Rabu, 8 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pengguna Facebook Cacah Tatu 152 Foto Profail Rakannya di Lengan

Posted: 08 Jun 2011 06:45 AM PDT



Seorang wanita dari Belanda mencacah tatu 152 foto profail rakan Facebooknya di lengan. Wanita yang menggunakan nama samaran Suzyj87 mengepos sebuah video yang menunjukkan kerja-kerja mencacah tatu tersebut di Youtube. Biarpun wanita itu memuji hasil tatu di lengannya, namun pengguna internet menyoal wanita itu: Adakah persahabatan di Facebook itu kekal seperti tato di lengannya?.

P/s: Saya setuju dengan persoalan yang dilontarkan oleh pengguna internet itu. Bingai!

Video:
 




Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. Elektrik

Posted: 08 Jun 2011 06:06 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

P/s: Konsep negara berkebajikan versi UMCO

Untuk Ahli UMCO: Siapa yang Halang Hudud (Hukum yang Diperintahkan oleh Tuhan Anda)?

Posted: 08 Jun 2011 05:22 AM PDT




Suratnya:

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994


P/s: Siapa PM waktu itu, Karpal Singh atau Tun M?

Kononnya Mahu Membodek, Namun KJ "Bocor" Rahsia Najib

Posted: 08 Jun 2011 04:59 AM PDT



Kata Khairy: "Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya."

Rahsia Najib terburai. KJ yang kononnya mahu membodek, akhirnya membuka pekung Najib. 2 dalam 1. Sama macam kes lawatan ke AS, pergi atas urusan rasmi dalam masa yang sama meraikan konvokesyen anak. Kali ini...anda sambung!

 

Masjid Dibakar di Tebing Barat

Posted: 08 Jun 2011 04:00 AM PDT


Saya petik:
[Kosmo] RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani.

Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh.

Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak.

Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu.

Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi.

Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu. - Agensi

 P/s: Lahanat!


Lintah Raksasa Serang Kampung di Indonesia

Posted: 08 Jun 2011 03:00 AM PDT

Saya petik:

[Kosmo] DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.

Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.

Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi

[PANAS] Aduhai, Karpal Singh Nasihati Tun M Agar BERTAUBAT!!!

Posted: 08 Jun 2011 12:00 AM PDT


Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya,  lapor MK.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

"Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya.

"...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu."

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatakan lebih rapat dengan DAP. Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang menang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

"Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Penyokong tegar UMCO yang mungkin sudah lupa bahawa Tun M pernah mengutus surat kepada TG Nik Aziz berkaitan dengan penentangannya terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Sila baca di sini.


P/s: Saya setuju 100%  dengan saranan Karpal! Taubatlah Tun M!!!


Parkir Pasar Raya Jadi Tempat Lepas Gian Berahi

Posted: 07 Jun 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu....


P/s: Mungkin juga pasangan yang tengah berahi, tidak semestinya suami atau isteri yang berlaku curang dengan pasangan masing-masing.

Perlakuan sumbang ini boleh berlaku di mana-mana parkir pasar raya. Asalkan ruangnya sunyi dan kurang dikawal, maka pasangan yang berahi akan mengambil kesempatan untuk membuat maksiat. Tidak semestinya perkara ini berlaku di pasar raya di Kelantan. 

Adakah pendedahan ini berunsur politik?



Jaket Raja Pop MJ Dilelong. Siapa Berminat?

Posted: 07 Jun 2011 11:00 PM PDT


Jaket yang dipakai Raja Pop AS, Michael Jackson, dalam video muzik 'Thriller' akan dijual bulan ini di rumah lelongan di Los Angeles seperti dipetik dalam berita Agensi.

Akhbar Korean Herald melaporkan, jaket kulit berwarna merah dan hitam daripada kulit lembu dengan bahu berkepak dijangka dijual antara AS$200,000 (RM600,510) hingga AS$400,000 (RM1.2 juta), kata firma pelelong, Julien Auctions. 

Dalam kenyataan kepada media, firma itu memberitahu, jaket Jackson atau 'MJ' itu mencetuskan kegilaan fesyen pada 1980-an apabila dipakai untuk album single pada  tahun 1982. 

Album itu terjual sebanyak 110 juta unit di seluruh dunia dan jumlah itu menjadikannya album terlaris dunia.

Jaket itu turut mempunyai tulisan tangan Jackson pada lengannya yang bermaksud 'Untuk Bush dan Dennis, Untuk semua kesayanganku, Michael Jackson', sebagai hadiah kepada pereka pakaiannya Dennis Tompkins dan Michael Bush.

Hasil jualan jaket itu akan nanti dihantar ke pusat perlindungan haiwan yang menempatkan dua ekor harimau Benggala milik penyanyi itu bernama Thriller dan Shabu.




Mat Sabu Beri Definisi Asas Negara Berkebajikan, Tegaskan PAS Bersama PR

Posted: 07 Jun 2011 10:00 PM PDT


Dalam laporan di MK, Mat Sabu menegaskan bahawa Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip kepada negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju UMCO sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.

"Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator," kata Mat Sabu ketika diwawancara oleh TV Selangor.

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka.
 
"Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek."

"Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan," katan Mat Sabu lagi.

Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Mengulas tindakan Najib dan Muhyidin menuduh melulu terhadap hala tuju PAS, Mat Sabu berkata, "Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang."

"Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan," katanya.
 
Dalam wawancara itu, Mat Sabu juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno BN selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

Katanya, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi."

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat."

P/s: Terbaik daripada Mat Sabu. Kenyataan sebegini yang kita mahu, bukannya kenyataan yang berdolak-dalik, berlapik-lapik yang mendatangkan curiga dan syak-wasangka.

Dua Warga Emas Dicekup Khalwat dengan Janda Muda

Posted: 07 Jun 2011 07:20 PM PDT


Saya petik:
[BH] ALOR SETAR: Seorang datuk bercucu enam dan rakannya dicekup berkhalwat dengan seorang janda beranak dua di sebuah rumah sewa di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar, di sini, awal pagi kelmarin.

Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota RELA dan rakannya berusia 50-an itu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kira-kira 1.30 pagi berdasarkan maklumat orang awam.

Rumah itu didiami keluarga dipercayai adik ipar kepada rakan anggota RELA berkenaan dan kesempatan itu digunakan dua lelaki terbabit untuk memadu asmara dengan wanita berusia 25 tahun itu dalam sebuah bilik.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati rumah itu didiami satu keluarga dan selepas diketuk berkali-kali, pintu rumah itu dibuka seorang penghuni yang membenarkan anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.

Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang lelaki berusia 50-an yang hanya berkain pelekat tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota JAIK, tetapi dia memberi kerjasama membenarkan pemeriksaan lanjut dijalankan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui lelaki warga emas yang mendakwa dia anggota RELA yang bertugas di sekitar bandar raya ini dan seorang wanita yang hanya berkemban sedang nyenyak tidur di atas tilam.

"Hasil soal siasat mendapati warga emas terbabit dan rakannya mengaku baru mengenali wanita itu ketika bersiar-siar di Dataran Paris, Lebuh Raya Darulaman, di sini, malam kelmarin sebelum membawa janda itu pulang ke rumah berkenaan untuk melakukan maksiat," katanya ketika dihubungi, semalam.
Syeikh Muhammad berkata, berdasarkan rekod, JAIK pernah menahan wanita itu kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lain kira-kira dua tahun lalu di sebuah motel murah di bandar raya ini, tetapi dia masih tidak serik melakukan maksiat.

"Dia turut mendakwa pernah bekerja sebagai pelacur untuk menyara kehidupannya yang terbiar tanpa suami tetapi kita masih menyiasat berhubung kenyataannya itu.

"Warga emas itu pula mendakwa masih mempunyai isteri yang berusia lewat 50-an dan terlantar sakit sejak 20 tahun lalu dan kini menetap di kampung, manakala rakannya pula baru kematian isterinya yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu," katanya.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

Ingat Kes "Polis Bodo"? Gadis Ini Kena Denda RM50

Posted: 07 Jun 2011 06:00 PM PDT

Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lalu di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai penyiasat, V Ravi, manakala tertuduh diwakili peguam Hayyatuddin Muhammad.

Peguam bela tertuduh sebelum itu merayu mahkamah supaya melepaskan tertuduh dengan amaran memandangkan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya selain anggota polis terbabit juga tidak memakai pakaian seragam serta kenderaan rasmi jabatan ketika menjalankan tugas itu.

Katanya ia tidak mencerminkan etika yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang anggota polis ketika menjalankan tugas mengakibatkan berlaku salah faham sehingga menimbulkan provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya dan telah terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan.

Dia yang diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga mengeluarkan kata kesat itu sebelum bertindak menghubungi ayahnya.

Ayahnya yang datang selepas itu dilaporkan memarahi anggota polis berkenaan kerana menegur anaknya dengan mengatakan jalan itu adalah jalan anaknya dan kawasan itu adalah kampung mereka sebelum bertindak meninggalkan anggota polis tersebut dalam keadaan tidak puas hati. 


P/s: Untuk kesalahan dengan denda RM50, wajarkah si gadis ini memakai baju lokap dan tangannnya digari?




Gara-gara Mahu Menggembirakan Teman Lelaki, Payu Dara Menjadi HITAM & BERNANAH

Posted: 07 Jun 2011 05:14 PM PDT


Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah....

P/s: Sila ambil perhatian!

Tiada ulasan: