Selasa, 17 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KES LIWAT - HAKIM DULU POPULAR DENGAN `TIDAK RELEVEN' , HAKIM SEKARANG DENGAN `WIBAWA'NYA

Posted: 17 May 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DRAMA lebih menarik lagi apabila DS Anwar diminta membela diri di dalam kes Liwat II. Keputusan Hakim ini tidak memeranjatkan kerana skrip drama telah bocor kecuali jika Hakim berpegang kepada fakta dan membebaskan DS Anwar, itu lah yang paling memeranjatkan kita.

Tidak susah untuk seseorang yang bukan peguam tahu kebenaran kes ini kerana melihat kepada perkara asas iaitu pertuduhan di bawah Seksyen 377B sahaja kita boleh tahu samada perbuatan liwat itu benar berlaku atau tidak. Ini adalah kerana kita saksikan sendiri Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa, tetapi pertuduhan tidak mengguna pakai pengakuan Saiful. Jika digunakan apa yang Saiful kata, Seksyen yang paling tepat adalah Seksyen 377C.

Mungkin ada tafsiran lain terhadap seksyen ini, atau ada sebab tertentu maka seksyen ini releven dengan kes yang dihadapi oleh DS Anwar. Diterangkan dalam mahkamah ada catatan menyebut `cubaan meliwat', tetapi Saiful dianggap masih `berwibawa'. Ada keterangan menceritakan seluar dalam Saiful di rumah seorang wanita yang bukan muhramnya, namun Saiful masih `berwibawa'. Saiful mengaku pergi sembahyang Jumaat tanpa mandi hadas atau mencuci duburnya, dan mengaku Solatnya tidak sah, tetapi Saiful tetap `berwibawa'.

`Berwibawa'nya Saiful adalah juga kerana dapat berjumpa Najib untuk mohon biasiswa sedangkan beliau gagal dalam pengajian. Pakar juga `berwibawa' walaupun mencatat tarikh pada barang ujian lebih awal dari ujian dibuat. Pegawai Penyiasat Polis Jude pula tentu dilihat `berwibawa' apabila menyimpan bahan bukti DNA di dalam almari sahaja seperti menyimpan seluar dalam, lebih wibawa `air mani' itu boleh bertahan terlalu lama melebih 90 jam yang mencipta rekod dunia. Hebat dan `wibawanya' cecair yang kununnya dimiliki oleh DS Anwar itu.

CCTV apartmen yang menjadi bahan bukti itu juga tidak kurang wibawanya kerana masa yang dicatat dalam CCTV di pintu lift lebih awal dari yang dicatat di pintu utama apartmen. Doktor kata tiada kesan kemasukan, tapi ahli kimia buat ujian kata ada terdapat `cecair itu' dalam lubang Saiful ertinya ada kemasukan. Wibawanya pakar-pakar berkenaan. Hakim tentulah lebih berwibawa apabila membatalkan keputusannya sendiri yang mulanya tidak membenarkan barang-barang kepunyaan DS Anwar di dalam lokap dijadikan bahan bukti, tetapi akhirnya diterima menjadi bahan bukti.

Melihat kepada semua ini, percayalah saya seperti yang DS Anwar katakan bahawa tiada yang pelik dan ajaib berlaku sekiranya melibatkan DS Anwar. Maka, tertawalah dunia melihat drama ini dan di mana mahu kita letakkan muka kita sebagai rakyat Malaysia? Percayalah, selepas ini lebih banyak yang pelik akan berlaku. Kita tunggu dan dunia luar pun tunggu siapa lagi yang boleh dianggap `berwibawa' selepas ini./wfauzdin.blogspot.com

Putuskan Anwar bela diri, mahkamah berat sebelah- Suaram

Posted: 17 May 2011 12:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan rasa kesal dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes fitnah II.

Koordinator Suaram, Hasbeemasputra Abu Bakar berkata prosiding perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara berat sebelah.

"Sepanjang perbicaraan kes Anwar, Suaram mendapati mahkamah berat sebelah terutamanya apabila menafikan akses peguam Anwar kepada laporan perubatan dan lain-lain dokumen yang merupakan hak asas mereka dalam perbicaraan.

"Hal ini lebih melucukan apabila hakim beranggapan Saiful Bukhari adalah "saksi yang jujur dan boleh dipercayai" sedangkan Saiful sendiri berulang kali memberikan kenyataan bercanggah malah didapati menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa raya ketika perbicaraan berlangsung," kata Hasbeemasputra dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Suaram juga tidak bersetuju dengan penerimaan hakim tentang kesaksian tiga doktor, di mana ada percanggahan jelas dalam kesaksian mereka yang mengatakan wujud penetrasi.

"Tapi kemudian hakim menunjukkan keputusan yang tidak konsisten apabila dari awal menolak untuk menerima sampel DNA yang diperolehi daripada lokap di mana Anwar ditahan.

"Ini senario tidak masuk akal berdasarkan keterangan doktor apabila disoal peguam bela merujuk kepada laporan perubatan yang dibuat keatas Saiful," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan hakim, Mohamad Zabidin perlu dipertimbangkan semula kerana wujud elemen konspirasi politik dalam kes itu.

"Penting untuk diberikan perhatian bahawa asas penghujahan peguam Anwar adalah wujud konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar.

"Berkali-kali Suaram menyuarakan bahawa mahkamah telah dijadikan boneka oleh kerajaan yang memberikan keputusan berat sebelah bukan berdasarkan kepada keadilan," tegasnya.

Sumber:
http://www.keadilandaily.com/putuskan-anwar-bela-diri-mahkamah-berat-sebelah-suaram/

Tiada ulasan: