Jumaat, 27 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO KINI `KERA SUMBANG', DAP DAN PAS INGIN DIJADIKAN MANGSA

Posted: 27 May 2011 10:14 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA ingin mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim di Malaysiakini yang mengulas tentang cabaran Zahid Hamidi agar DAP keluar dari PR. Saya menyokong 110% kenyataan YB Idham Lim tersebut dan beliau menampakkan lebih bijaksana dari seorang Menteri Kabinet Najib iaitu Zahid Hamidi.

Jelas pada ketika betapa takutnya Umno kepada pengaruh DAP yang telah mula mengambil alih tugas MCA dan Gerakan di dalam mengambil hati serta sokongan masyarakat Cina. Lebih menakutkan lagi Umno adalah apabila DAP kini lebih terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Melayu yang besar kemungkinan ada yang terpilih menjadi calon DAP di dalam PRU ke 13 nanti. Cabaran balas YB Idham Lim yang mencabar Umno agar keluar dari Bn sudah pasti membuatkan Zahid Hamidi terkedu malu.

Umno sebenarnya sudah hilang maruah dan taringnya. Ini jelas apabila Umno dengan kerjasama akhbar pencacai Utusan Meloya sedang berusaha keras untuk mempengaruhi DAP dan PAS agar keluar dari PR. Pada Umno, tentulah lebih elok jika kedua-dua parti ini menyertai Bn, tetapi kerana segan untuk menyuarakan hasrat menjemput kedua-dua parti berkenaan menyertai Umno, maka dicadangkan agar kedua-dua parti tersebut keluar sahaja dari PR. Apa asasnya untuk mereka keluar dari PR? Tiada hujah yang munasabah yang diberikan oleh Zahid.

Lojiknya, tentulah Umno yang patut keluar dari Bn dan kita ada hujah iaitu jelas MCA dan Gerakan tidak lagi `mesra' dengan parti sekular Melayu tersebut. Umno kini boleh dikatakan umpama `kera sumbang' tiada lagi teman yang sudi untuk berkongsi kesusahan. Di masa Umno kuat dan senang, memang ramai yang mahu berkawan kerana mereka berkawan dengan Umno disebabkan ada `sesuatu' yang boleh `mengenyangkan' mereka. Kini, Umno semakin tersepit dan dalam diam-diam Umno cuma boleh bergantung di `helaian bulu ketiak' Perkasa.

Karektor DS Anwar Ibrahim iaitu musuh utama Umno gagal sama sekali untuk dimusnahkan sepertimana `musnah'nya Altantuya dengan C4. Apa jua yang ditampilkan untuk memburukkan imej DS Anwar nampaknya semakin memakan diri Umno. Buktinya, semakin banyak fitnah yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang ini, beliau semakin didekati rakyat hatta kini di tanah rancangan (Felda) sendiri. Di bandar-bandar elit, di mana penduduknya rata-rata berpendidikan, Umno sudah tidak boleh cari makan.

Apabila pemimpin Umno semakin tertekan dan semakin lemah, maka arah pemikiran pemimpin Umno pun sudah tidak stabil lagi. Sebab itu kita lihat berbagai-bagai gelagat aneh yang telah dilakukan oleh mereka disaat-saat akhir nyawa mereka ditampuk kuasa. Krisis kenaikan harga barang serta dasar yang tungang langgang, menunjukkan pemimpin Umno kini sudah hilang arah untuk mentadbir negara.

Umno tiada pilihan lain lagi untuk terus berkuasa, maka sekarang ini kita lihat terlalu banyak jentera kerajaan atau agensi kerajaan yang menjadi pening dengan berbagai karenah dan kehendak pemimpin Umno untuk terus berkuasa. PKR cuba untuk diharamkan, Pejabat Pendaftaran pula tidak cukup mulut untuk menjawab tentang pemberian Kad Pengenalan kepada wara asing. Pihak Polis pula sampai sekarang gagal mendakwa `tokeh' yang menayangkan vedeo lucah, tetapi sibuk bercakap pasal vedeo itu tulin atau tidak.

Rakyat tiada pilihan lagi melainkan mesti berani untuk mencuba kerajaan yang baru. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah ditadbir oleh PR, tentulah ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi kebaikannya lebih banyak dari kerajaan terdahulu. Jika negeri seperti ini PR boleh tadbir dengan baik tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Pusat, sudah tentu jika PR mentadbir Putrajaya kita akan merasai betapa nikmatnya berada di dalam negara tercinta ini./wfauzdin.blogspot.com

MANA LEBIH KEBAL, ANWAR ATAU IBRAHIM RAJA KATAK?

Posted: 27 May 2011 10:13 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS



IBRAHIM ALI Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas terkenal dengan nama `raja katak' yang ingin `berjihad' dalam `Perang Salib'. Agak kelakar bila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' apabila isu Kristian sebagai agama rasmi negara ini dimainkan oleh Blogger celaka yang tidak pun ditangkap sehingga sekarang.

Tahukah Ibrahim Ali apa itu `Perang Salib'? Apabila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' maka ramai yang keliru akan agama MP Pasir Mas ini. Istilah `Perang Salib' itu sebenarnya digunakan oleh kumpulan `Pejuang Kristian' untuk menentang Pejuang Islam suatu ketika dahulu. Bagi Pejuang Islam peperangan ini disebut `Perang Fi-Sabililillah' atau `Perang Sabil'. Itu istilah buat orang Islam, tetapi Ibrahim Ali menyebut sanggup berperang salib, ini bererti istilah pun Ibrahim tidak tahu guna.

Saya pernah menyebut sepatutnya Ibrahim Ali boleh `berjihad' yakni berkorban di Pasir Mas iaitu meletakkan jawatan MP Pasir Mas atas alasan kukuh iaitu majoriti pengundi-pengundi beliau dahulu sudah tidak redha beliau sebagai Wakil Rakyat mereka. Jika Ibrahim Ali sanggup `Perang Salib' yang nyawa adalah gadaiannya, maka mengapa takut mahu korbankan Kerusi Parlimen? Kalau mahu lepaskan Kerusi Parlimen yang tidak diredhai itu pun takut, usahlah Ibrahim Ali berdegar-degar mahu berjihad `Perang Salib'.

Hari ini pula, Ibrahim Ali mendakwa bahawa beliau tidak kebal dari segi undang-undang apabila rakyat tertanya mengapa beliau tidak ditahan atau ditangkap apabila beliau memainkan isu `Perang Salib'? Sebaliknya, raja katak dari Pasir Mas ini mendakwa DS Anwar lah yang kebal sebenarnya. Benarkah DS Anwar itu kebal? Butakah mata Ibrahim Ali sehingga tidak tahu sejarah DS Anwar semenjak tahun 1998 sehingga kini? Bukankah Ibrahim Ali di antara orang pertama yang memeluk dan mencium tangan DS Anwar sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara dan dibawa untuk rawatan di German?

Ibrahim Ali berkata, " Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah (Malaysiakini). Ibrahim Ali nampaknya cuba mengaitkan DS Anwar untuk melindungi kebaculannya. Memang wajar beliau dan Nazri Aziz saling menuduh sebagai `Badut Sarkas' kerana kedua-duanya memang `Joker Badut' yang murahan.

Saya mahu tanya Ibrahim Ali, apa bentuk penderaan dan kezaliman yang tidak pernah dilakukan terhadap DS Anwar? Diaibkan, difitnah, ditahan. dipenjara, ditelanjangkan, dipukul, digantung dari Parlimen, disekat berceramah, diugut dan berbagai lagi yang membuktikan tiada seorang tokoh Melayu Islam di negara ini mungkin di abad ini yang melalui apa yang DS Anwar lalui. Jika Ibrahim hanya boleh berbangga dengan kemasukan beliau ke dalam penjara untuk menunjukkan kehebatannya, kita boleh kumpulkan berapa ramai pejuang politik yang pernah masuk penjara. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertahan apabila keluar dari penjara untuk terus berjuang? Ramai juga yang pernah masuk penjara, keluar penjara terus menjadi pencacai kerajaan yang zalim. Tidak percaya, cuba bertanya Ezam raja sesumpah. Pada saya `Ismail Kerbau' lebih hebat kerana lebih kerap masuk penjara dari Ibrahim Ali.

Mahu tahu kebal atau tidak, saya cadangkan Ibrahim Ali diterima masuk PKR, PAS atau DAP, kemudiannya buat kenyataan seperti yang beliau sebut baru-baru ini iaitu sanggup `Perang Salib' dengan golongan Kristian. Saya rasa tidak sempat Ibrahim Ali telan air liur, beliau akan disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta ISA. Tidak percaya? Kita boleh beri Ibrahim Ali untuk mencuba./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: