Isnin, 20 Jun 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Hikayat Bangang Selepas Hujan!

Posted: 20 Jun 2011 03:14 AM PDT





DAP: UMNO TUNJUK BELANG BENARKAN KENYATAAN ALA NAZI PERKASA-Minsider



KUALA LUMPUR, 20 Jun – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa(gambar) yang diwakilinya semalam.


"Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.


"Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kata Lim , tidak pernah seorangpun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan.


Katanya, kenyataan seperti itu tidak boleh diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ia juga jelas menunjukkan bahawa slogan 1 Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.


"Umno mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain," kata beliau.


Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."


Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.


"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.




LSS:Benda paling bangang! dalam dunia akan di ungkapkan oleh orang yang paling bangang dalam dunia.macam mana dia punya bangang? kepala hotak yang bangang akan di kendalikan oleh se ekor katak selepas hujan.


kalau korang tengok lah pada "Chinese New Year" atau"Chap Goh Mei" korang akan pasti setiap kotaraya dan semua "shopping complex" gerenti akan lengang giler babi.Ini kerana seluruh cabang perniagaan di Malaysia ini di monopoli oleh masyarakat Cina.


Kalau seluruh masyarakat Tiong Hua sepakat untuk tutup kedai pasti yang mati kebulur adalah geng - geng perkasam dan pukida.Tapi Braheng aku tak tau dia lari ke mana? Masih ingat lagi tak demonstrasi baling oleh Mahasiswa pada tahun 1974.


mangkuk ayun ni jadi salah seorang "student" ITM yang menyertai demo ni.Mangkuk ni kena tangkap dan kena sumbat ke kemunting.Mangkuk ayun ni kelentong power kat SB - SB lepas tu terus lepas keluar dari kemunting.


Pada kawan - kawan dari seluruh kaum cina,melayu dan india di nasihatkan agar tak gentar dengan bunyi katak lepas hujan,bila matahari naik bunyi tu pun hilang.Oleh itu jangan malu dan jangan segan sama - sama kita turun 9 julai nanti!

Tiada ulasan: