflis beliau dan tidak wajar SPRM menggunakan kes yang telah dibebaskan oleh mahkamah untuk membunuh karier politik Suhaili atau mana-mana rakyat Sabah," kata Patrick yang memberikan sokongan padu kepada Suhaili untuk memfailkan rayuan sekali lagi.

Berbanding dengan kes berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin negara, kata Patrick langsung tidak disiasat atau ditutup begitu sahaja, termasuk kes seorang Pegawai Turus Kerajaan Persekutuan mendapat 500 ekar tanah di Sabah; kes TELCO yang melibatkan seorang menteri Kabinet dan sebagainya.

Dalam pada itu beberapa NGO dan parti politik dipercayai sedang berusaha untuk melamar Suhaili, namun ketika dihubungi Suhaili berkata beliau hanya akan membuat keputusan jika rayuan akan datang ditolak.

Buku Politik Hentam Najib?

Posted: 22 Jun 2011 07:59 AM PDT

MSO


DUA hari lepas saya kawan lama saya, seorang wartawan dan politician sdr Shabuddin Hussein memberikan sebuah buku yang baru diterbitnya. Judul buku itu agak kritis juga; "Najib Perdana Menteri Terakhir..." sub titlenya pula berbunyi; Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End.."

Saya belum membaca keseluruhannya dan sempat membelek dan menliti beberapa bab. Melihat kepada judulnya saya rasa buku ini bakal tidak disenangi oleh Najib dan Umno.

Ini kerana pada pandangan saya buku ini mengkritik Umno dengan menjadikan Najib Razak sebagai objeknya. Kalau dilihat kepada judulnya ia negatif. Tetapi saya tidak fikir isinya keras dan mengancam sampai Najib atau Umno akan melenting kerana Shahbuddin adalah ahli Umno. Kalaulah ahli sebuah parti menghentam kepada pucuk pimpinannya ini bermakna parti itu sudah berada di tahap yang teruk.

Saya rasa apa yang cuba didedahkan dalam buku ini adalah pemerhatian beliau terhadap nasib parti itu ke belakangan ini yang sedang menghadapi gelombang dan goncangan dari Pakatan Rakyat. Bagi Shahbuddin budaya yang mewajahi parti itu membimbangkan beliau. Budaya itu tentulah rasuah dan juga cantas mencantas dalam parti.

Saya rasa Shahbudin ikhlas dalam mengatakan apa yang beliau hendak kata dalam buku ini. Tentulah sebagai seorang ahli parti dia mahu parti itu dibaik pulihkan. Amaran yang hendak disampaikan kalau Umno tidak berubah, seperti mana kehendak Najib - melakukan tranfsormasi, mungkin Umno akan hanyut.

Ikhlas saya katakan orang Umno dan pemimpin atasannya sekali kena baca buku ini dengan berlapang dada. Pandangan dan kritikan yang dihemburkan untuk membaiki parti berkenaan. Sayang kalau Umno melihat dari sudut negatif maka buku ini tidak akan banyak memberi kebaikan kepada Umno.

Buku ini mempunyai 320 muka surat dengan membentangkan 25 tajuk yang bukan saja menyentuh soal Umno tetapi turut memperkatakan perkembangan atau pun perubahan di dalam parti-parti Pakatan Rakyat. Antara tajuk-tajuk yang menarik dan saya rasa menimbulkan kontroversi ialah; Umno mesti dikalah, Jangan bimbang jika Umno tumbang, Menteri-menteri yang gagal.

1Malaysia jadikan Melayu kelas kedua? Juara rakyat program syok sendiri, Rosmah punca rakyat tolak Umno, Pengkhianat jadi perimodana dan lain-lain lagi.

Beberapa gambar menarik juga dikempilkan sama untuk menjadi halwa mata.

Menurut Shahbuddin minggu depan buku ini akan beredar di pasaran. Jangan lah pula ada yang berfikiran sempit menuduh Shahbuddin telah tidak setia dengan partinya apabila menulis buku dengan judul sebeginilah.

Thaniah kepada Shahbuddin kerana dapat menghasil sebuah buku politik semasa yang menyuluh mengenai masalah depan Umno dan merungkaikan beberapa masalahnya. Dan bila saya memegang buku ini pula timbul perasaan cemburu dan tercabar kerana saya sudah dua tahun tidak menghasil buku politik! Tidak mengapa buku kawan saya ini akan menjadi pendorong untuk saya melapangkan masa bagi menghasilkan buku sebagai meneruskan perjuangan menerus pena

PERHIMPUNAN BERSIH - KHALID YUNUS MAHARAJA LAWAK YANG BINGAI

Posted: 22 Jun 2011 07:57 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAKIT perut aku menahan ketawa membaca kenyataan bekas MP Parlimen Jempol, Khalid Yunus di dalam akhbar Sinar hari ini. Orang tua beruban putih ini mungkin terlebih nyanyuk gamaknya. Beliau cuba mengulas isu perhimpunan BERSIH, kununnya mahu jadi hero setaraf hero katak Berahim Ali.

Apa beliau kata? "Jangan ganggu hak orang kalau hak sendiri tidak mahu diganggu". Amaran itu ditujukan beliau kepada Datuk S. Ambiga Pengerusi BERSIH. Beliau berucap semasa perhimpunan anjuran PERKASA semalam yang mudah pula mendapat permit berhimpun dan berceramah. Aku nak bagitahu la orang kampong aku ni, wahai Khalid, orang bercerita pasal perhimpunan BERSIH, yang awak merepek pasal hak tu buat apa? BERSIH ganggu hak siapa? Hak SPR? Habis tu, hak rakyat untuk memilih dan mengundi mengikut sistem dan peraturan yang adil bagaimana?

Lebih kelakar lagi apabila tok uban ini merapu dengan ayat ini, " Mengapa perkara dalam Perlembagaan dipertikaikan oleh BERSIH? "Hak Melayu sudah termaktub sebagai hak Melayu". Aduhhh....betapa bengapnya bekas MP Jempol ini. Apa kena mengena perhimpunan BERSIH dengan hak Melayu dalam Perlembagaan? Tok uban ni tau ke BERSIH tu apa? Atau selama ini dia tidor kemudian dikejutkan oleh PERKASA untuk berucap. Dalam keadaan mengigau tok uban ni pun bercakap pasal hak Melayu.

Wahai tok uban, jangan malukan orang Nogori Sembilan weh... Aku nak ajar sikit tok uban ni. BERSIH menuntut beberapa perkara yang ada kaitan dengan membaikpulih sistem pilihanraya agar lebih baik dan telus. Apabila disebut pilihanraya, ini bukan soal hak Melayu atau mana-mana kaum. Tok uban ingat BERSIH ini mahu hapuskan hak Melayu untuk mengundi ke? Di mana pula perkara dalam Perlembagaan yang BERSIH langgar? Bahkan, BERSIH mematuhi perkara di dalam Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman. Itu pun susah sangat ke Khalid Yunus nak faham?

Amat malang sekali, orang macam ini digunakan oleh Umno untuk menjalankan propaganda anti BERSIH. Beliau bukan sahaja gagal, malah menampakkan kebodohan pemikirannya. Nasib baik beliau tidak lagi menjadi MP Jempol, jika tidak, malu rakyat Jempol ada Wakil Rakyat sebodoh ini. Entah macam mana dulu beliau ini dipilih jadi Wakil Rakyat dan jadi Menteri tak tahu lah.

Apa pun, tahniah buat Khalid yunus. Paling tidak pun menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk menyokong BERSIH kerana hujah pemimpin Umno terutamanya dari PERKASA semuanya hujah yang berstatus longkang./wfauzdin.blogspot.com

RAHIM TAMBI CHIK BAKAL TERLUCUT JAWATAN PENGERUSI RISDA?

Posted: 22 Jun 2011 07:45 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, Datuk `T' yang diketuai oleh Datuk Eskay berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Jumaat ini atas kesalahan menayangkan video lucah. Sebelum ini pun ada berita yang seumpama itu, dan kita harapkan kali ini `betul-betul, bukan cobaannn".

Sudah lama kita menunggu hasil siasatan ke atas kumpulan `three strooges' ini walaupun mereka pun sudah lama mengaku menayangkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Kini, kita menanti apakah kali ini benar-benar mereka didakwa dan apakah hukumannya nanti. Adakah sama dengan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang lain di dalam kes yang sama, itu semua menjadi perhatian kita.

Saya yakin, sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun hukumannya bukan lah sampai ke tali gantung. Jika diberi pilihan samada penjara atau membayar denda, saya pasti kumpulan tersebut tiada masalah dengan bayaran denda. Bayar saja denda, mereka pun akan bebas.

Seandainya Rahim Thamby Chik juga turut didapati bersalah, walaupun beliau terlebih mampu untuk membayar denda namun wajarkah beliau sebagai pesalah bahan lucah boleh terus memegang jawatan Pengerusi Risda? Kita lihat nanti sejauh mana kekuatan pemimpin Umno untuk menangani masalah moral orang seperti ini./

wfauzdin.blogspot.com

Marsha kahwin senyap-senyap

Posted: 22 Jun 2011 07:43 AM PDT

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Hellinie Sina


MARSHA...enggan ulas lanjut

MARSHA...enggan ulas lanjut

KUALA LUMPUR: "Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu," kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.

Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.

"Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.

"Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

PM lancarkan pasar mini Kedai Rakyat 1Malaysia

Posted: 22 Jun 2011 07:41 AM PDT

BERNAMA

KELANA JAYA— Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kedai yang terletak di Stesen LRT Kelana Jaya itu diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd, dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.

"Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan bahawa selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara," kata Perdana Menteri.

Menurut Najib Kedai Rakyat 1Malaysia ini memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan.

Pemuda rogol kakak saudara berusia 16 tahun ditahan

Posted: 22 Jun 2011 07:34 AM PDT

KENINGAU KINI


KENINGAU – Polis menahan seorang pemuda berusia 27 tahun setelah dipercayai merogol kakak saudaranya berusia 16 tahun sebanyak dua kali di Kampung Biah, di sini pada 30 April dan 30 Mei lalu.

Suspek ditahan semalam, beberapa jam setelah mangsa yang tidak bersekolah bersama ibu bapanya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian pertama berlaku pada pukul 9.30 malam di bilik tidur mangsa, manakala kali kedua pada 30 Mei lalu di kawasan belakang gereja kampung itu.

"Suspek tinggal berdekatan rumah remaja itu dan dalam kejadian pertama suspek dikatakan mabuk selepas menghadiri majlis pertunangan kakak mangsa.

"Suspek naik ke bilik mangsa dan merogolnya ketika keluarga mangsa sedang tidur dan suspek sempat keluar daripada rumah mangsa sebelum keluarganya bangun," katanya di sini hari ini.

Zahari berkata, dalam kejadian kedua pula mangsa dikatakan telah menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suspek untuk berjumpa bagi memberikan barang.

"Dalam pertemuan itu, suspek telah membawa remaja terbabit ke belakang gereja sebelum merogolnya," katanya.

Tambah Zahari, mangsa mendakwa diugut agar tidak membocorkan perkara itu kepada sesiapa sehinggalah remaja tersebut menceritakannya kepada ketua kampung dan ibu bapanya lalu membuat laporan polis.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BERSIH 2.0 - Khairy Jamaluddin Hentam Perhimpunan PERKASA Rasis.

Posted: 22 Jun 2011 07:31 AM PDT

KLPOS.COM


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin mengkritik Perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julain depan. Malah, beliau turut menempelak demonstrasi yang sedang dirancang oleh NGO Perkasa yang katanya membawa unsur-unsur perkauman.

"I don't agreed with BERSIH. I don't agreed with Ibrahim Ali also. Saya tengok laporan dia (Ibrahim Ali) kata orang Cina jangan keluar dan sebagainya, this is totally racism. It's crazy."

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Pemuda UMNO Malaysia bersama UDA Holdings Bhd. di sini hari ini.

Khairy juga mendakwa, walaupun Pemuda UMNO tetap akan meneruskan Perhimpunan pada hari yang sama akan tetapi ianya bertujuan bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung mengenai penipuan Anwar dan Ambiga yang ternyata dipergunakan Pembangkang bagi tujuan tersebut.

Perhimpunan Pemuda UMNO tidak langsung membawa kepada unsur-unsur perkauman apatah lagi membawa unsur-unsur perkauman.

"Kita (Pemuda UMNO) buat yang baik. Bukan benda yang menghasut."

Beliau juga percaya pihak polis akan memberi permit kepada Pemuda UMNO untuk meneruskan perhimpunan tersebut berbanding PERKASA dan BERSIH yang nyata lebih membawa kekacauan.

Semalam, PERKASA telah membuat Majlis Perlancaran Anti BERSIH 2.0 di Stadium Kelab Sultan Sulaiman sebagai permulaan untuk merancang merempuh menghentikan Perhimpunan BERSIH 2.0. PERKASa juga telah bertindak membakar beberapa gambar Ambiga yang merupakan Pengerusi bagi Perhimpunan ini.





Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ.

Posted: 22 Jun 2011 07:29 AM PDT

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan.

Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."

Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.

Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.

Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.

Rayuan Anwar gugur hakim didengar 6 Julai

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Hafiz Yatim


Rayuan terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada mendengar perbicaraan liwat terhadapnya, akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 Julai.

Peguamnya, Sankara Nair, menerima pemberitahuan mengenai perkara itu semalam dari pendaftar Mahkamah Rayuan.

NONEAnwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Hakim Zabidin (kiri) telah mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri apabila mahkamah mendapati ada kes terhadapnya dan mendapati Saiful adalah sakti yang boleh dipercayai.

Peguam Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa keputusan Zabidin menunjukkan hakim itu membuat pra-penghakiman sebelum perbicaraan itu selesai.

Bagaimanapun, pada 6 Jun, Hakim Zabidin memutuskan bahawa permohonan Anwar tidak mempunyai merit dan menolaknya.

Karpal, bagaimanapun, berjaya mendapatkan perintah penangguhan daripada Zabidin sementara menunggu rayuan tersebut.

Walau apa pun hasil rayuan tersebut, Hakim Zabidin telah menetapkan 13 Julai untuk kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Taib: Saya tiada akaun bank sulit di Switzerland

Posted: 21 Jun 2011 11:59 PM PDT

Ang Ngan Toh


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan dakwaan Dana Bruno Manser (BMF) bahawa beliau memiliki akaun bank di Switzerland.

Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.

"Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun.

"Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss.

"Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden (Micheline Calmy-Ray) itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland seperti yang didakwa BMF dan minta salinan tuduhan supaya boleh mendapatkan nasihat peguam," katanya.

Program pemutihan pendatang asing - 11 Julai

Posted: 21 Jun 2011 11:58 PM PDT

MALAYSIA KINI


Kerajaan akan menawarkan program pengampunan selama enam bulan kepada pekerja dan pendatang tanpa izin yang jumlahnya agak besar di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau pengampunan dan pemutihan berkenaan mulai 11 Julai depan itu bertujuan mengurangkan bilangan mereka di negara ini.

Program yang dinamakan '6P iaitu pendaftaran, pemutìhan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan.

Menteri bimbang salahguna maahad sebar JI

Posted: 21 Jun 2011 11:41 PM PDT

MALAYSIA KINI


Mentei Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan maahad atau sekolah agama untuk menyebarkan agenda kumpulan pengganas Jemaah Islamiah.

Katanya, penelitian polis mendapati memang wujud aktiviti sedemikian untuk merosakkan pemikiran pelajar sekolah.

"Kita bimbang ia ulangi peristiwa tak baik seperti Al-Maunah," katanya.

Rakyat terhibur Perkasa, Pemuda Umno bertelagah

Posted: 21 Jun 2011 11:39 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu apabila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini.

Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan 'perkauman, menghasut dan berbahaya'.

Manakala Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, paling menarik sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

"Situasi pada masa ini nampaknya begitu menyebelahi Bersih dan rakyat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara.

"Termakbulah doa orang-orang yang beriman yang bertekad menyertai Bersih kerana Allah memecah belahkan golongan yang takut pada perpaduan rakyat melalui Bersih," katanya.

Tambahnya, mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih yang akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran.

Katanya, DPPP yakin dengan keikhlasan rakyat yang akan turun 9 Julai ini, segala ancaman dan ugutan dari Perkasa atau pihak-pihak lain hanyalah menambahkan semangat mereka sahaja.

Tegasnya, semakin di desak, diugut, ancam, maka semakin kuatlah iltizam rakyat menuntut perubahan.

"DPPP mengesa seluruh Jentera Penerangan PAS, khususnya jentera pemuda untuk mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber," katanya lagi.

Beliau menambah, setiap rakyat berhak untuk tahu tentang Bersih dan himpunan 9 Julai.

Menurutnya, mereka wajib tahu hak demokrasi mereka dan penyelewangan yang berlaku dalam Pilihan raya serta 8 tuntutan Bersih.

"Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja dirumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat.

"Ayuh anak muda, ayuh rakyat. Katakan Ya pada 'Bersih' dan Ya untuk 'Hak Demokrasi' anda. Mari kita 'kuningkan' Kuala Lumpur 9 Julai ini," katanya.

Jadikan Kelantan sebagai ‘makmal Islam’

Posted: 21 Jun 2011 11:36 PM PDT

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU: Setelah lebih 21 tahun PAS mentadbir Kelantan, ia amat sesuai jika dijadikan sebagai sebuah 'makmal Islam', kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini, katanya kerana pentadbiran yang dilaksanakan adalah berasaskan Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri himpunan penjawat awam Kompleks Kerajaan Darulnaim, pagi ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, Exco-exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Nik Aziz berkata, kakitangan kerajaan negeri seharusnya mengikut sebaik mungkin dasar kerajaan yang dikeluarkan agar ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat negeri ini.

"Tuan-tuan adalah merupakan kakitangan kepada kerajaan yang berasaskan Islam, oleh itu kita semua seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang kita laksanakan di pejabat demi kesejahteraan rakyat," ujar beliau.

Tuan Guru juga menyentuh tentang kelebihan bulan Rejab yang boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui peristiwa di akhirat melalui peristiwa Israk Mikraj.

"Bulan ini amat wajar umat Islam membicarakan hal kelebihan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj.

"Kita diberitahu dengan jelas perkembangan di akhirat, oleh itu kita semua seharusnya mengambil berat hal ini terutamanya dalam melaksanakan tugas yang diberikan kerana ia tetap mendapat balasan di akhirat nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias yang akan bersara wajib 26 Jun ini telah menyampaikan amanat akhir sebagai ketua pentadbiran negeri dengan menyampaikan nasihat agar semua kakitangan kerajaan negeri akur akan dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan menjalankan dengan sebaik mungkin.

"Tuan-tuan, walaupun kita akan bertemu dengan hari persaraan kita sebagai kakitangan kerajaan namun ia tidak seharusnya terhenti di situ sahaja, malah tenaga kita masih lagi boleh disumbangkan kepada masyarakat dalam pelbagai aktiviti kebajikan," kata beliau.

Beliau yang berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun akan digantikan oleh Dr Zainuddin Ibrahim yang akan menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang baru.

Mohd Aiseri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang selama ini telah membimbing beliau dalam mentadbir negeri secara kehendak Islam.

Azmin Ali persenda pelantikan Agong, kata timbalan pengerusi SPR

Posted: 21 Jun 2011 11:30 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Azmin berucap sewaktu Konvensyen pilihan raya PKR di Shah Alam 19 June, 2011.— Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR — Gesaan PKR agar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu umpama mempersenda pelantikan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Wan Ahmad berkata, pelantikan beliau sebagai timbalan pengerusi SPR telah diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"SPR merupakan satu badan yang bebas dari segi Perlembagaan. Saya juga telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kenyataan Azmin (Ali, timbalan presiden PKR) supaya saya letak jawatan ibarat mempersendakan pelantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada Konvensyen Pilihan Raya PKR, Azmin menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan jika tidak dapat membuktikan daftar pemilih induk yang diwartakan bulan lalu adalah bersih seratus peratus daripada pengundi hantu.

Wan Ahmad diberi kata dua 48 jam membuktikan perkara itu.

Sambil menjadikan contoh di bahagian Parlimen Gombak diwakilinya, Azmin berkata SPR perlu membuktikan dakwaan dibuat beliau adalah tidak benar.

Dalam kenyataannya lagi, Azmin berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate mempunyai 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina.

"Emak saya tinggal seorang diri sejak ayah saya meninggal dunia pada 1999. Sekarang saya ada (lima) adik-beradik Cina (pengundi kalangan kaum Cina) di rumah emak saya," katanya.

Azmin mendakwa banyak nama pemilih berdaftar tidak disertakan dengan alamat lengkap oleh SPR.

"Ketua Umno di SPR, Wan Ahmad... pada petang ini, saya ingin mengajak warga media untuk melihat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 13 Mei 2011... daftar pemilih ini ialah paling kotor dalam sejarah.

"(Kepada) Wan Ahmad, saya bagi dia 48 jam jawab atau letak jawatan sebagai timbalan pengerusi SPR... turun ke Kampung Klang Gate... mana pemilih Cina dan India menetap di situ," kata beliau sambil berkata, ia merupakan penempatan orang Melayu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Azmin mengenai daftar pemilih yang melibatkan kawasan Parlimen Gombak, Wan Ahmad berkata, beliau mengambil pendekatan untuk "tidak mahu komen apa-apa."

Katanya, "saya dah beri penjelasan macam-macam. Tetapi masih ada lagi yang mempertikaikan daftar pemilih. Isu ini bukan perkara baru. Kita lakukan pembersihan setiap hari. Jika kita tidak dapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR tidak boleh sesuka hati keluarkan daftar pemilih."

Jelasnya, jika terdapat pendaftar yang tidak mengemas kini butir peribadi kepada JPN sama ada sudah meninggal dunia atau berpindah, SPR tidak dapat berbuat apa-apa.

"Kita akan memberikan penjelasan dari semasa ke semasa mengenai hal berkaitan SPR. Saya akan mengulas lanjut mengenai perkara ini pada 29 Jun ini di suatu forum," ujarnya.

Video seks: Datuk T didakwa Jumaat

Posted: 21 Jun 2011 11:23 PM PDT


KUALA LUMPUR — Tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" — yang telah menggemparkan negara apabila menayangkan rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

"Datuk T", terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu

"Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum," kata Shazryl (gambar) dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Shazryl mengesahkan perkara itu.

"Confirm (sah)," jawannya ringkas.

Ketiga-tiga "Datuk T" ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah,

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan "Datuk T" yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.

Beng Hock: Suruhanjaya serah Agong laporan 124 halaman

Posted: 21 Jun 2011 11:19 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Diraya Siasatan menyiasat punca kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP, Teoh Beng Hock telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, laporan setebal 124 muka surat itu telah diserahkan pada pukul 10.30 pagi di Istana Negara.

"Sekarang terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong sama ada mahu dedahkan kepada umum atau tidak, tugas kami hanya menjalankan tugas dan serahkan laporan ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini. Tambah James, laporan sama akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Beliau juga berkata keputusan suruhanjaya itu dibuat secara sebulat suara bersama ahli panel yang lain.

Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Teoh, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Najib pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang persidangan, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, anggota keluarga dan pegawai SPRM selain terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Ditanya sama ada Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan laporan itu, James berkata "adalah lebih baik Yang di-Pertuan Agong membaca dulu laporan itu."

"Bagi kami, berpuas hati kerana dapat sempurnakan tugas yang telah diberikan, kami hanya diarah menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Adalah tidak adil untuk katakan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati atau tidak, beri masa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membaca laporan itu," katanya.

Seramai 70 saksi yang dipanggil sejak suruhanjaya itu memulakan prosiding pada 14 Februari lalu dan tamat pada 18 Mei.

Selain itu, 19,200 bahan bukti telah dikemukakan sepanjang prosiding itu berjalan.

NGO Eropah mahu aset Taib di Jerman dibekukan

Posted: 21 Jun 2011 05:12 PM PDT

MALAYSIA KINI


Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.

NONE"Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib (pertama dari kiri) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.

"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah," tulis NGO itu.

Sambil merujuk Taib sebagai 'pencuri' utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib.

DAP puji menteri pelancongan

Posted: 21 Jun 2011 05:09 PM PDT

Joseph Sipalan


Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mendapat pujian daripada orang yang tidak disangka-sangka apabila anggota parlimen Rasah Anthony Loke membangkitkan "penjimatan wang kita" dalam perbelanjaan perjalanannya.

NONELoke (kiri), yang selalu mengkritik menteri berkenaan, berkata ucapan tahniah perlu diberikan kepada Ng kerana berjaya mengurangkan peruntukan perbelanjaan perjalanannya sebanyak 87 peratus dalam tempoh lima bulan dalam tahun ini.

Berdasarkan jawapan bertulis di parlimen yang diterima Loke berhubung soalannya, menunjukkan setakat ini Ng telah membelanjakan RM92,102.10 ketika mengepalai dua misi pelancongan di Dubai, UAE dan Iran pada Mei untuk menarik pelancong Asia Barat ke Malaysia.

Secara perbandingannya, Ng membelanjakan RM719,788 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu bagi menghadiri lima acara antara Januari dan Mei, di mana perbelanjaan terbesar dicatat dalam misinya ke Eropah dengan belanja RM491,987.

"...kita mesti ucapkan tahnia padanya tahun ini. Ini peningkatan yang baik, dan ia menunjukkan dia mendengar kritikan kita," kata Loke dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Tiada yang peribadi antara saya dengan dia. Sudah tentu apabila dia membelanjakan wang yang banyak, kami sebagai pembangkang akan mengkritiknya.

"Tetapi kita mesti ucapkan tahniah padanya ekoran perbelanjaan tahun ini... bagus Ng Yen Yen. Harapnya dalam separuh masa kedua tahun ini dia terus menjimatkan wang."

PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu

Posted: 21 Jun 2011 05:06 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu.

najib on kuala terengganu by election 060109 04Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.

Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".

Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.

pas hadi awang pc in terengganu regarding pkns 031108Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.

Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.

Kejar bola

Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.

kuala terengganu by election 060109 abdul wahid endutPesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.

Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.

"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.

Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliDi samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.

Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.

Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.

Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.

Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.

Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.

Lebih bertenaga

Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.

Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.

kuala terengganu by election pas dikir barat performance 090109 crowd"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.

Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.

"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.

Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.

"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.

Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.

kuala terengganu by election 170109 pas centre with crowdSehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.

Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu.

Tiada ulasan: