Sabtu, 11 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Layan ni pun baguih dari pikiaq kelaku Umno yang bengong

Posted: 11 Jun 2011 07:52 AM PDT

MSO kata depa ni geng buncit... kahkahkah...

Posted: 11 Jun 2011 07:03 AM PDT

Antara Kebajikan Dan Kebuncitan
Oleh Mohd Sayuti Omar

BAGI orang yang tidak arif lenggang lengguk politik mungkin merasa hairan dengan tindakan Umno yang mempertikaikan kenapa Pas mengemukakan tema baru semasa muktamar lepas iaini Membangun Negara Islam.

Mereka yang terpengaruh dengan nyanyian Umno akan tertanya-tanya sendiri apa sudah jadi dengan Pas. Apakah Pas sudah meninggalkan matlamat asalnya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam negara ini seperti mana disebut dalam perlembagaanya.

Tetapi bagi mereka yang arif dengan politik tidak merasa pelik sedikit pun dengan pengenalan tema baru itu. Sebaliknya akan melihat keributan Umno mengkritik Pas itu menunjukkan Umno begitu takut dan kecut perut dengan perubahan dan anjakan paradigma yang dilakukan Pas. Tema baru itu dirasakan boleh memberi nilai tambah kepada Pas seperti mana Buku Jingga yang boleh menyebabkan Umno kelam kabut dan terpaksa memerah idea untuk mengatasinya.

Kenapa saya kata begitu? Kerana kalau Umno tidak kecut perut parti itu tidak akan mengulas dan menghentam Pas. Dia tidak akan menarik isu-isu itu ke tengah masyarakat. Cara Umno menimbulkan perkara itu menunjukkan parti itu sudah terdesak dan seakan sudah dapat menghidu panjang atau pendek usianya dalam pilihan raya umum ke -13 kelak.

Umno jelas sekali tidak ikhlas apabila mempersoalkan Pas kononnya tidak mahu kepada Islam lagi. Benar seperti kata Dr Asri Zainal Abidin Umno tampak macam hipokrit dalam hal ini. Kenapa tidak satu masa dulu bila Pas fokus kepada negara Islam Pas dituduh fanatik dan ekstrem. Bila Pas cuba membawa gagasan tidak menggunakan pakai perkataan Islam dituduh pula Pas hendak meninggalkan Islam.

Sebenarnya Umno tidak patut bersusah payah dalam menerima tagline baru Pas itu. Kita tahu Umno mengambil sikap menyibuk itu hendak menunjukkan dia pejuang Islam dan bangsa di negara ini. Kalau benar Umno sayangkan Islam beliau tidak perlu geger, sebaliknya menjadi galang ganti kepada Pas memperjuangkan Islam.

Umno patut menjadi pelupor di dalam hal ini. Mulai sekarang Umno letakkan matlamat untuk membangun Islam di depan. Buang perjuangan untuk bangsa tukar kepada perjuangan untuk agama (Islam). Kalau Umno juga takut dan tidak yakin dengan Islam tidak payahlah sibuk-sibuk hendak kritik dan hentam Pas.

Kalau betul berani Umno tukar dulu perlembagaan partinya. Masukkan perkataan 'negara Islam" dalam perlembagaanya. Atau masukkan perkataan al Quran dan al Hadtih. Beranikah Umno atau macam mana? Kalau Umno juga tidak suka kepada perkataan-perkataan itu maka eloklah Umno juga duduk diam. Kita bimbang kalau lebih bercakap nanti, kata-kata akan memakan diri.

Kalau muka kita penuh dengan getah nangka jangan cuba mengatakan muka orang lain comot.

Semalam Najib Razak Negara Berkebajikan yang Pas nak buat itu ditiru Umno. Umno sudah lama berbuat kebajikan kepada rakyat. Disebutlah contohnya perwujudan Felda, Felcra, Bank Bumiputera (sebenarnya bank bumiputera sudah lama ghuyup), dan macam-macam lagi. Jelas Najib tidak faham bentuk berkebajikan yang Pas hendak bangunkan itu. Dan kalaulah kebajikan yang Umno buat itu bertepatan dan dapat memberi nikmat kepada rakyat apa salah kalau ditiru oleh Pas? Salahkah kalau kita meniru sesuatu yang baik. Rasanya tidak.

Yang salahnya kalau Pas meniru keburukan kerajaan UBN. Peralatakan SPR, polis, budak sekolah, hatta biawak dan ular untuk memastikan kemenangan UBN. Perbuatan itu kalau Pas tiru wajarlah ia dikecam. Tetapi kalau meniru yang baik apa salahnya?

Sebenarnya kebajikan yang disebut Najib itu bukan kebajikan sebenarnya. Kata Najib Umno buat kebajikan dengan penubuhan Felda, Felcara, bank Islam dan sebagainya. Penubuhan segala institiusi itu bukan seratus peratus kebajikan untuk rakyat tetapi satu pemanipulasian tenaga rakyat untuk kepentingan kroni saja.

Dalam erti kata lain kebajikan itu berunsur komersial, bukannya kebajikan tulen untuk rakyat. Kalau apa-apa yang rakyat dapat dari institusi tanah rancangan itu, itu bukan pemberian kerajaan tetapi atas titik peluh dan usaha mereka juga.

Kebajikan Pas berlandaskan pentadbiran negara Islam seperti mana disebut dalam Quran. Negara yang aman makmur dan mendapar keredhaan Allah. Dalam kamus Umno perjuangannya untuk memakmurkan negara tetapi tidak mempedulikan sama ada ia mendapat keredhaan atau tidak. Untuk memahami cara Umno berkebajikan ini mudah saja, buat sesuatu yang dapat untung tetapi jangan peduli apakah ia diredha atau tidak. Anologinya sama dengan orang dapat duit dengan berjudi, tetapi mereka tidak menilai apakah duit itu diperoelhi secara sah atau tidak.

Jadi kalau orang memahami cara Pas nak berbuat kebajikan ini ianya nampak perbezaan dengan kebajikan yang dilakukan oleh Najib. Saya yakin kalau Pas memerintah negara ini apa yang dinamakan loteri kebajikan tidak akan digalakkan seperti mana Umno menggalakkan loteri kebajikan.

Kebajikan berunsur judi dan memerah tenaga rakyat itulah acuan kebajikan Umno. Dalam kontes agama kebajikan demikian bukan kebajikan namanya tetapi lebih tepat 'kebuncitan'. Deng ... deng...denggg... Mat Maslah terjatuh motorsikal!

Umno tu paham ka Kebajikan tu menatang apa?

Posted: 11 Jun 2011 05:00 AM PDT

Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno
Oleh: Mat Zain Mat Isa

Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutan ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis.

Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam.

Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih 'Membangun Negara Berkebajikan' sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya.

Kejahilan dan kedangkalan para pemimpin Umno memahami konsep Negara Islam dalam konteks lebih menyeluruh adalah satu hal yang sudah dimaklumi. Namun persoalan yang lebih wajar ditanyakan ialah apakah keprihatinan Umno terhadap halatuju PAS itu bertitik tolak daripada hasratnya yang juga mahukan Negara Islam?

Kalau tidak kerana rekod pemerintahannya yang penuh dengan agenda mungkar dan sering pula menganjurkan perkara bercanggah dengan ajaran agama, sudah tentu tidak wajar bagi mana-mana pihak memperkecilkan komitmen Umno terhadap kedaulatan Islam di negara ini.

Malangnya, apa yang dapat dilihat, didengar dan dialami seluruh warga negara ini tidak membantu sesiapa pun memberikan kredit kepadanya di atas usaha memartabatkan hukum dan peraturan Tuhan.

Hendak dikatakan parti itu tidak berpeluang merealisasikan hasrat itu amat tidak munasabah. Ia telah diberikan kesempatan amat luas.

Lebih separuh abad selaku peneraju pemerintahan negara, tanpa pernah diselang-selikan oleh mana-mana parti lain walau seketika, sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk Umno menyempurnakan pelaksanaan agenda Islam, sekiranya ia betul-betul berhasrat sedemikian. Malangnya, hakikat itu tidak berlaku.

Mungkin itu sebab orang susah percaya jika hal ehwal menegakkan Islam cuba dikaitkan dengan sikap dan pendirian Umno. Barangkali juga ia disebabkan tabiat Umno sendiri yang bukan sahaja tidak mewarnai wajahnya dengan warna Islam, malah kerap bertindak dalam bentuk yang dinilai sebagai tidak mesra terhadap mana-mana pihak yang mahu menegakkan nilai hidup Islam.

Contohnya, selaku parti tunjang kerajaan tentu sekali Umno tidak boleh lari dari dipertanggungjawabkan apabila usaha menyemarakkan dakwah Islam dan operasi pembanterasan maksiat sering berdepan karenah birokrasi yang rumit. Bahkan dalam sebilangan kes, para pemimpin Umno sendiri tampil membantah pihak-pihak di bawah bidang kuasanya yang cuba mempertahankan peraturan Islam yang telah digunapakai sekian lama.

Dalam kes yang lebih menyerlah, Umno muncul sebagai penghalang nombor satu bagi PAS memperkenalkan undang-undang Islam di negeri-negeri diperintah parti lawannya itu. Bukankah para pemimpin parti itu yang secara terbuka memberi amaran keras kepada pemimpin kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud dan Qisas suatu ketika dulu?

Sebab itu rakyat melihat sikap Umno yang kononnya amat prihatin dengan matlamat PAS menubuhkan Negara Islam kini tidak lebih suatu sandiwara politik. Ia mengingatkan kita kepada kes Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu.

Sejurus PAS memerintah Terengganu pada akhir 1999, Umno menjadi pendesak utama agar Hudud dilaksanakan. Hampir setiap simpang jalan yang strategik dinaikan pemidang mendesak perkara itu. "Mana hudud?", "Bila lagi nak laksanakan hudud?", "Rakyat Terengganu Mahukan Hudud", baca beberapa pemidang itu.

Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah dan program riuh-riuh anjuran Umno, isu kegagalan kerajaan PAS laksanakan Hudud turut dilaungkan.

Anehnya, apabila enakmen Hudud dan Qisas dibentang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, empat Adun Umno mengambil pendirian berkecuali. Mereka tidak mengundi, sama ada menyokong atau membantah.

Sepatutnya dengan keghairahan melebih-lebih penjuak Umno di luar sana, kesemua empat Adun itu menjadi orang paling awal mengangkat tangan menyokong enakmen tersebut.

Hipokrasi Umno dalam menuntut pelaksanaan Hudud oleh PAS lebih terserlah apabila enakmen itu diluluskan dan kemudiannya diwartakan. Ada kenyataan pemimpin Umno mempertikai kewajaran melaksanakannya.

Ertinya, suara mereka mendesak PAS melaksanakan hukum itu sebelum itu rupa-rupanya hanya persendaan. Ia tidak lebih sekadar mewujudkan tekanan politik kepada PAS atau memberikan gambaran kegagalan pemerintahan parti itu.

Umno membuktikan ia memang tidak pernah berhasrat melihat hukum Islam itu terlaksana. Sebab itu selepas ia kembali berkuasa di Terengganu, eakmen Hudud dan Qisas 'diperap' dari pengetahuan umum, seolah-olah ia tidak pernah dibentang, diperbahas dan diluluskan Dun. Sedangkan ia telah diperkenankan Tuanku Sultan, diwartakan sebagai undang-undang sah bagi kerajaan negeri Terengganu dan hanya tunggu dilaksanakan

Itulah bukti hipokrasi Umno dalam menjunjung hukum Tuhan. Kini, episod hampir sama berkumandang lagi. Umno seolah mahu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang paling mahukan Negara Islam. Lalu, apabila PAS tidak menyebut kalimah itu dalam muktamarnya kali ini, Umno seolah-olah menjadi pihak "paling dukacita". Cheh!

Najib tokey minyak urat... kahkahkah...

Posted: 11 Jun 2011 03:07 AM PDT

Najib ni perasan tak habih habih... muka tak malu betoi... kahkahkah...

Ada ka tak pasai pasai mintak PAS jangan dok 'ciplak' model negara kebajikan BN. Negara berkebajikan kepala hotak hang... minayk naik, gula naik, gas naik, diesel naik, sewa lori naik, taril letrik naik... tetiba kata negara kebajikan BN... pttuuihhh.... tak dak akai betoi...

Piem bangsa Umno Najib Razak mendakwa PAS "menciplak" model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan. Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

"Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan," kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

"Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa," kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.

Uweekkk.... naik termuntah aku... haha... meloya bau minyak urat Najib...

Syoknya ahli Umno, pemimpin depa kaya meliana

Posted: 10 Jun 2011 11:00 PM PDT

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

"Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

"Ini gambaran bahawa pentadbiran Umno selama ini berlaku kebobrokan," ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, beliau percaya Khir Toyo menjadi mangsa kambing hitam pimpinan Umno Selangor sendiri, iaitu Datuk Noh Omar yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

"Ini semua satu perangkap yang dipasang Noh serta rakan pimpinan Umno Selangor dan mangsa yang dikambing hitam ialah Khir," kata Shuhaimi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Khir dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran daripada Pengarah Ditamas, Shamsudin Haryoni.

Bagaimanapun, Shamsuddin dibebaskan mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan Khir awal bulan ini.

Dalam pada itu, Shuhaimi menyuarakan kesangsiannya sekiranya Khir akan disabitkan bersalah, berdasarkan kes-kes rasuah sebelum ini yang ditutup dengan pelbagai alasan.

"Kes ini kemungkinan besar akhirnya ditutup seperti contoh kes melibatkan Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Rafidah Aziz, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi terlepas dengan alasan mengaitkan kesilapan teknikal dan sebagainya.

"Sebab itu kita menyarankan supaya memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diletakkan fungsinya dan diberi tanggungjawab kepada Parlimen," kata beliau.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya bijak memilih kerajaan yang menolak amalan rasuah.

"Rakyat boleh menilai dengan melihat apa yang berlaku dan selagi kes-kes rasuah ditutup dan disembunyikan, maka lagi bertambah keraguan rakyat kepada pemerintah.

"Oleh itu, rakyat perlu bangkit sokong usaha Pakatan Rakyat untuk menangani gejala rasuah dan penyelewengan oleh pemimpin Umno," katanya.- KD

Umno bangsa gian lendir

Posted: 10 Jun 2011 09:00 PM PDT

Aku yakin sesangat, mesti ada tangan tangan ghaib yang berkuasa yang merestui penyebaran video seks nih... kalau tidak masakan penyebarannya kini bagaikan sudah tidak terkawal. Seolah olah direstui segerombolan manusia yang gilakan kuasa melalui lendir video seks.

Sungguh mengaibkan negara berkebajikan ala Najib dicemari dengan penyebaran video seks yang tak boleh dikawal kawal lagi. Malah, tak keterlaluan dikatakan, penyebar video seks ini begitu kebal kerana masih tiada tindakan berkesan dari pihak berkuasa dalam membenteras dan menahan si pengedar. Amat sukar untuk diakui dalam dunia moden ini si penyebar langsung tak dapat dikesan untuk diambil tindakan.

Terbaru Ketua Wanita PKR pulak yang terpaksa menerima rakaman video seks didedah 'Datuk T' melalui Pos semalam. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata Polis seharusnya boleh mengesan dalang (melakukan perkara ini). Tetapi sehingga kini tiada hasil siasatan terhadap laporan polis mengenai pengedaran VCD lucah ini.

Pekida jadi promoter filem pulak... kahkahkah...

Posted: 10 Jun 2011 07:00 PM PDT

Takkan kira kira mudah camni pun hangpa tak tau... takkan perkara enteng camni pun Pekida tak reti nak baca... Dakwaan Pekida bahawa filem Kongsi dan KL Gangster menjatuhkan imej Melayu yang di jaja secara luas oleh pihak media secara tak langsungnya meletakkan filem yang didakwa sebagai mencemar imej Melayu ni menjadi lebih diminati.

Jadi salahkah aku kalau aku katakan Pekida dah tukar haluan dari sebuah pertubuhan kebajikan dan dakwah Islamiah (Pekida) kepada sebuah pertubuhan kebajikan bagi menjaja filem filem baru secara percuma... kahkahkah....

Di sebalik kutipan pecah panggung, sebuah pertubuhan Melayu mendakwa filem "Kongsi" arahan Farid Kamil Zahari mencemarkan imej orang Melayu dengan memaparkan adegan yang mencerminkan seolah-olah kaum terbesar itu terlibat dalam aktiviti gengsterisme.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan juga menyifatkan filem KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu turut mempunyai unsur-unsur merendahkan martabat orang Melayu selain boleh mempengaruhi golongan muda.

Mashitah ni tak mau taat suami ka... kahkahkah...

Posted: 10 Jun 2011 05:00 PM PDT

Apahal ngan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri nih, tak pepasal menyinga kat geng Kelab Taat Suami nih... kahkahkah...

Si Mashitah ni tak mau taat kat suami ka? Kahkahkah...

Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Kelab Taat Suami cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu. Mashitah berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej "taat" kepada golongan isteri dengan cara yang salah.

Mashitah menegaskan kecurigaannya adalah kerana mereka ini adalah serpihan dari kumpulan Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Ikhwan Global. Jadi dia takut kumpulan ini dikendalikan oleh suami mereka dan boleh menghantar mesej yang salah kepada golongan isteri mengenai ketaatan kepada suami mereka.

Tapi Mashitah ni dah macam ketinggalan bas laa, orang lain dah lama rasa terkejut dengan taat ala pelacur kelas pertama dari kelab yang entah apa apa nih... Dia ni baru nak sedar ka?

Berhati hati ataih jalanraya

Posted: 10 Jun 2011 04:00 PM PDT

NAHAS RAGUT 4 SEKELUARGA...Anggota penyelamat memeriksa kereta yang terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk menyebabkan empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah.

Bercelaknya mata Nor Mohamed Yakcop

Posted: 10 Jun 2011 11:00 AM PDT

Piem bangsa Umno Datuk Seri Najib Razak menyerahkan cenderahati kepada Menteri berbangsa Umno di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada Majlis Pelancaran Jenama Pelan Pembangunan 5 Tahun dan sempena ulang tahun pertama Rancangan Malaysia ke-10 di Putrajaya hari ini. - Foto Afendi Mohamed

Aku dah mangli dah... betoi atau tidak? Kahkahkah...

Posted: 10 Jun 2011 09:30 AM PDT

Tiga bulan dah depa bergundah

Posted: 10 Jun 2011 09:00 AM PDT

Pemandangan dari udara menunjukkan kawasan penempatan dilanda tsunami di Natori, Miyagi. Esok genap tiga bulan Jepun berhadapan dengan mala petaka berganda 11 Mac lalu. — Foto Reuters

Padan muka Mat Sabu, menang Timb Presiden buat apa...

Posted: 10 Jun 2011 08:10 AM PDT

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

Umno jenuh mintak nyawa la ngan dia ni... haha...

Posted: 10 Jun 2011 05:35 AM PDT

Kahkahkah...
Kahkahkah...
Kahkahkah...

Mahathir lebih hebat dari Karpal... kahkahkah...

Posted: 10 Jun 2011 03:02 AM PDT

Hudud - Dr Mahathir lebih berjaya dari Karpal
Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir masih lagi hendak bercakap terlalu banyak dalam mempertahankan UMNO. Niat beliau mungkin ikhlas untuk mempertahankan UMNO kerana beliau adalah ahli UMNO.

Tetapi kata-kata beliau mungkin membantutkan usaha UMNO untuk kembali mendapat penghormatan rakyat. Beliau sudah agak pelupa orangnya dan banyak kali apa yang beliau kata terhadap musuh politiknya, itulah yang beliau lazim lakukan.

Dalam isu PAS dengan pembaharuannya selepas muktamar parti itu hujung minggu lepas Dr Mahathir telah mengatakan yang Karpal Singhlah yang berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam parti itu sedangkan parti itu hanya hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada negara kebajikan jika diberi mandat untuk memerintah. Itu adalah sebahagain besar dari pimpinan ciri Islam.

Tetapi semua rakyat ingat Dr Mahathirlah yang paling keras menentang perlaksanaan hukum hudud apabila Kelantan mahu melaksanakannya dahulu. Sekarang Nik Aziz telah mengingatkan Dr Mahathir sendiri yang beliaulah (Dr Mahathir) yang menentang keras terhadap perlaksanaan hukum hudud dahulu. Nik Aziz berkata beliau boleh menunjukan surat Dr Mahathir kepada beliau (Mahathir) jika beliau telah terlupa atau sudah mengidapi penyakit pelupa seperti yang di alami oleh kita yang sudah berusia seperti beliau ini.

Dalam surat beliau kepada MB Kelantan itu Dr Mahathir telah menolak cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu, bukannya Karpal Singh seperti yang dituduh oleh Dr Mahathir itu. Kelantan yang ditadbir oleh PAS selepas pilihanraya 1990 dahulu telah meminta Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum hudud kerana bagi melaksanakannya ianya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.

Mahathir telah menolak cadangan itu dan di mana-mana beliau berucap Dr Mahathir telah mempermainkan isu hudud ini dengan berjenaka seperti mengatakan jika hudud dilaksanakan ramai rakyat kita tidak akan bertangan kerana tangan tangan mereka akan dipotong kerana kesalahan mencuri. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh Mahathir semasa itu ada benarnya kerana beliau takut terlalu ramai rakyat yang di dapati mencuri akan dipotong tangan mereka termasuk di kalangan ahli-ahli jemaah kabinet beliau.

Kalaulah Karpal memberikan tentangan terhadap melaksanakan undang-undang Islam, ianya tidaklah menjadi isu kerana beliau bukan beragama Islam. Kita sebagai seorang yang beragama Islam pun memang tidak mahu melihat unsur-unsur agama lain berada di dalam kerajaan pemerintahan kita. Kita memahami kenyataan itu dan Karpal pun faham. Tetapi yang menolak undang-undang Islam ini datangnya dari UMNO pimpinan beliau (Dr Mahathir) sendiri.

Kalau Mahathir tak bersetuju pun tak apalah, tetapi janganlah hendak meletakan isu penolakan kerajaan berlandaskan Islam itu kepada pihak lain apatah lagi kepada Karpal yang bukan beragama Islam.

Mungkin Nik Aziz patut menghantar surat yang beliau terima dari Dr Mahathir itu, setidak-tidaknya boleh mengingatkan beliau yang beliaulah yang secara formalnya telah menolak pentadbiran berunsurkan Islam itu.

Tetapi saya hanya berminat untuk mengingatkan Dr Mahathir supaya elok berfikir sebelum berkata-kata kerana jika salah cakap ianya mungkin membantutkan usaha ahli parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Dr Mahathir perlu faham yang UMNO masih belum lagi mendapat kemajuan dengan apa yang dikatakan program transformasi politik yang sedang kononnya dilakukan oleh pentadbiran Najib sekarang ini. Kita belum pun nampak transformasi yang digembar-gemburkan itu, bercakap pula Dr Mahathir yang akan memburukkan lagi keadaan itu.

Tetapi kalau beliau masih hendak bercakap tidak berhenti-henti, itu terpulanglah kepada beliau. Itu hak beliau untuk bercakap. Samada betul atau salah itu pun hak beliau. Samada cakap-cakap beliau itu membantu UMNO atau tidak itu pun hak masing-masing untuk menilainya. Ini negara demokrasi.

Hanya kalau boleh kita memohon, beliau tidak bercakap perkara yang beliau sendiri lakukan semasa berkuasa dahulu. Takut-takut ramai yang masih ingat apa yang beliau katakan dahulu. Kalau rakyat tak ingat, tak mengapa. Masalahnya masih ramai yang ingat bagaimana beliau mempersendakan hukum-hukum pentadbiran Islam, jauh lagi kerap dari apa yang dilakukan oleh Karpal Singh.

Sebenarnya bukan Karpal yang berjaya mempersendakan Islam itu. Ada orang lain yang lebih berjaya dari Karpal. Karpal tidak mungkin berjaya kerana beliau bukan Islam. Selalunya yang menggagalkan usaha Islam itu datangnya dari orang Islam sendiri.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Pompuan Vietnam punya pukulan... kahkahkah...

Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT

Sebahagian pekerja Bangladesh yang merusuh di asrama pekerja di Taman Semarak, Nilai malam kelmarin.

NILAI - Seramai 23 pekerja lelaki Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak di sini malam kelmarin selepas seorang wanita Vietnam mendakwa dia cuba dipikat oleh seorang lelaki Bangladesh.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, tiga daripada mangsa yang cedera iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam. Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja dari kedua-dua negara terbabit.

"Semasa kejadian kebanyakan pekerja asing terbabit bersenjatakan kayu, batang besi dan batu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Abd. Manan, pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan campur tangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan pada pukul 5 pagi semalam.- Kosmo

Sah, Umno dah habis oksijen... haha...

Posted: 09 Jun 2011 11:00 PM PDT

'Disungkurkan': Utusan saran Nasharudin sertai Umno


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

"Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

"Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri," tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

"PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

"Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

"Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik," kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai "cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

"Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno," tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

"ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

"Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap," katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

"Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu," tulisnya.

Baca ni kalau nak kenai Mat Sabu

Posted: 09 Jun 2011 09:00 PM PDT

Politik orang kaya atau kaum tertindas (Oleh: Isham Rais)

SAYA selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu – si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergolong ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang diperintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan golongan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – golongan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sedikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh – yang boleh dirujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta-fakta – ekonomi dan kelas ini – menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanya alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.

Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi, maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini, memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat, Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan golongan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempertahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi di atas, maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan PAS yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden PAS di antara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk saya, perlawanan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru, saya berani berkata di sini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli PAS. Parti PAS tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.

PAS mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Golongan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh parti PAS.

Kalau PAS ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam PAS? Biar saya terangkan di sini bahawa dari segi ekonomi, para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam PAS ini tergolongan kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanal Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru, apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti PAS? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chetiar dan Mandur tetapi kuli estate yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Di dalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Di dalam KEADILAN juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Di tahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin. Seperti saya tulis di atas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya, mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi, ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah orang warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup meyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti PAS.

Dalam pemahamam politik cetek dan dalam pemahaman borjuis kecil Melayu, memang Mat Sabu ini dianggap bukan ulama. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mat Sabu ini seorang ulama.

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi si ulama atau yang bukan ulama itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung – akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang jika kumpulan ulama dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu tim'ulama' terus berkuasa.

Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun bekempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu

Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti PAS tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar – borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasamadan satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.

Justeru pertembungan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Ibrahim ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong PAS. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Begitu juga Tuan Ibrahim yang mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu pun akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Begitu juga adanya sosok-sosok dalam PAS yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisation untuk memastikan – InsyaAllah – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jemis Nasa ini juga ada dalam KEADILAN dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.

Jelas di sini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli PAS sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih di antara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas di satu pihak lagi.- KD

Ngeri betoi cara kita jaga negeri

Posted: 09 Jun 2011 08:00 PM PDT

Santai: Pak Long

Salam semua...

Saja ja la Pak Long teringin pulak nak boh gambaq Khir Toyo ngan bini dia nih buat kenang kenangan... bukannya apa, pandai dia jaga bini dia, siap sopan dan bertudung lagi... ke hulu ke hiliaq berkepit ngan laki dia saja tak kira susah ataupun senang... camtu la bini, tak payah la nak berteruk teruk sangat sampaikan nak kena jadikan depa sebagai pelacur kelas pertama kat laki depa pulak...

Tapi Pak Long tengok Khir Toyo ni nampak berisi pulak, bulat licin pipi dia semenjak tak semak kepala sebagai MB Selangoq ni ha... haha... tapi tu la hidup ni kan, tak semak sebagai MB, dah pi sangkut pasai kes mahkamah pulak dah... hadoiihh... Dengaq kata mahkamah tetap kekalkan pertuduhan terhadap dia memperolehi dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam secara salah...

Tak dak masa la Pak Long nak sembang bab salah ka dak apa yang dia buat tu... tapi memang Pak Long gerun betoi la tengok rupa paraih rumah dia... Mak datuk, kerja tungging langgang pun belum tentu Pak Long dapat, walaupun hanya stor belakang rumah dia...

Memang pandai dia jaga bini tapi Pak Long ngeri betoi la tengok cara dia jaga negeri...

Wassalam...

Berita sedih la pulak...

Posted: 09 Jun 2011 07:00 PM PDT


Ibu Shamil, yang mengalirkan air mata ketika hadir di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini cuba ditenangkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin


Tak sedih mai mana kalau Polis yang rakyat harapkan menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat tetiba dilihat berusaha mempertahankan diri dari tuduhan tuduhan yang menyayatkan hati.

Seorang remaja mangsa tembakan Polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei telah dibunuh dari jarak dekat, demikian kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran setelah meneliti bukti berdasarkan laporan yang dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Ikut kata Surendran, berasaskan laporan itu juga, besar kemungkinan Syamil berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung, ketika remaja itu ditembak.

Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak. Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm. Malah terdapat lebam dan luka lelas mengelilinginya, kawasan berukuran 1×1.5 cm. Arah tembakan 45 darjah ke belakang ke kanan dan tembus.

Manakala pada bahagian sebelah kanan dada, 2.5 cm dari puting kanan, dari tulang tengah dada 7.5 cm berdiameter 0.5 cm," kata Surendran memetik laporan itu.

Muhammad Syamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam. Pihak polis sebelum ini mendakwa kesemua remaja itu sebagai 'penjenayah tegar ' yang kononnya dikenali sebagai 'geng minyak'.

Bang, baru balik meminang ka bang...

Posted: 09 Jun 2011 06:00 PM PDT

Piem balik yeaahh...
Piem balik yeaahhh...

Bang... baru balik meminang ka bang... kahkahkah...
Apasal yang pompuan kena pi meminang lelaki plak... kahkahkah...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan hadirin yang menyambut kepulangan beliau semasa tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini. Najib pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Kazakhstan. - Foto Bernama

Mana ada salah... kahkahkah...

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

Salah ka?
Tak salah aiihh....
Betoi ka tak salah ni?
Betoi...
Sapa kata?
Nazri... kahkahkah...

Ahli Umno di Kuwait

Posted: 09 Jun 2011 04:00 PM PDT

Ahli politik Kuwait cadang lelaki simpan hamba seks

KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.

Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik.

Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi

Tiada ulasan: