RAKYAT MARHAEN |
- Gerenti TV3 dan UTUSAN tak tau cerita gempar ni
- BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA
- Video : Aduan peneroka Felda kepada Suhakam
- Bajet 2012 dibentang pada 7 Oktober
- Penganalisis tak yakin SUPP mampu bangkit semula?
- K'jaan dibidas kerana biarkan amalan salah
- SKRIP PUTAR SEDANG DI TULIS
- Ayat Standard K'jaan BN bila naik barang...!!
- Umno terus tipu rakyat untuk tarik sokongan
- Undian “Bubar Umno Masuk PAS” meningkat 200%
- Agenda Musuh : Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj...
- Isu Agama Kristian: Kita takut pada bayang-bayang sendiri
- Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan
- Rahsia SPRM Pecah Lagi: Ketua Pendakwa Ajar Saksi Jawab Soalan
- Umno Mesti Diperbetulkan
- Lensa : Ceramah DSAI di Kuala Pilah
- HRP Janji Sokong PR Jika Kaum India Dibela
- Umno pimpin hingga kiamat jika PAS ikut gesaan Mahathir
- PRU-13: Jangan beri BN, Pakatan majoriti besar, kata Asri
- Cara yang betul untuk membaca Utusan Malaysia
- Tun M, jadilah penasihat yang baik
- Umno: Nak jadi Jebat ke Siapa lagi?
- Ramai marah Najib digelar ‘Pandikutti’
- Respect Sabahans and Sarawakians, PKR told
- LUNYAI KENA BELASAH
Gerenti TV3 dan UTUSAN tak tau cerita gempar ni Posted: 09 May 2011 09:11 PM PDT Presiden APCO... oppsss... UPKO iaitu Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian... kahkahkah... boleh luruh jantung Perkasa, boleh pengsan pemuda Umno... kahkahkah... Wallawoii... berani betoi budak Kristian ni melawan tuannya... Read More / Baca Lagi >> |
BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA Posted: 09 May 2011 09:10 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.Read More / Baca Lagi >> |
Video : Aduan peneroka Felda kepada Suhakam Posted: 09 May 2011 09:07 PM PDT |
Bajet 2012 dibentang pada 7 Oktober Posted: 09 May 2011 09:07 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi. Read More / Baca Lagi >>Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya. |
Penganalisis tak yakin SUPP mampu bangkit semula? Posted: 09 May 2011 09:06 PM PDT Proses baik pulih Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) secara menyeluruh tidak menarik minat banyak pihak, walaupun presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam memberi jaminan akan melakukan perubahan drastik termasuk menukarkan beberapa pemimpin. Read More / Baca Lagi >> |
K'jaan dibidas kerana biarkan amalan salah Posted: 09 May 2011 09:05 PM PDT Majlis Peguam membidas kerajaan kerana membenarkan laporan polis yang begitu kabur digunakan sebagai asas untuk sisatan tanpa merujuk kesahihan sesuatu laporan itu terlebih dahulu. Dalam bertindak sedemikian, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dalam satu kenyataan akhbarnya semalam berkata pihak berkuasa hanya menjadikan sistem undang-undang negara sebagai bahan ketawa orang ramai. "Ia mengambarkan cukup bagi polis melancarkan siasatan sebaik laporan polis dibuat tanpa perlu menyiasat ketepatan laporan seumpama itu. "Segala proses membuat laporan polis itu menjadikan ia satu pencerobohan kebersendirian (privacy) makan malam dan mesyuarat tertutup pihak penganjur tanpa diketahui pihak yang membuat laporan mempunyai motif lain di sebalik itu," kata Lim. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 May 2011 09:04 PM PDT MESTI ADA LAPORAN LAWAK BUKAN BUNUH DIRI KATA KAUM KELUARGA - nst It's not suicide, say Sarbaini kin KUALA LUMPUR: The family of Ahmad Sarbaini Mohamed is now more convinced than ever that the former Selangor Customs Department assistant director did not commit suicide. This is after they spoke to a witness who said Ahmad Sarbaini was never left alone when he was at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office on April 6 -- the day he was found dead. The family had given the particulars of the witness to police to assist investigations into the case, which had been classified as sudden death. Speaking on condition of anonymity, a family member told the New Straits Times yesterday that what was revealed by the witness contradicted MACC's statement on events which transpired on the day Ahmad Sarbaini was found dead. Hours after the Customs officer was found sprawled on a badminton court at the Selangor MACC headquarters in Jalan Cochrane here, a statement was released by the anti-graft body. Its investigations division director, Datuk Mustafar Ali, said Ahmad Sarbaini arrived at the complex on a motorcycle at 8.26am and waited for the investigation officer (IO) at the lobby until 9.30am.Read More / Baca Lagi >> |
Ayat Standard K'jaan BN bila naik barang...!! Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT Harga gula naik 20 senPUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam. "Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.[ayat standard KERAJAAN BN] Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). |
Umno terus tipu rakyat untuk tarik sokongan Posted: 09 May 2011 08:54 PM PDT PARIT BUNTAR, 9 Mei: Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih daripada usaha Umno menipu rakyat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Demikian penegasan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) yang mengulas pertanyaan Shafie mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak kebenaran. Ungkapan Mohd Shafie sebagaimana laporan media yang cuba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan Umno semuanya benar. Shafie menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Anwar adalah bersalah terhadap tuduhan ketika dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Undian “Bubar Umno Masuk PAS” meningkat 200% Posted: 09 May 2011 08:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pengundian tajuk utama Harakah "Bubar UMNO Masuk PAS" mencapai undian tertinggi setakat ini, iaitu 941 undian. Ianya telah meningkat lebih 275 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya. Keputusan sehingga sekarang adalah 92 peratus (iaitu 866 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan. Hanya 68 undian (7.23 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 7 undi (0.74 peratus) pula tidak pasti. Keputusan yang bersetuju juga telah meningkat lebih 10 peratus lagi berbanding dengan tajuk sebelum ini wajarkah perkataan "BUKAN KAEDAH ISLAM" digunakan sebagai tajuk berita utama di mana 81.63 peratus sahaja yang bersetuju. Read More / Baca Lagi >> |
Agenda Musuh : Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj... Posted: 09 May 2011 08:52 PM PDT Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang biasanya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu. Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar dijadual membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang ini. Menurut kenyatan daripada unit komunikasi PKR hari ini, kenderaan yang sama juga digunakan oleh anggota keluarga ketua pembangkang itu. Kenyataan itu bagaimanapun belum menyatakan jenis kenderaan yang digunakan dan butiran terperinci berhubung dakwaan itu. Ia sebaliknya mengundang pihak media membuat liputan berhubung perkara itu petang ini. |
Isu Agama Kristian: Kita takut pada bayang-bayang sendiri Posted: 09 May 2011 07:50 PM PDT Anuar Mohd Nor 10 MEI — Ramai yang membicarakan hari berkenaan ada usaha sekelompok penganut agama Kristian sedang menyebarkan dakwah mereka secara harus di negara kita ini. Bagi saya ini — SALAH kerana ini bukan sahaja melibatkan negara kita malah dunia. Read More / Baca Lagi >>Ada yang mengkritik keras dengan mengatakan bahawa Agama Kristian berdakwah secara halus bagi mengembangkan agama mereka. BUKAN SATU CERITA BARU — semua agama mahu menyebarkan dakwah mereka dan penyebaran sebegini berlaku dari zaman dulu lagi. Oleh itu apakah dia sebenarnya isu yang ada — bila tuduhan mereka mahu memperjuangkan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dinafikan oleh semua pihak yang terlibat baik DAP mahupun pastor-pastor agama Kristian tersebut. Sebenarnya usaha untuk menyebarkan agama masing-masing bukan satu perkara baru. Setiap penganut agama masing-masing mahu menyebarkan agama mereka seluas mungkin. Mereka mahu agama mereka di anuti oleh seluruh rakyat dunia — itu harapan mereka dan itu juga harapan Islam – mahukan seluruh umat dunia ini menganut agama Islam. Habis di mana pincangnya — adakah mereka yang menganut Kristian SALAH dalam usaha mereka untuk mempengaruhi sesiapa sahaja dan agama mana sekali pun termasuk penganut Islam untuk berpaling ke arah mereka. Kaum Cina dan India ramai telah menganuti Kristian – adakah mereka salah? Adakah dengan hasrat mereka untuk menunjukkan agama Kristian itu adalah agama terbaik SALAH? Mereka merasakan agama mereka adalah yang paling baik dan paling tepat sebagaimana kita juga merasakan Islam itu adalah agama dunia yang perlu diamati oleh seluruh rakyat dunia. |
Pakar: Malaysia tiada agama rasmi, Islam cuma agama persekutuan Posted: 09 May 2011 07:48 PM PDT Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial. Read More / Baca Lagi >> |
Rahsia SPRM Pecah Lagi: Ketua Pendakwa Ajar Saksi Jawab Soalan Posted: 09 May 2011 07:33 PM PDT RCI: Ketua pendakwa bimbing saksi jawab soalan? Ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Razak Musa (gambar) hari ini dituduh membimbing para saksi bagaimana hendak menjawab soalan dari suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Pegawai kanan penguatkuasa Azian Umar, yang dipanggil semula oleh Majlis Peguam untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini berkata, Abdul Razak telah mengarahkannya untuk hanya menjawab bila ditanyakan dan jangan jawab jika tidak ditanya". Perkara itu dibangkit ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee (kiri) menyoal Azian mengenai SMS antara beliau dengan pegawai atasannya, Hairul Ilham Hamzah. Kandungan SMS itu menjadi perhatian.Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 May 2011 07:26 PM PDT Oleh Aspan Alias Saya bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang isu agama dan tuntutan-tuntutan yang datang dari semua pihak itu adalah kerana kerajaan Persekutuan yang lemah. Kalau kerajaan Persekutuan kita kuat, tidak akan timbul isu-isu yang tidak munasabah seperti yang kita dengar sekarang. Kerajaan yang lemah merupakan 'breeding ground' yang sangat subur untuk elemen-elemen buruk wujud dan amat mudah bagi mereka yang opportunis untuk mengambil kesempatan memainkan isu-isu yang merbahaya. Read More / Baca Lagi >> |
Lensa : Ceramah DSAI di Kuala Pilah Posted: 09 May 2011 07:25 PM PDT Terima Kasih pada Polis Kuala Pilah kerana tiada gangguan atau menghalang Dato Sri Anwar Ibrahim berceramah di Kg Ulu Pilah, Senaling Kuala Pilah, N.Sembilan. Program tersebut telah mendapat sambutan yang agak luar biasa oleh penduduk kg. Antara penceramah yang turut hadir ialah Siti Aishah Ketua Sri kandi Keadilan Malaysia, YB Shuhaimi ADUN Sri Muda dan ramai lagi. Sumber Gambar dari fb Rozaina Hamzah |
HRP Janji Sokong PR Jika Kaum India Dibela Posted: 09 May 2011 07:21 PM PDT BANGSAR 10 MEI :Parti Hak Asasi Rakyat (HRF) bersedia menganggotai Pakatan Rakyat atau mengadakan kerjasama politik dengan gagasan itu untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Agungnya, P. Uthayakumar. Read More / Baca Lagi >>Dalam wawancara dengan TVSelangor, Uthayakumar berkata pihaknya bagaimanapun mahukan gagasan itu berjanji membela kaum India dan bukan berjanji kosong seperti Umno-Barisan Nasional. "Kita memang mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Impian kita adalah mahu tumbangkan kerajaan pimpinan UMNO-BN di Putrajaya," kata Uthyakumar dalam wawancara khas dengan TvSelangor. |
Umno pimpin hingga kiamat jika PAS ikut gesaan Mahathir Posted: 09 May 2011 07:20 PM PDT "Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN. Read More / Baca Lagi >> |
PRU-13: Jangan beri BN, Pakatan majoriti besar, kata Asri Posted: 09 May 2011 06:44 PM PDT Dalam ulasan terbarunya, Asri (gambar) berkata, dalam negara seperti Malaysia, kemenangan besar mana-mana parti politik akan merangsang kerakusan kuasa dan sikap tidak peduli dengan perasaan rakyat. "Kenaikan harga barang sekarang sebagai tanda kerajaan mula merasa selesa dengan sokongan rakyat. "Jika mereka terus selesa, barang akan terus naik. Maka dalam negara kita ada beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian," kata beliau dalam pandangannya kepada The Malaysian Insider semalam di sebalik beberapa isu semasa termasuk dakwaan bahawa ada konspirasi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan perdana menterinya pula mahu dilantik daripada kalangan orang Kristian. Read More / Baca Lagi >> |
Cara yang betul untuk membaca Utusan Malaysia Posted: 09 May 2011 06:42 PM PDT Oleh KASSIM MUHAMAD Sebelum kita pergi lebih jauh, terdapat beberapa soalan tentang 'kerja-kerja membaca' dan perkara-perkara berkaitan dengannya yang relevan diteliti. Mungkin pernyataan (statement) berikut dapat menunjukkan sedikit pespektif tentang 'kerja membaca' itu: 'Rakyat Malaysia umumnya malas membaca' ialah salah satu hujah yang kerap kita baca. Ada yang berhujah dengan memberikan statistik itu dan ini. Namun ramai juga yang tidak bersetuju lalu berhujah dengan menunjukkan kepada lambakan novel-novel pop yang membanjiri pasaran. Kata mereka lagi lihatlah senarai penerbitnya. Belum lagi dengan senarai penulis pop ini. Read More / Baca Lagi >> |
Tun M, jadilah penasihat yang baik Posted: 09 May 2011 06:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara. "Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri). Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara. "Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat. Read More / Baca Lagi >> |
Umno: Nak jadi Jebat ke Siapa lagi? Posted: 09 May 2011 06:31 PM PDT Oleh Ust Saiful Bahri Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menabatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata 'binatang' kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Ramai marah Najib digelar ‘Pandikutti’ Posted: 09 May 2011 06:29 PM PDT Pemuda UMNO hari ini mengutuk sekeras-kerasnya cercaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melabelkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai "Pandikutti" atau anak babi. Serentak itu, Ketuanya Khairy Jamaluddin menuntut Ketua Pembangkang terbabit menarik balik kenyataan berkenaan seperti yang dilapor oleh portal Free Malaysia Today 8 Mei lalu. "Cercaan Anwar yang melabel Perdana Menteri sebagai "pandikutti" atau anak babi, sebagaimana yang dilapor oleh Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu yang biadap dan sangat kurang ajar. "Ia menampakkan kejelekan serta kedudukan beliau yang kini amat terperosok dan tertekan dengan permasalahan peribadi serta perbalahan yang meledak sesama anggota pembangkang.. "Saya dan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya apa yang beliau katakan itu dan menuntut Anwar menarik balik kenyataanya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Respect Sabahans and Sarawakians, PKR told Posted: 09 May 2011 06:28 PM PDT 'Arrogant' PKR and its Pakatan partners are doomed in Sabah and Sarawak if their overbearing attitude shows up in the general election, says an activist. KOTA KINABALU: A well-known activist, who has closely observed Sabah's political landscape since the formation of Malaysia in 1963, has some advice for PKR – be more respectful and sensitive to Sabahans and Sarawakians.Veteran activist and politician Fredoline Edwin Lojingki, 70, said the advice, if heeded, would help PRK and its Pakatan Rakyat partners in their march towards Putrajaya. He said that PKR was falling into the trap of believing that it knew best and should be the one dictating who should represent the people of the two states. "It's a trap it cannot emerge unscathed if it is not a bit more sensitive and respectful of Sabahans and Sarawakians," he said. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 May 2011 06:26 PM PDT YA AMPOOON!!! CHIA: POLIS UGUT LETAK PARANG, DADAH DALAM KERETA - mkini Seorang peniaga, Chia Buang Hing memberitahu mahkamah hari ini bagaimana selepas dia dipukul teruk, pegawai polis Norzali Rosle mengugut untuk meletak parang dan dadah dalam keretanya, jika dia enggan memenuhi tuntutannya. Chia berkata, jika dia tidak mengatakan bahawa kecederaannya adalah disebabkan satu pelanggaran kereta dan dia dipukul oleh pembuli jalan raya, Norzali akan meletak parang dan dadah dalam keretanya.Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan