Ajijoi |
Posted: 08 Jun 2011 07:59 AM PDT Naik. Satu perkataan yang paling popular hari ini. Popular tetapi mencemaskan. Sebut saja naik, ramai yang dengan pantas akan bertanya, apa yang naik? Ada juga yang berjenaka dengan perkataan naik ini. Hari-hari naik, usik mereka. Semenjak kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan seperti minyak, gula dan tarif elektrik, kenaikan harga barangan yang lain seolah-olah berlumba. Setiap hari ada saja berita kenaikan harga yang kedengaran. Baru-baru ini kenaikan harga roti Gardenia. RM0.15 satu jumlah yang seakan kecil tetapi besar perbezaannya kepada yang kurang mampu. Kini, Astro pula ingin menaikkan harga sebanyak RM15. Satu syarikat besar yang memonopoli stesen tv berbayar dinegara ini dan punyai jumlah pelanggan yang ramai, tentu saja mengutip keuntungan yang amat lumayan. Mengapa perlu menaikkan harga? Sengaja ingin mengambil kesempatan keatas rakyat? Dan perbuatan itu pula dikatakan dengan restu kerajaan? Kenaikan harga juga telah dilunakkan dengan penggunaan istilah 'pelarasan'. Bagi kerajaan, pelarasan subsidi. Subsidi perlu dilaraskan dengan apa? Mengapa tiba-tiba subsidi perlu dilaraskan? Dulu tidak. Mungkin pepatah 'gunung sekalipun jika dicangkul hari-hari akan rata jua' amat bersesuaian dengan konsep ekonomi janaan kerajaan. Pembaziran yang berleluasa tanpa pendapatan yang maksima, akhirnya hanya akan menghancurkan negara. Yang merana menanggungnya adalah negara itu sendiri iaitu rakyat. Rakyat yang terpaksa membayar segala perbelanjaan tanpa berhemah pemegang tampuk kuasa kerajaan. Setiap kali terdengar tentang kenaikan harga, nafas mula sesak. Melayang imbauan bil-bil yang sedia menanti setiap bulan diingatan. Apa yang tinggal untuk belanja keluarga? Menyimpan? Jangan mimpi. Masih tak cukup dengan gaji bulanan? Lojik akal boleh membezakan apabila perbelanjaan bertambah tetapi tidak pendapatan, sengsaralah yang akan menanti dihadapan. Perkataan naik langsung tidak disebut apabila bercakap tentang gaji. Mengapa begini? Sampai bila boleh bertahan apabila yang naik hanyalah harga barangan tetapi tidak gaji. Dan sudah pasti yang naik setiap hari adalah angin. Ya, rakyat kini sudah mula naik angin apabila sakit dipoket mula terasa. |
Posted: 08 Jun 2011 01:05 AM PDT 'Dear Diary...', begitulah setiap permulaan kata orang yang menulis diari. Segala rasa hati diluahkan kedada diari yang dianggap sebagai paling memahami sehingga dipanggil 'dear' ataupun yang tersayang. Segala isi hati samada yang tersirat mahupun yang tersurat akan dicurahkan disitu. Biarpun suka, duka mahupun sedih dan kecewa, waima rasa yang paling rahsia pun akan tercatat disitu. Begitu juga dengan blog ini. Yang pada asalnya umpama sebuah diari elektronik yang bukan hanya mencatit luahan rasa tetapi juga berupaya menghiasi penceritaan dengan tampalan gambar dan video. Lebih menarik kandungannya daripada buku diari biasa. Perbezaan antara buku diari dan blog adalah kerahsiaannya. Rahsia isi kandungan buku diari tersimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa pun jua akan luahan hati sipenulis. Manakala bagi blog pula, isi kandungannya akan sentiasa disinggah peneroka alam maya untuk membacanya. Tiada yang rahsia disitu. Ramai penulis blog yang telah dikenali akan kerana tulisannya. Tulisan blog adalah luahan kata-kata hati dan akal yang ingin dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang rela singgah. Bagaimana cara dan corak penulisan diblog, begitulah akhlak dan karektor sipenulis. Kata-katanya tetap kata-katanya seumpama berbual biasa. Cuma tidak berdepan dan tanpa suara. Apa yang terlintas difikiran, itulah yang ditulis. Dan itulah juga perwatakan sipenulis diluar blog. Blog ajijoi ini bukanlah blog Pas cawangan mahupun kawasan. Cuma ianya merupakan infak sebagai tanda sumbangan yang amat kecil saya buat Pas. Kini, masa untuk mengisi blog amat terbatas. Semenjak kehadiran insan terbaru didalam keluarga, waktu untuk menghadap laptop amat terhad. Dalam seminggu, boleh dibilang berapa kali laptop itu dikuak. Nasib baik teknologi iphone membantu tika mana perlu mengupdate blog. Dan teknologi itu akan saya pergunakan untuk mengisi ruang blog dengan serba sedikit coretan hati dan akal yang terkadang menerjah singgah. Coretan hati ini akan diisi lagi dengan ruangan yang saya beri nama 'Suatu Rasa'. Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan