Ajijoi |
PRU13: PAS Perak yakin Perak kembali kepada Pakatan Rakyat Posted: 29 Jun 2011 02:39 AM PDT IPOH, 29 Jun : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan Pilihanraya Umum 13 bakal memberi cabaran besar kepada Barisan Nasional di perak Darul Ridzuan. Ini kerana, PRU 13 bakal menjadi medan dimana rakyat Perak akan menilai prestasi Barisan Nasional yang telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak sah. Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaan pada PRU 13 akan menjadi bukti bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Tambahan beliau, walaupun PR dilihat sebagai menang tipis pada PRU 12, namun ianya adalah satu kemenangan yang sah daripada rakyat. Mengulas tentang kepimpinan BN di Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir dilihat sedikit goyah dan banyak dibayangi dengan aura oleh Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang lebih disenangi oleh rakyat Perak berbilang kaum. Ini bukti yang jelas bahawa rakyat Perak tahu menilai siapa pemimpin yang lebih telus dan berjiwa rakyat. Memetik ucapan beliau, " PAS bersama Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk menggempur Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang kerana kami percaya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat di samping usaha gigih semua ahli." Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT dan terus berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada pakatan Rakyat menjelang PRU 13. |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan