shalehudin |
- Bangang sungguh Husam pasai heran perangai Utusan
- Mai baca woi, kempen kat Mat Sabu nih
- Kena berubah kalau tak mau di ubah
- Siang Malam Kena Tipu
- Artikel wajib baca nih... hihi...
- Etikanya perangai PASSSS...
- Aikk... Dr Asri ni hentam sapa pulak nih... kahkahkah...
- Terkejut monyet la Umno... kahkahkah...
- Selamkan UMNO bersama Scorpene
- Mati keraih la kalau nak tengok Umno berani nak buat camni
- Raja segala gadai negara adalah Umno
| Bangang sungguh Husam pasai heran perangai Utusan Posted: 02 Jun 2011 09:00 AM PDT Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam Harakahdaily ![]() KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi. "Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily. Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China. Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini. Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini. Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan. Berikut kenyataan penuh Husam:. "Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu. "Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding. "Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat. "Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak. "Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah. "Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar." |
| Mai baca woi, kempen kat Mat Sabu nih Posted: 02 Jun 2011 07:35 AM PDT BANGUN MELAWAN! POLITIK DAN GARIS POLITIK Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu. Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin. Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa. Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa. Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai. Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat. Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi. Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis. Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat. Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka. Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas. Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu. Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation. Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli. Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil. Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur. Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah 'tagline' untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas. Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita. Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa. Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas. Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu. Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat. Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan. Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka. Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka. Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT) |
| Kena berubah kalau tak mau di ubah Posted: 02 Jun 2011 05:28 AM PDT Elok kita berubah, jangan kita diubah Oleh Aspan Alias ![]() Kita selalu berkata dengan berbagai perbilangan Melayu yang diketahui ramai sejak turun temurun. Salah satunya ialah, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. Itu sebabnya dalam apa-apa kegiatan, perlakuan, kegiatan dalam apa-apa bentuk pun perubahan tetap akan berlaku. Kadangkala perubahan itu berlaku secara evolusi dan perlahan yang kadangkala tidak kita sedari. Kita manusia sendiri berubah dari muda menjadi dewasa dan dari dewasa menjadi tua Rupa kita pun berubah kerana keadaan fisik kita berubah. Pemikiran dan memberikan persepsi kepada sesuatu keadaan pun berubah. Kalau dahulu sesuatu nilai kehidupan itu dianggap baik tetapi akhirnya nilai itu tidak lagi diterima masyarakat. Agama suci kita pun menyatakan dengan jelas yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Apabila kita statik dalam kehidupan kita maka kita akan tidak lagi dapat menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Tetapi agama kita juga menyatakan dengan terang-terangan supaya kita tidak lari dari tali Allah. Kita tidak boleh lari dari mengtauhidkanNya sambil bertawajjuh dan bertawassul denganNya disetiap ketika dan detik. Rupa bentuk muka bumi pun berbeza dari rupa bentuk di antara sebelum dan selepas 'ice-age'. Malah bumi ini 'is more intelligent than putting all human minds together'. Bumi berubah mengikut zaman dan waktunya. Maka manusia wajar berubah dari masa kesemasa selari dengan perubahan untuk kebaikan sebagai yang di tuntut oleh agama kita. Perubahan itu tidak memberikan 'exception' kepada politik dan siasah negara serta rakyatnya. Politik ini adalah permainan manusia yang tidak terlepas dari perubahan manusia itu sendiri dan ianya akan juga membawa perubahan kepada badan-badan politik itu secara parallelnya. Ramai di antara kita tidak menyedari perubahan yang besar di dalam minda manusia yang bermain politik ini. Hanya kepada siapa yang berfikir dan sentiasa sensitif terhadap perubahan itu akan sedar. Itulah sebabnya agama kita mengingatkan kita, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Kadangkala perubahan itu hanya di sedari setelah perubahan itu telah jauh jaraknya dari kita yang statik dan tidak berubah itu. Apabila kita tidak sedar tentang perubahan itu maka akan sampailah waktu kita sudah tidak lagi menjadi ikutan jika kita seorang pemimpin. Sedar-sedar kita sudah tidak lagi dihormati oleh orang ramai yang kita pimpin kerana kelekaan kita dan tidak menyedari tentang perubahan di dalam pemikiran rakyat dan persepsi mereka terhadap kita. Apabila sampai waktu itu maka kita akan menghadapi masalah besar untuk membuat 'adjustments' terhadap selera rakyat yang sudah lama melalui perubahan itu. Perhubungan kita dengan orang ramai akan sentiasa dilanda perbalahan minda dan pendapat serta persepsi terhadap sesuatu isu itu kerana kita tidak memperbaiki pemikiran kita secara 'abreast' dengan pemikiran rakyat yang telah jauh kehadapan. Kalau dahulu kita boleh meyakinkan rakyat dengan retorik yang besar-besar dengan menggunakan media perdana cetak dan letronik sekarang media perdana sudah tidak mampu untuk menjadi agen yang membawa sokongan kerana kesedaran rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kerajaan mereka. Rakyat sudah tahu apa tanggungjawab mereka dan di mana letaknya kuasa mereka sebenarnya serta telah dapat memahami apa tanggungjawab parti dan kerajaan. Di sebaliknya kita masih lagi menguruskan kehendak rakyat dengan menggunakan sentiment yang berbagai-bagai seperti isu perkauman dan isu-isu sensitif yang lain. Rakyat tidak termakan lagi dengan isu ungkit mengungkit yang selalu digunakan oleh pihak kita. mengungkit tentang perbekalan air bersih, bekalan letrik dan berbagai-bagai lagi keperluan asas kehidupan yang di berikan kerajaan bukannya untuk dibalas budi walaupun kerajaan itu sendiri telah berubah menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Mereka tahu yang pembangunan itu adalah di atas kerja kuat rakyat berbilang kaum dengan membayar berbagai bentuk cukai. Rakyat dari semua ahli-ahli parti, samada parti kerajaan atau pembangkang bersama-sama membayar cukai untuk di isi kedalam kantung perbendaharaan kerajaan. Mereka juga tahu tindakan kerajaan menindas pihak yang tidak mengundi parti kerajaan itu merupakan tindakan tidak bermoral seolah-olah mereka yang membangkang tidak ada hak sedangkan mereka jugalah yang membayar cukai kepada kerajaan. Oleh yang demikian janganlah kita menggunakan isu pembinaan sekolah di kampong-kampong atau pemberian subsidi gigi palsu kepada makcik-makcik di kampong itu untuk mendapatkan sokongan di dalam pilihanraya. Apa sangatlah subsidi gigi kepada orang tua di desa-desa jika dibandingkan dengan jumlah ketirisan yang beratus billion ringgit yang berlaku di dalam kerajaan serta subsidi-subsidi yang amat besar kepada kroni dan mereka yang telah sedia kala menjadi orang kaya-kaya. Ini merupakan contoh-contoh perubahan yang sedang berlaku di dalam politik tanah air kita sekarang ini. Apabila rakyat tidak lagi menerima cara berkempen yang saya sebutkan tadi, yang tinggal bagi kerajaan atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan dokongan rakyat ialah samada kita memimpin tanpa rasuah, beretika serta bertanggung jawab sebenarnya kepada rakyat seperti yang di akui oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat sebenarnya sangat benci dengan pemimpin yang rasuah tetapi mereka tidak dapat membuktikan kerja rasuah itu berlaku kerana perlindungan yang diberikan oleh OSA serta akta Polis dan banyak lagi akta yang disalah gunakan seperti ISA. Rakyat tahu yang sipolan dan sipolan itu ialah perasuah besar tetapi mereka akhirnya tidak mampu untuk membuktikannya kerana sebab yang baru saya sebut tadi. Maka mereka bertindak untuk memberikan sokongan kepada pihak lain dan mereka ini tidak wajar dipersalahkan. Rakyat bertambah marah lagi dengan pimpinan rasuah yang menggunakan isu rasuah itu juga kepada pembangkang semata-mata untuk mengelakan isu itu difokuskan kepada mereka yang sediakala rasuah. Perubahan persepsi rakyat ini amat payah untuk dihilangkan. BN terutamanya UMNO wajib berubah jika tidak mahu diubah oleh rakyat. Perubahan itu melibatkan imej parti secara total. Imej sebagai parti yang dikuasai oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai seperti sekarang kepada imej baru yang bersih dan memberi harapan kepada rakyat untuk menyambung mandat mereka. Jika ini tidak dapat dilakukan maka rakyat mempunyai hak untuk mengharapkan keadaan yang baru yang boleh memberi harapan kepada mereka kepada kerajaan alternatif yang mempunyai hak untuk diberikan mandate itu. Kita tidak boleh terus-terusan memaksa rakyat untuk tidak berubah kepada parti alternatif jika kita sendiri tidak berubah. Bagi saya keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO wajar melakukan tindakan drastik dalam membina imej dan persepsi baru…pimpinan baru, barisan kepimpinan yang baru, kabinet yang baru serta semuanya baru. Banyak yang mengatakan saya ini bermimpi di siang hari kerana pemimpin kita yang sedang berkuasa tidak akan berkorban dan berpisah dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Jawapan saya kepada pandangan ini mudah. Saya hanya memberikan pandangan. Mahu tidak mahu itu bab lain. Setidak-tidaknya saya boleh membuktikan apa yang saya perkatakan ini akan terbukti kebenarannya. Saya berharap pandangan saya ini tidak ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh mengelak dari memberikan pandangan seperti ini. Tetapi apabila kebenaran itu sampai, masa itu sudah terlambat untuk membetulkannya. Takut-takut UMNO tidak mampu menjadi parti pembangkang. Tengok sahaja di Selangor dan P Pinang, UMNO tidak berupaya menjadi pembangkang kerana UMNO hanya pandai melakukan satu kegiatan sahaja….iaitu berdemonstrasi. Itu pun tidak berani secara terbuka tetapi menggunakan NGO yang di namakan GAPS. Di empat buah negeri UMNO telah terbukti tidak mampu menjadi kerajaan lagi lantaran ditolak oleh rakyat dan juga tidak mampu untuk menjadi pembangkang yang baik. Justru itu kita ingin bertanya terutamanya kepada empat buah negeri ini, apa yang UMNO mampu lakukan dengan baik? Jadi kerajaan telah pun ditolak rakyat dan apabila jadi pembangkang pun tidak menunjukan prestasi sebagai pembangkang yang baik. Sebab itulah banyak pihak yang selalu mengingatkan kita…berubah jika tidak mahu diubah. Berikanlah kepada pemimpin yang mampu memimpin rakyat yang berbilang kaum ini. Jika kita tidak mampu memimpin dengan baik, jadilah penyokong yang baik pula. http://aspanaliasnet.blogspot.com |
| Posted: 02 Jun 2011 01:00 AM PDT Oleh: mdlutfi " ![]() Malangnya rakyat Malaysia siang malam kena tipu dengan pemerintah (KERAjaan Persekutuan = BN). Tak percaya? Sila baca artikel di bawah: FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah. Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima. Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu). "Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia. "Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa. Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani. "FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya. Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia. * Sumber: Malaysiakini Nota: Harga Gas paling murah di Asean tapi Harga Elektrik paling mahal....apacerita?????? Inikah bukti yang hanya BN mampu memerintah |
| Artikel wajib baca nih... hihi... Posted: 01 Jun 2011 11:00 PM PDT Umno: Raksaksa garang kepada rakyat, menikus kepada tauke-tauke Oleh Penarik Beca ![]() Presiden Perkasa (Perkasa maknanya Umno), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan UDA kencing Melayu. "Harapkan jaga kepentingan Melayu tapi Melayu 'dikencing'," katanya. Pertama sekali, hampa kena ingat: 10 Umno cakap, 12 tak boleh percaya. Itu mesti ingat betul-betul. Bak kata seorang tukang komen blog ini, perkara tu bukan news lagi. Yang news ialah kalau cakap Umno kita boleh percaya. Itu baru news. Kedua, kena tau bahawa kata-kata Ibrahim itu memang buruk kelaku yang sangat tipikal dalam Umno. Semua orang salah. Agensi kerajaan dituduh salah. KSU dituduh salah dan didakwa di mahkamah dan kemudiannya didapati tak salah pula. Yang tak salah hanyalah Umno. UDA adalah agensi kerajaan bawah kerajaan Umno. KSU pun berkerja di bawah arahan menteri Umno atau Barisan Nasional. Hampa ingat depa berani nak buat buruk kelaku dalam keadaan telinga dan tengkuk depa Umno boleh pulas gitu-gitu ja? Hampa ingat pegawai-pegawai UDA berani nak kencing Melayu tanpa kehendak nafsu kepala-kepala Umno yang menguasai mereka? UDA bukanlah agensi kerajaan pertama yang kita dengar kencing Melayu. Banyak lagi yang kita dengar sebelum ini. Hampa ingat agensi-agensi kerajaan yang berada di bawah cengkaman kepala-kepala Umno tu berani nak kencing Melayu tanpa kehendak kepala-kepala Umno sendiri? Tak payah cakap la fasal UDA. Nak dapat tapak berniaga pasar Ramadhan pun kena pakai kabel Umno. Dalam posting terdahulu, saya sebut bahawa Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak bongok menjaga negara. Bongok Najib dan Umno menghempuk beban ke atas negara kita. Tapi Najib dan Umno tak nak tanggung beban tu semua. Depa hempuk semua beban tu atas kepala kita, kepala rakyat. Saya nak ingatkan sekali lagi tentang bongok dan jahat Umno dan Najib yang menghempuk beban atas kepala kita tu selepas membaca berita Malaysiakini bertajuk "FMM: Consumers shouldn't pay for inefficiency" dan "Gov't a monster at times, a mouse at others". Berita kedua itu sepatutnya bertajuk "Umno adalah raksaksa garang kepada rakyat tetapi tikus penakut kepada tuan-tuan punya sebenar ketuanan Melayu seperti Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri Tan Kay Hock, Datuk Teo Chiang Quan, Lei Lin Thai, Datuk Pang Tee Chew dan lain-lain". http://penarikbeca.blogspot.com |
| Posted: 01 Jun 2011 09:00 PM PDT PAS FOR ALL SERBAN'S... Haha... hangpa heran ka ada cakap cakap yang timbui adanya program dalam muktamar Pemuda PAS Selasa malam yang berbau kempen untuk orang orang tertentu? Jangan dok heran la woiii, orang politik ni tang mana pun akan berpolitik, tak kira serban... kopiah atau jambui. Nama pun politik, tetap akan berpolitik tanpa kira parti apa dan tempat tang mana. Janji politik dan ia selari dengan kerjaya mereka yang memang cari makan ataih dasar politik dan parti politik. Bukan kah PAS itu satu parti politik, jadi nak marah dan heran pasai apa bila ada orang berkempen untuk orang orang tertentu di waktu muktamar yang sepatutnya tak boleh berkempen? Tak elok? Tak beretika? Kahkahkah.... Bukan kah PAS berkempen sakan nak gantikan Umno? Dan Umno memang lagi la teruk, dah busuk sampai ke ekor. Apa salahnya PAS yang hanya kurang teruk sikit saja ni gantikan Umno yang teruk banyak? Kahkahkah... Salah pun sikit saja, tak beretika pun ciput sangat... kita kan ka akan gantikan Umno yang etikanya lagi teruk? Politik depa lagi kotoq... PAS yang salah dan kotoq sikit ni apa salahnya ya dak? Kahkahkah... Mungkin orang politik berpendapat, parti kalau elok sangat pun tak baguih. Rakyat susah nak undi. Ca tengok Umno, lagi teruk kelaku depa... lagi lama depa perintah. Lagi hodoh perangai depa, lagi rakyat suka. Jadi kita kalau nak ganti Umno, perangai kita pun kena ubah jadikan Umno... kahkahkah... Politik la katakan... kahkahkah... |
| Aikk... Dr Asri ni hentam sapa pulak nih... kahkahkah... Posted: 01 Jun 2011 08:00 PM PDT Menjaja Aib Orang Untuk Kekal Kuasa, Punca Keruntuhan Negara ![]() Hal ini kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin nyata sekali bukanlah perkembangan yang sihat kepada negara dan haruslah dihentikan segera jika tidak mahu moral rakyat di negara ini runtuh hanya kerana fitnah. Ujar beliau, aib individu yang dianggap musuh kepada kerajaan seperti Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya dibuka sewenang-wenangnya, fitnah disebar luas tanpa batasan, sehinggakan perkara yang menjadi tunjang kepada pembangunan negara terabai tanpa perhatian. "Kita tidak bersetuju dengan budaya fitnah ini kerana akhirnya menyebarkan cerita lucah di muka hadapan akhbar. Isu benar atau tidak itu soal kedua. Masalah utama menjadikan masalah peribadi orang sebagai modal politik untuk dibincangkan di peringkat nasional sehingga kita lupa dengan segala isu lain. Itu kita tidak dapat terima. "Saya ingin menyebut secara adilnya, ia bukan bermula daripada isu tersebut (video seks yang dikaitkan dengan Anwar). Sejak sekian lama di Malaysia ini suka menggunakan kelemahan orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Anwar Ibrahim, hatta isu Altantuya (Shaariibuu) dan berbagai-bagai isu sebelum ini. "Dan adalah tidak betul orang agama bila sampai satu isu bila tidak berpihak kepadanya, dia akan keluarkan dalil mengatakan ia tidak boleh digunakan. Apabila kena dengan orang lain, dia diamkan dalil. Itu tidak adil. Saya harap kita konsisten, PAS dengan Umno mesti adil dalam hal ini. Tidak boleh mengeluarkan keaiban orang untuk kepentingan politik secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno," ujarnya. Beliau berkata demikian pada Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman ketika ditanya salah seorang audiens yang turut membanjiri auditorium Kumpulan Media Karangkraf semalam. Antara barisan panelis pada program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Dr Asri semalam turut memberi peringatan kepada kerajaan untuk menghentikan permainan kotor sebegini yang dilihat sebagai perkara yang membuang masa semua pihak terutamanya rakyat Malaysia terhadap isu-isu sebegini. "Kita tetap meminta kerajaan menghentikan isu ini dimainkan terutama dalam akhbar-akhbar tertentu dan mainkan dalam media kerana kerajaan telah membazirkan masa rakyat dan telah membazirkan tumpuan rakyat dalam isu-isu yang penting,"katanya. Sementara Nasrudin pula berpendirian, penyebaran tayangan video seks ke seluruh negara termasuk di akhbar dan Internet lebih menjurus ke arah fitnah dan bukannya berlandaskan untuk menegakkan keadilan. "Bagi kes Anwar, Islam menyuruh kita membawa empat saksi, bukan empat klip video. Empat saksi yang adil. Kalau kita hendak kontras dengan al-Quran (memang) tidak boleh. Ini wahyu dan satu kehendak agama. Kita perlu lihat hikmah Allah menyatakan demikian, kita tidak mudah menghukum sebab mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya. Sementara Khairy pula berpendapat, pihak yang menganjurkan tayangan video seks secara terbuka di Carcosa Seri Negara pada Mac lalu harus dikenakan tindakan tegas. "Berkaitan kes video Anwar, kita semua bersetuju kita tidak mahu mengaibkan orang dalam mana-mana politik terutamanya dalam negara orang Islam seperti Malaysia, kita ada peradaban di mana kita tidak mengaibkan orang," katanya. |
| Terkejut monyet la Umno... kahkahkah... Posted: 01 Jun 2011 07:00 PM PDT Inilah kejutan kedua yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia setelah yang pertama di himpunan 30K yang membawa masuk Bob Lokman. kali ini lebih ramai seperti Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan, Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas terkenal tanahair, Radhi Mat Din bekas penyerang bola sepak negara dan malangnya Misbun Sidek tidak dapat hadhir last minit untuk menaikan rating kejutan kedua ini. Selain mereka, anugerah tokoh anak muda juga diberi kpd ialah Dr Abdul Basit Abd Rahman dan Bob Lokman |
| Selamkan UMNO bersama Scorpene Posted: 01 Jun 2011 06:00 PM PDT Rasuah Scorpene ke Perancis, peluang rakyat tahu kebenaran- AMK KUALA LUMPUR: Keputusan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membawa kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis, merupakan peluang kepada rakyat Malaysia mengetahui kebenaran di sebalik skandal itu. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Lee Khai loon berkata, kerajaan selama ini menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai alasan tidak mendedahkan sebarang maklumat atau keputusan dalam perolehan senjata kepada orang awam, mahu pun ahli parlimen. "Sebenarnya terdapat banyak kes-kes perolehan senjata yang tidak telus termasuk yang dibongkarkan oleh YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kes pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessels yang bernilai RM 6 billion. "Oleh itu, tindakan Suaram yang membawa kes rasuah ini ke Mahkamah Perancis seolah-olah membuka Pandora Box. Rakyat akan berpeluang untuk mengetahui kebenaran dalam kes rasuah yang selama ini ditutup dalam negara," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, badan NGO sebelum ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat komisen besar 114 juta euro (RM493.53 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd. "Namun demikian, SPRM tidak mengambil sebarang tindakan yang menyakinkan terhadap desakan badan NGO sampai hari ini. "Tiada keazaman politik daripada SPRM dalam penyiasatan kes rasuah yang penting tersebut," katanya. AMK berpendapat proses perolehan senjata yang melibatkan peruntukan yang tinggi perlu dipantau oleh Parlimen untuk mengelakkan sebarang komisen yang terlampau tinggi serta gejala rasuah yang berleluasa. Justeru, AMK menyokong sepenuhnya usaha SUARAM melancarkan Ops Scorpene untuk mengumpul dana sebanyak RM100,000 bagi membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah tersebut. "Semua rakyat Malaysia diseru untuk memberi sokongan kepada SUARAM dalam Ops Scorpene untuk memastikan kerajaan kita sentiasa bertanggungjawab ke atas kepentingan rakyat, urustadbir yang cekap," tegasnya.- KD |
| Mati keraih la kalau nak tengok Umno berani nak buat camni Posted: 01 Jun 2011 05:00 PM PDT Pakat mati keraih la rakyat kalau nak tengok keberanian Umno buat flexible skim untuk rakyat camni. Depa nak tekan rakyat dalam senyum lagi ada... takat bagi beraih ngan kain pelikat 5 tahun sekali tu Umno berani laa... Tahniah PR Selangor... **************************** SHAH ALAM 1 JUN: Kerajaan negeri Selangor hari ini memperkenalkan 'Skim Pemilikan Kediaman Persendirian' sebagai kemudahan kepada rakyat memiliki rumah sendiri. Skim yang membolehkan rakyat membayar premium secara fleksibel itu berkuatkuasa hari ini.- TVS |
| Raja segala gadai negara adalah Umno Posted: 01 Jun 2011 04:04 PM PDT Pemuda PAS: Kerjasama DAP, PKR tidak gadai prinsip Islam Oleh G Manimaran ![]() SHAH ALAM, 1 Jun – Pemuda PAS menolak tanggapan sesetengah pihak khususnya parti lawannya bahawa kerjasama sayap itu dengan pergerakan muda dari PKR dan DAP tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip-prinsip syarie. Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, ada pihak mempertikaikan hubungan "kita dengan AMK dan DAPSY sebagai tidak Islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita." "Suka saya tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPSY adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syarak, maka tidak timbul soal tidak syarie atau tidak Islamik," kata beliau dalam ucapan dasarnnya pada muktamar sayap itu hari ini. Nasrudin menambah, malah pemuda mesti terus 'enggage' dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai "duta penyelamat dan kasih sayang." "Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY. "Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat," kata beliau pada muktamar sayap itu yang dirasmikan di Shah Alam. Teks ucapannya diedarkan kepada media malam ini. Sehubungan itu soal beliau, bukankah Islam mengajar "kita menentang kezaliman seperti ISA, selain menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, badan kehakiman, polis dan FRU?" Tambah beliau, "bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya?" Justeru tambah beliau, Pemuda PAS bersepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPSY, lalu bekerjasama, "maka di manakah yang tidak Islamik dalam perkara ini?" "Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini," katanya lagi. "Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana – mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita. "Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan Pakatan Rakyat tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan