WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Lim Guan Eng: UMNO bermain api
- Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu
- YE...YE....Harga Gula Naik 20 Sen
- Anwar : Cita-cita Tetap Diteruskan
- Siasat Utusan, Gesa GERAKAN
- Mujahid : Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian
- KEGUNAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA/MELOYA
- Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil
- SEMUA MEDIA DIJEMPUT HADIR
Lim Guan Eng: UMNO bermain api Posted: 09 May 2011 06:31 PM PDT
Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya. Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar katakata bohong secara terangterangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeraskerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian. Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini. DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP. DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu? Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29 Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng. Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebihlebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu. Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol. BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa. Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausah Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan. |
Harga gula naik kali keempat sejak tahun lalu Posted: 09 May 2011 06:31 AM PDT
Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai esok, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta". Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pada hari ini, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo mulai esok. Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta. Kerajaan Najib mengambil langkah di bawah rasionalisasi subisidi untuk kali pertama pada 16 Julai 2010, dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen, gas semulajadi 10 sen, dan penyelarasan harga minyak RON97 mengikut pasaran dunia. Harga gula dinaikkan 25 sen ketika itu, dan kesemuanya dianggar menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM750 juta. Kali kedua kenaikan harga diumumkan pada 4 Disember 2011, dengan kenaikan 5 sen untuk minyak RON95, 20 sen untuk gula dan 5 sen untuk gas dan diesel. "Penyelarasan" harga minyak dijangka menjimatkan kos RM1.18 bilion untuk kerajaan, dan sebanyak RM283.5 juta dijimatkan untuk kenaikan harga gula. Lebih awal lagi, kerajaan mengumumkan pada Januari 2010 kenaikan harga gula dari RM1.45 kepada RM1.65 sekilo di Semenanjung Malaysia, dan peningkatan kepada RM1.75 sekilo di Sabah dan Sarawak. |
YE...YE....Harga Gula Naik 20 Sen Posted: 09 May 2011 05:33 AM PDT 1...KERAJAAN JIMAT 116.6 JUTA 2...GULA DI NEGARA KITA LEBIH MURAH DARI NEGARA LAIN DIDUNIA 3....MAKAN GULA BANYAK UNDANG BANYAK PENYAKIT 4....RAKYAT DIGESA KURANGKAN PENGAMBILAN GULA 6...PROFFF KANGKUNG AKAN BERKATA ELOK LAH KURANGKAN PENGAMBILAN GULA 7...PENYAKIT DIABITIS DI SEBABKAN RAKYAT NEGARA INI BANYAK AMBIL GULA... 8...BLA..BLA.....RAKYAT TANGUNG BALA..... KUALA LUMPUR 9 MEI : Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei ini. |
Anwar : Cita-cita Tetap Diteruskan Posted: 09 May 2011 04:09 AM PDT KUALA PILAH 9 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai sokongan rakyat yang masih bersama dan yakin dengan beliau dan Pakatan Rakyat walaupun difitnah saban hari oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menerusi media kawalan mereka. Serangan juga bertali arus kepada parti perikatan itu apabila terbaru, DAP didakwa kononnya merancang untuk menukar agama rasmi negara kepada agama Kristian dan melantik perdana menteri dari kalangan penganut agama itu. Walaupun begitu, ceramah perdana dan program jelajah Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat ke pelusuk kampung terus mendapat sambutan hangat dan sentiasa dipenuhi pengunjung yang tiba tanpa dipaksa memberikan sokongan. |
Posted: 09 May 2011 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR 9 MEI : GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. |
Mujahid : Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian Posted: 09 May 2011 04:02 AM PDT SHAH ALAM 9 MEI: Utusan Malaysia dan dua blogger yang dikaitkan kepada laporan fitnah negara Kristian harus menjadi sasaran utama dalam sebarang siasatan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Parit Buntan Dr Mujahid Rawa. Ini berikutan tindakan akhbar milik Umno itu menyiarkan dakwaan melibatkan sensitiviti agama tanpa pengesahan sahih, kata Mujahid. Pada 7 Mei lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dakwaan kononnya pemimpin Kristian mengadakan konspirasi dengan DAP dalam satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini untuk mengambil alih pentadbiran negara selain mengugurkan status agama Islam sebagai agama persekutuan. Laporan yang tersebut ditulis berdasarkan penulisan dari laman blog Zakhir Mohamed bertajuk 'Making Christianity the official religion'. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut dituduh bertanggungjawab mengajurkan pertemuan tersebut. Pihak Gereja dan Ooi menafikan tuduhan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai fitnah semata-mata untuk mencemaskan pengundi Melayu. Berdasarkan pengalaman menjadi ahli panel perbincangan isu kalimah Allah dan Al-Kitab, Mujahid menegaskan tidak pernah wujud unsur-unsur yang diperhatikan bertujuan untuk menggangu-gugat kedudukan agama Islam di negara ini. Jelas beliau, laporan tersebut bertujuan menimbulkan persepsi buruk dikalangan masyarkat Melayu selain bertindak sebagai penghalang kebebasan beragama dengan menghukum pertemuan pemimpin-pemimpin Kristian tanpa mengambil kira kesahihan dakwaan tersebut. "Masyarakat Kristian tidak ada masalah menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan saya sendiri telah berapa kali turun berdialog dengan pihak gereja dalam isu-isu sensitif termasuk kalimah 'Allah' dan Al-Kitab, saya tidak melihat pertemuan itu menjurus kearah isyarat seolah-olah mereka tidak mahu Islam sebagai agama rasmi," kata beliau. Sementara itu Mujahid tidak menolak cubaan menyerang parti majoriti Cina, DAP yang semakin mendapat tempat di hati pengundi Cina kawasan bandar seraya membenam kemaraan parti komponen MCA. Katanya lagi, dakwaan terbaru ini memaparkan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak komited dalam melakukan penegasan bersabit keperluan umum memahami agama Islam sebagai agama rasmi yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Walhal jelas beliau, dasar yang dikemukan dalam Buku Jingga jelas memaklumkan perkara yang tercatat dalam perlembagaan tidak akan dipertikai mana-mana pihak. |
KEGUNAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA/MELOYA Posted: 09 May 2011 01:03 AM PDT KALAU ANDA TERJUMPA AKHBAR INI..ATAU ADA KEPERLUAN KHAS TERUTAMNYA DALAMKECEMASAN 1..Nak terberak tiada air..dan kebetulan ada 2 akhbar dalam kereta anda iaitu sinar dan utusan malaysia...maka ambil lah akhbar ini buat sapu2 kat mana yang patut. 2..Kalau cuci kereta dan untuk nak mengelak dari kotor bahagian dalam kereta anda..maka elok lah lapik kaki surat khabar ini sebagai alas kaki ...... 3..dan sekiranya anda ke mana-mana ceramah...jangan dibeli akhbar ini.. kecuali kalau terjumpa tepi jalan..atau kalau ada yang memberinya...elok buat lapik duduk dengar ceramah Pakatan Rakyat.... ....elok lah bawa-bawa la taubat dok menipu Melayu bangang yang dok caya fitnah akhbar ni.... Utusan Merendahkan Martabat Kewartawanan Malaysia Oleh Wira Arjuna KOMENTAR : Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka. Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad. Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka di panggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan. Utusan, Umno, Perkasa dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman. |
Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil Posted: 09 May 2011 01:00 AM PDT KOMENTAR : Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia. Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai "memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam" memang sudah diketahui umum. Bagi ketiga-tiganya memberi keabsahan kepada tindak tanduk Utusan itu adalah satu peranan yang perlu diluahkan secara terbuka. Sedihnya, menteri-menteri Umno yang beragama Islam seolah-olah terus percaya akan kesahihan berita berbahaya itu dan lantas menjerkah sesiapa sahaja yang bertindak mengikut laporan Utusan itu akan dikenakan tindakan tegas. Kasihanilah rakyat jelata yang mahu hidup dalam Negara yang rukun dan damai. Apakah mungkin menteri-menteri berkenaan bersikap demikian kerana mereka sebenarnya adalah wakil "kerajaan Umno-BN yang lemah" seperti kata mantan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad? Namun mereka perlu belajar daripada negarawan seperti Nik Aziz supaya lebih berhikmah dan sentiasa memelihara kepentingan agama. Pemimpin harus memimpin dan bukan memaksa rakyat untuk memilih mufarakah atau meninggalkan Jemaah Negara Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpin,nampaknya masih jauh lagi konsep 1Malaysia bakal jadi kenyataan. |
Posted: 09 May 2011 12:51 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan