Rabu, 15 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Chelsea janji bawa pengurus baru ke Malaysia

Posted: 15 Jun 2011 10:30 AM PDT

PETALING JAYA: Peminat bola sepak di Malaysia bakal menjadi antara penonton paling awal berpeluang menyaksikan sentuhan yang diperkenalkan oleh pengurus baru Chelsea dalam persembahan pemain kelab yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris itu.

Naib juara EPL 2010/2011 itu, yang dikatakan akan mengumumkan pengurus barunya bagi menggantikan Carlo Ancelotti dari Itali tidak lama lagi, berjanji akan membawa pengurus baru dan 11 pemain utama mereka apabila mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai ini.

"Inilah kemeriahan yang akan kami bawa kepada peminat di Asia, khususnya di Malaysia," kata ketua eksekutif Chelsea, Ron Gourlay selepas melancarkan Chelsea Blue Pitch di Pusat Sukan NPNG, Damansara Damai, di sini hari ini.

Perkara itu adalah sebahagian daripada kempen Chelsea Asia Tour 2011, yang bertemakan "Here to Play, Here to Stay" di mana jurulatih Chelsea akan datang ke Malaysia untuk membantu melatih pemain negara ini secara berkala.

Gourlay berkata, pemilihan pengurus baru Chelsea akan ditentukan oleh pemilik kelab itu Roman Abramovich dan pemilik utama syarikat pelaburan persendirian Millhouse LLC.

"Individunya akan diketahui tidak lama lagi," katanya.

Antara calon pengurus baru kelab itu ialah Guus Hiddink, bekas pengurus The Blues pada 2009, yang kini menjadi pengurus pasukan kebangsaan Turki, dan pengurus Blues Legend, Gianfranco Zola. 
"Musim lalu begitu cemerlang bagi kami, tapi tahun ini agak berbeza sedikit dan penonton meletakkan harapan yang amat tinggi," katanya.

Bagi musim 2009/2010, Blues menjuarai dua kejohanan iaitu Liga Premier dan Piala FA. - BERNAMA

Hina Islam di Malaysia ni tak salah kot

Posted: 15 Jun 2011 09:00 AM PDT

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

"Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

"PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

"Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini," katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.- Malaysiakini

Laman web kerajaan sedang diserang

Posted: 15 Jun 2011 07:58 AM PDT

Lepas nih akan ada lagi la alasan dari kerajaan Umporno untuk balaih lagi duit rakyat kerana nak membaik pulih laman laman web kerajaan yang sedang kena serang sekarang nih!!!

Dengaq katanya banyak dah laman web yang tak dapat di 'connect' kerana serangan tersebut. Dipetik dari web www.moe.gov.my -> Could not connect: Can't connect to MySQL server on 'mysqlportal' (4). Web sprm lansung takleh dimasuki

Haha... aku suka pasai diaorang nih cakap besaq sangat, angkuh dan bongkak tarak guna punya ataih dunia Tuhan nih...

Ni semua punca Khir Toyo akan terlepas bebas

Posted: 15 Jun 2011 06:12 AM PDT

Saksi utama mengaku beri kenyataan bercanggah


Hazlan Zakaria
Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni mengaku wujud perbezaan di antara kenyataannya pada 2009 dengan kenyataaannya pada 7 Jun lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shamsuddin meneruskan keterangannya hari ini - hari keenam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Shamsuddin berkata terdapat tiga perbezaan: Pertama, dalam kenyataan sebelumnya, dia mengatakan rumah tersebut tidak dijual di bawah harga pasaran, tetapi sekarang dia mengatakan ianya dijual di bawah harga pasaran.

Kedua, katanya, dalam kenyataannya sebelum ini, dia mengatakan (pereka lanskap) Nasir Ismail dilantik olehnya dan dalam keterangan terbarunya, dia mengatakan Nasir dilantik oleh Khir.

Ketiga, kata Shamsuddin, sebelum ini dia berkata dia menjual rumahnya untuk menutup kerugiannya, dan sekarang dia mengatakan itu tidak benar dan dia menjual rumah tersebut kerana tidak ada pilihan.

Bagaimanapun, Syamsuddin gagal menghuraikannya ketika DPP Abdul Wahab Muhammad bertanya mengapa berlaku perbezaan seperti itu.

Katanya, kenyataan terbarunya adalah sama seperti keterangannya di mahkamah dan menegaskan bahawa itulah yang betul.

Perbezaan kenyataan Syamsuddin itu berlaku hanya sehari selepas dua tuduhan terhadapnya digugurkan pada hari pertama perbicaraan pada 6 Jun lalu.

Pensyarah panaih punggung

Posted: 15 Jun 2011 05:39 AM PDT

Maap, ini punggung bangsa Umno... bukan punggung pensyarah tuh... haha...

Pensyarah dakwa Suara Keadilan putarbelit kenyataannya



Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Putrajaya hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk 'Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi' dan laporan muka depan bertajuk 'Umno Putih Mata'.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR dari segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang BN, Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

"Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti Umno putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13... saya tidak kata begitu.

"Kenyataan saya telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Saya berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti saya," katanya.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, beliau masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil.- Bernama

Perkasa takut Umno tungging

Posted: 15 Jun 2011 05:20 AM PDT

Bukan sengaja tapi ni cara depa

Posted: 15 Jun 2011 05:13 AM PDT

Riuh rendah orang pakat hentam akhbar penjilat nombor satu Umno, Utusan Malaysia pasai penyiaran kartun rogol tu yang dikatakan hina Islam... Ada yang suruh Utusan tu mintak maaf kat orang Islam, ada yang suruh depa mintak maaf kat Tuhan jugak...

Puak puak Umno ni memang jahil, kalau depa tak jahil depa takkan sokong Umno... dan depa takkan baca Utusan Malaysia... Utusan Malaysia penggalak kejahilan dan pengembang kekeliruan ummh. Kejahilan datangnya dari kebodohan, dungu kerana tak mahu belajar dan bertanya. Minda mereka telah tertutup untuk keadilan dan kebenaran.

Jangan anggap kejahilan ini di sengajakan supaya orang Islam marah, tidak... kerana ini lah cara depa membuat laporan dan ulasan... tanpa mengira musibah dari kejahilan laporan dan ulasan mereka....

Rogol adalah hukuman takzir (ditentukan oleh pemerintah) dan tak semestinya perlu membawa 4 saksi dan boleh pakai DNA analisis dan video tape dan apa apa saja yang sewaktu dengannya. Tapi kalo zina baru lah kena pakai hukum hudud... kena la dibawak 4 orang saksi. Dan tak perlu lagi bukti bukti lain... Zina ni dosa peribadi....

Bila kita ni bangang dan tak mau bertanya untuk ambil tahu, tak mau belajar untuk kembangkan ilmu, inilah masalahnya... Utusan Malaysia dah bangang, diajak sekali rakyat Malaysia membangang bersama sama mereka. Tukang lukis kartun tu pun satu hal... jahil tentang hukum Islam langsung bersekongkol mengelirukan orang ramai tentang hukum Islam.

Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di'umno'kan.

Tiada ulasan: