Khamis, 19 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Lady Gaga Hidup Dalam syurga Dunia

Posted: 19 May 2011 07:38 PM PDT

Merenung Sejenak


Penyanyi Lady Gaga merupakan selebriti paling berpengaruh dalam bidang hiburan di majalah Forbes.

Gaga yang tersenarai dalam 100 selebriti paling berpengaruh Forbes itu dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM13.5 bilion sepanjang setahun dia terbabit dalam industri seni baik dari segi persembahan nyanyian, pembabitan dalam filem mahupun di pentas peragaan.

Selain itu penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu turut memecahkan tradisi dengan penampilan video yang unik serta imej fesyen yang tersendiri dan pelik.

Dalam pada itu Gaga turut menerima penaja yang banyak yang antaranya seperti jenama Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam.

Kedudukan Gaga dalam carta Forbes tersebut bukan kerana berjaya memperoleh sebanyak RM270 juta menerusi konsert jelajahnya sahaja bahkan dia juga mempunyai seramai 32 juta peminat di akaun Facebook miliknya dan 9.5 juta peminat menjadi pengikut Twitter Gaga.

-ijoks2009-

  
"Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: 

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah empat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu lagi Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". - Al An'aam:128
Dalam ayat di atas orang yang mendustakan agama itu sudah dihasut oleh syaitan dan sanggup membela syaitan kerana kemewahan dan kesenangan yang mereka miliki. 

Apabila Allah bertanya kepada syaitan tentang sifatnya yang banyak menyesatkan manusia, maka manusia yang disesatkan oleh syaitan itu pula yang menjawab firman Allah sebagai membela kerana hasutan syaitan itulah yang membawa kesenangan kepada mereka dan hasutan syaitan itulah yang membawa kemewahan, segala macam kekayaan dan segala macam pembangunan kepada mereka.
Astaghfirullah ..astaghfirullah..


Cari N3 lama-lama disini

Kuliah Jumaat Live Dari Medan Ilmu,Kota Bharu

Posted: 19 May 2011 05:35 PM PDT

Gara-gara facebook,Remaja Lari dari Rumah

Posted: 19 May 2011 03:37 PM PDT

Isu Semasa
Usianya baru mencecah 14 tahun namun tindakannya mengejutkan keluarga. Hana Munirah Mohd Rashidi dilapor melarikan diri dari rumah di Puchong, Selangor, 2 hari lalu.

Bimbang berhubung keselamatan Hana, ayah dan ibunya, Mohd Rashidi Jaafar dan Anizah Mohd Isa tampil memohon bantuan 999.

Berikut gambar Hana bersama adik bongsunya.


"Gambar ni dirakamkan pada hari sama dia keluar rumah. Dia memakai t-shirt sama, berwarna putih dan berseluar track suit. Saya risau sebab dia tak bawa kad pengenalan dan duit. Kawan dia berbangsa Cina, sebelum ini pernah melarikan diri tetapi pulang semula ke rumah," ujar Aniza.


Berulang kali Aniza menitiskan air mata sewaktu ditemu bual Hazlin Hussain.


"Saya bimbang, bila tak ada duit, kalau ada lelaki offer, nanti lain pula jadinya. Hana sebelum ini pernah cuba dihubungi lelaki dewasa melalui Facebook, ajak dia keluar. Sekarang ini, bila saya hubungi telefon bimbit, dia tak jawab. Macam mana kalau lelaki sama menelefon dia," tambah Aniza.

Hemat saya, Hana masih mentah, tindakannya melarikan diri, meninggalkan keluarga, dibuat berdasarkan keputusan pemikiran cetek.
Berita Penuh Disini 

Semakin maju teknologi manusia,semakin banyak masaalah sosial yang melanda,ini kerana ada yang masih belum matang (terutama kanak-kanak dan remaja) dalam menggunakan kemudahan itu,Internet dan FB tidak salah ,yang salah ialah cara penggunaannya yang kadang-kala melalaikan akhirnya mengundang bencana.

Di zaman ini ibu bapa sepatutnya tidak membiarkan anak-anak hanyut dalam dunia maya internet dan FB,ibu-bapa hari ini perlu sama-sama melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran teknologi dunia tanpa sempadan ni.IMereka patut ambil tahu siapakah teman-teman FB anak-anak mereka dan selalu memantau aktiviti mereka.Diharapkan kes-kes sebegini tidak berulang.


Cari N3 lama-lama disini

Watak Hantu Kak Limah Benar-Benar Wujud

Posted: 19 May 2011 02:03 AM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
Pernahkah anda menonton filem Hantu kak Limah Balik Rumah ,arahan Mamat Khalid.
watak utamanya bernama Kak Limah ,seorang tua yang kurang siuman yang disalah anggap oleh penduduk kampung sebagai sudah mati dan menjadi hantu.

Tahukah anda seorang warga tua ingin menyaman Mamat Khalid kerana mempermainkan arwah ibunya yang menurutnya watak ciptaan Mamat Khalid itu adalah arwah ibunya.
Ce cerita,ce cerita...

Begini ceghitanya:

1. Nama atuk tersebut ialah ismail saaid.

2. Nama isteri atuk tersebut ialah rojamah abu bakar.

3. Isu neh bermula pada minggu lepas bilamana salah seorang cucu atuk tersebut memasangkan vcd filem hantu kak limah balik rumah di rumahnya. Hantu Kak limah dalam filem tersebut dikatakan mengambil nama arwah ibu kepada atuk tersebut.

4. Setelah menonton filem itu atuk tersebut menjadi geram dan tidak boleh tidur malam. Disebabkan itulah atuk tersebut bertindak mahu menyaman mamat khalid kerana mempersendakan arwah ibunya iaitu kak limah.

5. Bukti yang mengaitkan bahawa hantu kak limah berkait rapat ibu atuk tersebut ialah surat beranak arwah ibunya. Ibu nya seorang bidan juga digelar kak limah [nama asal : halimah walit] yang menetap di kampong sayong lembah sama seperti watak dalam filem mamat khalid malahan seseorang yang dihormati ramai ketika masih hidup.

6. Selain dari itu, atuk tersebut juga marah bila mana filem terbabit menggunakan perkataan seperti ;
"kita bako aje" dan "ghonjang" kerana perkataan terbabit mempunyai makna tersirat yang difahami oleh atuk tersebut dan penduduk di kampung terbabit.

7. Apa yang paling dikesalkan oleh atuk terbabit bila mengetahu bahawa pelakon watak hantu kak limah ialah cucu saudaranya iaitu delimawati. Atuk tersebut telah menghubungi delimawati namun tidak dilayan. Apa yang diharapkan oleh atuk tersebut dari delimawati ialah permohonan maaf dan menegakkan keturunan dan salasiah kak limah.

8. Dan kepada mamat khalid, atuk tersebut akan menfilekan saman malu kerana menggunakan nama watak kak limah dalam filem hantu kak limah balik rumah. Atuk tersebut kini trauma kerana mengenangkan nama kak limah dipersendakan oleh penduduk kampung. Ini kerana menurut atuk terbabit, ibunya bukan seperti yang digambarkan dalam filem terbabit.

-Geng Gempak-

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: