Ahad, 29 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Anwar cari pasal ngan geng songkok tinggi... kahkahkah...

Posted: 29 May 2011 09:33 AM PDT

Ibrahim Ali ahli politik Malaysia paling buruk, kata Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.

Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

"Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali," kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini.

"Ketepikan pelawak-pelawak ini," kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib "menang sorak kampung tergadai" di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Politik pandy kutty...

Posted: 29 May 2011 05:00 AM PDT

Merayu merintih kat belia nak pertahankan Rosmah

Posted: 29 May 2011 02:00 AM PDT

Jatuhnya Putrajaya bukan kerana berhimpun
Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.

Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.

Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.

"Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.

Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.

"Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.

"Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.

"Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".

Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.

Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.

"Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.

"Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu," katanya.

Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan 'gila kuasa' dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.

Steadylah bang Mat Sabu

Posted: 29 May 2011 01:00 AM PDT

Gila talak pun ada musim ka... kahkahkah...

Posted: 28 May 2011 11:39 PM PDT

Musim ahli politik 'gila talak' jengul lagi dalam Umno


Wira Arjuna
Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Sekali imbas mungkin nasihat bekas naib pesiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula.

Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul "penyambung hayat" Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Memang terdesak

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan naib presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.

Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya.

Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihan raya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Katak melompat

Begitu juga dengan bekas ketua pemuda Umno dan juga mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu 'Datuk T' yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik "aliran katak melompat parti" seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekarang ialah Datuk Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat "berguna" untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih "berani dan berbaloi" bagi mencapai maksud "memaksa" orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya "bangkit" dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Porak-perandakan PAS

Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik.

Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.

Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu.

Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.

Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi naib presiden PAS, Nakhaie berasa rimas "ghanimah" perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno.

Tak baik woii kata Umno tu Firaun... kahkahkah...

Posted: 28 May 2011 09:00 PM PDT

Opocott... haha...

Tak patut betoi la Anwar Berahim nih, tak baik kata kat Umno perintah negara macam Firaun... kahkahkah... Patut la depa kalut sangat nak sumbat hang masuk dalam penjara, mulut hang tu jelabaih sangat... kahkahkah...

Anwar kata, sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun... Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.

Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. Berlagak seperti Tuhan bukan bermakna Tuhan... kahkahkah... malah tentunya yang lebih berkuasa hanyalah Allah s.w.t yang akan menentukan segala galanya...

Tapi kalau di selidik dalam dalam pun memangnya ada ciri ciri pemerintahan Firaun pun... kahkahkah.... Best gak bila tengok Anwar tojah dahi puak pandikutty nih.... kahkahkah...

"Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, maka saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'...

BELIA + BELI aaa = BELIAK

Posted: 28 May 2011 08:00 PM PDT

Man U kalah pasai Piem berbangsa Umno pakai jersi depa tengok bola sampai ke pagi... Najib Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek (kiri), meraikan gol penyamaan Manchester United menentang Bacelona ketika menonton final Liga Juara-juara Eropah, sempena Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, awal pagi ini. - Foto Izhari Ariffin

Sori la Najib

Posted: 28 May 2011 07:00 PM PDT

Tak semena mena si Piem berbangsa Umno, Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa. Aku rasa belia sekarang bukan nak pertahankan Putrajaya dari Pakatan tapi akan bersama Pakatan dalam menawan Putrajaya... haha...

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat. Dia sorang ja percaya negara ni aman dan stabil dan tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

Betoi, negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung pada kejayaan belia menawan Putrajaya dan menghumban Umno ke laut... kahkahkah...

Minta maaf la Najib oiii, para belia sekarang tidak akan bersama dengan anda. Tidak akan bersekongkol dengan kabinet anda yang menaikkan harga barang sesuka hati. Mereka bersama sama Pakatan Rakyat yang akan memastikan BN jatuh tertiarap PRU ke 13 nanti. Bersatu bersama anda seperti menyokong tindakan anda menaikkan harga barangan dan petrol....

Golongan belia yang bodoh sahaja yang akan mempertahankn Putrajaya untuk Umno. Sebab tu kehadiran belia dalam 5k orang jaa... Banyak belia yang teramat malu dengan budaya porno dan fitnah tajaan Umno Barisan Nasional dan konco2 mereka seperti Perkasa.

Belia tentunya akan jadi lebih busuk dan lebih kurang ajar dengan pimpinan BN dan Umno. Belia belia ni lah juga yang paling banyak menderita. harga barang kian naik. Sekali makan RM5 atau lebih, minyak moto lagi, barang-barang lain lagi, pastu PTPTN faedah tinggi nak mampos. Adakah begini cara habuan yang diberikan Najib? Nak pertahankan putrajaya konon, apa, dia ingat orang orang PR ni pendatang ke? Mereka lebih berhak memimpin untuk kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.

Suasana pun dah jadi macam konsert "jom heboh" ja. Orang datang pun saja saja datang, bukan nak sokong mana sangat pun... kasi gempak je lebih... haha...

Memang belia akan pertahankan putrajaya Dato Seri Piem Umno oiii... haha.. tapi pertahankan untuk Pakatan Rakyat...

Mai dengaq cerita Firaun woiii...

Posted: 28 May 2011 05:00 PM PDT

Balas tersingkir

Posted: 28 May 2011 11:37 AM PDT

Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat.

Kumpulan yang terdiri daripada Fandi Muhammad,25, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain. Bagaimanapun mereka akui persembahan akhir mereka agak teruk berbanding keseluruhan persembahan mereka disebabkan oleh kurangnya latihan.

Balas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 35 peratus (%). Kumpulan jambu pula meraih tempat pertama dengan mengumpul markah sebanyak 56% diikuti dengan Jozan (53%), Nabil (50%) Sepah (49%) dan R2 (40%).

Pada malam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki membuat persembahan bersama pelawak profesional undangan seperti Sathia yang bergandingan dengan R2, Bell Ngasri (Balas), AR Badul (Sepah), Sharifah Shahira (Nabil), Kenchana Devi (Jozan) dan Acong (Jambu).

Tiada ulasan: