Jumaat, 27 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno kembalikan ciri-ciri pemerintahan Firaun - DSAI

Posted: 27 May 2011 11:42 PM PDT

MUAR: Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

"Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi.
Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

"Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

"Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

"Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

"Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14323

Sendayan ganti TUDM Sungai Besi - Najib

Posted: 27 May 2011 10:43 PM PDT

GEMAS: Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kawasan Sendayan di Negeri Sembilan akan menjadi pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM Sungai Besi.

Najib berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas hari ini. - BERNAMA

KUIN bukan hak PAS, Hadi tak boleh campur - MB

Posted: 27 May 2011 10:32 PM PDT

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Menjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa. - malaysiakini

Promosi Himpunan Sejuta Belia punya unsur Porno

Posted: 27 May 2011 07:50 PM PDT





Perhatikan betul-betul gambar di atas, untuk lebih jelas sila besarkan gambar dengan klik pada gambar tersebut. Gambar ini saya ambil tanpa izin dari akaun FB sahabat saya Hamsah Djabir, seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang.

Pertama, saya minta rakan pengunjung untuk bagi komen samada gambar ini adalah tulen ataupun sebuah karya pengubahsuaian gambar. Saya nampak macam tulin.

Jika gambar ini tulin, adalah begitu dukacitanya kerana design porno sebegini dijadikan promosi untuk memberansangkan anak muda supaya menyertai Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung selama tiga hari. Anak muda yang berdarah muda syahwatnya pasti akan tertarik dengan iklan serupa ini.

Ditambah pula dengan tersebarnya berita bahawa Himpunan Sejuta Belia bukan berlangsung selama sehari tetapi tiga hari kalau saya tidak silap. Ini bermakna, apakah yang difikirkan berlaku sebelah malamnya oleh anak muda yang menyertai himpunan ini, tidak lain dan tidak bukan ianya mengundang persepsi negetif bermaksud maksiat.

Adakah begini teruknya arah tuju anak muda hasil bimbingan UMNO ? Hancurlah anak bangsa kalau mereka yang berkiblat regim tel aviv terus memerintah !!

EDYES @ edyesdotcom

Lakaran wajah lelaki simbah asid di KL

Posted: 27 May 2011 09:09 AM PDT

by Kak Pornah

Sana sini orang bercakap tentang kes simbah asid yang macam dah jadi perkara main-main dek sang pelaku. Masyarakat khususnya kaum wanita Melayu (sasaran utama suspek) bukan sahaja dibelenggu rasa takut keluar rumah untuk bekerja malahan aktiviti harian mereka turut terganggu dek perkara yang satu ni.

Sehingga awal Mei ini sahaja, kira-kira 23 kes simbah cecair yang dipercayai asid jenis 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' telah direkodkan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara seperti Sentul, Dang Wangi, Bangsar, Brickfields dan termasuklah Lembah Klang. Meskipun cecair tersebut tidak mengkibatkan lecur pada tubuh mangsa, namun ia memberikan kesan gatal jika terkena kulit.

Perbuatan yang dikesan aktif sekitar awal Februari tahun ini akhirnya telah membawa kepada penyebaran lakaran wajah suspek yang dipercayai seorang lelaki berketurunan India dan bermotosikal kepada umum. Malangnya, hingga ke hari ini suspek masih gagal dikesan!

Persolannya, apa motif sebenar lelaki psiko ini menyimbah asid kepada wanita Melayu sahaja? Mengapa tidak melibatkan bangsa dan jantina lain? Meskipun ada cakap-cakap yang mengatakan ia bermotifkan perkauman, namun alasan dendam atau sakit jiwa juga boleh jadi penyebab kepada gejala ini.

Disebabkan kes ini masih lagi dalam siasatan dan suspek masih belum ditemui, maka Kak Pornah berbesar hati nak menitipkan beberapa nasihat dan pendapat kepada korang semua khususnya kaum wanita dalam usaha membanteras jenayah ini.

Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mungkin sudah biasa didengari. Selain itu, membawa pisau atau objek tajam di dalam handbag juga mungkin dianggap lazim. Cuma kalau mahu lebih spicy, apa kata korang bawak cecair atau serbuk cili pula. Kalau korang letak dalam bekas yang berbentuk spray tu lagi bagus. Agak-agak korang nak bertembung dengan 'makhluk perosak' ni, cepat-cepatlah korang keluarkan senjata korang. (Kita tengok siapa yang kena!)

Cadangan seterusnya mungkin janggal untuk korang dengari. Pakai helmet atau topi keledar sewaktu memandu! Bunyinya memang kelakar, namun kalau itu salah satu cara yang boleh menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa simbah asid, kenapa tidak! Sekurang-kurangnya muka korang sentiasa terselindung di sebalik helmet tu. Paling penting, semasa memandu tak payah la korang nak bukak cermin tingkap kereta. Tu semua boleh jadi penyebab korang di 'attack' oleh mamat asid tuh!

Malang memang tak berbau. Namun kita sebagai manusia harus sentiasa berusaha mencari jalan yang terbaik bagi mengekang sebarang perkara yang tidak diingini. Dalam konteks ini, Kak Pornah rasa terpanggil untuk memuji sikap rakyat Malaysia yang prihatin. Buktinya di laman sosial seperti facebook, twitter dan juga blog, rakan-rakan kita seringkali 'mengemaskini' maklumat terbaru tentang kes ini untuk peringatan bersama. Semoga dengan kerjasama kita semua si 'mahkluk mental' ini dapat ditumpaskan dengan kadar segera! Apa dia ingat muka kita yang cantik molek ni getah sekerap a.k.a lantun (bahasa kampung u olls) ke sampai nak dicurah cuka

Mayat bayi perempuan dijumpai dalam kem PLKN

Posted: 27 May 2011 03:47 AM PDT

MAYAT bayi perempuan seberat 2.6 kilogram dijumpai di dalam kawasan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Cancun, Pasir Mas dibawa ke Hospital Pasir Mas, Kota Bharu untuk dibedah siasat. - Foto Syamsi Suhaimi

BERITA LANJUT MENYUSUL

TV berkonsepkan Islam - TV AlHijrah - mula operasi 1 Jun di Astro

Posted: 27 May 2011 02:42 AM PDT

TV AlHijrah Mula Bersiaran Di Saluran Astro 114 Mulai 1 Jun Ini

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Jun ini, stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah akan bersiaran di Astro saluran 114, demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tujuan kemasukan stesen TV berkenaan ke dalam Astro adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton di negara ini untuk menikmati siaran stesen TV berkenaan.

"Siaran TV AlHijrah (sebelum ini) begitu terhad. Kita menerima permintaan begitu banyak daripada masyarakat supaya mereka dapat menonton TV AlHijrah. Jadi ini kita lakukan (memasukkan siaran TV AlHijrah ke dalam Astro)," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda.

Jamil Khir berkata selaras dengan kemasukan stesen TV berkenaan ke dalam Astro, waktu siaran turut ditingkatkan daripada 72 jam seminggu kepada 100 jam seminggu.

"Hari Isnin sehingga Khamis, TV ini (AlHijrah) akan bersiaran seperti biasa dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan bersiaran dari pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam," katanya sambil menjelaskan pihakya akan memanjangkan waktu siaran sehingga 24 jam sehari sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada penonton.

Ditanya mengenai persaingan yang bakal diterima apabila stesen TV berkenaan apabila memasuki Astro kelak, Jamil Khir berkata, pihaknya hanya ingin memenuhi selera penonton di negara ini yang sentiasa mahukan kelainan dari segi kandungan siaran.

"Kita akui persaingan memang ada. Sebab itu kita mempelbagaikan program seperti (rancangan realiti TV) Solehah yang antara lain bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pendakwah wanita di negara ini," katanya sambil menjelaskan rancangan-rancangan yang bertemakan wajah-wajah Islam seperti Madrasah AlHijrah, Refleksi dan Khidmat Syariah akan turut disiarkan pada 1 Jun nanti.

Ditanya adakah stesen TV berkenaan akan memperluaskan siarannya bagi negeri-negeri yang tidak mendapat liputan, Jamil Khir berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan juga pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membolehkan lebih banyak pemancar dipasang di negeri-negeri berkenaan.

"Kita sedang mempercepatkan proses (pemasangan pemancar). Apa yang menjadi halangan kita ialah tentang spektrum atau saluran yang begitu terhad di negeri-negeri yang memerlukan kepada pemancar," katanya. TV AlHijrah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Dis lepas.

TV berkenaan yang mula bersiaran sejak 1 November lepas boleh ditonton di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).

Walaupun baru mula bersiaran, 60 peratus daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40 peratus adalah kandungan asing. Tiga puluh peratus daripada keseluruhan kandungannya diterbitkan sendiri oleh TV AlHijrah.

Dengan slogan "Segalanya Bermula Di Sini", TV AlHijrah merupakan stesen televisyen milik kerajaan dan diletak di bawah tanggungjawab Jamil Khir. -BERNAMA

Tiada ulasan: