Khamis, 19 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bantah Lynas : Berarak dari KLCC ke S/Jaya Tinggi Australia petang ini

Posted: 19 May 2011 09:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan bagi membantah projek Nadir Bumi oleh Lynas di Gebeng Kuantan akan diadakan di KLCC selepas solat Jumaat, jam 2 petang ini.

Peserta dijadual berkumpul di KLCC sebelum berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi negara itu.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, demonstrasi anjuran People's Green Coalition itu turut dipimpin oleh Kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.

"Perarakan ini anjuran People's Green Coalition yang terdiri daripada semua NGO yang memperjuangkan bumi Malaysia yang selamat dari segala macam pencemaran. Ia disertai semua organisasi dan individu yang mahu alam yang lebih baik dan selamat untuk diduduki,"

"Ia termasuk parti politik, mahasiswa, dan pertubuhan-pertubuhan lain ," kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Ditanya mengapa lokasi KLCC dipilih, Fuziah berkata ia berdekatan dengan Pejabat Suruhanjaya Australia di Jalan Yap Kwan Seng.

"Ia paling dekat dengan kedutaan Australia dengan masjid KLCC. Tapi tidak bermaksud mereka tidak boleh melakukan bantahan di tempat lain atau terus datang ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia," ujarnya.

Berhubung polis pula, Fuziah berkata penganjur telah memberitahu pihak polis bahawa mereka menjangkakan pihak berkuasa itu akan memberikan kerjasama untuk menjaga keselamatan awam dan aliran trafik ketika perarakan diadakan.

"Polis memelihara orang ramai dari ancaman yang menggugat keselamatan awam, dan dalam kes ini Lynas yang menggugat ketenteraman awam," kata Fuziah.

Fuziah dalam masa yang sama turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob baru-baru ini, bahawa projek itu cuba dipolitikkan pembangkang.

"Sebelum ini memang kita lihat saya mulakan kempen ini tetapi apabila sokongan rakyat mula meningkat BN merasa tergugat kerana ia dipimpin oleh Ahliparlimen pembangkang.

"Mereka tidak boleh faham, kami mewakili rakyat dan memperjuangkan keselamatan rakyat," katanya.

Subsidi RM19 bilion kepada IPP akan dikurangkan ... kata Deris Jala

Posted: 19 May 2011 07:37 PM PDT

Mei 20, 11 10:16am

Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian," kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Didesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: "Sudah, tentu," tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga disakuan.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion - mkini

Menjual kopi mengandungi galetin babi - 3 pengarah Kluang Rail Coffee didakwa

Posted: 19 May 2011 06:33 PM PDT

 KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

P/s: Boikot sampai matilah kedai kopi ini! Sesiapa yang telah minum kopi BABI ini, sila ambil pengajaran. Lain kali pastikan status halal sesebuah kedai makanan. Pihak berkuasa pula perlu mengambil tindakan tegas kerana sudah beratus tahun penduduk bukan Islam tinggal di sini, adakah mereka masih belum tahu halal/haram makanan orang Islam?

Santai malam Jumaat : Pelajar AF9 yang buat Adlin meleleh air liur

Posted: 19 May 2011 06:44 AM PDT





Ni dia pelajar AF9 yang dikatakan telah menyebabkan tenaga pengajar, Adlin Aman Ramli meleleh air liur dan menyebabkan jantung pengkritik tetap, Hattan berdegup kencing setiap kali dia muncul dipentas konsert. Betul ke?

Nera AF, anak Sabah ini rupa-rupanya pernah menjadi naib juara Miss Earth Malaysia. Patutlah Adlin meleleh dan Hattan berdebar-debar setiap minggu. Tak mustahil pelajar ini akan masuk final AF9 kali ini, kalau semua jantan-jantan kat Malaysia ini mengundinya. Silap-silap boleh jadi juara.

Aku tak pasti sangat pasal suara samada merdu atau tidak sebab jarang benar aku layan AF kali ini. Tapi kalau dilihat rupa memang Nera ni boleh beat lain-lain pelajarlah. Tapi aku pasti kalau tak menang AF pun, tawaran berlakon akan datang berderet-deret selepas ini. Tunggu jelah!

Hai nampaknya Marsha kenalah lebih sikit menggoda sebab dah ada saingan baru...!!

Vote For Nera hahahahaha

Psstt... Adlin & Hattan jangan ambik hati. Sekadar berlawak... hahaha

- mesin taip buruk

PRU13 tanpa DSAI?

Posted: 19 May 2011 05:47 AM PDT

OLEH Ahmad Lutfi Othman

Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya -- telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".  - SETERUSNYA

Kes menteri rogol amah: Polis mahu siasat Presiden Tenaganita

Posted: 19 May 2011 04:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis diminta memberi penjelasan dan tujuan sebenar mereka mendapatkan keterangan Presiden Tenaganita, Irene Fernandez, berhubung kes rogol pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet tidak lama dahulu.

Ia berikutan tindakan pihak berkuasa itu untuk menyiasat Irene kerana mengulang siar kenyataan sebuah NGO pekerja Indonesia, Migrain care yang pertama sekali menimbulkan dakwaan itu.
Peguam, Latheefa Koya berkata, dakwaan polis mengatakan Tenaganita membuat tohmahan adalah tidak benar kerana polis seharusnya mengikut prosedur siasatan dengan memanggil mangsa dan pelaku jenayah tersebut.

"Mangsa dan individu yang didakwa melakukan jenayah tersebut tidak dipanggil atau disiasat. Justeru, mengatakan Tenaganita melakukan tohmah adalah salah.

"Macam mana mereka kata perkara itu tohmah? Bagaimana kalau mangsa tidak bercakap atau diugut? Apakah jika mangsa berdiam diri bermakna kes telah selesai?

"Persoalannya, atas sebab apa Irene disiasat? Adakah mereka mahu siasat tentang kenyataan Migrant Care atau siasat tentang kes rogol itu?," soal Latheefa yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN.

Dalam surat yang dihantar pada 12 Mei kepada Irene, beliau dimaklumkan bahawa Peguam Negara telah mengarahkan polis bagi mendapatkan keterangannya berhubungisu itu.

Bagaimana pun Irene berkata, pihak polis tidak hadir ke pejabat Tenaganita hari ini untuk bertemunya pada jam 3 petang seperti yang dijadualkan, selepas menunggu selama kira-kira sejam.

"Kami tidak jelas dengan motif siasatan ini. Sekiranya apa yang didakwa sebagai tohmahan oleh kami, adalah lebih baik sekiranya polis mendapatkan maklumat dari Migrant Care yang merupakan pemilik asal kenyataan itu," kata Irene.

"Tambahan pula, dakwaan bahawa Tenaganita menyiar semula pada 26 Disember 2010 adalah tidak benar. Pada tarikh itu, semua kaki tangan Tenaganita bercuti, sehari selepas sambutan Krismas tahun lalu," kata Irene kepada Keadilandaily.com

Sementara itu, Keadilandaily cuba menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ampang, Norfirdawati Othman bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan siasatan, hari ini.

Norhayati yang merupakan pegawai penyiasat kes memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan oleh pihak Tenaganita berkenaan masa pertemuan.

"Dia tak 'fix' (tetapkan) waktu," jawab Norfirdawati sambil menambah bahawa dia tidak dapat memaklumkan tarikh baru bagi sesi pertemuan berikutnya.

"Ini kes 'high profile'. Saya tak boleh maklumkan sebab kena maklumkan pada 'OC' dahulu. (Ketua Daerah Polis). Kita kena ikut prosedur. Saya tak boleh bagi apa-apa komen," kata Norfirdawati.

Kes ini menjadi isu hangat di media Indonesia, termasuk desakan pertubuhan hak asasi dan buruh di negara itu yang menuntut supaya pelaku tersebut- yangdikaitkan dengan seorang menteri kabinet di Malaysia, disiasat dan dihukum.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13712

Saya tahu siapa lelaki dalam video seks - DSAI

Posted: 19 May 2011 01:53 AM PDT

Oleh Clara Chooi
May 19, 2011

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 19 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada jatuh, ha ha," katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".

Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) - TMI

Pendedahan WikiLeaks MT : Mereka yang punya 'kabel besar' dengan Najib

Posted: 19 May 2011 01:01 AM PDT

This cable provides a preliminary review of Prime Minister Najib Razak's close aides and political associates, known associated companies, and business contacts, as well as summary information on Najib's four brothers. The review is based on information available prior to Najib's confirmation as Prime Minister on April 3 and his formation of his Cabinet on April 9. Najib's aides could find themselves in positions of influence with the PM's office, while four political associates from his inner circle have taken positions in Najib's cabinet. Post identified 16 companies with strong links to Najib and his family, with many of the companies having substantial business interaction with the government.

Among the 19 key business leaders listed, Rohana Mahmood stands out as deeply embedded in the Najib family's commercial interests. Najib's family has personal links to the Sultan of Perak, of note given Najib's involvement in wresting control of the state from opposition hands in February (ref B). Syed Mokhtar Albukharry, a major Malaysian investor in Iran, has significant business operations in Najib's constituency and in the defense sector.    READ MORE

Lagi kenaikan ... 'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'

Posted: 19 May 2011 12:01 AM PDT

'Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan'
Mei 19, 11 2:41pm

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.


Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat. - mkini

STONE : Memang Najib nak bagi rakyat semakin susah ... haramjadah sunnguh la puak ni.

Tiada ulasan: