Rabu, 29 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sokong BERSIH, Polis Akan Tahan Sesiapa Sahaja

Posted: 29 Jun 2011 08:59 AM PDT



P/s: Mimpi ngeri untuk demokrasi dan keadilan!

Sehingga kini tidak kedengaran tindakan diambil terhadap samseng UMCO yang mahu membakar pejabat PKR





Pada Hari Ini, Pada Tarikh Ini, Pada Waktu Ini, Genaplah 365 Hari

Posted: 29 Jun 2011 08:05 AM PDT

Allahyarhamah ibu tercinta Hamidah Mohd Nordin.
Saya sentiasa merinduinya, sentiasa mengharapkannya berada di sisi, namun Allah lebih menyayanginya.
Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat dan segala dosanya diampuni Allah. Kepada yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati.

Aksi Berahi Lelaki "Tidak Siuman"

Posted: 29 Jun 2011 06:37 AM PDT


Lelaki tidak siuman dengan patung seks.

Lelaki di atas tidak siuman kerana masalah mental. Walaupun tindakan berahinya mengerikan orang yang lalu lalang, namun tingkah lakunya bukan menghairankan.

Pasangan di bawah ini juga tidak siuman, namun ketidaksiuman mereka kerana ARAK!  Mereka sengaja menjadi tidak siuman untuk mengaibkan diri. Itu yang menghairankan kita.

DUNIACACAMARBA!



Risalah/Pelekat Palsu Disebarkan, Modal untuk Ambil Tindakan Keras terhadap BERSIH

Posted: 29 Jun 2011 03:15 AM PDT


Blog pro-UMCO mendedahkan penyebaran pelekat yang kononnya disebarkan oleh pihak penganjur BERSIH 2.0. Namun apabila diamati mesej dan kata-kata yang tertera pada pelekat tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak yang mengedarkan pelekat ini mahu mensabotaj tujuan sebenar BERSIH 2.0

Mesej yang tertera pada pelekat di atas ialah: "PERHIMPUNAN Bersih 2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA!!"

 Walhal tujuan BERSIH jelas, iaitu menuntut pilihan raya yang BERSIH. Sila lihat gambar di bawah ini.


Berdasarkan tulisan di blog pro-UMCO,  risalah palsu ini dijadikan kambing hitam untuk memberikan ruang dan peluang kepada pihak berkuasa melancarkan tindakan yang lebih tegas kepada pihak penganjur. Kata mereka, banyak risalah berbaur subversif dan mengancam keselamatan negara diedarkan oleh pihak tertentu. Justeru, tidak mustahil tindakan seperti Ops Lalang  akan diambil untuk menghalang perhimpunan BERSIH. Ramalan pihak berkuasa akan menggunakan perintah Darurat juga boleh diterima akal berdasarkan tahap panik pemimpin UMCO kali ini.

P/s: Ingat kes penyebaran video lucah di Youtube, blog pencacailah yang mula-mula menemukannya di Youtube. Setiap kali tersebar klip baru, mereka jugalah pihak pertama yang mula-mula menemukannya di Youtube. Hairan! Situasi yang sama berlaku kali ini. Penyebaran risalah palsu BERSIH di sekitar Kuala Lumpur didedahkan oleh blog-blog pro-UMNO.


 

Jika 67% Rakyat Tolak BERSIH, Mengapa Bersunguh-sunguh Halang BERSIH ?

Posted: 29 Jun 2011 02:10 AM PDT


Modal terbaru untuk mempengaruhi rakyat menolak BERSIH yang berlegar-legar di blog pro-UMCO memetik kajian yang dibuat MIDAS (bukan cerita Korea). Menurut kajian MIDAS atau Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia kira-kira 67 peratus rakyat Malaysia yang menyertai kaji selidik itu menolak perhimpunan BERSIH yang dijadualkan diadakan di ibu negara pada 9 Julai depan. 

Kaji selidik yang tidak mendedahkan jumlah responden diadakan sepanjang dua minggu lalu turut mendedahkan bahawa12 peratus rakyat berpendirian berkecuali, manakala hanya 21 peratus sahaja bersetuju perhimpunan BERSIH itu diadakan.

Dalam respons terhadap kajian itu, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian MIDAS itu membuktikan bahawa majoriti rakyat negara ini menolak idea mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan BERSIH.

"Ertinya, majoriti senyap rakyat kita tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini. Kaji selidik ini dilakukan institusi yang boleh dipercayai. Ia dilakukan berdasarkan peratusan demografi walaupun responden diambil secara rambang.

"Maka, saya fikir perhimpunan ini adalah gimik politik semata-mata. Mereka hanya mahu mewujudkan momentum untuk mengumpulkan penyokong pembangkang atau pengundi atas pagar untuk menyokong pembangkang," katanya Ahmad Zahid lagi pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Angkatan Tentera Berhad (Koperasi Tentera) di Kem Sungai Buloh.

Siapa yang buat gimik? Kajian ini atau BERSIH? Secara seriusnya, saya tidak mahu menulis panjang-panjang menjawab kaji selidik yang entah benar entah tidak ini. Jika betul majoriti rakyat menolak BERSIH, mengapa kerajaan "kuku besi" BN bersungguh-sungguh sehingga ke tahap keterlaluan dan melampau cuba menghalang perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan secara aman pada 9 Julai nanti?




Anak Siapa? Memberi dan Merasa

Posted: 29 Jun 2011 12:45 AM PDT

Kredit: NaimNikmat

Gambar ini hanya sebahagian kecil paparan yang membuktikan betapa kroniknya kerosakan moral yang berlaku dalam kalangan muda mudi dewasa ini. Cuba-cuba google di internet, cubalah kira jumlah klip video yang memaparkan aksi seks bebas anak-anak muda Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam. Bayangkan pula aksi yang tidak dirakamkan!!!

P/s: Mudah-mudahan anak/adik/saudara/cucu mara kita tidak begitu!

Belanja PLKN Tidak Masuk Akal

Posted: 28 Jun 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR – Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.

Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.

"Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.

"Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta," katanya.

Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.

"Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.

"Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai," katanya.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.

"Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta," katanya.

P/s: Berapa banyak kroni sudah tibai?

Menteri Dalam Negeri Keluar Fatwa tentang BERSIH 2.0

Posted: 28 Jun 2011 11:00 PM PDT


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hari ini mengeluarkan "fatwa" bahawa menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti BERSIH kerana perhimpunan itu diharamkan oleh kerajaan BN.

Justeru, tangkapan terhadap mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah halal.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya kepada wartawan.

Cuba suruh dia keluarkan fatwa tentang gambar ini:



P/s:Semakin hari semakin terserlah wajah sebenar kerajaan kuku besi BN!



Malaysia Masih Tersenarai Negara Dipantau Perdagang Manusia

Posted: 28 Jun 2011 10:43 PM PDT


Amerika Syarikat mengeluarkan Filipina dan Singapura daripada senarai negara dipantau kerana aktiviti pemerdagangan manusia, semalam seperti yang disiarkan oleh AFP.

Mengumumkan Laporan Tahunan Penyeludupan Manusia itu, Setiausaha Negara, Hillary Clinton, berkata sebanyak 27 juta orang - termasuk kanak-kanak - menjadi mangsa penyeludupan untuk aktiviti seksual atau buruh paksa di seluruh dunia.

"Malangnya, kemudahan pengangkutan dan komunikasi global yang mampu mencapai jauh ke kawasan pedalaman, dengan pelbagai janji dan gambaran palsu, kita kini berdepan lebih banyak aktiviti eksploitasi manusia berbanding dulu," katanya.
Negara yang disenaraikan berdepan kemungkinan dipotong bantuan dari AS jika didapati terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Turut dikeluarkan AS dari senarai itu bersama Filipina dan Singapura ialah Laos. Bagaimanapun, Malaysia, Kemboja, Brunei dan Thailand kekal berada dalam senarai dipantau. 

Wanita Pancut Susu Badan ke arah Anggota Polis

Posted: 28 Jun 2011 09:42 PM PDT

Stephanie Robinette

Berita Agensi menyiarkan kisah Stephanie Robinette yang memancutkan susu badannya ke arah anggota syerif berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.

Menurut Pejabat Syerif di Delaware County berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara sepasang suami isteri. Seorang lelaki mengadu isterinya mabuk selepas minum terlalu banyak di sebuah majlis perkahwinan dan memukulnya sebelum mengunci diri di dalam kereta.

Syerif menemui wanita berkenaan di dalam sebuah kereta dan cuba memujuknya supaya keluar tetapi dia enggan memberikan kerjasama. Apabila mereka cuba menariknya keluar, wanita itu memberitahu mereka, dia ibu yang menyusukan anak. Dia kemudian mendedahkan payudaranya sebelum memancutkan susu ke arah syerif berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, Stephanie Robinette dari Westerbille menghadapi tuduhan, termasuk keganasan rumah tangga, menyerang dan berkelakuan tidak sopan.

P/s: Macam-macam! Peserta BERSIH jangan sesekali tiru perbuatan ini!


[PANAS] Pelajar Malaysia akan "Hangatkan" BERSIH 2.0 di Australia

Posted: 28 Jun 2011 08:08 PM PDT


Saya petik:
[MK] Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demkian.

Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Maverick itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

"Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

"Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik," kata Maverick.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

"Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini.

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini," katanya lagi.

P/s: Regim UMCO semakin panik Adakah polis Malaysia akan ke Australia? Kah kah kah!

BERSIH Rugikan Sektor Pelancongan Negara Sebanyak RM1 Bilion? Biar Betul Menteri RM1.8 Juta?

Posted: 28 Jun 2011 07:23 PM PDT


Selepas dakyah BERSIH 2.0 menghuru-harakan negara, diresapi pengaruh komunis, dibiayai oleh Kristian, diadakan untuk agenda DSAI dan Ambiga, merugikan peniaga, kini timbul pula dakyah bingai bahawa BERSIH 2.0 merugikan sektor pelancongan sebanyak RM1 billion.

Tampaknya ada 2 orang menteri yang begitu bersemangat menghentam BERSIH. Rais Yatim dan kini Ng Yen Yen. Dua-dua menteri ini terpalit dengan kontroversi. Seorang dengan kisah berahi, seorang lagi dengan kontroversi laman percuma FB/kronisme RM1.8. Jadi apabila kedua-dua ini lantang bersuara, maka anda sudah tentu faham sebab mereka berbuat demikian!

Tayadih Maysia tidak pandai ekonomi. Namun dakwaan perhimpunan BERSIH 2.0 merugikan sektor pelancongan sehingga RM1 billion memang tidak masuk akal. Acara perhimpunan yang memakan masa 2 jam itu menjejaskan pendapat negara sebanyak itu? Biar betul?!! Acara BERSIH diadakan di sekitar Kuala Lumpur, bukannya di seluruh Malaysia! 

Perkara yang harus difikirkan oleh Kementerian Pelancong ialah impak positif kebanjiran 300 ribu dan mungkin sejuta pelancong domestik (peserta BERSIH). Tidakkah kehadiran "pelancong domestik" dari seluruh negara ini mendatangkan keuntungan kepada peniaga, pengusaha teksi, syarikat pengangkutan, kedai makanan, hotel dan sebagai???!!!Bayangkan berapa juta yang bakal disumbangkan oleh mereka kepada peniaga dan pengusaha hotel dan syarikat pengangkutan awam? Sebelum ini, pemuda PAS meramalkan peserta BERSIH akan menyumbang sekitar RM30 juta.

BERSIH 2.0 diadakan dengan tujuan baik, iaitu menuntut sebuah pilihan raya yang BERSIH. Perhimpunan ini berkumpul dan berarak dengan aman tanpa menimbulkan apa-apa masalah. Jika ada masalah yang timbul, mungkin menyesakkan sedikit jalan raya. Namun itu bukan isunya, kerana jalan raya di Kuala Lumpur sering ditutup untuk tujuan sukan dan acara kebudayaan. Timbul persoalan di sini, mengapa pihak berkuasa tidak mengambil inisiatif untuk menutup jalan bagi memberikan laluan kepada peserta BERSIH? Bukankah itu akan melancarkan perjalanan perhimpunan?

Hakikatnya, realitinya,  masalah dan keadaan huru-hara terjadi apabila FRU dan polis bertindak menyemburkan air dan gas pemedih mata. Barulah keadaan menjadi huru-hara dan kezaliman berlaku kepada peserta perhimpunan. Barulah berlaku pergeseran antara peserta dengan pihak berkuasa. Mengapa berlaku pergeseran? Fikirlah logiknya, anda berarak dengan aman tiba-tiba anda ditembak dengan air dan gas pemedih mata. Bahkan juga, FRU dengan belantan mengejar dan memukul anda walaupun hakikatnya anda berhimpun secara AMAN!

Jika BERSIH 2.0 tidak diganggu, acara ini sebenarnya dapat menarik perhatian pelancong asing. Mereka sudah tentunya tertarik dengan amalan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia yang membenarkan rakyatnya berhimpun secara AMAN. Di samping mengambil ikhtibar daripada agenda perhimpunan, mereka juga dapat merakam suasana acara yang bakal merubah landskap politik Malaysia. Adakah situasi aman itu akan berlaku? Jawapannya tidak kerana UMCO tidak akan membenarkan keadaan itu berlaku. Itulah punca masalahnya. Jika BERSIH kali ini diadakan dengan jayannya, maka Putrajaya sudah pasti tumbang dalam PRU 13.

Kesimpulannya, Menteri Pelancongan ini wajar mendesak pihak berkuasa agar tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghuru-harakan BERSIH kerana BERSIH juga boleh memberikan impak kepada industri pelancongan negara. Seperkara lagi, daripada menyelak kain orang, baiklah selak kain sendiri dan jelaskan kepada rakyat tentang RM1.8 juta yang dihabiskan untuk projek laman FB percuma serta penglibatan kroni dalam kontrak projek tersebut. Menteri juga perlu menjelaskan pelbagai pembaziran yang berlaku di kementerian yang dikepalainya.




Ajaran Sesat: 25 Pengikut Ditahan, Ketuanya Didakwa "Lanyak" Isteri dan Anak Gadis Pengikut

Posted: 28 Jun 2011 05:35 PM PDT


Saya petik:

Laporan 1
[SH] NUSAJAYA - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) giat memantau saki baki ahli kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Kumpulan Layar Bahtera yang dikesan bergiat aktif di Masai, Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, seramai 25 ahli kumpulan terbabit ditahan iaitu 22 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun di sekitar Taman Rinting pada awal bulan ini kerana mengamalkan ajaran sesat.

Beliau berkata, ajaran berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Selangor yang sudah diharamkan pada 2010 dan diwartakan pada tahun ini, menyebar fahaman bertentangan dengan ajaran Islam sejak tiga tahun lalu.

"Ketua kumpulan itu yang dipanggil Nakhoda, mendakwa mengetahui segala ilmu dan benda ghaib, menyatakan semua manusia adalah Allah, malaikat adalah manusia yang taat, jin adalah manusia dikurniakan ilmu yang tiada pada manusia biasa serta iblis adalah manusia yang melakukan kemungkaran.

"Selain itu, kumpulan itu juga mendakwa syaitan adalah manusia yang menjadi penghasut, Gunung Tursina di Timur Tengah adalah Gunung Ledang serta mentafsir ayat al-Quran serta hadis mengikut cita rasa sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, kumpulan itu juga tidak mengamalkan sembahyang wajib lima waktu dan sudah mengumpul hampir 40 pengikut sejak lebih tiga tahun lalu.

"Kita juga mengesan kumpulan itu giat menyebarkan fahaman mereka menerusi laman sesawang tetapi kita sudah meminta kerjasama pihak berwajib untuk menutupnya," katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati pengikut kumpulan terbabit kebanyakannya bekerja sebagai mekanik dan pekerja kontrak dan rumah ketua kumpulan terbabit dijadikan markas penyebaran agama sesat.

Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang menetapkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kedua-duanya. 

Laporan 2
[HM] JOHOR BAHRU: Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar 'zakat' setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.

Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.

Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.

Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.

"Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.

"Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai, mengajar perkara berkaitan ketuhanan....

 P/s: Kadang-kadang kita rasa pelik apabila ada orang yang mudah terpengaruh oleh ajaran sesat. Cetek sangatkah ilmu gama mereka? Kadang-kadang yang terjebak itu bukanlah jahil sangat.


Tiada ulasan: