Rabu, 15 Jun 2011

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Negara berkebajikan dengan rujukan sirah Rasululullah SAW

Posted: 14 Jun 2011 06:04 PM PDT

Oleh Abu Firdaus

Apabila Rasulullah sampai ke Madinah, baginda disambut sebagai ketua untuk kota itu. http://4.bp.blogspot.com/_gM82XoL2QtY/S_N9RovoWKI/AAAAAAAAASA/FOUPj8sVMMM/s1600/buku+sirah+001.jpgIni disahkan melalui baiah yang diberikan oleh sebahagian penduduk Madinah sebelum baginda berhijrah lagi. Tidaklah semua penduduk memberi sokongfan kepadanya. Tetapi kaum Ansar iaitu penduduk utama Madinah yang tidak mempunyai ketua memberikan baiah itu.

Ketika itu, penduduk Madinah memang mencari seorang ketua. Rasulullah SAW dilihat sebagai tokoh yang layak. Sebagai seorang dari kaum Quraisy kota Mekah, sudah tentu baginda dilihat memiliki ciri-ciri krpimpinan daripada suku yang merupkan elit pemerintah di Mekah.


Di Madinah ketika itu, tidak dapat dilihat adanya mana-mana tokoh yang cukup kuat untuk menjadi ketua bagi seluruh penduduknya. Perbalahan akan berlaku jika mana-mana individu dipilih.

Walaupun Rasulullah SAW dianggap sebagai pembangkang di kota Mekah, tetapi kaum Ansar menerima ajaran Islam, melalui kenabian Muhammad SAW lebih-lebih lagi yakin dengan akhlak baginda.

Sokongan padu kaum Ansar terlihat apabila masing-masing berebut-rebut supaya Rasulullah SAW jadikan rumah mereka sebahagian kediaman baginda. Di mana Rasulull;ah SAW akan tinggal di madinah maka itulah akan menjadi ekdiaman rasmui ketua kota Madinah.

Kalau dari segi pentadbiran, kediaman Rasulullah SAW itu kelak adalah seperti istana tempat seseorang bersemayam atau kediaman presiden sesebuah republik. Namun Rasulullah SAW membawa sikap dan cara politik berbeza daripada mana-mana kerajaan yang ada, baik empayar Rom mahupun Parsi, atau pemerintahan Quraisy di Mekah.

Orang Yahudi Madinah yang duduk di pinggir kota tidaklah sepenughnya menyokong Rasululullah SAW sebagai ketua kota Masdinah. Mereka hanya memerhatikan ketika itu. Namun kaum yang menentukan siapa ketua di kota itu adalah Ansar, jadi mereka kena akur.

Dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, baginda meminta supaya dibenarkan saja untanya berjalan hingga ia berhenti. Di mana unta itu berhenti, maka di situlah akan dijadikan tapak kediaman Rasulullah SAW. Baginda telah menggunakan diplomasi dan memelihara perasaan individu-individu Ansar.

Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti dan dudukdi satu tempat. Maka di situlah Rasulullah SAW menetapkan kediamannya. Rumah Rasulullah SAW hanyalah bilik kecil. Memanglah kota Madinah tidaklah besar dan penduduknya tidaklah ramai. Kedudukan Rasulullah SAW di situ seperti datuk bandar atau penghulu suatu penempatan. Madinah bukanlah sebuah negara atau kerajaan. Tetapi Madinah adalah sebuah kota yang merdeka dan tidak tertakluk kepada mana-mana pemerintah.

Maka langkah pertama Rasulullah SAW adalah menetapkan satu ruang untuk baginda bekerja. Maksud bekerja di sinilah ialah solat, menjalankan pemerintahan dan mengajar. Istilah bekerja yang digunakan adalah amal. Jadi kesemua itu adalah amal ibadat, Solat, politik dan berdakwah.

Maka satu ruang empat segi diperuntukkan. Kaum Ansar dan Muhajirin bekerjasama membina tembok keliling ruang empat segi yang hendak dijadikan masjid dan rumah Rasulullah SAW. Tentunya kesemuanya daripada derma kaum Ansar kerana masa itu harta Muhajirin bukan saja ditinggalkan di Mekah tetapi telahpun dirampas oleh kaum Quraisy. Masjid Rasulullah SAW ini menjadi pusat pentadbiran Madinah serta merupakan wakaf bagi umat Islam.

Selepas masjid dibina, maka langkah pertama ialah memanggil orang supaya berhimpun untuk melakukan solat berjemaah. Maka Bilal menjadi muazzin dan kaedah ditetapkan bagaimana hendak memberitahu orang ramai tentang panggilan untuk solat. Apa yang jelas umat Islam mesti berbeza daripada Yahudi dan Nasrani. Penggunaan alat tiupan dan loceng ditolak, sebaliknya digantikan dengan suara manusia.

Berbanding dengan suara manusia, alat tyiupan dan loceng lebih jauh kedengaran. Tetapi Rasulullah SAW menerima cadangan supaya azan iaitu panggilan menggunakan suara adalah yang paling seusai sebagi cara Islam. Secara tidak langsung, Islam mengutamakan kaedah manusiawi daripada teknologi. Islam juga mengutamakan bahasa dengan perkataan yang mempunyai erti datripada hanya bunyi alat-alat.

Setelah menjadi ketua Madinah, perkara utama yang perlu diselesaikan ialah kebvajikan penduduk-penduduknya. Apabila Madinah sudah memiliki seorang ketua yang amat berkaliber, ia juga perlu tanggung kaum Muhajirin yang sudah kehilangan segalanya di Mekah. Bagaimanakah cara untuk menyara mereka?

Umumnya Madinah adalah kota pertanian di mana penduduk-penududknya memiliki ladang-ladang yang kemudian hasilnya dijual di pasar. Itulah harta mereka. Se3dangkan orang Quraisy Mekah adalah kaum berdagang yang mempunyai kabilah dan berniaga hingga ke Syam. Tentulah orang Muhajirin ini tidak mahir dalam peladangan.

Rasulullah SAW menyelesaikan masalah ini dengan mewujudkan konsep ummah dan perpaduan ummah. Suku kaum dibenamkan. Asabiyah dityolak. Tidak ada kaum Quraisy, Aus, Khazraj, Ansar atau Muhajirin. Sesiapa umat Islam adalah bersaudara. Namun begitu perpaduan ini perlu dibuat secara teratur dan bukannya asal usul keturunan hilang begitu saja. Dalam Islam, susur galur keturunan adalah penting kerana ia menentukan pembagaina harta melalui faraid.

Cumanya kebajikan penduduk Madinah disusun melalui persaudaraan islam. Seorang Ansar diwajibkan mengambil seorang Muhajirin sebagai saudara. Saudara itu adalah bertaraf seperti adik beradik. Maknanya Ansar mesti membantu saudaranya dari segi makan, pakaian, tempat tinggal dan keselamatan.

Untuk jangka pendek bolehlah tetapi kaum Muhajirin tentu berasa tidak mahu membebankan saudara-saudara Ansarnya. Mereka mahu memperoleh kembali harta yang mereka rampas oleh kaum Quraisy, serta selanjutnya mahu kembali berdagang ke Syam. Maka berlakulah Perang Badar. Ia merupakan suatu peperangan menuntut keadilan demi kebajikan umat Islam di Madinah.

Siasah perubahan dengan maslahah

Posted: 14 Jun 2011 05:55 PM PDT

Oleh PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

NABI s.a.w. tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak bolehhttp://mstar.com.my/archives/2009/6/10/mstar_berita/012995422.jpg diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia.

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu.

Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu.

Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ëUmar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik.

Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al- Jauziyyah (meninggal 751H): "Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat.

Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknyaî. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Iílam al-Muwaqqiíin, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia.

Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting.

Jika kita memberikan nama yang "islamik" sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik.

Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan "daulah islamiyyah" tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.

Realiti semasa Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat.

Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: "Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut: "Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auzaíi, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuhÖî.

Dalam riwayat Abu Daud: "Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran" (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al- Albani.)

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum.

Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati.

Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud.

Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata: "Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kamiî. Jawab Rasulullah s.a.w: ìSesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al- Darimi dll. Dinilai sahih oleh al- Albani)

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu.

Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa.

Untuk itu kita dapati para sarjana fikah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.

Kata al-Munawi (meninggal 1031H): "Rabiah (bin 'Abd al- Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab 'Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-'Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka.

Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan."( Al-Munawi, Faidh al- Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' al- Fatawa.

Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks.

Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islami.

Tiada ulasan: