Khamis, 19 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - MEREKA GAGAL LAGI, RAKYAT HARUS BERSEDIA SELEPAS INI

Posted: 19 May 2011 10:21 AM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT memalukan. Bagaimana mungkin seorang pegawai besar di dalam ROS boleh cuai di dalam mengenalpasti sesuatu undang-undang atau Perlembagaan Parti yang pihaknya mahu haramkan parti berkenaan? Ini bukan perkara kecil kerana ianya melibatkan pengharaman sesebuah parti yang kebetulannya pula sedang berada di puncak sokongan rakyat.

Bukan satu kesilapan, banyak kesilpan telah berlaku yang gagal dikesan oleh pegawai besar di dalam ROS ini. Adakah selama ini tugas beliau hanya menandatangani sahaja apa jua surat yang diletakkan di atas meja pejabat beliau? Nama anggota parti tersebut pun jauh tersasar malahan tidak direkodkan pun oleh parti berkenaan sebagai ahli. Jika bukan ahli, mengapa ada timbul dipecat tanpa ikut Perlembagaan Parti? Kesilapan tarikh juga berlaku.

Jelas, kerja ini seolah-olah dilakukan secara tergesa-gesa seperti juga dengan kes video seks yang dilakukan secara tergesa-gesa sehinggakan terakam susuk tubuh orang ketiga di dalam bilik. Mengapa ini terjadi? Gagal `membunuh' karektor DS Anwar, gagal menghancurkan rumahtangga DS Anwar, dan sebelum ini telah pun menyekat akhbar Suara Keadilan dengan tidak memberikannya permit, kini ada cubaan terbaru?

Manusia merancang, Allah jua merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Rakyat harus bangun dan bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan selepas ini kerana pengikut apco itu tidak akan berpuas hati selagi usaha jahat mereka tidak berjaya./wfauzdin.blogspot.com

PORTAL PRO UMNO PUN RIMAS DENGAN IBRAHIM ALKATAKI DAN NAZRI

Posted: 19 May 2011 09:54 AM PDT

Apa sudahnya......

Thursday, 19 May 2011

Apa sudahnya, seakan semua boleh membicarakan perkara-perkara yang amat sensitif untuk perhubungan antara kaum. Benar, kita mahu memperjuangkan Melayu tetapi adakah cara yang di buat hari ini dapat menyelesaikan masalah keciciran orang Melayu.

Keciciran orang Melayu sebenarnya mempunyai banyak sebab khususnya melihatkan kemiskinan kalangan orang Melayu – masalah sosial dan juga masalah yang melibatkan pembahagian perekonomian di kalangan Melayu itu sendiri termasuk ruang untuk membolehkan orang Melayu tu bergerak dan memacu kejayaan. Melayu kena keluar dari kepompong pemikiran kepimpinan ortodoks seperti yang cuba diterapkan oleh Ibrahim Ali dan kalau Ibrahim Ali mengatakan bahawa beliau melakukan atas apa yang dipersetujui oleh YAB Najib Tun Razak maka YAB Najib Tun Razak perlu menyatakan yang sebenarnya makna 1 Malaysia yang diterapkan.

Ramai yang mula mengatakan UMNO terbabit dalam perencanaan untuk mengugut keharmonian kaum bagi tujuan memenangi pilihan raya. UMNO perlu megelak dari rakyat keseluruhan – khususnya pengundi juga nampak senario yang serupa. Kita mesti bunuh persepsi itu bagi memastikan UMNO dilihat jelas – memperjuangkan hak orang Melayu dan dalam masa yang serupa BN bergerak bagi memastikan semua kaum terbela nasib mereka.

BN/UMNO kena mula bertindak agak jelas – makna perjuangan Melayu bukan merampas atau mendiskriminasikan kaum lain. Setakat ini kerajaan seakan nampak membiarkan persepsi ini menari-nari di kalangan rakyat negara ini. Sekiranya kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu maka tindakan perlu diambil, begitu juga sekiranya ada individu Melayu – yang menyebarkan niat jahat memusuhi kaum lain – mengganggu keharmonian perpaduan – melalak mengenai titisan darah terakhir – ambil tindakan dan sumbat beliau dalam penjara.

Zaman sudah beredar. Jangan mengarut sanggup berjuang ke titisan darah terakhir untuk Melayu. Berkorban suku dari harta untuk perjuangan Melayu pun susah ini pula mahu menitiskan darah untuk membela Melayu. Apa lagi mahu turun melihat Melayu yang terpinggir bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi dari sudut minda dan ruangan untuk kemajuan pun mereka tidak tahu.

Amat malang sekali sekiranya Melayu dibawa mengharungi idealisme kuno kononnya mahu bangkit memperjuangkan Melayu tapi bila Melayu ditindas dalam contoh peneroka kota dan peniaga kecil-kecilan. Semua akan tertanya kenapa akhir-akhir ini Nazri Aziz – menyatakan BOLEH untuk berbicara mengenai isu- isu ekstrem perkauman – kenapa biarkan Ibrahim Ali mengatakan Najib seakan memberi restu – kenapa tidak ada tindakan ke atas isu blog yang menyebarkan artikel mengenai Kristian dan kalau sudah ada asas pun – mereka yang terlibat mesti turut di ambil tindakan segera.

Akhirnya persepsi akan menari di minda rakyat – BN dan UMNO yang terlibat. Akhirnya BN/UMNO yang rugi. Masa sudah tiba untuk kita melakukan perubahan politik – transformasi politik khususnya dari sudut minda dan pemikiran termasuk kepimpinan yang ada. Apa yang kita boleh buat adalah membantu memberi tahu pendapat dan terbabit dalam memulakan langkah menyedarkan – jangan asyik berpolitik – untuk diri./umno-reform2

MENGENALI EZAM DAHULU, EZAM SEKARANG

Posted: 19 May 2011 02:43 AM PDT

Apabila berkawan dengan kaki fitnah.....

Senator Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Dato' Seri Anwar membuat kenyataan terbarunya di Utusan Malaysia Online menuntut agar mantan bosnya itu bersumpah di dalam isu video seks yang hangat diperkatakan. Sudah dijangka Ezam akan terus menyerang Ketua Umum PKR ini dan tidak pernah Ezam tidor lena sekiranya tidak memburukkan dan mengaibkan tokoh yang pernah dipujanya dulu.

Berkaitan isu sumpah ini tidak lagi menghairankan bagi kita di dalam PKR khususnya kerana ini bukan pertama kali Dato' Seri Anwar dicabar berbuat demikian. Cuma kita merasa kesihan dengan sikap bekas Ketua Pemuda KeADILan (kini AMK) yang dahulunya terkenal dengan seorang yang berprinsip. Di mana prinsip beliau sekarang? Usahkan mahu mempertahankan prinsip dan hukum Islam di dalam isu ini, Ezam ternyata gagal mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Sebelum in, Ezam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan percaya lagi kepada Dato' Seri Anwar walaupun Dato' Seri Anwar bersumpah. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini. Jika sudah tidak mahu percaya, mengapa sibuk-sibuk Ezam mendesak agar Dato' Seri Anwar bersumpah? Selain daripada bersumpah, beliau juga mendesak agar Ketua Umum PKR itu melakukan;

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

  • Di antara yang Ezam gariskan itu, saya tidak tahu yang mana satu yang Allah anjurkan kepada kita umat Islam di dalam menangani isu tuduhan zina ini. Khabarnya Ezam orang yang berugama dan kuat pegangan agamanya sehinggakan dikatakan sewaktu ditahan di dalam penjara dulu beliau sering membaca Al-Quran. Peliknya, ke mana ayat Al-Quran yang beliau baca itu dicampakkan? Mengapa Ezam meletakkan dirinya setaraf dengan Datuk Eskay dan gerombolan mereka? Adakah ini yang Allah maksudkan apabila manusia itu khianat, mereka akan dihina dan dijatuhkan darjat mereka di dunia ini lagi. Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tetap komited dengan pengakuannya dan memilih Islam sebagai penyelesaian dan keadilan, bukan sesumpah atau 4 perkara yang Ezam sebutkan di atas.

    Sedarlah wahai Ezam, insaflah kerana dendam kesumat itu tidak akan membawa ke mana-mana walau berapa penggal sekalipun kamu akan dilantik sebagai Senator. Kemuliaan di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT itu yang harus dicari. Berfikirlah sejenak, mengapa di dunia lagi kita dihina oleh masyarakat walaupun kita berada bersama golongan penguasa.

    Memang benar, Ezam pernah berjuang dan masuk penjara kerana melawan rasuah suatu ketika dahulu. Beliau masuk penjara kerana mendedahkan fail rahsia (Akta OSA) kes rasuah melibatkan Rafidah Aziz dan waktu itu beliau dilihat berani dan disanjung. Namun akhirnya, Ezam sendiri terjun ke dalam Umno dan berada `sekapal' dengan Rafidah Aziz . Rafidah Aziz tidak didakwa dan Ezam pula sudah tidak menyebut hal itu lagi. Kini, Ezam menjadikan Dato' Seri Anwar sebagai `bahan' untuk beliau `mencari makan' di dalam Umno. Itulah penghinaan namanya.

    Mudah-mudahan Ezam akan pulih semula dari ingatannya. Nasib malang menimpa Ezam menjadi pengajaran kepada kita di dalam PKR agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memakan daging kawan atau bekas ketua kita sendiri./PKR Pahang

    SAIFUL BERWIBAWA - AUTA DAN FAKTA

    Posted: 18 May 2011 11:02 PM PDT


    Oleh: WFAUZDIN NS

    MUNGKIN ramai yang masih belum membaca akhbar Suara Keadilan terbaru hari ini. Saya faham ada beberapa kawasan yang langsung tidak pernah sampai akhbar yang masih belum mendapat permit ini dan terpaksa diterbitkan secara tidak berkala. Itulah resam politik dan demokrasi di negara ini berkurun lamanya.

    Terbaru, diberitakan pihak ROS (Pendaftar Pertubuhan) telah mengeluarkan surat untuk mengharamkan PKR. Saya tidak tahu apa lagi yang `halal' di Malaysia ini jika melibatkan Pembangkang. Berkumpul untuk mendengar ceramah politik pun dikatakan perhimpunan haram kerana tiada permit. Mohon permit pula sukar dan bermacam-macam syarat dikenakan. Mungkin yang `halal' cuma sumpah laknat atau DNA.

    Saya tidak mahu sentuh pasal kemungkinan pengharaman PKR. Saya ingin berkongsi cerita seperti yang disiarkan oleh Suara Keadilan hari ini tentang perbezaan `Auta dan Fakta' yang ada hubungkait dengan `kewibawaan Saiful' di dalam kes fitnah Liwat II. Apa yang Auta dan apa yang fakta?

    Auta - Menuduh DS Anwar meliwatnya tanpa kerelaan.
    Fakta - Selepas diliwat, Saiful mendakwa berehat untuk makan karipap dan minum kopi bersama DS Anwar selama 20 minit.
    Auta - Mendakwa berjumpa Najib pada 27 Jun 08, sehari selepas kejadian untuk mohon biasiswa pengajian di universiti.
    Fakta - Saiful adalah pelajar yang gagal pengajian kerana prestasi akademik di bawah tahap yang sepatutnya.

    Auta - Mendakwa diliwat tanpa kerelaan.
    Fakta - Mengikut laporan Dr Mohamad Osman dari Hospital Pusrawi, Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda diliwat. Dr Mohamad Osman adalah doktor pertama yang memeriksa Saiful. (# Laporan Pertuduhan di Bawah Seksyen 377B bukan sejajar dengan liwat secara paksaan, ia sesuai dengan liwat secara sukarela)

    Auta - Saiful menunjukkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan. Di dalam blog peribadinya ditunjukkan pemergian beliau ke Tanah Suci.
    Fakta - Saiful menjalinkan hubungan dengan seorang Pendakwaraya, Farah Azlina Latif sepanjang perbicaraan ketika itu beliau sudah pun bertunang. (# Saiful juga pernah mengaku mengerjakan Solat Jumaat tanpa mencuci dubur atau mandi hadas).

    Auta - Saiful mendakwa tidak membuang air besar mahu pun membasuh dubur selepas kununnya diliwat.
    Fakta - Doktor HKL yang memeriksa Saiful mendapati rektumnya kosong. Jika benar Saiful tidak membuang air besar selama 2 hari, rektumnya pasti akan dipenuhi oleh najis.
    Auta - Saiful mendakwa beliau adalah Pembantu Peribadi DS Anwar.
    Fakta - Saiful hanya seorang pekerja rencam di pejabat (odd job worker) seperti diberitahu Ketua Staf Anwar, Sdr Ibrahim Yaakob di kandang Saksi.
    Auta - Saiful mendakwa beliau diminta DS Anwar untuk ke unit kondomunium yang didakwa berlakunya kejadian liwat.
    Fakta - Saiful hanya diarah Ibrahim untuk menghantar surat/fail ke unit kondo tempat kejadian didakwa berlaku.

    Auta - Saiful memfail tuduhan diliwat tanpa kerelaan terhadap DS Anwar sahaja.
    Fakta - Sampel DNA yang diambil daripada dubur Saiful mengandungi sampel DNA lebih daripada seorang lelaki. Malahan, air mani Saiful sendiri turut ditemuyi di duburnya.

    # Edit/tambah oleh Blogger)

    Sumber rujukan: Suara Keadilan bth 17 Mei 2011

    Tiada ulasan: