Pulakdah! |
- Percubaan TANGKAP CheguBard Di Muar?
- Ayah MAHU Namakan Anaknya MEGATRON
- TELAN Puluhan Ribu Duit RASUAH Untuk HILANGKAN BUKTI
- LEHER Wanita TERSEPIT Pada PINTU BAS
- Pegang Watak SUU KYI, Michelle Yeoh DIHARAMKAN Masuk Myanmar
Percubaan TANGKAP CheguBard Di Muar? Posted: 29 Jun 2011 10:28 AM PDT OCPD (berbaju biru) mengarahkan Chegu Bard supaya menghentikan ceramah Malam semalam, sekali lagi polis membuktikan mereka menjadi perkakas kepada kerajaan Barisan Nasional. Dalam siri ceramah Chegu Bard yang sepatutnya berlangsung di Serom 3, Ledang bersama dengan Cikgu Mala telah berjaya digagalkan oleh Polis dan FRU. Walaupun program ceramah ini dibuat di dalam premis sendiri dan permohonan permit telah dibuat lebih awal (dan tidak diluluskan) polis seperti biasa terus 'mengikut arahan' untuk menggagalkan program ini. Tuan rumah telah dipanggil OCPD dan diberikan amaran supaya menghentikan ceramah. Dalam masa yang sama penceramah pertama Cikgu Mala memberikan ruang kepada Chegu Bard untuk memberikan ceramah kerana telah menjangkakan Polis dan FRU akan menghentikan juga program ini walau dengan apa cara sekalipun. Tidak sampai 10 minit Chegu Bard memulakan ceramah, kira-kira 10-15 anggota FRU telah menghampiri ruang ceramah dan diikuti dengan OCPD dan SB. Unit Amal Ledang yang bertugas dengan cekap merapatkan kawalan disekeliling Chegu Bard bagi mengelakkan provokasi Polis untuk melakukan tangkapan. Emosi pengunjung yang mengikuti ceramah wajar dipuji kerana memberikan kerjasama dan ruang kepada pihak keselamatan untuk 'menjalankan tugas' walaupun berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut. Unit Amal Ledang mengawal CheguBard yang sedang memberikan ceramah FRU mula memasuki ke ruang ceramah setelah arahan supaya menghentikan ceramah tidak diendahkan Ceramah Chegu Bard sekali lagi diganggu OCPD selepas kira-kira 20 minit memberikan ceramah penerangan. Walaupun Chegu Bard memberikan contoh kes Dr Hatta Ramli yang memenangi kes ini : 26 OGOS 2010 - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat. Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan. Pada sidang media siang tadi, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit. Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian. OCPD tetap bertegas mahu ceramah ini dihentikan. Akhirnya penganjur program menurut arahan polis. Namun tindak-tanduk polis dan FRU yang tidak beredar walaupun ceramah telah dihentikan, dengan Black Maria yang masih menghalang salah satu jalan keluar, ia telah menimbulkan rasa syak dikalangan petugas Unit Amal, adik beradik SAMM malah juga kepada pengunjung. Tidak seperti kebiasaan, setiap kali sesuatu program ceramah dihentikan maka pihak keselamatan akan beredar bersama-sama dengan orang ramai. FRU dalam keadaan bersiap sedia ketika OCPD berbincang dengan Chegu Bard Chegu Bard memberikan contoh Kes Dr. Hatta Ramli kepada OCPD (berbaju biru) ketika bertanyakan apakah alasan mereka untuk menghentikan ceramah di dalam premis sendiri. Tindakan pihak keselamatan ini yang hanya 'mengikut arahan' amat dikesali oleh SAMM kerana walaupun diberikan contoh kes Dr Hatta Ramli oleh CheguBard, dimana sepatutnya pihak keselamatan tidak lagi boleh bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian. Malah boleh diadakan ceramah dan tidak memerlukan sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara. Ia bukan kenyataan suka-suka. Kenyataan ini adalah datangnya dari Mahkamah Tinggi. Jika keputusan mahkamah pun tidak dihormati oleh pelaksana undang-undang, bagaimana mereka mahukan rakyat untuk mematuhi undang-undang. Patutlah ada momokan di kalangan rakyat yang berkata PDRM sudah menjadi PRDM. Polis DiRaja Malaysia sepatutnya ditukar kepada Polis RAJA Di Malaysia. |
Ayah MAHU Namakan Anaknya MEGATRON Posted: 29 Jun 2011 01:02 AM PDT Seorang lelaki telah melancarkan kempen di dalam Facebook untuk menamakan anaknya yang masih di dalam kandungan dengan nama 'Megatron' watak Transformers jahat. Jika dia menerima 1,000,000 'Likes', isterinya akan bersetuju dengan nama itu. Halaman bayi Megatron itu kini telah mendapat 'Like' lebih daripada 360,000 kali. Lelaki itu menulis di dinding Facebook beliau: "INI BUKAN jenaka, saya BENAR inginkan anak saya dipanggil Megatron ... Kenapa 1,000,000 'LIKE'? Kerana isteri saya berpendapat bahawa ia tidak mungkin untuk mendapatkan 1,000,000 'LIKE' & bersetuju dengan cabaran ini?" Dalam posting terbaru beliau, katanya: "YA, saya akan memuat naik gambar, salinan sijil kelahiran & rasa TERIMA KASIH di atas sokongan anda apabila Megatron lahir ke dunia pada 12 Ogos 2011." Kredit : www.digitalspy.co.uk |
TELAN Puluhan Ribu Duit RASUAH Untuk HILANGKAN BUKTI Posted: 28 Jun 2011 09:31 PM PDT ZELENOGRAD - Lelaki Rusia ini memang nekad. Demi untuk menghilangkan barang bukti mengambil rasuah, seorang pegawai kerajaan di Rusia nekad memakan wang puluhan ribu Rubel (matawang Rusia). Pemuda bernama Anton Gritsay (38), yang merupakan Ketua Bahagian Keselamatan di Zelenograd mendapat maklumat bahawa dirinya akan segera ditangkap. Gritsay kemudian menguncikan dirinya di dalam tandas. Tidak lama kemudian polis menyerbu masuk ke dalam pejabatnya untuk mebuat tangkapan. Secara diam-diam rupanya dia sudah memakan habis wang rasuah yang diterimanya. Sayangnya, langkah menghapuskan bukti Gritsay ini diketahui polis. Lalu pihak polis membawa pemuda berusia 38 tahun ini ke hospital. Sebaik tiba di hospital, apa kata doktor bedah? Wang sebanyak 35 ribu Rubel ditemui di dalam perut Gritsay. Wang yang dipercayai hasil rasuah itu boleh menjadi bukti untuk mengheretnya ke pengadilan. Penangkapan itu sendiri dirakamkan oleh petugas. Seorang jurucakap polis berkata penangkapan terhadap Gritsay berasal dari maklumat yang dikumpulkan. "Kami telah menyiasat aduan yang diterima bahawa ia telah menerima rasuah kerana melepaskan suatu pelanggaran dalam pemeriksaan standard keselamatan kebakaran," kata juru bicara polisi seperti dikutip dari orange.co.uk, Rabu (29/6/2011). Gritsay akhirnya mengaku bersalah menerima rasuah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan. Ia telah dipecat dari pekerjaannya. Modus menghilangkan barang bukti dengan memakan wang bukan pertama kali berlaku di Rusia. Pada Mac 2010, seorang polis di wilayah Chelyabinsk juga memakan wang rasuah bernilai 2.000 rubel. Pemegang rekod sebelum ini iaitu polis dari wilayah Saratov juga menelan 15.000 rubel pada Mac 2011. |
LEHER Wanita TERSEPIT Pada PINTU BAS Posted: 28 Jun 2011 07:00 PM PDT Wanita malang ini pasti tidak akan dapat melupakan peristiwa apabila lehernya tersepit pada pintu bas yang tertutup. Penumpang ini ingin pergi ke bandar Maanshan, Wilayah Anhui China, apabila pemandu bas itu tidak sabar-sabar menutup pintu ketika kepalanya masih terjulur keluar. Wanita itu di dalam kesakitan manakala pemandu bas yang tidak sedar dengan insiden itu. Aduh: Kepala wanita ini tersepit di lehernya apabila pintu bas tertutup. Ada penumpang yang terpinga-pinga melihat wanita itu di dalam kesakitan. Nasib baik ada rakan penumpang yang menyedari kejadian itu dan menjerit kepada pemandu supaya berhenti dan membuka pintu bas. Sebaik saja pintu bas dibuka, wanita yang malu dengan kejadian tersebut terus keluar daripada bas sambil menggosok lehernya, tanpa mengadu. |
Pegang Watak SUU KYI, Michelle Yeoh DIHARAMKAN Masuk Myanmar Posted: 28 Jun 2011 05:32 PM PDT Michelle Yeoh (kiri) dan ikon demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi YANGON - Bintang Hollywood Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem yang akan datang, telah dihantar pulang oleh Myanmar dan disenaraihitamkan, menurut laporan AFP. "Dia tidak mempunyai peluang untuk memasuki Myanmar lagi. Dia terus pulang dengan penerbangan pertama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon," kata seorang pegawai Myanmar kepada AFP. Seorang lagi pegawai lain berkata pelakon wanita itu kini telah disenarai hitam tetapi dia tidak memberikan sebarang sebab. Gadis Bond kelahiran Ipoh itu telah bertemu dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi di rumahnya di Yangon pada Disember lalu selepas melakonkan adegan tembak menembak di Thailand. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada hujung tahun ini. Michelle Yeoh sebagai Aung San Suu Kyi dan David Thewlis sebagai suaminya, Michael Aris Suu Kyi dibebaskan pada November lalu selepas tujuh tahun dikenakan hukuman sebagai tahanan di rumah, kurang daripada seminggu selepas pilihan raya dimana ramai pengkritik berkata langkah itu penuh kepura-puraan dan bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan tentera bertopengkan seorang awam di Myanmar. Pada tahun 1990 parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen tetapi tidak pernah diiktiraf oleh pemerintah tentera Myanmar. Yeoh, 48, bekas Miss Malaysia, mula terkenal di peringkat antarabangsa selepas ia berlakon bersama dengan Pierce Brosnan pada tahun 1997 dalam filem James Bond "Tomorrow Never Dies". Dia juga membintangi dalam produksi Ang Lee "Crouching Tiger, Hidden Dragon" dan "Memoirs of A Geisha" berdasarkan novel terlaris karya Arthur Golden. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan