Addin |
- Panas!! Web Kerajaan UMNOporno Sedang Di Godam Oleh 'Anonymous'
- Tiada Bezanya Kartun Utusan Dengan Kartun Hina Nabi
- Bukti UMNO Perkudakan SPR, Minta RM 48,000 Dari PKR Untuk Daftar Pemilih
- FELDA Kalah Lagi, Diarah Bayar RM 1.2 Juta
Panas!! Web Kerajaan UMNOporno Sedang Di Godam Oleh 'Anonymous' Posted: 15 Jun 2011 11:00 AM PDT Lepas nih akan ada lagi la alasan dari kerajaan Umporno untuk balaih lagi duit rakyat kerana nak membaik pulih laman laman web kerajaan yang sedang kena serang sekarang nih!!!Dengaq katanya banyak dah laman web yang tak dapat di 'connect' kerana serangan tersebut. Dipetik dari web www.moe.gov.my -> Could not connect: Can't connect to MySQL server on 'mysqlportal' (4). Web sprm lansung takleh dimasuki .Haha... aku suka pasai diaorang nih cakap besaq sangat, angkuh dan bongkak tarak guna punya ataih dunia Tuhan nih... Shalehudin blog |
Tiada Bezanya Kartun Utusan Dengan Kartun Hina Nabi Posted: 15 Jun 2011 07:53 AM PDT Apa bezanya lukisan hina syariat Islam oleh Utusan Malaysia dengan lukisan hina nabi yang dilukis oleh kartunis Sweden, Lars Endel Roger Vilks (klik sini). Kartunis Sweden sudah tentu seorang kafir yang anti Islam.. manakala Utusan Malaysia di terajui oleh Melayu UMNO yang mengaku Islam. Jelas kartun sebegini menghina kaedah penentuan kes di dalam Islam. Apabila seseorang Islam yang menghina syariat Islam sudah pasti berat hukumannya. Orang Islam yang menghina syariat Islam dibimbangi akan tergelincir akidahnya. Sekarang apa respon akan dikeluarkan oleh Menteri Agama UMNO, Mufti-Mufti dan Ulamak UMNO.. jangan jadi syaitan bisu!! KOTA BHARU, (Harakahdaily) - Ketika pemimpin Umno masih 'trauma' pendekatan baru diperkenal PAS, Negara Berkebajikan, tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan kartun disifatkan menghina syariah IslamLakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam. Ekoran itu Pemuda PAS Kelantan turut tampil mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit hari ini. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jelas sekali mesej yang cuba disampaikan Utusan betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol. Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi. Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima. Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam. Dalam perkembangan lain katanya, menteri yang menjaga agama pula membuktikan tiada kes murtad di Kelantan sejak 10 tahun lalu. "Ini menggambarkan pentadbiran berteras Islam di negeri ini berjaya mengekang gejala tersebut, sedangkan mahkamah syariah di negeri lain menerima 863 kes murtad dalam tempoh tersebut," ujarnya. Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai pemohonan murtad sepanjang 10 tahun lalu. Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri dan seluruh umat Islam di atas kejayaan mengekang gejala muryad yang sedang melanda negara sekarang. "Ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak 1990," katanya. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan statistik perrmohonan murtad di seluruh negara daripada tahun 2000 hingga 2010. Dalam tempoh tersebut sebanyak 863 permohonan direkodkan di Sabah dengan 238 kes, Negeri Sembilan (172 kes) dan Selangor (99 kes). |
Bukti UMNO Perkudakan SPR, Minta RM 48,000 Dari PKR Untuk Daftar Pemilih Posted: 15 Jun 2011 07:14 AM PDT Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan dakwaan taktik terbaru Umno memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meminta RM48,000 daripada PKR jika mahu mendapatkan butiran penuh daftar pemilih. Menurutnya, tindakan SPR itu dilihat sengaja memburukkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang walaupun tarikhnya masih menjadi teka-teki."Amat mengejutkan apabila PKR diminta membayar RM48,000 untuk alamat daftar pemilih induk 2010 yang diwartakan 19 Mei lalu. "Persoalannya, kenapa SPR menjalankan perniagaan bagi mendapatkan alamat daftar pemilih. Ia adalah tanggungjawab SPR membekalkan maklumat yang lengkap. Kita dapat hidu ini adalah usaha Umno untuk memasukkan pengundi-pengundi hantu dalam daftar pemilih yang tidak menetap dan tinggal di kawasan berkenaan," kata Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Katanya, perkara itu terbongkar apabila beliau sendiri bertemu Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bagi mendapatkan penjelasan perkembangan terakhir pilihan raya akan datang. "Lebih kurang tiga minggu lalu, saya bertemu dengan Ketua Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria untuk dapatkan penjelasan tentang perkembangan terakhir PRU tetapi menunjukkan SPR tidak lagi mampu menjalankan pilihan raya yang adil dan bersih. "Saya dapat pengesahan daripada pihak SPR bahawa ada arahan baru berkenaan daftar pemilih yang dibekalkan kepada ahli-ahli politik dan saya percaya ahli politik Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi diberikan alamat pemilih-pemilih berkenaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR yang sengaja tidak menyediakan alamat pemilih kepada ahli politik Pakatan sedangkan beliau mendapat maklumat perkara sebaliknya berlaku kepada Barisan Nasional (BN). "Saya dapat maklumat ahli-ahli politik BN disediakan alamat penuh berkenaan pemilih di kawasan mereka yang disertakan nombor telefon. Mengapa boleh berlaku dwistandard terhadap PR? Ini tindakan tidak adil dan di mana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini? "Saya memberi contoh di sini daftar pemilih yang terkini yang diwartakan pada 19 Mei lalu sehingga suku tahun keempat 2010, di lokasi Rumah Pangsa AU3 (Blok 1-15) Dun Ulu Klang, Parlimen Gombak (P.098), dapat dilihat hampir kesemua nama-nama yang dibekalkan oleh SPR hampir semuanya hanya ada nombor rumah sahaja, tidak ada alamat yang penuh. "Bagaimana mungkin kita dapat sahkan sama ada pemilih ini benar-benar pemilih yang duduk di kawasan berkenaan sekiranya alamat tidak diberikan. Ia ada beberapa nama pemilih yang ada alamat tetapi lebih 90 peratus pemilih tiada alamat di dalam daftar pemilih yang dibekalkan oleh SPR yang perlu diberikan kepada parti politik," ujarnya sambil menunjukkan bukti senarai nama tanpa alamat kepada pemberita. |
FELDA Kalah Lagi, Diarah Bayar RM 1.2 Juta Posted: 15 Jun 2011 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka. Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud. Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan. Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun. Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu. Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian. Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit. Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka. "Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya. Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah. "Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya. Sekretariat Task Force Felda Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor. "Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya. Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah. Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut./Hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan