Selasa, 14 Jun 2011

Addin

Addin


Panas!! Rais Yatim Di Ludah..

Posted: 14 Jun 2011 09:11 AM PDT

Nampaknya Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai marah betul dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Mohd Rais Yatim sehingga berani mencemoh "Rais Buat Janji Kosong' seperti yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Tindakan Yee mengkritik menteri berkenaan kena pada tempatnya dan mendapat pujian daripada segenap lapisan rakyat Sabah atas keberaniannya menyuarakan dan mengherdik Rais demi kepentingan rakyat Sabah. 


Dalam penyelidikan Sabahkini Net mengenai pergeseran antara Yee den Rais, sesetengah orang bersetuju dan selebihnya tidak setuju kerana akan menjadikan 'Perang Dingin' yang dibimbangi selama ini benar-benar wujud. Majoriti rakyat Sabah menyokong tindakan Yee meludah muka Rais, namun mengharapkan lebih daripada itu termasuk menelanjangkan Rais dengan mendesak SPRM menyiasat siapa yang mendapat kontrak 

Jalur Lebar, membekal laptop dan penyelenggaraan, sebagaimana yang didedahkan blogger Rocky Bru sebelum ini. Seorang aktivis politik, Ahmad Ismail menyatakan, tindakan Dr Yee menegur sikap Rais yang tidak menepati janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam beberapa hal, membuktikan pemimpin di peringkat persekutuan tidak begitu ikhlas untuk membangunkan negeri Sabah dalam beberapa aspek yang diperlukan. 

Kata Ahmad lagi, rakyat Sabah bukan 'Anti Semenanjung' atau 'Anti Kerajaan Persekutuan' tetapi Menteri Pusat tidak berlaku adil dalam pengagehan projek pembangunan dan gagal menaiktaraf kemudahan asas di Sabah, termasuk kemudahan ICT. "Wahai Rais yang lembut gigi dari lidah, mana sudah perginya Jalur Lebar ke negeri Sabah? 

Jangan terlalu banyak menabur janji kerana rakyat Sabah sudah serik dipermainkan menteri tidak jujur seperti Rais," ujar Ahmad Ismail lagi. Baru-baru ini, kata Ahmad, menteri berkenaan ada memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Masjid Kampung Air Sandakan melalui program Nadwah Suara Rakyat. 

Derma tersebut disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah jabatan berkenaan, Abdul Manap Lakariba kepada Pengerusi Masjid Mussin Yasin. Kata Abdul Manap, bagi pihak Rais, dalam ucapan ringkasnya derma ini adalah atas simpati Rais kepada penduduk kawasan Batu Sapi dan ia juga merupakan sebahagian daripada menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Batu Sapi semasa pilihanraya kecil Parlimen kawasan berkenaan tahun lalu. 

"Bukankah semua ini sandiwara semata-mata untuk mengaburi pandangan mata rakyat di kawasan Batu Sapi sahaja. Janganlah percaya pemimpin lidah bercabang seperti Rais ini," ujar Naib Ketua Cabang Batu Sapi, Zainuddin Hassan. Tegas Zainuddin, pemimpin seperti Rais hanya layak menjadi 'Badut Sarkas' kerana mempunyai rekod politik yang buruk dan kini sering mendatangi Sabah kerana namanya sudah tidak laku lagi di Semenanjung. 

Bagaimanapun, kata Zainuddin, keceluparan Rais berjanji dan memungkiri janji kerana ramai rakyat Batu Sapi terpedaya dengan janji manis BN agar mereka memilih calon BN untuk meneruskan pembohongan. Dalam pada itu, Sabahkini.Net sebentar tadi menerima maklumat daripada seorang bapa kepada murid sekolah di Kuamut, Baino Kangkulad, berpendapat bahawa 'Rais kencing di kepala mereka' melalui pemberian laptop percuma kepada anaknya. 

"Anak saya dan kawan-kawannya kini banyak membuang masa dengan bermain 'game' dengan laptop yang diberikan kerana tidak ada kemudahan jalur lebar di Tongod dan Kuamut," ujar Baino yang kesal kerana Rais mempersenda rakyat Sabah seperti dalam filem Do Re Mi, 'ada macis tak ada rokok, mencece mencece mencece!'/Sabahkini


UMNO BN Membazir Lagi.. RM1.8Juta Untuk Facebook Page

Posted: 14 Jun 2011 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan Malaysia hari ini didedah membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook mereka. Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mengkritik keputusan membelanjakan sebegitu banyak wang kerana laman rangkaian sosial itu boleh digunakan dengan percuma. "Facebook page Kementerian Pelancongan hanya berjaya menarik 20,308 pengikut (dengan belanja RM1.8 juta) sedangkan Facebook page 'Visit Penang' yang tidak menelan belanja walau sesen pun oleh kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik lebih 100,000 pengikut," kata Loke.


Menurutnya, beliau tidak percaya tiada sesiapa di kementerian itu yang tahu untuk menyelenggara akaun Facebook kementerian itu sehingga memaksa mereka membelanjakan wang sebanyak itu mengupah orang luar.

Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit berkata RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, melalui satu kontrak tiga tahun bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2013.

Kritikan Loke terhadap pembaziran mega itu disokong Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan Loke bahawa RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan ia tidak sepadan dengan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap Facebook page kementerian itu.

"Sehingga kini baru terdapat 2,013 'likes', dan rekabentuk laman itu juga kelihatan biasa-biasa sahaja. Ia menggunakan templat sama (dengan Facebook page lain)," kata Khairy seperti dilaporkan Malaysiakini./KD



Skandal Seks : Obama Minta Ahli Kongres AS Undur Diri

Posted: 14 Jun 2011 03:19 AM PDT

WASHINGTON - Presiden Barack Obama meminta anggota Kongres dari Demokrat, Anthony Weiner (gambar) mengundurkan diri sehubungan masalah skandal seks. "Saya bisa katakan kepadaAnda, jika hal tersebut terjadi pada diri saya, maka saya akan mengundurkan diri," kata Obama kepada NBC News. Anggota Kongres berusia 46 tahun itu diminta oleh para pimpinan Partai Demokrat mengundurkan diri sebagai anggota Kongres setelah pekan lalu mengaku mengirimkan pesan online dan mengunggah foro-foto cabul dirinya bersama sedikitnya setengah lusin perempuan.


Salah satu foto diri yang diunggah Weiner menggunakan Blackberry adalah saat ia tampil seronok dengan hanya berbalut handuk putih. 

Dalam pose lainnya, ia bahkan hanya menutupi bagian kemaluannya dengan handuk, termasuk foto dengan pose menyingkapkan handuk sehingga bagian pahanya terlihat. Foto-foto itu dipublikasikan oleh TMZ.Com secara ekslusif pada Senin 13 Juni 2011.

Penolakan Weiner agar segera mengundurkan diri membuat sejumlah petinggi Demokrat marah. Menurut mereka, gambar-gambar dan pesan cabul dengan sejumlah wanita sangatlah tidak pantas karena telah merusak citra partai. 

Apalagi, pemilihan umum akan berlangsung tahun depan sehingga Demokrat perlu dukungan luas dari masyrakat untuk meraih kemenangan dari Republik di DPR.

Para anggota Kongres mengatakan sebaiknya Weiner mengundurkan diri pekan ini dan tidak hadir di DPR, serta tak berbagai fasilitas untuknya dicabut.

Weiner terpilih kembali sebagai anggota Kongres, November lalu, setelah berhasil memperoleh 61 suara di distrik yang diwakili. Kendati demikian, jika apa yang dilakukan itu benar, maka Kongres berhak memberhentikan dirinya sesuai dengan hukum dan peraturan yang belaku./Tempo


Gempa Bumi Di Sumatera, Bangunan SUK Selangor Bergegar

Posted: 13 Jun 2011 11:00 PM PDT

SHAH ALAM, 14 JUN - Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor mengalami gegaran sekitar jam 8.08 dan kali kedua kira-kira jam 10.30 pagi tadi akibat dari gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara. Semua kakitangan diarah untuk tidak memasuki bangunan tersebut sehingga keadaan benar-benar selamat. Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada 8:08 pagi. Pusat gempa bumi terletak di 1.8º Utara dan 98.8º Timur, 330km Barat daya Klang, Selangor.

Gegaran dirasai di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama di sekitar negeri Selangor, Selatan Perak dan Melaka. Buat masa ini, tiada ancaman Tsunami dilaporkan./Tvs


Najib, Kalau Dah Kaki Kencing.. Pergi Kemana Pun Pasti Hancing!!

Posted: 13 Jun 2011 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat tidak yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) agar memihak kepentingan awam walaupun diberi jaminan oleh perdana menteri semalam. Lim berkata rakyat tidak yakin dengan janji terbaru Datuk Seri Najib Razak kerana masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM52 bilion. "Hanya suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP berikutan kita telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Dalam kenyataan petang semalam, Najib memberitahu bahawa kerajaan berada di pihak rakyat dalam isu tersebut dan perundingan sedang diadakan untuk melihat semula perjanjian dengan IPP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan telah memperuntukkan RM54 bilion saham Bumiputera tetapi hanya RM2 bilion yang tinggal dan masih dipegang oleh Bumiputera manakala RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin Umno dan BN untuk kepentingan diri sendiri.

"Sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40 peratus," katanya lagi.

Kata Lim, itu sebab utama yang BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan atas sebab itu juga rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan.

"Mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan IPP ini semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik," katanya.

Lim menambah atas sebab itu juga Najib begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, "bunyi seperti kosong."

"Dan, langsung tidak meyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham Bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada Bumiputera miskin dan orang Melayu," kata beliau.

Lim menambah, sebab itu DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas demi kebaikan 27 juta rakyat Malaysia.

"Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?" kata Lim.

Sehubungan itu soal beliau, sama ada Ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP, sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit.

"Suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP," katanya./TMI

Addin:

Najib, kalau kau dah kaki kencing.. pergi ke mana-mana pun pasti bau hancing akan lekat.. Ko boleh kencing rakyat.. tapi ko jangan lupa seperkara.. sekarang rakyat dah makin pandai.. hanya menunggu masa untuk menguburkan ko dan UMNO Be End buat selama-lamanya..


Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari?

Posted: 13 Jun 2011 07:00 PM PDT

LONDON - Sejak tak lagi menjabat sebagai Perdana Menteri Inggris, Tony Blair lebih terbuka terhadap agama. Ia mengaku membaca Al-Quran setiap hari karena membuatnya lebih melek iman. "Untuk menjadi melek iman itu sangat penting dalam dunia global," katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail, Senin 13 Juni 2011. Ia membaca Al-Quran setiap hari untuk memahami hal-hal yang terjadi di dunia karena Al-Quran memberikan perintah-perintah yang jelas atau instruktif. Ia juga meyakini pengetahuannya tentang iman membantu perannya sebagai utusan di Timur Tengah mewakili PBB, Amerika, Uni Eropa, dan Rusia.


Sebelumnya ia juga pernah menyatakan iman umat muslim itu indah, dan Nabi Muhammad merupakan figur yang mendorong peradaban. Pada 2006 ia pernah menyatakan Al-Quran merupakan kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan, dan membenci takhayul. "Kitab (Al-Quran) itu memberikan arahan praktis tentang pernikahan, perempuan, dan pemerintahan," ujarnya.

Meski demikian, Tony juga mengakui juga melihat bagaimana para pelaku jihad menerjemahkan Al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika terjadi serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menewaskan 52 orang, saat itu ia masih menjabat sebagai Perdana Menteri.

Membaca Al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan perdamaian. Selain itu, membaca Al-Quran juga membuat ia terbiasa dengan pandangan adik iparnya, Lauren Booth, yang menjadi mualaf./Tempo

PAS Bukit Katil Ucap Tahniah Pada Pesuruhjaya PAS Melaka Yang Baru

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

BUKIT KATIL - PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Adly Zahari. Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Melaka yang bagi memacu perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Melaka. "PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik. "Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau saya yakin PAS Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," kata Yusof.


Semalam Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Adly Zahari (gambar) dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Yusof berkata, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, beliau yakin Adly mampu mentadbir dan mengepelai jentera PAS Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.

"PAS Bukit Katil sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri, kita akan bekerja secara berpasukan bagi memimpin PAS Negeri dan Kawasan sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat," kata Yusof.

Berusia 40 tahun, Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM merupakan bekas Jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Beliau kini seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berasal dari Durian Tunggal Melaka, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri. Sekarang ini beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau merupakan anak muda yang komited kepada perjuangan di mana sebaik sahaja tamat pengajiannya beliau bertugas sepenuh masa di Pejabat Perhubungan PAS Melaka selama beberapa tahun.

Berpengalaman bertugas di bawah beberapa orang Pesuruhjaya antara Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Haji Omar Baba dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Beberapa orang pemimpin kawasan yang ditemui yakin pengalaman dan komitmen beliau kepada PAS selama ini menjadi teras kepimpinan beliau bagi membawa PAS Melaka ke era gemilang pasca Pilihanraya Umum ke 13./Hrkh


Tiada ulasan: