PERAKITE |
| Mahasiswi UIA menari poco-poco di hadapan Timbalan Rektor Posted: 08 Jun 2011 06:41 AM PDT ![]() UIAM digemparkan berita sedih bagi sesebuah universiti berstatus ISLAM, apabila 10 hingga 12 mahasiswi UIA melakukan aksi tarian poco-poco di atas pentas bersama-sama Pasukan Pancaragam TUDM Insiden memalukan tersebut berlaku di hadapan tetamu kehormat termasuk Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal dan seluruh peserta yang berada di Stadium Sayyidina Hamzah UIAM semasa Majlis penutup Karnival Sukan Univerisiti-Universiti 2010. Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah universiti Islam dan lebih-lebih lagi di hadapan pihak pentadbiran UIAM yang sangat memahami visi dan misi UIAM. Keredhaan pihak pentadbiran terhadap kes ini sangat mengecewakan pihak Pro-M UIAM (WUFI). Pro-Mahasiswa melihat perkara ini dengan serius kerana ia melibatkan keterbukaan pihak pentadbiran dalam membentuk keperibadian dan akhlak mahasiswa UIAM. Ketidaktegasan yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran khususnya Prof. Nik Kamal terhadap pencemaran maruah UIAM sangat memalukan. "Kami berharap pihak pentadbiran yang mengetuai visi dan misi UIAM berorientasikan Islamisasi serta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah lebih bertegas dalam hal seperti ini kerana ia mencemarkan nama baik universiti sendiri. Tanpa tindakan yang tegas dan berwibawa, tidak mustahil pelbagai aktiviti negatif lagi akan terus merebak di Taman Ilmu dan Budi ini." (Pro-M UIAM) |
| Bangunan ibu pejabat PKR akan dilelong esok Posted: 08 Jun 2011 06:17 AM PDT Bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR akan dilelongkan esok dan bakal menjadikan parti itu tanpa pejabat. Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields Kuala Lumpur, petang esok. Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakinibahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi katanya ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu. "Ada keputusan dari pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga," katanya ketika dihubungi. Pada masa yang sama, katanya belum ada sesiapa yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan. Namun kata Leong, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu. Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara "RM10,000 hingga RM20,000". Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan di Tropicana, Petaling Jaya ini. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada tingkat mana unit itu terletak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan