PERAKITE |
- MAT SABU DI KARNIVAL INDUSTRI BESTARI DI PENAGA
- Pulau Pinang bukan lagi darul sampah
- Umno cacing kepanasan ekoran pemeilihan jk qariyah masjid
| MAT SABU DI KARNIVAL INDUSTRI BESTARI DI PENAGA Posted: 09 Jun 2011 04:30 AM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato Mansor Othman adalah antara barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan berceramah di Karnival Industri Bestari yang bermula malam ini hingga Ahad. Pelbagai aktiviti lain termasuk menderma darah, pameran motosikal berkuasa tinggi dan aktiviti gunting rambung percuma akan diadakan sempena Karnival itu yang diadakan di Padang Awam, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang. |
| Pulau Pinang bukan lagi darul sampah Posted: 09 Jun 2011 04:09 AM PDT Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya memulihkan tahap kebersihan dan mengeluarkannya daripada kepompong negeri yang pernah dilabelkan sebagai negeri "darul sampah" seketika dulu, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman. Semasa Kerajaan Umno-Barisan Nasional memerintah, Pulau Pinang dilabel negeri sampah kerana kekotoran yang melampau di sungai-sungainya oleh mantan Perdana Menteri Tun dr Mahathir Mohamad.Kini, hanya selepas tiga tahun memerintah, sungai-sungai di Pulau Pinang menjadi bersih hasil idea kreatif dan rendah kosnya, iaitu penggunaan effective mudballs atau bebola lumpur, yang ternyata berjaya menyahkan kekotoran pada air sungai, katanya. Di samping kebersihan, Mansor juga menggesa rakyat Pulau Pinang memupuk minat menanam pokok dan menjadikannya sebagai satu budaya murni selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memelihara alam sekitar yang lestari. Kemajuan perindustrian di sesebuah negeri semata-mata tidak memberi apa-apa pengertian tanpa pemuliharaan alam sekitar, kata Mansor semasa melancarkan Kempen Tanam Pokok Peringkat Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberangg Prai (MPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pelancaran tersebut, katanya merupakan kesinambungan kempen "Hijaukan Bumi Pulau Pinang" agar rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati kelestarian alam sekitar. "Rakyat hendaklah melibatkan diri dalam kempen (tanam pokok) ini dan budaya ini wajar digerakkan bersama," ujar Mansor. Mansor berkata, budaya lestari alam sekitar itu tidak mungkin berjaya melainkan memerlukan perubahan paradigma semua pihak. "Kita kena ubah cara fikir kita, tak cukup dengan kempen atau kuat kuasa undang-undang sahaja. Ubah cara fikir kita macam rakyat di negara-negara maju (iaitu) memelihara alam sekitar dianggap sebagai satu 'status yang mulia' dalam masyarakat." "Budaya tanam pokok di rumah (serta) kampung halaman kita wajar dianggap sebagai suatu 'status yang mulia' dalam diri masing-masing seperti rakyat di negera-negera maju," beliau menambah. Yang turut hadir, Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Tan Hock Leong, Sen Mustafa Kamal Mohd Yusoff, Johari Kassim (Ketua Penerangan PKR Negeri, Abdul Jalil Che Ros (Penyelaras DUN Seberang Jaya). Dalam perkembangan lain, Mansor turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pak Umaq, aktivis veteran PKR era Reformasi 1998 merangkap penasihat Pakatan Rakyat pada detik 10 malam semalam di Sungai Rusa, Balik Pulau. |
| Umno cacing kepanasan ekoran pemeilihan jk qariyah masjid Posted: 09 Jun 2011 01:21 AM PDT Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyanggahi sekeras-kerasnya tuduhan liar UMNO kononnya DAP mencampuri urusan agama Islam di negeri ini, khususnya dalam pemilihan jawatankuasa qariyah Masjid. Inisiatif pemilihan jawatankuasa pentadbiran Masjid di negeri ini dipersetujui bersama exco agama Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Justeru itu, kami menyeru umat Islam di negeri ini tidak terpedaya dengan fitnah terbaru UMNO ini, kerana jelas pilihanraya Masjid yang dicadangkan hanya melibatkan entiti-entiti yang berkaitan dengan agama Islam di negeri ini sahaja, dan tidak langsung melibatkan Parti DAP, apatah lagi entiti non-muslim yang lain. Tindakan UMNO yang 'menggelupur' macam cacing kepanasan itu adalah kerana mereka tidak mahu institusi yang selama ini berada di bawah lingkungan pengaruh mereka itu, dikembalikan kepada umat dan anak qariah tempatan. Dalam masa yang sama, mereka cukup takut kerana bakal gagal dalam pemilihan ini, berikutan amalan 'klasik' selama ini yang diamalkan secara pilih kasih, atau pilihan berdasarkan mereka yang pro-UMNO sahaja. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ingin menyatakan sokongan penuh kami terhadap inisiatif murni yang pertama kali dijalankan di negara ini, memandangkan objektif pemilihan adalah untuk mengembalikan semula kuasa memilih Jawatankuasa Pentadbiran masjid, kepada anak kariah tempatan. Usaha ini juga bakal memastikan Masjid dibebaskan dari kongkongan UMNO, walhal kebanyakan masjid di bawah kekuasaan mereka selama ini, sebenarnya lesu dan tidak aktif. Justeru, demi memperkemaskan lagi Pemilihan Masjid yang bakal berlangsung ini, pihak AMKPP ingin mencadang agar satu 'sistem database' maklumat ahli kariah diperkenalkan untuk memberi kuasa penuh hanya kepada anak kariah yang sudah bermastautin 3 bulan ke atas di satu-satu kariah itu layak untuk mengundi. Semoga Pilihanraya Masjid yang bakal berlangsung bermula minggu depan dapat mengembalikan Masjid-masjid di negeri kembali ke pangkuan umat untuk dijaga, diurus dan dimakmurkan oleh mereka yang beramanah dan berwibawa. AMIR GHAZALI |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan