shalehudin |
- Masjid dibakar
- Sah, sorang lagi dah di"IKUT SUKA AKU'kan
- Kahkahkah... Orang Melayu...
- Ini berita betul
- Takkan sesaja Khir Toyo dapat diskaun kot, banyak pulak tu...
- si haprak
- Bangang memang dicipta untuk UMNO... kahkahkah...
- Bangang memang dicipta untuk ahli Umno... kahkahkah...
- Najib dijerat...?
- Umno dah hilang jantan
- Ulama tetap yang tertinggi dalam PAS
- Umno dah jammed
| Posted: 08 Jun 2011 09:00 AM PDT SEJUMLAH wartawan dan penduduk Palestin melihat sebuah masjid yang terbakar di Tebing Barat semalam. RAMALLAH - Beberapa orang bertindak membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat awal pagi semalam dan menconteng dinding dengan perkataan Ibrani. Menurut Ketua Kampung el-Mughayer, Faraj al-Nassan, penduduk kampung mengetahui mengenai kebakaran itu semasa mereka pergi untuk bersolat subuh. Karpet masjid itu terbakar tetapi kebakaran tersebut tidak merebak. Menurut ketua kampung itu, pembakaran itu yang menggunakan tayar di dalam kawasan masjid sebenarnya bertujuan untuk menyebabkan bangunan masjid terbakar. Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengaku untuk bertanggungjawab terhadap tragedi itu. Namun, penduduk Yahudi dipercayai menjadi suspek yang membakar masjid berkenaan kerana terdapat contengan perkataan Aley Ayin yang merupakan kawasan penempatan haram Yahudi. Kawasan penempatan haram itu diarahkan kosong oleh pemerintah Israel pada minggu lalu. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk percubaan untuk membakar masjid itu. - Agensi |
| Sah, sorang lagi dah di"IKUT SUKA AKU'kan Posted: 08 Jun 2011 08:45 AM PDT Seorang ahli JI ditahan bawah ISA ![]() Dia ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor. Ismail (gambar) berkata penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris Syhuhadi, 63, seorang ahli perniagaan Indonesia boleh membahayakan keselamatan negara. "Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail dipetik Bernama Online. Abdul Haris dikatakan menyebar fahaman dan ideologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.- TMI |
| Posted: 08 Jun 2011 06:11 AM PDT Orang Melayu semua dah tahu ini bukan orang Melayu tulen... Orang Melayu semua tahu bahawa Karpal Singh bukanlah orang pertama yang menghalang hukum hudud dari dilaksanakan di Malaysia seperti mana didakwa bekas Piem bangsa Umno, Mahathir. Orang Melayu semua tahu bahawa Karpal Singh dan yang sekapal dengannya telah di racun fikiran mereka oleh Umno bahawa hukum hudud itu kejam dan tak adil. Orang Melayu semua masih ingat bahawa keceluparan Umno lah yang membuatkan Karpal Singh dan yang sekapal dengannya bingung dan salah faham tentang keadilan Islam. Orang Melayu ingat lagi bahawa Mahathir lah yang telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud. Orang Melayu tak lupa lagi bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Orang Melayu tahu hasrat untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. |
| Posted: 08 Jun 2011 05:10 AM PDT Ini berita betul... Berita betul mesti dirai... Berita betul mesti dihargai... Berita betul mesti dilapor oleh media yang betul... Berita betul mesti dipetik dari sumber yang betul betul dipercayai... kahkahkah... Dr Aziz Bari adalah orang betul untuk memberi maklumat yang betul... Umno tak boleh lagi selamatkan Melayu adalah berita betul... kahkahkah... Berita betul yang betul betul membuatkan bangsa Umno hilang oksijen... Mengikut kata Dr Aziz Bari, Umno kini bukan lagi parti yang boleh selamatkan Melayu... kahkahkah.... mesti tercengang cengang puak puak berbangsa Umno... kahkahkah... Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Malah menurut Aziz, orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara. Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno. Mereka perlu ubah ini, orang Melayu kena tinggalkan Umno dan perkasakan parti-parti yang komited dengan perlembagaan kerana di sana ada formula yang adil; bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain. Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu. Ketika ditanya, apakah kuasa Melayu akan terhakis sekiranya pakatan memerintah, Aziz berkata ia hanya lah teori yang digunakan Umno untuk memastikan survival politik mereka. Soal itu hanya teori sahaja; ia tidak boleh menjadi kenyataan. Umno-BN sendiri berkuasa selama ini dengan sokongan bukan Melayu. Dalam PRU 1999 selepas reformasi orang bukan Melayu yang menyelamatkan mereka. Kemenangan besar 2004 juga sebahagiannya kerana undi bukan Melayu. Memang ada orang Melayu yang dangkal akalnya yang percaya dengan gula-gula itu. Dan Umno-BN ada Perkasa untuk mengipas ketakutan dan mitos itu. Jadi kita jangan layan retorik survival Melayu di parlimen kerana orang lain juga, ertinya bukan Melayu, tidak boleh bermain dengan teori itu. Malah, kata Aziz, selama ini pun Umno-BN menggunakan taktik pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan kini mereka mengulang putar isu ketuanan Melayu kerana tahu tidak mempu memperoleh sokongan Cina dan India. Isu kuasa Melayu mereka mainkan sekarang kerana mereka tahu undi bukan Melayu tidak akan kembali kepada mereka. MCA, MIC dan Gerakan sudah menjadi liabiliti kepada BN. Dalam keadaan sekarang; yakni selepas 54 merdeka orang Melayu kena lebih berdikari. Mereka tidak harus termakan dengan dakyah Umno yang sengaja mengipas isu-isu tadi untuk kepentingan politik mereka. Orang Melayu perlu memperkasa demokrasi di negara ini kerana inilah sebenarnya jaminan masa depan mereka. |
| Takkan sesaja Khir Toyo dapat diskaun kot, banyak pulak tu... Posted: 08 Jun 2011 03:43 AM PDT Kes Khir Toyo: Bekas MB Selangor dapat 'diskaun' hampir 50 peratus Oleh Boo Su-Lyn SHAH ALAM, 8 Jun – Dua tanah lot dan banglo dijual kepada seorang ahli perniagaan pada harga RM6.5 juta sebelum didakwa dibeli oleh Dr Mohd Khir Toyo dengan harga RM3.5 juta, demikian diberitahu di Mahkamah Tinggi hari ini. Pemaju hartanah Saiful Aznir Shahabudin memberitahu dia menjual hartanah itu kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni pada Disember 2004.- TMI |
| Posted: 08 Jun 2011 02:00 AM PDT Mahathir ni dah nyanyuk dahhh.... tapi nak buat camana dah tak harap kan Berahim Ali dah yang dilihat tak berkesan langsung dalam menghentam Pas... Maka Mahathir Mohamad dipanggil kembali untuk menghentam Pas, kot kot la ada lagi rakyat yang terperangkap dengan kata kata nyanyuk dia tu dan undi secara buta tuli bagi kat Umno... kahkahkah... Mahathir memang haprak, pasai ketika DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya. Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Piem agung bangsa Umno kepada MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Tapi si haprak ni tetiba pulak meletakkan Karpal sebagai pesalah kononnya berjaya menyekat Pas dalam mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia nih. Dulu Mahathir pernah kata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan...tapi hari ini dia pulak salahkan Karpal. Soalnya mudah, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya. |
| Bangang memang dicipta untuk UMNO... kahkahkah... Posted: 08 Jun 2011 01:50 AM PDT Bila bongok nak berlagak pandai ![]() Malaysiakini melaporkan, dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Ok, ok. Rakyat jembel macam saya tak ada access kepada PPA itu. Ahli Parlimen boleh dapat. Bila Ahli Parlimen dapat, adakah depa nak duduk diam sahaja? Tak kiralah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen BN pun bukan semua suka perjanjian TNB dengan IPP tu. Bila tak duduk diam, tentulah depa akan bercakap dalam Parlimen. Bukan setakat bersoal jawab, malah kemungkinan besar bertikam lidah fasal IPP tu. Bila terjadi soal jawab dan bertikam lidah, bangang mana pulak akan kata akhbar tak boleh lapor perdebatan, soal jawab dan bertikam lidah fasal PPA tu? Nak sorok apa dari rakyat? Nak sorok bongoknya Umno? Alahai, dalam nak sorok pun, yang bongok menelanjangkan habis-habisan bongoknya yang teramat bongok (Imej di atas ihsan Malaysiakini). |
| Bangang memang dicipta untuk ahli Umno... kahkahkah... Posted: 07 Jun 2011 11:00 PM PDT ![]() Macam tak percaya aku penggunaan duit rakyat atau dana awam telah di baham sewenang wenangnya bagi membiayai lawatan Piem Memang tindakan Najib ni tak dak kelas langsung dengan menganggap masaalah peribadinya sebagai masaalah negara. Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. Untung sungguh jadi anak Piem Mana pergi agaknya good governance, intergriti kepimpinan KERAjaan Najib ni yaa... Masih ada lagi kah rakyat yang sepenuhnya menaruh keyakinan terhadap beliau? |
| Posted: 07 Jun 2011 08:00 PM PDT Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib KUALA LUMPUR: Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin. Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu. Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi 'diketuai' Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin. "Zahid sebagai Naib Presiden sedang 'bersiap' untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri," tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard. Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan. "Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard. Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas. Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai. "Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib. "Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul 'hero' yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?" soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian. CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis. "Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya. Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari. Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC). Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut. Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera. "Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu," kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.- Keadilan Daily |
| Posted: 07 Jun 2011 07:00 PM PDT Umno terkencing dalam seluaq bila tengok muka muka sasa nih... kahkahkah... Umno? Jangan harap laa... langsung tak bagi hak kat ahli untuk bersuara dengan bertindak untuk tidak mengadakan mesyuarat agung dan pemilihan parti pada tahun ni... kahkahkah... memang sah dah hilang kejantanan dah Umno nih... kahkahkah... Syabas pada para perwakilan Pas yang telah memilih calon-calon berkenaan yang punyai ketokohan untuk memacu Pas menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti. Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan Pas – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan Pas. Mereka jugak adalah orang lama dalam parti yang tentu amat paham sentimen akar umbi Pas. Mereka jugak dilihat amat rapat dan punyai sifat mesra untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat Pas membangunkan negara berkebajikan yang didokong kuat dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat yang turut dipersetujui oleh DAP. Lalu gandingan yang dibentuk oleh para perwakilan Pas adalah gandingan terbaik untuk misi menghalau dan menghumban Umno ke laut pada PRU ke 13 nanti. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan politik berkebajikan yang didahagakan oleh semua rakyat... |
| Ulama tetap yang tertinggi dalam PAS Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT Profesional tidak tolak kepimpinan ulama PAS ![]() Oleh Haji Abdul Subky Latif Mohamad Sabu seorang aktivis Islam dari PAS yang bukan ulama. Dia dicalonkan untuk menjadi Timbalan Presden PAS yang terdiri dari lulusan pengajian tinggi Islam. Dan Mat Sabu berjaya. Demikian juga Muktamar PAS ke 57 mengundi tiga orang bukan ulama untuk menjadi Naib Presidennya iaitu Salehuddin Ayub, Dato Husam Musa dan Dato Mahfuz Umar. Mereka mengalahkan beberapa calon dari golongan ulama. Pemimpin-pemimpin PAS yang terpilih dan mereka yang mengundi menyokongnya masih mengaku bahawa menyokong konsep kepimpinan ulama yang menjadi pegangan parti itu sejak tahun 1982. Tidak ada ahli PAS termasuk yang menyertai PAS selepas tahun 1982 yang menentang konsep kepimpinan ulama. Malah pemerhati politik percaya bilangan golongan profesional yang menyertai PAS dan komited dengan perjuangannya lebih ketara dari yang menyertai UMNO. Dan mereka tahu pimpinan parti itu berkonsepkan ulama. Jika terdapat Mat Sabu dan lebih ramai dari kalangan profesional memenangi pemilihan pimpinan PAS minggu lalu, ia tidak disebabkan mereka menolak konsep itu. Apa yang berlaku setelah 30 tahun piminan itu diterima ialah terdapat polemik di kalangan penyokong PAS tentang tafsir kepimpinan ulama itu. Satu golongan berpendapat bahawa kepimpinan itu meliputi seluruh keanggotaan Majlis Syura Ulama, Presiden, Timbalan Presiden. Lain-lain jawatan adalah terbuka kepada setiap ahli yang diketahui tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Satu pandangan lagi berpendapat bahawa konsep itu memadai dengan semua keanggotaan Majlis Syura Ulama. Presiden dan Timbalan Presiden tidak mestinya terdiri dari ulama. Pendapat yang pertama itu tidak pernah dicabar oleh sesiapa hinggalah PAS dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ia tidak dicabar sebelumnya kerana wujud ketika kepimpinan ulama yang beerwibawa yang terdiri dari beberapa tokoh yang diterima oleh semua orang iaitu teridiri dari Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Ustaz Hji Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Haji Ahmad, Ustaz Harun Taib dan lain-lain. Soal kepimpinan dan siapa yang akan menggantikan antara mereka tidak berbangkit. Apabila Majlis Syura Ulama diperkenalkan dengan Mursyidul Am sebagai ketuanya, maka semua nama yang disebut tadi layak dipilih. Badan itu diberi kuasa besar untuk mengesahkan semua keputusan besar yang dibuat oleh Jawatankuasa Agung. Ia menjadi badan yang tertinggi dalam parti selepas Muktamar. Haji Yusuf Rawa, Presiden ketika itu dipilih untuk menjadi Mursyidul Am yang pertama. Beliau merangkap dua jawatan paling penting iaitu Mursyidul Am dan Presiden parti. Dia mempunyai dua timbalan, iaitu seorang Timbalan Muryidul Am iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Timbalan Presiden iaitu Ustaz Fadzil Noor. Dua Naib Presiden yang diperuntukan oleh perlembagaan ketika itu ialah Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nakhaie. Tetapi apabila Tok Guru Haji Hadi menjadi Pemangku Presiden berikut kematian Ustaz Fadzil, tidak calon Timbalan Presiden yang jelas. Pemimpin yang paling kanan selepas Ustaz Hadi ialah Ustaz Hassan Shukri yang juga seorang ulama. Tetapi beliau tidak dilihat sebagai calon Timbalan jelas. Di saat terakhir Haji Mustafa Ali, Naib Presiden ketika itu dan beliau bukan ulama bertanding menentang Ustaz Hassan Shukri untuk menjadi Timbalan Presiden. Sejak itu timbul isu Timbalan itu tidak semestinya seorang ulama dan akhir-aakhir ini pula Presiden juga tidak semestinya ulama. Ketika Majlis Syura Ulama mula dibentuk, empat dari 12 anggotanya adalah mewakili Jawatankuasa Agung. Tidak disebutkan dua dari empat itu mesti Presien dan Timbalan Presiden. Oleh kerana Presiden dan Timbalan Presiden adalah ulama paling kanan dapat Jawatankuasa Agung maka kedua diutamakan untuk menganggotai majlis itu. Logik mereka menduduki majlis itu kerana sebagai pemimpin utama dalam Jawatankuasa Agung maka kehadiran mereka dapat memberi keterangan dan penjelasan tentang perjalanan parti dan mengapa satu-satu keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Agung. Kedudukan itu diterima bahawa keahlian Presiden dan timbalan itu seolah-olah wajib dalam Majlis Syura. Atas kededukan itu orang beranggapan jika Presiden dan Timbalan itu bukan dari golongan ulama, maka bagaimana mereka hendak duduk dalam Majlis Syura yang keahliannya wajib ulama? Jika mereka bukan ahli Majlis Syura, Majlis Syura terpaksa memanggil mereka hadir untuk bertanyakan sesuatu tentang keputusan yang dibuat dan tentang apa yang diarahkan oleh Majlis Syura untuk tindakan parti. Perlembagaan PAS sekarang tidak lagi memastikan wakilnya dalam Majlis Syura itu terdiri dari ahli Jawatankuasa Agung. Ia boleh dilantik dari mana-mana ulama bagi mewakilinya. Sejak itu ada perbincangan-perbincangan dibuat tentang isu Presiden dan timbalannya tidak semestinya dari ulama. Tetapi tidak keputusan diambil. Sejak Tok Guru Haji Hadi menjadi Presiden tidak pernah jawatan Timbalan Presiden itu tidak dipertandingkan. Mula-mula pertandingan itu antara Ustaz Hassan Shukri dan Mustafa Ali. Selapas itu Hassan Shukri dicabar oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Ustaz Hassan dikalahkan. Selepas itu Nasaruddin pula dicabar oleh Ustaz Harun Taib. Sebelum Nasaruddin dicabar pula oleh Mat Sabu dan Husam Musa. Nasaruddin dapat mengekalkan kedudukannya. Kali terakhir ini Mat Sabu dapat mengalahkan Nasaruddin. Pertama penyertaan Mat Sabu itu adalah untuk memenuhi tuntutan umum parti bagi mendapatkan seorang pengganti Ustaz Hadi yang jelas jika apa-apa keadaan berlaku. Dengan kemenangan Mat Sabu itu belum bererti pengganti Ustaz Hadi itu terjawab. Kedua kemenangan Mat Sabu itu adalah bagi mengesahkan tafsiran konsep kepimpinan ulama itu tidak semestinya Presiden dan Timbalan Presiden terdiri dari ulama. |
| Posted: 07 Jun 2011 03:00 PM PDT Umno cemburu dengan hasil muktamar PAS Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya. "Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri. "Inilah sebenarnya permasalahan dalam Umno. Apabila mereka jengkel dan cemburu dengan pencapaian PAS, mereka cuba melagakan kita pula," kata Dr Dzulkefly mengulas kenyataan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Nazri Aziz serta Tun Dr Mahathir yang cuba melagakan antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Bagi beliau, Umno tahu, team yang dibentuk oleh perwakilan muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini adalah pasukan yang bakal menghancurkan penguasaan Umno. "Mainan jahat media Umno ini nyata semuanya helah untuk akui PAS telah lakukan tranformasi yang diperlukan semua rakyat negara ini," kata beliau. Perkara ini berlaku ketika wajah Umno menjadi begitu hodoh apabila cuba menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya. ![]() "Sikap dan tindakan Umno menghasilkan Islam itu bersifat eksklusif untuk umat Islam sahaja, ekstrem, takutkan orang dengan kepala lembu, orang lain tidak boleh baca al Quran dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly (gambar). Beliau juga mendakwa, tindakan Umno melalui agen-agennya seperti Perkasa telah menyebabkan para penganut agama lain rasa tidak senang dan takut kepada Islam. "Malam tadi saya sertai satu program dialog dengan pemimpin agama lain dan Pakatan. Jelas mereka menyambut baik apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini," kata beliau. Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siti Mariah Mahmod, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS. "Apa yang dibangkitkan para pemimpin Umno bukan isu sebenarnya tetapi akibat dari mereka rasa terpukul dengan apa yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini. "Muktamar telah memberikan nafas baru kepada PAS yang dilihat sangat berintergriti, bernafas baru dan memberikan harapan baru kepada rakyat. "Bagi saya, Umno bimbang, pasukan ini bakal meraih kemenangan yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 lalu," katanya lagi |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan