Addin |
- Panas!! Ahli Parlimen BN Bakal Di Isytihar Muflis
- Ahli UMNO Di Pecat Kini Cabar Pendaftar Pertubuhan
- UMNO Pengecut.. Bantah Pilihanraya Masjid
| Panas!! Ahli Parlimen BN Bakal Di Isytihar Muflis Posted: 08 Jun 2011 08:59 AM PDT Setelah gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal kini melobi satu projek mega iaitu Pelabuhan Baru Labuan yang bernilai ratusan juta ringgit. Yusof yang dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, kini berhadapan dengan tindakan kebankrapan setelah Mahkamah Tinggi Labuan membuat penghakiman berhubung tuntutan Sub-Kontraktor yang menjalankan Kontrak Membina Pasar Baru Labuan yang diberhentikan Yusof ketika projek sedang berjalan. Sekalipun Labindo Engineering Sdn.Bhd adalah syarikat yang didaftarkan atas nama Yusof Mahal dan Kasryanto @ Yanto Bin Kasdi, namun Perbadanan Labuan belum memfailkan saman menuntut gantirugi pendahuluan RM4 juta yang telah dibayar kepada Labindo Engineering ekoran kegagalan melaksanakan projek berkenaan dan dalam masa yang sama, Yusof merupakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan. Sebelum ini, Nautika Innovasi Sdn.Bhd (Sub-kontraktor) telah memperolehi perintah penghakiman ekoran Yusof tidak mencabar tuntutan Nautika di mahkamah dan jumlah pampasan akan diputuskan 9 Ogos 2011. Semakan di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB mendapati Lesen PKK Kelas A 1220 A 2003 1133 dan CIDB Gred G7 0120050409-LB103414 yang didaftarkan atas nama Labindo Engineering Sdn.Bhd belum di SENARAIHITAMKAN sekalipun syarikat berkenaan gagal menyiapkan Cadangan Projek Pembinaan Sebuah Pasar Baru Di Atas Sebahagian Lot 8002 Dan 8008 Jalan Bunga Tanjung, Ujong Pasir bernilai RM 24,886,169 milik Perbadanan Labuan yang diperolehi syarikay berkenaan pada 17 Disember 2007. Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalankan siasatan terhadap Yusof berhubung kes berkenaan, namun sehingga ke hari ini Yusof belum didakwa di Mahkamah; sebaliknya akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan pada bila-bila masa./Sabahkini |
| Ahli UMNO Di Pecat Kini Cabar Pendaftar Pertubuhan Posted: 07 Jun 2011 09:00 PM PDT Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu. Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti. Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah. Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah. Dalam temu bual selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008. Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009."Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram," katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini. Dalam permohonannya, Amran berkata: "saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut. "Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan," katanya. Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram. Justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan. Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan. Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan. Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan./KLT |
| UMNO Pengecut.. Bantah Pilihanraya Masjid Posted: 07 Jun 2011 07:00 PM PDT Langkah Umno menentang pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah membayangkan ketakutan Umno kalau-kalau cengkaman mereka ke atas masjid di negeri itu hilang. Ini kerana, sistem melantik pengerusi dan jawatankuasa masjid yang dibuat Umno sebelum ini memastikan Umno mengawal masjid bukannya anak kariah masjid berkenaan. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat negara ini tidak risau tentang isu pemilihan jawatankuasa masjid yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana ia bukanlah perkara baru. Bahkan ia hanya menjadi perubahan mekanisme dengan penggunaan kaedah yang lebih tersusun dan akan terlebih baik, kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah Pendidikan Islam UiTM itu. "Isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kepartian, kerana ia bukanlah pilihan berdasarkan parti politik. Pemilihan adalah berdasarkan merit seseorang calon pda pandangan ahli kariah."Ia sebenarnya jauh lebih baik dari kaedah yang digunakan sekarang apabila kerajaan yang memerintah boleh melantik jawatankuasa tanpa mendapat persetujuan ahli kariah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini kepada Harakahdaily. Beliau meminta semua pihak melihat apa yang berlaku di Selangor sekarang apabila kariah memilih nazir hingga ke jawatankuasa masjid melalui pemilihan anak kariah dan disahkan sahaja oleh Majlis Agama Islam negeri. Ia telah menyebabkan semua masjid dan surau di Selangor begitu makmur dengan pelbagai program khasnya program ilmu. "Adakah ini yang ditakuti oleh Umno," soal beliau ketika mengulas bantahan Umno terhadap cadangan Pulau Pinang yang mahu melaksanakan sistem pemilihan untuk jawatankuasa masjid di negeri itu. Bagi memburukkan keadaan, Umno menuduh DAP mahu menguasai masjid di negeri itu melalui cara ini. Menjawab balas tuduhan Utusan, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang. "DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu," katanya yang dipetik Roketkini. Bagi Tuan Ibrahim, hakikat pahit sistem yang ada kini di kebanyakan negeri telah dimonopoli oleh parti yg memerintah bilamana mereka melantik ketua Umno sebagai pengerusi masjid, walaupun ianya berada di kariah lain, bahkan ada juga waktunya mereka yangg dilantik bukan dari kalangan ahli masjid. "Perlantikan begini menimbulkan rasa tidak puas hati ahli kariah dan pegawai masjid menyebabkan banyaknya masjid mati, tidak berfungsi dan tidak terurus dengan baik. "Sepatutnya usaha ke arah memperbaiki sistem yang lemah ini mendapat sokongan semua pihak," terang beliau. Maka katanya, isu pemilihan masjid ini tidak akan menimbulkan persoalan ia dikuasai parti tertentu, kerana pemilihan berdasarkan individu dan bukan parti politik. "Kebimbangan Umno sekarang disebabkan kebimbangan jawatankuasa yang dilantik terus di kalangan pimpinan Umno tidak lagi terpilih, kerana mereka yang dilantik sebahagiannya bukanlah ahli kariah dan bukan pula kaki masjid," tambah Tuan Ibrahim. Untuk mengatasi masalah pemilihan ini diragui, Tuan Ibrahim berkata soal mekanisme pendaftaran ahli kariah mampu dilakukan tanpa sebarang persoalan yang besar. Bahkan, kata beliau, dengan data ahli kariah yang lebih lengkap dapat diperolehi, ia sudah tentu dapat mendatangkan kebaikan kepada urusan pentadbiran. "Sayangnya sikap buruk sangka yang menebal di kalangan pemimpin Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak lagi rasional dalam membuat penilaian terhadap sesuatu kebaikan," kata beliau dengan kesal. Tuan Ibrahim juga menasihatkan Umno untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Kelantan yang berjaya menjadikan masjid sebagai pusat tarbiyah dan pembangunan komuniti yang hebat. Kerana keghairahan mereka untuk membina masjid yang indah dengan peruntukan jutaan ringgit tidak bermakna seandainya masjid itu kosong, sunyi sepi dari sebarang aktiviti selain sembahyang fardu. Barangkali, kata Tuan Ibrahim, Umno membantah dalam isu ini kerana mereka resah terhadap kehadiran ratusan umat Islam mengikuti kuliah kerana beranggapan fenomena ini sebagai satu kebangkitan pembangkang khususnya PAS. "Lantaran itu, sistem pemilihan jawatankuasa masjid yang satu masa dahulu dibuat oleh ahli kariah melalui undian (angkat tangan) telah ditukar dengan mengambilalih melalui perlantikan secara terus. "Akibatnya, pelbagai kepincangan penyelewengan telah berlaku seperti kegagalan mengadakan mesyuarat agong dan sebagainya," ulas beliau. Disebabkan kelemahan inilah, kata Tuan Ibrahim kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cuba memperbaiki sistem dengan mengembalikan hak kepada ahli kariah melalui kaedah pengundian. "Disebabkan kebimbangan teruk bahawa 'kuncu-kuncu' Umno akan tewas, maka mereka terus menentang tanpa berfikir panjang. Sedangkan ia adalah satu sistem terbuka bagi ahli kariah memilih siapa yang paling wibawa bagi menguruskan masjid," terang Tuan Ibrahim. Umno dan lidah rasmi Perkasa, Utusan Malaysia muktahir ini mempersoalkan munasabah untuk mengadakan 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang kerana bimbang ada pihak mempunyai agenda tersembunyi untuk menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuruh MAIPP untuk memikirkan perkara itu semula kerana pemilihan itu dilihat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kariah masjid kerana unsur politik mungkin lebih mendominasi pemilihan tersebut. Selepas diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri kerana memainkan isu negara Kristian bulan lepas, Utusan sekali lagi cuba memanaskan suasana politik negara dengan isu agama terhadap DAP. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan