Selasa, 17 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lokap Mona Fendy berhantu

Posted: 17 May 2011 09:35 PM PDT

Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu 'disimpan' anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam 'Pakej Lawatan Berhantu' yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian - HM

Dakwa pencegah maksiat sebabkan kematian - Dr Asri

Posted: 17 May 2011 09:25 PM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" seperti khalwat dan minum arak yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa.

"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."

[Berita penuh menyusul]

Khidmat seks disebalik urut kaki

Posted: 17 May 2011 09:15 PM PDT

JOHOR BAHRU: Berselindung di sebalik khidmat urutan kaki, wanita warga asing di premis di Taman Desa Tebrau dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pengunjung bagi memperoleh pendapatan lebih.

Dalam 'Ops Sayang' dilakukan Jabatan Imigresen Johor kelmarin, sembilan wanita, lima warga China dan empat Thailand, ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pekerjaan sah.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Hamzari A Jalil berkata, serbuan dilakukan jam 3 petang membabitkan 20 anggota dan pegawai hasil risikan dan maklumat orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dipercayai majikan warga asing terbabit bagi membantu siasatan. "Mengikut maklumat diterima, wanita tukang urut di premis itu menyediakan pakej tambahan kepada pelanggan yang berminat melakukan hubungan seks, namun perkara itu masih dalam siasatan

"Pemeriksaan mendapati semua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang permit pekerjaan sah dan kita menyiasat bagaimana mereka memasuki negara ini," katanya.

Wanita ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1963.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya meneruskan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengesan majikan yang menggaji wanita warga asing tanpa permit kerja sah -HM

Zahid Hamidi pula hahaha .... Kaji dulu sebelum naik harga minyak

Posted: 17 May 2011 09:03 PM PDT

STONE : Ada apa-apa ka ni  ... bila masa pemimpin Umno ada hati nak jaga rakyat ni? Yang aku tahu selama ni depa akan mendekati rakyat bila ada pilihanraya saja .... hahaha. Atau pun PRU dah dekat, masing-masing semua nak jaga rakyat, kalau tak ala mampuih korang la. Hari tu KJ, ni Zahid pula .....

Kaji dulu sebelum naik harga minyak

TEMERLOH – Kerajaan diminta supaya menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak petrol RON95.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

"Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut," katanya selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat.

"Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana akan tingkatkan defisit kerajaan," katanya yang bersetuju kenaikan RON95 bebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.

Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program 'tentera masuk kampung' akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.


Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau. - SH

Tarik subsidi IPP - Guan Eng

Posted: 17 May 2011 08:40 PM PDT

DAP: Remove IPP subsidies first
By Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, May 18 - The Najib administration should first cut billion-ringgit subsidies for independent power producers (IPPs) rather than burden the people with subsidy cuts on essential items, DAP has said.

DAP secretary-general Lim Guan Eng said the government would only spur inflation by removing the diesel super subsidy before cutting "big opium" gas subsidies worth RM19 billion for IPPs and commercial power sectors.

"Remove the big opium of gas subsidies that can save tens of billions of ringgit annually before dealing with the opiate for the masses that only save hundreds of millions of ringgit," he said in a statement today.

"Why should the masses and the ordinary 27 million Malaysians be made to bear these price rises when the few big corporate giants in the IPPs do not suffer a single cent in gas subsidies cuts?"

Lim (picture), who is also Penang chief minister, added that the government should also be dealing with "the bigger opium" of RM28 billion lost annually to corruption, estimated to have cost the nation up to US$100 billion (RM303.06 billion) since the 1980s.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said yesterday that fuel subsidies are "like opium" to the Malaysian economy and will have to be reduced gradually to bring the budget deficit under control.

He said the government had budgeted for fuel subsidies to cost the economy RM11 billion this year but that the estimate had soared to around RM18 billion because of high global crude oil prices.

"Subsidies as a whole are like opium. Once you take opium it's hard to kick the bad habit. Once you provide subsidies, it's hard to take them away without some political cost," he told an audience at Oxford University's Centre for Islamic Studies.

DAP publicity chief Tony Pua said similarly said the government must take action against "fat crony companies" like IPPs if it wished to reduce subsidy burden, as last year's five-in-one subsidy cut would only save RM750 million while a 20 per cent cut in subsidies to IPPs would save RM3.6 billion.

He pointed out that in 2008, based on Petronas' annual reports, gas subsidies granted to IPPs amounted to RM8.1 billion, while Tenaga Nasional Bhd (TNB) took RM5.7 billion.

The Petaling Jaya MP said while there was no doubt that the cost would be passed on to consumers, unfair contracts signed between the government the IPPs meant that electricity tariffs should be at least 26 per cent cheaper based on comparison to international rates.

"This means that the heavy subsidies for these IPPs only served to mask the astronomical profits made by these corporations," Pua said in a statement today.

"Hence the Government's continued attempt to reduce subsidies for the man-on-the-street and its continued refusal to restructure unfair contracts with concessionaires such as the IPPs proves only that the Government does not prioritize the interest of the people ahead of its profitable cronies."

He added that he supported Umno Youth chief Khairy Jamaluddin's call for government to cease further subsidy cuts in light of rising inflation and to increase accountability to help trim the budget deficit.

Ladang Rakyat dan nota cemburu Umno Kelantan

Posted: 17 May 2011 08:27 PM PDT

Green Cresent

Pada 16 Mei lalu berlaku empat peristiwa penting dalam konteks negara. Peristiwa itu ialah penyerahan nota cemburu projek Ladang Rakyat oleh Pemuda Umno Kelantan kepada Menteri Besar Kelantan, sambutan hari guru, penghakiman kes konspirasi menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diikuti dengan keperluan penambahbaikan khidmat Jabatan Imigresen Kota Bharu dalam melayani 200 pelanggan sehari kerana mengurus paspot.

Apa pun tulisan ini tidak akan mengulas mengenai hari guru, maruah Anwar Ibrahim dan hal Imigresen. Apa yang akan ditumpukan adalah isu penyerahan nota cemburu projek Ladang Rakyat oleh Pemuda Umno Kelantan kepada Menteri Besar Kelantan.

Pemuda bangang

Sesungguhnya kandungan nota cemburu yang ditulis sebagai 'memorandum rakyat' adalah sebenarnya suatu manifestasi pemuda Umno yang jelas 'bangang' dengan projek pembangunan anjuran Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar merangkap al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meskipun sudah berlembar-lembar penjelasan dibuat oleh pimpinan Kerajaan Negeri, namun kandungan nota cemburu oleh ketua pemudanya, Anuar Safian (foto) membuktikan sifat bangang itu.
Nota cemburu itu mengandungi lima butiran, iaitu meminta butiran perjanjian syarikat yang menjalankan kerja-kerja perladangan, mahu tahu penglibatan Bumiputera Kelantan dengan syarikat yang menjalan usahasama dengan Syarikat Ladang Rakyat, minta disenaraikan syarat-syarat dan kelayakan peserta, mahukan perincian perolehan pendapatan atau laporan kewangan dan hasil tahunan diperolehi, dan inginkan penjelasan mengenai lokasi, keluasan dan status tanah yang dimajukan (kononnya dirampas dari rakyat).

Lima butiran itu, ternyata pengetahuan Pemuda Umno tidak bertambah-tambah meskipun pihak Ladang Rakyat dan Kerajaan Negeri sudah menjelaskan tanah pembangunan Ladang Rakyat adalah atas tanah kerajaan dan tidak pernah merampas tanah rakyat. Berlaku dakwaan rampasan tanah tidaklah tepat. Sebenarnya di situ ada segelintir rakyat yang melakukan teroka atas tanah kerajaan. Apa pun, bayaran pampasan dibuat oleh Ladang Rakyat kepada rakyat (peneroka) yang meneroka tanah kerajaan.

Demikian pula, syarikat yang diberi hak hanya pemaju bukannya pemilik yang diberikan tanah.. Tanah tetap dimiliki oleh Ladang Rakyat. Justeru Ladang Rakyat telah meraih untung bukannya rugi. Buktinya, 4,300 peserta diberikan dividen dan mana-mana rakyat yang tanahnya terlibat dengan pembangunan Ladang Rakyat tetap dibayar pampasan. Jika rugi pasti dividen dan pampasan tidak akan dibayar.
Demikian pula, Pemuda Umno bangang dalam memahami tujuan projek pembangunan Ladang Rakyat yang semestinya untuk membantu rakyat, khususnya yang miskin. Justeru penerima dividen adalah individu yang berada dalam lingkungan miskin, tanpa pilih kasih dan tidak mengira fahaman politik. Ia tidak sama dengan kerajaan Umno yang tebal dengan amalan diskriminasi, pilih bulu dan terpilih kerana ia Umno.

Terbaru, Negeri Terengganu di bawah kerajaan Umno diberikan wang royalti minyak sedangkan Kelantan yang layak telah dinafikan. Belum lagi mengambil kira kegagalan menyiapkan projek atas semata-mata kontraktor adalah kroni. Lihat sahaja kemajuan pembinaan jambatan kedua 'Jambatan Sultan Yahya Petra' yang merentasi Sungai Kelantan. Ia adalah melibatkan kontraktor kroni yang cukup terkenal di Kelantan. Pemuda Umno Kelantan gagal nampak (jambatan tidak siap) kerana mereka bangang.

TV1 pembohong

Bangang pemuda Umno ditambah lagi dengan pelapor peristiwa menyerah nota cemburu itu telah dilapor secara 'pembohongan' oleh TV1 melalui siaran berita jam 5.30 petang dan jam 8.00 malam pada hari sama.

Sekurang-kurang tiga pembohongan dibuat TV1. Pertama bantahan dikatakan kerana Kerajaan Kelantan merampas tanah rakyat, sedangkan tidak berlaku rampasan tanah.

Kedua nota itu dilapor sebagai diserahkan kepada Timbalan Speaker Kelantan, sedangkan penerima sebenar ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Ketiga berlaku provokasi dicetus oleh pihak Timbalan Speaker yang dikatakan menyebabkan kekecohan, sedangkan pencetusnya adalah pemuda Umno yang mengampit di sebelah kiri Anuar Safian terlebih awal menarik tangan Timbalan Speaker ketika meminta pemuda itu menjarakkan kedudukan semasa penyerahan hendak dibuat.

Dan pembohongan keempat, pihak TV1 melaporkan seramai 1,000 orang mengiringi Anuar Safian menyerahkan nota cemburu itu. Sebenarnya hanya 200 orang termasuk beberapa Orang Asli yang diupah. Atas pembohongan tersebut, pemuda Umno dan TV1 jelas tiada kredibiliti untuk dipercayai rakyat Kelantan.

Kenapa cemburu?

Meskipun Pemuda Umno berjaya mengumpul 200 orang pengiring semasa penyerahan nota cemburu itu, apa pun rakyat Kelantan harus tahu, kenapa Umno amnya begitu cemburu terhadap kejayaaan Ladang Rakyat. Tidak lain kerana di sebalik kejayaan itu kesannya adalah ia membangun negeri dan membantu rakyat miskin.

Sementara itu, di sebalik pembangunan tanah untuk projek Ladang Rakyat, turut terbongkar broker teroka tanah Kerajaan Negeri secara tidak sah. Dikatakan broker itu membabitkan pimpinan Umno tertentu, di samping beberapa individu kroni pemimpin tersebut. Ia sudah menjadi kerugian dari segi 'politik anak buah' tatkala anak buah yang dijanjikan dengan geran tanah sudah terpaksa menagih janji yang tidak kesampaian.

Justeru politik menghasut rakyat agar membangkang usaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dilakukan oleh pemimpin Umno. Mungkin pemimpin tersebut sudah lupa, bahawa membangkang Ladang Rakyat bermakna menyekat rezeki untuk rakyat miskin. Apakah maruah pemimpin sedemikian?

Sokongan majoriti

Apa pun asakan pemuda Umno dan cubaan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri di sebalik Ladang Rakyat, seramai 4,300 penerimanya tetap berdiri teguh menyokongnya. Ia simbolik sokongan majoriti rakyat Kelantan.

Pada hari yang sama, pihak Ladang Rakyat turut melancarkan koperasi milik penerima dividen. Dua deklarasi diungkapkan iaitu pertama menyatakan sokongan sepenuhnya atas usaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keduanya bersetuju memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan meneguhkan kerajaan pimpinan ulama. Deklarasi yang disampaikan oleh ketua pegawai eksekutifnya, Dr. Nazmi Ghazali Azmi adalah jawapan tunai kepada sikap membangkang dan menentangnya pemuda Umno Kelantan.

Sekaligus, ia petanda kegagalan gerakan rakyat oleh pemuda Umno yang bersimbolkan warna merah. Maka, merah itu sudah bermakna kematian idea politik Umno Kelantan. Hanya rakyat yang mendapat hidayah Ilahi bakal menjadi hakim atas ketulusan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran untuk sekalian warga Negeri Kelantan

Jangan Hina Islam - Ibrahim Ali

Posted: 17 May 2011 07:45 AM PDT

Menurut presiden Perkasa, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.

KUALA LUMPUR: Pemimpin tinggi Perkasa sekali lagi mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan tindakan menghina Islam.

Datuk Ibrahim Ali berkata, jika mereka terus berbuat demikian orang Melayu akan berjihad mempertahankan Islam.

"Orang Melayu berjihad mempertahankan Islam walaupun hanya saya seorang" kata presiden Perkasa di depan 300 ahli dan penyokong di sini hari ini.

Kira-kira 50 anggota polis berkawal di sekitar kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di mana program itu diadakan.

Bagaimanapun, Ibrahim ahli parlimen bebas Pasir Mas berkata, Perkasa tidak mahu menimbulkan kekacauan dan bergaduh dengan kaum lain.

Tetapi menurutnya, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.

"Kepada golongan ini saya mahu mereka jangan bermain api. Saya tidak mahu mereka sentuh agama Islam.

"Saya tidak mahu tengok anjing pegang Al Quran. Saya tidak mahu tengok gambar babi dalam internet.
Saya tidak mahu tengok perempuan bogel duduk atas Kaabah," katanya yang mendapat tepukan semangat dari orang ramai - FMT

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

Posted: 17 May 2011 01:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13501

RON 95 : Kerajaan BN Najib kencing lagi

Posted: 17 May 2011 01:18 AM PDT

Petrol RON95: Kerajaan tak peduli beban rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan memang tidak pernah memegang janji berhubung soal kenaikan barangan dan terbaru petrol RON 95 yang dijangka mengalami nasib yang sama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Abdul Rahman Yusof.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah memikirkan bebanan rakyat yang terpaksa menanggung implikasi daripada kenaikan petrol terhadap barangan lain.

"Kerajaan tidak pegang janji kerana menterinya sendiri mengumumkan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan petrol RON95 yang rata-ratanya digunakan rakyat kelas pertengahan dan rendah.

"Implikasi kenaikan petrol akan memberikan kesan yang besar kerana semua barangan keperluan dinaikkan harga. Mangsanya adalah rakyat yang terpaksa menanggung beban selain menambahkan hutang isi rumah," kata Abdul Rahman ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam kerajaan yang acap kali menaikkan harga barangan keperluan dan petrol sedangkan gaji rakyat tidak dinaikkan.

"Pendapatan rakyat tidak dinaikkan, tetapi yang naik harga barang keperluan. Alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi kerajaan, tapi subsidi kepada syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP) tidak ditarik.

"Sekiranya mahu kurangkan subsidi, sepatutnya kerajaan kurangkan subsidi kepada syarikat kroni supaya rakyat tidak dijadikan mangsa dengan menanggung kenaikan harga. Tapi yang berlaku sebaliknya kerana kerajaan mementingkan kroni-kroni mereka," kata beliau.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

Sebelum ini kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 akan ditangguhkan sama ada berlaku kenaikan ataupun tidak sehingga selepas pilihan raya umum.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13515

Bersedia ... Najib nak bagi hadiah bulan depan

Posted: 17 May 2011 12:05 AM PDT

Harga RON95 disemak bulan depan

IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.
90 seliter - Harian Metro

STONE : Saperti diumumkan semalam harga Diesel akan dinaikan bagi sebahaian pengguna mulai Jun ini. Hari ni pula depa kata untuk semak harga RON95 pula. Hangpa faham la bila dia kata semak tu, maknanya nak naikan harga la, padahal harga minyak dunia dah pun turun, tapi kenapa harga minyak kita semakin naik.
Aku dan lain-lain blogger hanya setakat melalak, maki hamun, marah .... haramjadah,celaka, pelaq (org utara saja yg tau pelaq ni apa) dalam blog ni saja la, yang tu saja yang boleh kami buat, yang lain tak boleh. Yang tak dak blog bercerita di ofis, orang kampong di  kedai kopi ...tapi kerajaan BN buat tak kisah saja. Mampuih pi la lah hangpa rakyat oi, kami minyak kereta kerajaan yang tanggung,  apa susah
Hanya satu saja cara nak pelingkup kerajaan BN ni, iaitu masa PRU nanti. Jangan dok bising sekarang depa tak akan ambil pot punya dan yang penting sekali jangan sekarang ni saja hangpa dok maki BN, maki Najib, tapi bila mai PRU nanti hangpa pangkah juga Kapal Layar tu. Yang ni bukan Najib yang haramjadah tapi hangpa tu yang haramjadah ... reti?...TUMBANGKAN BN DALAM PRU13

Tiada ulasan: