Addin |
- Ngeri!! Mayat Di Penggal Dan Di Gantung Di Dinding
- Tugu 1Malaysia Menyamai Berhala
- Panas!! Kes Sarbani Cuba Di Tutup?
- Dewan Pemuda Ajak Hata Wahari Masuk PAS
| Ngeri!! Mayat Di Penggal Dan Di Gantung Di Dinding Posted: 02 Jun 2011 10:00 AM PDT |
| Tugu 1Malaysia Menyamai Berhala Posted: 02 Jun 2011 03:00 AM PDT Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu "1Malaysia" adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala). Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah. Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. "Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa yang dipengerusikannya itu bermuzarakah pada 18 dan 19 April lalu. Keputusan itu, tambahnya, telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sehari selepas itu. Bagaimanapun, menurutnya lagi, fatwa itu tidak diwartakan dan hanya berperanan sebagai nasihat kepada umat Islam. Ekoran keputusan itu, fatwa tersebut dihebahkan di pelbagai penerbitan kerajaan negeri, termasuk majalah bulanannya Irsyad Hukum, jelas Dr Juanda. Selepas Najib memperkenalkan gagasan itu, tugu sedemikian yang kebanyakannya dibina daripada batu dan kayu dilihat diletakkan di pelbagai tempat di seluruh Malaysia. Sebelum ini dilaporkan kerajaan UMNO BN membelanjakan jutaan ringgit untuk membina monumen 1Malaysia, dan DAP menyelarnya serta menganggap ia sebagai satu pembaziran terhadap dana awam, apa tah lagi di ketika rakyat Malaysia sedang sengsara dengan kenaikan harga akibat pemotongan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan. "Mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak demikian kerana masalah kewangan dan supaya penjimatan dapat dilakukan dengan pemotongan subsisdi gula dan minyak, tetapi RM38.4 juta dibelanjakan untuk tugu yang tak mendatangkan apa-apa faedah semata-mata untuk mempromosikan imej politik Perdana Menteri," kata Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Penolong Bendahari DAP. Nga mendakwa di Pantai Remis sahaja terdapat lima struktur tugu berkenaan dan jarak setiap satunya tak sampai satu kilometer. Beliau menganggarkan setiap satunya berharga sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dibina. Beliau khuatir ia akan menjadi seperti monumen Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya semuanya musnah. "Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tugu kaku kononnya untuk mendokong aspirasi 1Malaysia, yang tak pernah pun menjadi kenyataan," tambahnya. Wang yang dibelanjakan itu sepatutny boleh digunakan untuk projek-projek prasarana asas di luarbandar, katanya. "Harga gula telah naik sebanyak empat kali dalam setahun, dan harga minyak telah naik enam kali. "Tetapi Barisan Nasional membelanjakan secara rakus dana awam untuk projek-projek gajah putih ini, seperti membina monumen 1Malaysia yang tak bermenafaat di beberapa kawasan bandar dan luarbandar," ujarnya. |
| Panas!! Kes Sarbani Cuba Di Tutup? Posted: 01 Jun 2011 10:45 PM PDT PKR merasakan wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini. Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan. Justeru PKR menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera. Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin. N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham. Manakala penyiasat dari SPRM sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu. "Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa 'orangnya' terlibat dalam kematian tersebut. "Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar kemungkinan ada 'foul play' dalam kematian ini," kata Naib Presiden PKR, N Surendran. Dalam memorandum tuntutan yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara hari ini, PKR menuntut tindakan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah dilakukan ke atas anggota SPRM yang bertanggungjawab. Kandungan memorandum itu menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad Sarbani dan rakyat Malaysia. "Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi kerajaan lain," jelas kenyataan tersebut yang dipetik. Seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua menegaskan, pihak berkuasa seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan melengah-lengahkan prosedur siasatan. "Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius," katanya kepada Keadilandaily ketika ditemui i perkarangan Balai Polis Bukit Aman. Sementara itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa kelewatan kes ini adalah bukti bahawa pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih. "Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan keutamaan," katanya. Izzah menuntut kerjasama pihak media menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya politik. "Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi," katanya. Justeru, beliau menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung bulan ini. Terdahulu sebelum itu, memorandum 3 muka surat diserahkan kepada Ketua Polis Negara melalui pegawainya, ASP Rajvinder Kaur./KLT |
| Dewan Pemuda Ajak Hata Wahari Masuk PAS Posted: 01 Jun 2011 07:00 PM PDT PETALING JAYA - Pemuda PAS mengalu-alukan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai parti itu jika mahu meneruskan usaha membela hak kebebasan akhbar tempatan. Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen berkata, PAS juga merupakan medium terbaik buat Hata meneruskan perjuangan mengangkat hak kebebasan suara-suara wartawan yang ditindas majikan sepertinya. "Berjuang bersama PAS sebagai satu pasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan DPPWP bersedia membantu beliau jika beliau benar-benar berminat menyertai PAS," kata Herman dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, DPPWP juga bersedia menemui Hata pada bila-bila masa untuk berdiskusi mengenai hal ini. Semalam, Hata yang telah berkhidmat selama 11 bulan sebagai Presiden NUJ selepas bermesyuarat dengan persatuan itu akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya kerana hilang kelayakan. Perkara itu diputuskan oleh oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja atas alasan dirinya kini berstatus 'penganggur' selepas dipecat majikannya, Utusan Malaysia. Beliau dipecat majikannya pada 21 April lalu kerana kelantangannya yang mengkritik mengenai hak kebebasan media dan secara terbuka mengaitkan kejatuhan jualan akhbar Utusan Malaysia dengan permainan politik perkauman sempit Umno yang memiliki saham dalam akhbar itu. Berikutan itu, tempatnya dalam NUJ digantikan oleh Naib Presiden Chin Sung Chew, wartawan akhbar Sin Chew Daily juga berkuatkuasa semalam. "Harapan DPPWP semoga beliau memilih tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan dan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menjadi ahli," ujar Herman./FMT |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan