Jumaat, 27 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kenali Hukum Qazaf(Tuduhan Zina)Mengikut Islam

Posted: 27 May 2011 04:17 PM PDT


Qazaf adalah satu daripada kesalahan jenayah Hudud yang dinyatakan secara qat'iy (pasti) dengan jelas oleh al-Qur'an dan Sunnah. Ia merupakan satu jenayah khusus yang melibatkan penghinaan yang amat serius ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan tuduhan zina atau seumpamanya dan tuduhan anak luar nikah. Justeru, pembuktian untuk mensabitkan kesalahan jenayah ini amat ketat prosedurnya. 

Jika berlaku sebarang keraguan terhadap bukti maka hukuman asal boleh digugurkan berdasarkan hadith, gugurkanlah hukuman hudud dengan adanya kesamaran bukti.

TAKRIF QAZAF

Imam Nawawi daripada Mazhab Shafi'i mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya.1 Ibn Humam daripada Mazhab Hanafi mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).2 Ibn Arafah daripada Mazhab Maliki pula mentakrifkan Qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.3 Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali pula mentakrifkan Qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).

Memandang kepada takrif yang diberikan oleh ulama daripada pelbagai mazhab, Qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah. Manakala zina pula mengikut Mazhab Shafi'i bermaksud memasukkan kemaluan lelaki kadar hasyafah atau seumpamanya ke dalam faraj perempuan untuk kepuasan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.

Mengikut Mazhab Hanafi pula, nama bagi persetubuhan haram dalam faraj perempuan yang hidup berlaku secara sukarela dalam negara Islam yang bebas daripada sebarang syubhah hamba miliknya atau perkahwinan. Manakala Mazhab Hambali pula mentakrifkan zina mengikut Ibn Quddamah ialah persetubuhan pada faraj perempuan yang haram baginya tanpa ada sebarang syubhah.

Mazhab Maliki pula mengikut takrif yang diberikan oleh al-Dasuqi ialah memasukkan kepala zakar atau kadarnya dalam kemaluan perempuan, sekalipun beralas, tetapi tidak menghalang kepuasan dan ketegangannya.

Berdasarkan takrif di atas bahawa penzinaan itu adalah persetubuhan haram yang dilakukan oleh seseorang dengan memasukkan kemaluannya sekadar hasyafah atau seumpamanya ke dalam faraj perempuan yang isterinya dan bukan juga hamba miliknya, serta tidak ada bukan sebarang syubhah pada perlakuan tersebut.

Tuduhan zina adalah tuduhan ke atas seseorang yang melakukan persetubuhan haram ke atas perempuan yang tidak ada hak baginya yang bertujuan untuk mengaib dan menghina pihak yang dituduh.

LIWAT SAMA DENGAN ZINA

Takrif liwat mengikut Mazhab Shafi'i ialah memasukkan zakar ke dalam dubur lelaki, perempuan atau khunsa dikenakan hukuman had(hudud).9Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali berpendapat bahawa persetubuhan di dubur sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina.Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa seorang lelaki yang bersetubuh melalui dubur dengan perempuan asing baginya melakukan jenayah zina
mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.

Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa persetubuhan pada dubur tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram. Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.

Berdasarkan penjelasan di atas, majoriti fuqaha' daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

AUTORITI PENGHARAMAN QAZAF

Fuqaha' yang membincangkan tentang kesalahan jenayah Qazaf berdasarkan autoriti al-Qur'an, hadith dan ijmak. Mazhab Shafi'e13 menjadikan ayat 4 surah an-Nur sebagai dalilnya. Maksud Firman Allah:

"Mereka yang menuduh perempuan-perempuan suci dengan tuduhan zina dan mereka itu tidak dapat buktikan dengan empat saksi lelaki maka hendaklah mereka disebat sebanyak 80 kali. Saksi mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka itu adalah orang-orang fasik."(an-Nur (24): 4)

Tuduhan zina yang palsu terhadap perempuan-perempuan yang suci dan baik akhlaknya, hendaklah mereka dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali, kesaksian mereka tidak diterima selama-lamanya dan mereka menjadi Fasik. Hadith Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

"Jauhilah tujuh perkara yang besar dosanya." Sahabat bertanya, "Apa dia ya Rasulullah?" Katanya, "syirik kepada Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan hak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan yang baik dengan zina."

Hadith di atas menjelaskan bahawa antara kesalahan besar di sisi Allah S.W.T. ialah Qazaf ke atas seseorang perempuan yang baik dan suci peribadinya. Ia meliputi lelaki dan perempuan. Mazhab Hambali juga berdasarkan ayat al-Qur'an dan hadith di atas sebagai dalil kesalahan Qazaf ini dan Mazhab Hanafi juga berdalilkan hadith di atas dan ayat surah an-Nur, ayat 32,18 Allah berfirman:

"Mereka yang menuduh Qazaf perempuan-perempuan baik dan suci yang beriman, mereka itu dilaknat di dunia dan di Akhirat dan bagi mereka azab yang besar." (an-Nur (24): 23)

Ayat ini jelas menerangkan janji buruk ke atas mereka yang melakukan Qazaf ke atas orang wanita mukminah dan lelaki mukmin dengan menerima laknat Allah di dunia dan mendapat seksa di Akhirat.19

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi'i dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (Qazaf) kerana mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima pelakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan jika sabit penuduh berniat dalam
tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had, manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman ta'zir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.

Sumpah Laknat Hanya Untuk Suami isteri

"Dan orang-orang yang menuduh isteri mereka (berzina) tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar (an-Nur: 6). Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah ke atasnya jika ia termasuk orang-orang yang berdusta (an-Nur: 7).

Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah bahawa sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta (an-Nur: 8).

Dan sumpah yang kelima bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (al-Nur: 9).

Dengan sumpah ini menjadikan mereka berdua terpisah dan gugur ke atas suami hukuman Qazaf dan gugur atas isteri hukuman had zina.

Memandangkan jenayah Qazaf ini sebagai suatu jenayah yang serius dan terdapat nas qat'iy tentang ketetapan kesalahan, prosedur pembuktian dan hukuman keseksaannya, kerana ia diketegorikan sebagai kesalahan awam, maka sumpah tidak termasuk dalam prosedur pembuktian jenayah Hudud, kecuali dalam kes yang melibatkan tuduhan zina antara suami dengan isteri yang tidak diketegorikan sebagai kesalahan awam.
Rujukan :
http://drbadrulamin.blogspot.com
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: