Khamis, 2 Jun 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Line up baru Pimpinan PAS pilihan SiasahDaily.

Posted: 02 Jun 2011 04:54 AM PDT

Sumber  : Siasah.

Kempen untuk jawatan-jawatan tertinggi kini memasuki tempoh penghujungnya.

Pelbagai bentuk komentar dan sokongan telah disuarakan oleh mereka yang berkepentingan dalam parti, dan tidak kurang juga dari luar.

SiasahDaily, berdasarkan penilaian pemimpin-pemimpin yang bertanding, kini bersedia melakukan perakuan atau sokongan untuk jawatan-jawatan timbalan presiden, naib presiden, timbalan dan naib ketua Dewan Pemuda PAS.

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu

Mohamad mempunyai beberapa kelebihan mengatasi dua calon lain, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; populariti, pengalaman dalam parti dan politik nasional, dan rekod prestasi yang baik. Mohamad disenangi dalam parti dan dalam kalangan massa, pernah ditahan di bawah ISA, konsisten dalam pendirian dan jarang sekali, sekiranya ada, dilihat sebagai gagal. Beliau turut aktif dalam isu pekerja dan mempunyai hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan. Kemampuannya boleh dimanfaatkan pada masa PAS akan menempuhi pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. Mohamad memenuhi kelayakan dan kemampuan sebagai pemimpin gerakan Islam, termasuk hubungan yang baik dengan gerakan-gerakan Islam global, ciri yang setara dengan penyandang, Nasharudin dan tidak dilihat pada Tuan Ibrahim.

NAIB PRESIDEN

1. Salahuddin Ayub

Ketiga-tiga calon mempunyai kelebihan pengalaman, populariti dan prestasi yang agak baik. Salahuddin Ayub, walaupun banyak terlibat dengan politik kenyataan akhbar dan bermain selamat, mempunyai kelebihan pengalaman dan hubungan baik dengan rakan Pakatan Rakyat, ciri yang penting dalam menghadapi pilihan raya. Beliau juga pemimpin yang selesa bergerak di peringkat nasional. Sebahagian besar kelebihan beliau ialah kualiti relatif berbanding beberapa calon lain dalam senarai.

2. Husam Musa
Datuk Husam Musa terpalit dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang orang kuat kem Erdogan, dan pernah menunjukkan bercita-cita tinggi untuk menduduki kedudukan tinggi dalam parti. Tetapi, beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai naib presiden sebelum bertanding sebagai timbalan presiden. Kenyataan-kenyataan beliau merupakan antara yang terbaik, mengulas dan menangani isu-isu termasuk kewangan dan ekonomi, yang jarang sekali ditangani pemimpin lain dalam parti. Husam mempunyai wajah yang mampu meningkatkan imej parti di peringkat nasional dan boleh diberikan peluang sekali lagi.

3. Idris Ahmad
Selain kedudukan sebagai tokoh berpendidikan agama yang popular dalam kalangan ahli parti dan aktivis, Idris Ahmad juga mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengimbangi komposisi naib presiden. Mempunyai kebolehan ceramah yang masih diperlukan untuk menyampaikan mesej parti. Mempunyai pengalaman peringkat nasional dan mendaki dalam organisasi PAS bermula dari bawah, termasuk pernah aktif dalam Pemuda. Merupakan pekerja parti yang setia dan berkemampuan serta mempunyai hubungan baik dengan akar umbi.

TIMBALAN KETUA PEMUDA

Suhaizan Kayat
Suhaizan Kayat telah membuktikan kemampuan dan mempunyai kualiti kepimpinan di peringkat nasional dalam Dewan Pemuda. Beliau malah mendapat sokongan ramai untuk bersaing merebut jawatan ketua Pemuda. Gandingan Suhaizan yang berciri aktivis dengan ketua Pemuda kini memberi harapan untuk membuat lonjakan kepada Pemuda PAS. Kualiti beliau mengatasi calon-calon lain dan sesuai berada di kerusi timbalan ketua Pemuda yang tidak menunjukkan keberadaan dalam politik Pemuda dan parti sejak sepenggal lalu.

NAIB KETUA PEMUDA

Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
Mempunyai pengalaman panjang dalam Pemuda PAS, yang disertai secara aktif sejak menamatkan pengajian pada 1999. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob memegang jawatan ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS sejak kembali dari pengajian di United Kingdom setahun lalu, dan berjaya menjadikan lajnah tersebut antara yang paling aktif dalam Pemuda, walaupun dengan sumber yang terhad. Mempunyai kualiti populariti dan kemampuan akademik dan aktivisme untuk berperanan sebagai salah seorang penggerak Pemuda PAS.

Gua : Keputusan terkini, Ustaz Nik Abduh Timbalan. Tahniah dan selamat bekerja dengan jayanya.

Ya.. memang benar Husam Musa yang sponsor gua Langgar Hadi.

Posted: 01 Jun 2011 11:29 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Walau gua rasa, gualah yang memulakan, bermati2an menyedarkan audien mengenai Hadi Awang / bidaah Kepimpinan Ulama, sejak 2006; tapi akhirnya Husam jugak yang ditembak. Pada hal gua bersalam pun tak pernah dengan Husam.

Untuk menjawab tuduhan penegak Hadi / geng Ganu dan geng UMNO terhadap siapakah yang membiayai gua, gua akui bahawa Husam Musa yang membiayai gua.

1. Husam Musa menjelma sebagai Salman Faris Hamat dengan drive kereta dalam hujan lebat, dari Kuala Krai untuk menyerahkan / memberi pinjam video cam. Masa yang sangat suntuk ketika itu. Gua tidak pernah kenal apatah lagi bertegur sapa dengannya sebelum ini.

2. Kemudian, Pink Turtle la yang menjelma sebagai Husam Musa dengan bagi pinjam handycam + kereta, dan memberi bantuan duit minyak. Pink Turtle bakal mendapat projek balak 200 hektar di Terengganu seandainya gua berjaya menjatuhkan Hadi. Khaahkkk ptuih!

Dan sebelum Geng Ganu + UMNO fitnah gua ada video seks dengan Pink Turtle, gua bagitau, Pink Turtle adalah lelaki.

3. Satu blog PAS terkenal memberi gua peruntukan RM200. Gua tak boleh dedah. Nanti kecoh. Sebab ramai kata rupa beliau iras2 Husam Musa. Khaahkkk ptuih!

4.  Songkok Putih, dari Tranungkite Online, geng Ganu sendiri memberikan peruntukan gua RM200. Mujur Terengganukini tarik diri. Kalau tak, sah, Terengganukini pun kena tuduh dibeli Husam.

5. Akan datang, anak kepada Mustapa Ali, SU Agong PAS, menjanjikan akses dan keselamatan gua di Rusila untuk projek Langgar Hadi seterusnya. (Gua simpan sms beliau.). Lepas ni, tunggu. Penegak Hadi dan UMNO akan kata Husam pakai kostum menyamar anak SU Agong PAS.


Asal usul tuduhan Husam bayar 300k untuk pemilihan.

Posted: 01 Jun 2011 08:21 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

1. Allah suruh selidik berita yang disampaikan orang-orang yang fasik. Bukan Allah menyuruh menolak, tapi suruh selidik. Allah tak suruh tolak kerana siapa. Tapi Allah suruh tolak kerana apa. Dan ini adalah antara penyampai berita dari UMNO yang gua percayai dibela Mahathir dan anak2nya.



2. Ostad Fadhil meninggalkan satu ilmunya yakni untuk mengetahui siapa kita yang sebenarnya, tengok kedudukan kita oleh musuh. Dan telah 2 penggal Allah mentakdirkan ini untuk golongan yang berfikir.


Namun, sudah menjadi sistem Allah, sudah menjadi sunnah Allah, golongan yang berfikir terlalu sedikit dari golongan kebiasaan. Ekosistem yang ditetapkan sudah begitu.

3. Semasa mula2 menerima berita dari golongan yang dipercayai mempunyai life seperti gambar pertama itu, gua tiada keinginan untuk melayan. Tetapi apabila difikirkan apa salahnya gua merakamkan dalam blog ini sebagai bahan sejarah yang akan dirujuk kemudian, maka, berlakulah N3 ini.

4. Untuk mengetahui benar atau salah berita dari golongan seperti ini, mari kita semak track record terdahulu.
5. Seterusnya kita pergi ke asal usul fitnah tersebut. Mereka hanya bermain persepsi semata. Mari kita lihat detik permulaan fitnah tersebut. Dari mana puncanya.


Hanya melalui statement nasihat Pengerusi Tetap, Abu Kassim. Angin takda, ribut takda, bukti takda, terus tembak Husam, tembak Mat Sabu, tembak golongan2 progresif dalam PAS. Manakala membela golongan2 lembik dan lemah dalam PAS.

Klik sini untuk mengetaui asal usul fitnah.

p/s : Kalau gua dibayar, gua tak pakai Mazda lantai simen bai.


Hari ini dalam sejarah : Takdir Allah untuk golongan yang berfikir.

Posted: 01 Jun 2011 07:43 PM PDT


Tiada ulasan: