Isnin, 23 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Politik video seks Malaysia merebak ke Turki!

Posted: 22 May 2011 10:23 PM PDT

KALAU semalam kita lihat bahawa negara kita Malaysia boleh berbangga sebagai Negara Islam yang menduduki ranking "Top 10" peminum arak paling ramai di dunia rujuk link ini [peminum arak], hari ini Malaysia boleh berbangga pula menjadi pelopor politik video lucah untuk menjatuhkan lawan politik.

Kerajaan Turki dilihat mengambil langkah yang sama dibuat oleh kerajaan pemerintah Malaysia apabila menyebarkan video lucah didakwa pemimpin parti pembangkang negara itu. Semua rakyat tidak kira peringkat umur, dan jantina boleh menyaksikan video lucah di internet apabila dipromosikan secara besar-besaran di stesen televisyen Turki [Utusan].


Lihat video di bawah ini, saksikan bagaimana media arus perdana negara ini menjadi penyebar video lucah untuk tontonan umum tanpa mengira jantina dan semua peringkat usia. Malah bayi pun boleh mencari video lucah kerana telah dipromosikan secara besar-besaran oleh media arus perdana yang dikawal oleh agenda syaitan.



Jelas sekali konsep ini benar-benar selari dengan langkah kerajaan Malaysia sebelum ini yang menerapkan pendidikan seks untuk kanak-kanak bermula dari umur enam (6) tahun rujuk link ini [Pendidikan seks].

Nampaknya Yahudi tidak payah bersusah payah lagi mencipta kartun-kartun yang menyelitkan unsur-unsur seks seperti adengan putera dan gadis bercium, kain Snow White terselak dan sebagainya untuk menimbulkan perasaan ingin tahu anak-anak Islam terhadap seks. Kerajaan kita sendiri telah mengambil langkah memberikan pendedahan seks kepada kanak-kanak untuk merosakkan minda mereka.

Kelak terhasillah generasi yang suka berzina, yang suka berhibur tanpa batasan, sebelum rakyat semua mampos ditimpa bala bencana dari Allah SWT.


ReJaM© "Selepas ini video lucah akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara"

Hebat! Malaysia tangga ke 10 peminum arak teramai di dunia

Posted: 22 May 2011 09:31 AM PDT

PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].


Patutlah sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yassin begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh [Negara Islam].


Tidak hairanlah Malaysia jadi antara Negara Top 10 memiliki peminum arak terbesar dunia, mana tidaknya? Anak pemimpin pun ada yang jadi tokey syarikat Arak terbesar Filipina, San Miguel, manakala bapaknya pula menghentam ulama konon dialah yang lebih pandai bab hukum hakam. Konon dialah yang paling Melayu walaupun mak bapaknya bukan Melayu almaklumlah "Melayu mudah lupa" katanya.

Di bawah ini sekadar gambar hiasan.



ReJaM© "Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi Negara Islam contoh
"

7 jenazah anak yatim dikebumi dalam satu liang lahad

Posted: 22 May 2011 02:49 AM PDT

HULU LANGAT, 22 Mei — Tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Jenazah tujuh mangsa terlebih dahulu disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14, selepas solat Zohor.

Suasana di pekarangan tanah perkuburan diselubungi perasaan pilu dan hiba.

Selain ahli keluarga terdekat, turut memenuhi tanah perkuburan adalah penduduk tempatan dan pemimpin parti politik.

Mereka yang dikebumikan bersama ialah Dzahir Haziq M. Muin, 17, Mohd Hazim Sapri, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.

Sembilan lagi mangsa yang terbunuh sudah dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.

Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian [MsianInsider].

Tiada ulasan: