Selasa, 21 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


TPJ3 PAS Melaka minta jangan pakai seluar dalam join BERSIH?

Posted: 21 Jun 2011 08:42 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Sofi Wahab

Asal usul cadangan ni dari pengkomen MalaysiaKini. Tak kisahlah. Tapi bila diup oleh Sofi, maka gua ambil kisah. Sebab Sofi bukan orang biasa. Sofi ni adalah YDP Bukit Katil, Melaka. Dan Timbalan PJ 3 Melaka.

JANGAN PAKAI SELUAR DALAM (Sebagai persediaan sekiranya anda ditahan di lokap polis nanti apabila mereka mengarahkan anda menanggalkan seluar sudah pasti mereka tidak mahu melihat anda berbogel).

Mungkin Sofi takda pengalaman. Tapi gua rasa maklumat ni, tak perlu pengalaman. Boleh fikir sendiri. Setidak2nya boleh tanya sesiapa. Hasbullahpit dari Melaka pun dekat dengan dia rasanya. Hasbullahpit pernah masuk lokap.

Seluar dalam dan lokap.

Masalahnya, dari alasan kepada jangan pakai seluar dalam ialah polis tidak mahu lihat bogel. Ini alasan yang tidak perlu pengalaman. Hanya perlu fikir.

Polis lokap adalah polis tahap bodoh sombong seperti yang disampaikan oleh polis Bukit Aman kepada gua. Dia tak peduli lu nak bogel atau lu nak mampos atau lu sudah dibuktikan bersalah atau tidak. Setiap tahanan akan dianggap manusia paling jijik.

"Eh.. tak payahlah tukar pakaian lokap. Lu tak berseluar dalam plak. Tak sanggup aku tengok lu bogel. Lain kali pakaila seluar dalam."

Ayat ni, atau pemahaman ni adalah satu perkara paling bongok di dunia. Polis suruh lu bogel, atau mencangkung bogel bagi memastikan tidak 'roket' barangan dalam dubur lu pun, dia peduli apa kat lu sama ada lu pakai seluar dalam jenama buaya atau renoma. Atau bulu ari2 lu dan macam hutan simpan kekal. Dia peduli apa.

Lu jer yang perasan polis tu malu kat lu. Tapi polis tu dah lali. Takda masa dia dah tersipu2 malu kat lu yang berbogel. Pergi mampos sama lu.

Maklumat ini adalah salah.

Jadi, kepada adik2 gua, muslimat2 dan pembaca yang terbaca ni, jangan ambil maklumat ini. Pakailah seluar dalam anda. Malah, kalau boleh, pakai seluar dalam besi pun lagi cantet. Pakailah ikut keselesaan anda. Pakailah pakaian yang sesuai bagi menjayakan program Walk for democracy ini.

Polis tidak boleh menahan anda melebihi 24 jam kerana anda tidak melakukan kesalahan dalam perlembagaan. Malah polis tidak akan berjaya mendapatkan perintah reman dari mahkamah. Penahanan anda juga akan dibela oleh peguam BERSIH.

Jika anda adalah rakyat Selangor, anda bertuah dari kami. Kerana MB Selangor pada gua adalah MB terbaik era baru. Anda pasti akan mendapat bantuan guaman dari kerajaan Selangor. 

Jika anda ditahan polis.

Maklumat boleh dirujuk di sini. Tapi gua kongsi penglaman gua untuk sedikit pengetahuan yang mungkin berguna.


Buat masa ini, lokap di Kuala Lumpur adalah di Bukit Jalil. Central. Seluruh balai polis akan menghantar Orang Kena Tahan (OKT) di sini. Kira macam hotel lah.

Balai Polis A / B C atau seterusnya akan menghantar dan mendaftarkan OKT di lokap Bukit Jalil. Lokap lelaki, lelakilah. Pompan, pompanlah. Ketika ini, lu akan dimasukkan dalam 2 lokap yang besar. Sesak di situ. Untuk proses saringan. Proses memastikan lokap lu pada malam itu.

Then, nama lu akan dipanggil. Lu kena alert dan pantas menjawab dengan baik. Ingat polis lokap adalah polis bodoh sombong dan memandang jijik kepada setiap OKT. Ini yg dipesan polis Bukit Aman kepada gua. Polis lain anggap OKT politik, OKT kes duit, adalah kes orang cerdik. Tetapi tidak pada polis lokap. Kalau lu tak alert, lu akan dimaki. Kalau lu jenis tahan maki, malah melawan takpa. Tapi kalau jenis ingat mak bapak setiap kali kena tengking, payah la.

Apabila nama dipanggil, polis akan suruh lu tukar baju lokap. Melainkan tiada stok, selalunya warna ungu adalah kes2 tidak merbahayakan OKT dan pengawas lain. Baju warna oren adalah kes merbahaya seperti bunuh, samun dan sebagainya.

Ketika inilah lu akan bogel. Di sinilah kelakarnya maklumat jangan pakai seluar dalam. Polis lokap peduli apa. Tak pakai seluar dalam lagi mudah. Lu akan masukkan baju lu sendiri dalam beg plastik. Pakai baju lokap. Serahkan barangan lu kepada polis utk direkodkan. Ketika ini polis akan tanya kes lu, kes apa. Jangan menipu untuk elak kena maki plus penampar. Sebab diorang ada rekod.

Then, lu akan diberikan bangunan lokap lu. Then, lu akan beratur. Then masuk ke bangunan lokap. Ada bangunan A. Ada bangunan B dan seterusnya. Dalam setiap bangunan ada puluh lokap yang boleh menempatkan belasan OKT setiap satu.

Ketika ini, lu akan disaring lagi. Bilik pulak. Bogel lagi. Lu akan mencangkung dan bangun. Cangkung dan bangun. Polis nak pastikan lu tak roket barangan terlarang dalam dubur lu. Gua kena bogel gak dulu. Setiap kali masuk selepas keluar diambil polis Bukit Aman bagi soal siasat. Tapi selalunya gua selamat sebab ada 1 polis lokap yang jaga situ adalah pembaca gua. Tq bro. Time bogel, jangan sesekali ingat Kilafairy. Tu pantang larang orang tua2. Gua pun tak tau kenapa.

Pastu masuk la lu dalam lokap. Selamat merasai suasana di situ..


Highway Utara-Selatan.

Posted: 21 Jun 2011 12:41 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Memandangkan maklumat bocor PDRM telah mengedarkan muka2 blogger wanted di setiap roadblock, gua memutuskan akan guna Grik sebelum lebuhraya Utara-Selatan. Harap2 takda roadblock di lebuhraya.

Kalau berjaya matlamat APCO menghalang blogger2 wanted dari membuat liputan yang bakal mempengaruhi undi golongan muda yang kini hampir kesemuanya pengguna internet, gua harap pelapis2 dapat teruskan tugas.

Paling penting ialah fokuskan kehadiran peserta bukan Melayu melalui video dan gambar. Ini penting bagi membunuh beberapa tuduhan APCO.

Mana yang tidak dapat hadir, pakai baju Bersih di tempat masing2, di program masing. Paling cantet gantung riben kuning kat areal kereta anda.


CITA-CITA YANG DIHARAMKAN

Posted: 20 Jun 2011 11:17 AM PDT


Setiap orang mempunyai cita-cita. Persoalan tentang cita-cita anda samada tercapai atau tidak bukan satu perdebatan utama. Perkara pokoknya, terdapat satu cita-cita yang tidak boleh anda cita-citakan di Negara yang tercinta ini iaitu bercita-cita ingin menjadi seorang Perdana Menteri. Jawatan itu hanyalah sebuah impian kosong atau sebuah angan-angan dalam kotak pemikiran seseorang yang waras, orang yang siuman tidak akan bercita-cita sebegitu.

Mengikut Perlembagaan Negara kita , Perdana Menteri adalah ketua pemerintahan Negara. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen akan dilantik ke jawatan tersebut. Ini bererti jika anda pada hari ini adalah seorang Ketua Pembangkang di Parlimen dan pada suatu hari nanti anda ditakdirkan memenangi Pilihanraya, maka anda sepatutnya akan dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi jangan berharap kerana anda tetap tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerana sudah ada pihak memberitahu bahawa mereka akan tetap mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Jika anda tetap dengan keputusan anda untuk terus menjadi Perdana Menteri Negara kita , maka anda akan diuji. Bukan sedikit ujian yang anda akan terima. Anda terpaksa bersedia mental dan fizikal untuk mencapai cita-cita yang diharamkan itu. Antara ujian yang bakal anda lalui antaranya, anda mesti bersedia untuk dipenjarakan dan berulang alik ke mahkamah kerana anda telah bersalah memilih cita-cita. Anda mungkin akan kehilangan jawatan yang anda jawat sebelum ini. Tak kira la anda seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, anda mesti buang jawatan anda dulu sebelum anda boleh jadi Perdana Menteri walaupun anda takkan dapat jawatan itu.

Selain itu, anda mesti bersabar jika keluarga anda diugut, dicaci, dimaki dan diaibkan. Kemungkinan kereta anda akan kena sabotaj, kemungkinan secara tiba-tiba juga anda akan diisytiharkan sebagai egen yahudi, mosad atau terlibat dalam aktiviti pengganas seantero dunia. Anda akan dijadikan manusia super yang paling jahat. Semua sejarah hidup anda akan dibongkar. Riwayat hidup anda zaman sekolah akan terbongkar dan sekali-sekala anda akan dituduh berlakon dalam sebuah filem lucah dan mempunyai seks luar tabii yang teramat melampau.

Mengikut catatan sejarah , beberapa tahun dahulu ada satu kumpulan. Kumpulan yang menggelar diri mereka Al-Arqam. Ketuanya mereka digelar Abuya. Kesilapan yang paling besar Abuya buat ialah beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri negara kita yang kelima. Satu kesilapan terbesar yang telah dibuat oleh Abuya. Telah diberitakan tadi bahawa cita-cita tersebut adalah haram. Maka tidak semena-mena Abuya kena dakwa membawa ajaran sesat. Sedangkan Ayah Pin lagi sesat dari itu tapi tak kena tangkap pun sebab Ayah Pin dan bagi tahu awal-awal dia ada Kerajaan kat langit, tidak bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Satu perkara lagi, baru-baru ni ada satu Muktamar Agung Parti Islam. Biasa la, pemilihan ahli jawatankuasa peringkat pusat. Bukan parti itu sahaja, bahkan semua pertubuhan pun wajib buat Mesyuarat Agung Tahunan, bezanya berani atau tidak buat pemilihan je atau ikut suka-suka hati nak tangguh. Bila Tuan Guru Presiden menang, maka bertempik la juak-juak parti sebelah sana bercakaran berkata Tuan Guru bercita-cita nak jadi Perdana Menteri. Apa punya bangang punya hujah. Nasib baik Tuan Guru Presiden tak jawab apa-apa. Kalau tidak.... tak tau la macamana puak katak-katak melompat tu berkokok memperbodohkan diri sendiri.

Kesimpulannya, jika anda ada anak maka pastikan mereka tidak tersalah memilih cita-cita. Didik anak anda dengan memberitahu mereka adalah salah untuk mereka bercita-cita begitu supaya tiada lagi catatan sejarah seperti cerita Hang Nadim versi moden akan tertulis. Bahkan, jika anda sendiri masih bertegas dengan prinsip anda untuk menjadi Perdana Menteri maka pastikan bahawa anda juga telah bersedia untuk menghadapi segala serangan yang bakal anda terima. Sesungguhnya di negara tercinta ini jawatan Perdana Menteri tidak boleh dicita-citakan kerana jawatan itu hanya untuk Perdana Menteri sahaja!


Tiada ulasan: