Isnin, 9 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Harga Guna Naik 20Sen

Posted: 09 May 2011 07:20 PM PDT


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalamhal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perluditurunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.
Beliau berkata langkah kerajaan menetapkan harga runcit gula baru itu dibuat lebih awal iaitu sehari selepas keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi ialah bagimengelak timbulnya ketirisan, tindakan menyorok bekalan itu serta "pembelianpanik" oleh pengguna.

Mohd Zain berkata pengguna juga perlu melihat secara positif berikutan kenaikan harga gula itu kerana ia boleh mengelak orang ramai daripada menggunakan gula dalam kuantiti yang banyak, sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada penyakit.
Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.- BERNAMA


Cari N3 lama-lama disini

Longgokan Sampah Di Laut Semakin Membimbangkan

Posted: 09 May 2011 09:10 AM PDT

Santai

Longgokan sampah bersaiz 2 kali ganda Amerika Syarikat di jumpai di Lautan Pacifik.Longgokan sampah terapung  itu terdiri daripada plastik,blok Lego,bola,kayak dan lain lain lagi.Sampah ini berpusar pusar di bawa arus laut.

Mungkin salah satu cara untuk menyelesai masaalah ini ialah seperti yang dilakukan oleh lelaki dalam video ini
 
 -ijoks2009-

Telah terjadi berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut hasil dari kerja tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
( Surah Ar-Rum ayat 41 )
Cari N3 lama-lama disini

Kewajipan Menegakkan Daulah Islam

Posted: 09 May 2011 03:03 AM PDT

Merenung Sejenak
Kita Memerlukan Daulah Yang Melindungi Islam
Yang paling diperlukan dakwah Islam pada zaman sekarang adalah "Darul-Islam" (wilayah Islam) atau "Daulah Islam", agar boleh menjadi tumpuan risalah Islam, akidah mahupun sistem, ibadah mahupun akhlak, kehidupan mahupun peradaban, yang boleh menegakkan semua sektor kehidupan, yang berlandaskan kepada risalah yang universal ini, membuka pintu bagi setiap orang Mukmin yang hendak hijrah ke sana dari wilayah orang-orang kafir, zalim dan yang menyimpang.

Daulah seperti ini merupakan kepentingan Islam, yang sekaligus merupakan urgensi kehidupan manusia. Kerana daulah seperti itu akan menghadirkan nilai yang hidup dan kombinasi antara material dan roh bagi kehidupan manusia, mengakomodasikan (menyesuaikan) antara kemajuan peradaban dan keluhuran akhlak, yang sekaligus merupakan batu bata pertama berdirinya daulah Islam yang agung, yang menyatukan umat Islam di bawah panji Al-Qur`an, di bawah lindungan khilafah Islam. Tetapi kekuatan yang memerangi Islam sentiasa berusaha sekuat tenaga agar daulah ini tidak boleh berdiri di penjuru dunia mana pun, sekalipun wilayahnya kecil dengan penduduk yang sedikit.   

Orang-orang Barat boleh membiarkan berdirinya negara Marxis. Orang-orang komunis boleh membiarkan berdirinya negara Liberalis, tetapi mereka tidak akan membiarkan berdirinya daulah Islam yang sebenarnya.

Setiap kali ada harakah Islam yang berjaya dan dikhuatirkan akan berkembang menjadi sebuah daulah, maka secepat itu semua kekuatan orang-orang kafir, yang bersifat antarabangsa dikerahkan ke sana , melalui cara pengusiran, sekatan bahan makanan, penyeksaan dan pembantaian. Belum selesai dengan satu cara, sudah disusuli dengan cara lain, agar harakah itu tersepit dan menderita, tidak lagi menuntut dan agresif.

Mereka Mengkagumi  Islam

1. Dr V. Fitzgerald berkata, "Islam bukan hanya sekadar agama (A Religion), tetapi ia merupakan tatanan politik (A Political System). Sekalipun pada dekad kebelakangan ini muncul beberapa orang Islam, yang biasa disebut "Modenis", berusaha memisahkan dua sisi ini, tetapi semua pemimpin Islam telah membangun suatu landasan bahawa dua sisi ini saling bertautan, yang satu tidak mungkin dipisahkan dari yang lain,"[11]

2. C.A. Nallino berkata, "Pada waktu yang sama Muhammad telah membangun agama (A Religion) dan daulah (A State). Batasan-batasan di antara keduanya saling berdampingan selama hidupnya."[12]

3. Dr Schacht berkata, "Kerana Islam ini difahami lebih sekadar agama, maka ia juga menggambarkan teori-teori hukum dan politik. Dan sejumlah pendapat menyatakan bahwa ia adalah tatanan peradaban yang lengkap, mencakupi agama dan daulah secara bersamaan."[13]

4. R. Strothmann berkata, "Islam adalah fenomena agama yang berwawasan politik. Sebab pendirinya adalah seorang nabi dan sekaligus seorang politikus yang bijak, atau disebut pula seorang negarawan."[14]

5. D. B. Macdonald berkata, "Di sana (di Madinah) berdiri negara Islam yang pertama dan di sana diletakkan dasar-dasar pemerintahan untuk undang-undang Islam."[15]

6. Sir T. Arnold berkata, "Pada saat yang sama, nabi adalah seorang pemimpin agama dan pemimpin negara."[16]

7. Gibb berkata, "Dalam keadaan seperti itu nyatalah bahwa Islam bukan sekadar keyakinan agama secara individual, tetapi ia mengharuskan berdirinya sebuah masyarakat yang merdeka, mempunyai tatanan tersendiri dalam hukum, undang-undang dan sistem secara khusus."[17]

 Sesiapa yang belum merasa puas dengan pernyataan orang-orang Barat ini, bererti dia layak disebut orang yang sombong.

-ijoks2009-
Petikan dari buku Fiqah Daulah karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
Dr.Yusuf Qaradawi sengaja mengambil kata-kata cendikiawan barat yang menjadi pujaan golongan sekular untuk menarik minat mereka.jika kata-kata ulama' mereka tak nak dengar dan kata-kata baratpun tak nak dengar memang ternyata mereka orang yang sombong

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: