Khamis, 9 Jun 2011

Addin

Addin


Dr. Zul : Terima Kasih KJ Kerana Sahkan Pertunangan Anak PM

Posted: 09 Jun 2011 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya. Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku. "Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan," katanya.


Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai. Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu. "Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.

Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman.

Soalnya, apakah ini teladan yang boleh dijadikan contoh kepada rakyat.
Jelasnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai dua batang lilin di mana sebatang lilin yang diperuntukan oleh Baitulmal itu digunakan untuk perbincangan perkara rasmi kerajaan, manakala sebatang lagi yang dibelinya sendiri akan digunakan hanya untuk kegunaan perbicangan hal peribadi dan keluarga (private matters).

"Najib sepatutnya menjadi contoh sebenar, bukan sekadar retorik semata dalam ucaptama WIEF," ujarnya. Katanya, formula untuk Najib kira dan jelaskan kepada rakyat ialah waktu untuk urusan pertunangan (A) /jumlah seluruh urusan rasmi (B) x jumlah kos seluruh trip (C)./Hrkh


Ahli Politik Kuwait Cadang Lelaki Simpan Hamba Seks

Posted: 09 Jun 2011 07:17 AM PDT

KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam. Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan. Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.


Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram. Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait. "Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik. Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut./Agensi

Addin:

Inilah jadinya bila mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk pada alim ulama terlebih dahulu, akan mengelirukan orang ramai dan yang paling bahaya ianya akan menyesatkan.


Khir Toyo Bayar Tunai RM 6.5Juta Untuk Ubahsuai Banglo

Posted: 09 Jun 2011 06:00 AM PDT

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didakwa telah membelanjakan kira-kira RM6.5 juta bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo di Seksyen 7, di sini yang berkonsep Bali. Perkara tersebut didedahkan oleh pereka laman yang dilantik untuk melakukan pengubahsuaian tersebut, Nasir Ismail, 55, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis. Menurut saksi, pembayaran wang tersebut dibuat secara tunai memandangkan status dirinya sebagai seorang bankrap.


"Empat atau lima pembayaran dilakukan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni manakala Mohamad Khir menjelaskan bayaran sebanyak tujuh atau lapan kali," katanya. Setiap pembayaran melibatkan jumlah RM500,000. Nasir Ismail, saksi ketiga pihak pendakwa dalam kes Dr Khir berkata bayaran itu dibuat dalam beberapa ansuran — lima daripada Shamsuddin Hayroni, dan lapan daripada menteri besar itu.

Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada hari semalam bahawa beliau berurusan secara terus dengan bekas Menteri Besar Selangor itu. Shamsuddin, 55, yang merupakan saksi kedua pada perbicaraan dakwaan salah guna kuasa oleh Mohamad Khir menambah, beliau mula mengenali Mohamad Khir sejak beliau mula menjawat jawatan tertinggi di Selangor itu.

Selain itu, Shamsuddin juga mengakui turut berurusan dengan Datuk Abu Hassan Omar yang menjawat jawatan Menteri Besar sebelum Mohamad Khir. Dalam kes ini, Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas pertuduhan mendapatkan bagi dirinya isteri, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


UMNO Sial!! Menyamar Guna Indetiti E-mel Tian Chua..

Posted: 09 Jun 2011 05:34 AM PDT

KUALA LUMPUR - Identiti Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua digunakan untuk mengirim emel kepada Ahli Parlimen bagi memberi gambaran palsu, kononnya Ahli Parlimen Batu itu percaya video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sah. Menyelar perbuatan itu, Tian Chua berkata penyamar itu didapati menggunakan alamat emel 'tianchua@rocketmail.com' untuk menghantar maklumat palsu itu kepada 16 penerima dengan sebahagian sebesar adalah wakil rakyat KEADILAN. 
 

"Ini tindakan mereka yang rendah moral dan menunjukkan Umno Barisan Nasional (BN) terdesak sehingga sanggup menyamar identiti (saya). "Ini kesalahan serius. Semua bukti ada dan emel palsu, tidak mustahil untuk dijejaki," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula mendedahkan beliau turut menerima salinan video fitnah itu yang dikirim melalui sampul ke peti surat rumahnya di Ampang, pagi ini. Justeru, mereka akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam masa terdekat./KD


Surat Hitler Untuk Memusnahkan Yahudi Di Pamerkan

Posted: 09 Jun 2011 04:59 AM PDT

NEW YORK - Sebuah surat yang ditandatangani Adolf Hitler, berisi pandangannya tentang Yahudi dan anti-Semitisme, diperlihatkan pada konferensi pers di New York pada hari Selasa, 7 Juni 2011, oleh Simon Wiesenthal Center. Rabbi Marvin Hier mengatakan surat itu, yang ditulis pada tahun 1919, adalah "salah satu dokumen paling penting dalam sejarah Third Reich (Nazi Jerman)."


Hier, pendiri dan Dekan Wiesenthal Center, menunjukkan apa yang dianggapnya sebagai frase paling signifikan dalam surat empat halaman itu adalah kata "Entfernung der Juden" yang berarti "penghapusan Yahudi".

"Pada 1919 ia menulis ini. Dua puluh dua tahun kemudian ia melaksanakannya sebagai Kanselir Third Reich," kata Hier. "Dia mengeluarkan orang-orang Yahudi semuanya."

Simon Wiesenthal Center, sebuah organisasi hak asasi manusia Yahudi, membeli surat itu dari seorang dealer swasta seharga US$ 150 ribu (sekitar Rp 1,3 miliar) dan akan memamerkannya pada bulan Juli di pusat Museum Toleransi di Los Angeles.

Hitler merupakan seorang veteran Perang Dunia I berusia 30 tahun ketika ia menulis surat itu pada 16 September 1919. Pada saat itu, ia bekerja untuk unit propaganda tentara Jerman, kata Hier.

Supervisor Hitler, Kapten Karl Mayr, yang menugaskannya untuk mengartikulasikan posisi tentara terhadap orang-orang Yahudi kepada Adolf Gemlich, yang merupakan mata-mata tentara.

Surat, yang ditulis pada sebuah mesin tik tentara Jerman itu ditujukan kepada Gemlich. Ini telah dikonfirmasi pada tahun 1988, menurut Wiesenthal Center.

Dalam terjemahan bahasa Inggris surat itu yang dibuat Wiesenthal Center, Hitler mengidentifikasi Yudaisme sebagai ras, bukan agama, yang telah dilestarikan "melalui ribuan tahun perkawinan" dan hanya peduli dengan "mengejar uang dan kekuasaan."

"Hasilnya adalah bahwa ras non-Jerman itu hidup di antara kita dengan perasaan, pikiran dan aspirasinya, dengan memiliki semua hak yang sama seperti kita," tulis Hitler.

Surat Hitler menjelaskan tujuan besarnya. "Tujuan akhir haruslah penghapusan orang Yahudi," tulisnya. "Untuk mencapai tujuan tersebut, hanya sebuah pemerintah yang kuat yang mampu dan tidak pernah bisa dilakukan oleh sebuah pemerintahan lemah."

Hier mengatakan surat itu ditemukan pada 1945 di Arsip Nazi dekat Nuremberg oleh seorang tentara Amerika, William F. Ziegler, dan dijual ke dealer dokumen sejarah.

Ia menjadi milik pribadi sejak itu. Hier mengatakan dealer itu menawarkan surat itu kepadanya tahun 1988, tapi kemudian menjualnya ke kolektor lain sebelum Wiesenthal Center dapat memverifikasi keasliannya.

Ketika ditawari untuk kedua kalinya, Hier mengatakan tidak ada keragu-raguan. "Kami langsung tahu bahwa surat Gemlich benar-benar bersejarah. Tidak ada yang seperti itu di dunia," katanya./Tempo



(Gambar) Gila!! Cara Berkasih Paling Pelik Di Jepun

Posted: 08 Jun 2011 10:46 PM PDT


Zaman memang semakin gila kerana ada trend bagi lelaki di Jepun berpindah daripada berkahwin dan berkasih dengan manusia, sekarang berpindah kepada patung. Bagi mereka berkahwin dan berkasih dengan patung tidak banyak kerenah serta boleh bertukar bila -bila masa tanpa ada perasaan cemburu.


Ada di antara mereka yang mempunyai koleksi patung sampai ratusan biji. Menurut lelaki yang mempunyai patung ratusan biji ini, kekasih patung ini tidak mungkin mengkhianati mereka.















BK

Addin:


Semakin maju semakin hilang pedoman hidup.. nauzubillah..





Kenapa UMNO BN Kini Semakin Cemas?

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS?

Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini?Benarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu?


Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu.

Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri.

Ulama kalah?

Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia.

Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih.

Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep negara Islam dan memilih moto negara berkebajikan.

Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu negara berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar Ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular. Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini.

Janda politik

Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno. Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihan raya umum akan datang. Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR.

Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan". PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik".

Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik.

Diterima di akhirat

Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal.

Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka.

Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan negara berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat!

Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran.

Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian negara berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS.Penghinaan dayafikir Melayu-Islam

Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep negara berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep negara berkebajikan itu.

Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS.

Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan PAS dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa.

Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada Umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka.

Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS.

Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno!/Wira Arjuna


Tiada ulasan: