Ahad, 29 Mei 2011

Addin

Addin


Jangan Percaya 'Senyuman Beracun' Najib!!

Posted: 29 May 2011 06:00 PM PDT

KERDAU, 29 Mei - Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu meminta PAS agar jangan sesekali mempercayai Umno yang pernah mengainaya parti itu sewaktu berada dalam Perikatan. Membidas 'lamaran' Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Terengganu baru-baru ini agar PAS bersatu dengan Umno dan 'bercerai' dengan DAP beliau berkata, PAS sudah mendapat pengajaran besar sewaktu bersama Umno Dahulu. "Sewaktu ke Terengganu, Najib kata PAS cerailah dengan DAP.DAP banyak penyakit. Saya nak kata, DAP cuma ada penyakit gatal sahaja, letak ubat boleh baik tapi Umno ada penyakit Aids, tak boleh ubat dah.


"Kita dah ada pengalaman bersama Umno.Jangan percaya senyum Umno kerana senyumannya beracun. "Sekali kau hulur tangan, akan ku tampar segera," katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau malam tadi.

Kata-kata itu turut disambut gelak ketawa hampir 5,000 yang hadir memenuhi kawasan padang. Katanya lagi Umno terpaksa menggunakan isu perkauman yang melampau untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat selepas isu pembangunan tidak lagi berjaya mempengaruhi minda rakyat yang celik maklumat.

Utuk memastikan Umno BN kekal berkuasa, mereka memainkan isu perkauman melalui akhbar milik mereka, Utusan Malaysia. Katanya, tiada sebarang tindakan diambil ke atas Utusan meskipun memainkan isu perkauman kerana dilindungi Kementerian Dalam Negeri.

"Bila sebut Utusan tak boleh dipisahkan dengan Umno, ibarat kentut dengan tahi. "Baru-baru ini Utusan laporkan ada usaha DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi jadi mangsa padahal ia diambil dari tulisan blog sahaja.

"Tapi sebab Utusan yang lapor, selamatlah.Kalau Harakah atau Suara Keadilan yang lapor, semua sekali daripada ketua pengarang sampailah yang jual suratkhabar kena tahan," kata beliau. Menurutnya, isu perkauman juga menjadi peluru Umno BN untuk menghancurkan Pakatan Rakyat setelah tiada modal untuk memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.

"Miti melaporkan kemasukan pelabur asing tertinggi ialah Pulau Pinang, kedua Politik Selangor, ketiga Kedah.
"Laporan audit pula menunjukkan negeri terbaik menguruskan kewangan Pulau Pinang dan yang terburuk di Pahang.Pahang siapa pemerintahnya?" Soalnya dan disambut laungan "Umno...." oleh hadirin yang hadir./Hrkh


Anwar : Hakim Korup Dan Laksanakan Undang-Undang Rimba Akan Di Singkirkan

Posted: 29 May 2011 07:01 AM PDT

SUBANG JAYA, 29 Mei -  Hakim yang "korup dan melaksanakan undang-undang rimba" akan menjadi sasaran utama dalam pembaharuan badan kehakiman jika Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk ,menawan Putrajaya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maklumat terperinci mengenai rombakan badan kehakiman akan ditentukan kelak, namun matlamat pembaharuan adalah memastikan hakim menjalankan tanggungjawab secara amanah dan bebas, tambah beliau.

"Langkah yang spesefik akan dibincangkan, tetapi yang lebih penting pembaharuan badan kehakiman itu akan dilakukan. Individu yang korup akan disingkirkan," kata beliau dalam dialog dengan hampir 400 golongan professional beliau di sebuah hotel di sini.

Dalam dialog hampir tiga jam itu, Anwar ditanya pelbagai isu, khususnya mengenai hala tuju dan rancangan masa depan Pakatan Rakyat, kebebasan dan hak asasi, standard penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin menurun di negara ini.

Anwar juga ditanya perancangan gagasan pembangkang itu untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman negara yang dilihat sebagai tercalar sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu yakin Malaysia masih mempunyai hakim-hakim yang berwibawa namun tidak juga kurang hakim yang membelakangkan prisip-prinsip keadilan.

"Ada hakim yang masih okay, tetapi ada yang masih mendokong prinsip yang salah. Contohnya pada tahun 1998 badan juri antarabangsa membuat laporan mengenai badan kehakiman negara (hilang kewibawaan). Saya kadang-kadang hairan orang semua tahu ini, tetapi hakim masih buat tak tahu, " kata Anwar.

Akibatnya ramai pihak yang menjadi mangsa keputusan-keputusan hakim yang tidak berpaksi kepada undang-undang dan prinsip keadilan.

"Hakim kata saya tidak peduli, saya hanya ikut undang-undang, undang-undang mana? Undang-undang hutan ke? Perkara ini masih berlaku dalam negara kita," kata Anwar.

Anwar dilihat sebagai mangsa perbicaraan berat sebelah apabila beliau didapati bersalah atas tuduhan liwat dan rasuah setelah dipecat dari kerajaan dan Umno oleh Mahathir pada tahun 1998.

Beliau merengkok enam tahun dalam penjara sebelum Mahkamah Rayuan mendapatkan mantan timbalan kepada Mahathir itu disabit dengan bukti yang rapuh dan tidak boleh dipercayai.

Setelah memimpin Pakatan Rakyat kepada kejayaan besar pada pilihanraya umum 2008, Anwar sekali lagi diheret ke mahkamah untuk tuduhan liwat kali kedua.

Seperti kes pertama, perbicaraan kali ini juga penuh dengan keterangan rapuh saksi dan pengadu serta bukti yang mencurigai.

Malah pengadu Saiful Bukhari Azlan bertemu Perdana Menteri Najib Razak dan menalifon Ketua Polis Negara ketika itu Musa Hassan beberapa hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Bagaimanapun Hakim Zabidin Mohamad Diah menerima segala bukti dan keterangan saksi pendakwaraya dan mengarahkan Anwar untuk membela diri mulai 6 Jun depan./Tvs


Ibrahim Ali Al-Kataki Ahli Politik Paling Buruk

Posted: 29 May 2011 06:22 AM PDT

PETALING JAYA, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian. Tindakan-tindakan Ibrahim, menurut Anwar, dilakukan atas restu Umno.

 "Masalahnya ialah sistem yang kita ada bertolak ansur dan menggunakan mereka seperti Ibrahim Ali," kata Anwar ketika sesi ramah mesra dengan golongan profesional di sini petang ini. "Ketepikan pelawak-pelawak ini," kata Anwar.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib "menang sorak kampung tergadai" di arena politik tempatan. Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar. PR dianggotai DAP, PAS dan PKR./TMI


Najib Kencing.. Himpunan 1 Juta Belia Hanya 8 Ribu Yang Hadir

Posted: 29 May 2011 05:51 AM PDT

Himpunan tawan Putrajaya oleh belia. Kata Najib kepada belia-belia yang datang dalam program Himpunan Sejuta Belia. Perhimpunan belia itu juga boleh dikatakan gagal kerana tidak mencapai 10% dari sasaran asal kerana yang datang hanyalah 0.8 %. Adakah ini menunjukkan bahawa belia tidak lagi menyokong kepimpinan Najib? Sebelum ini Najib dikatakan mempunyai peratus popular dikalangan pemimpin iaitu 76% jika dibandingkan dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Adakah ia telah jatuh merudum kerana isu ekonomi yang membebankan rakyat? 



Berbeza dengan Himpunan Munajat Anak Muda yang dianjurkan oleh kerajaan Kelantan yang mendapat sambutan 150% yang mana mensasarkan 10,000 orang anak muda tetapi kehadirannya ialah 15,000. Kita boleh buat perbandingan antara yang ikhlas dan yang menunjuk-nunjuk.

Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?" tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.- Najib.

Sasaran Najib pada program belia itu menunjukkan beliau risau dengan golongan muda yang dikatakan akan menjadi penunjuk aras pada pilihan raya umum akan datang. Sasarannya bukan melebihi 100,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang datang. Kehadiran hanyalah sekitar 8,000 orang sahaja. 

Ke mana belia harapan Najib ini? Najib jangan anggap belia ini bodoh macam pemimpin UMNO/BN yang suka menipu dan menindas rakyat. Belia juga dikalangan rakyat dan bukannya warga asing yang diberikan kad pengenalan percuma seperti yang dilakukan di Selangor dan juga cuba dilakukan di Kelantan iaitu di Tumpat./Kijang59


Menteri Sarawak Hina Islam?

Posted: 29 May 2011 12:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Sarawak mendakwa langkah Majlis Islam Sarawak yang mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung sebagai "satu diskriminasi" dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan mereka ke negeri Bumi Kenyalang. Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan seorang anggota Kabinet negeri kerana seolah-olah menganggap guru dari Semenanjung sebagai "ekstrem" dan mahu beliau meminta maaf. "Sepatutnya (menteri muda) YB (Datuk) Daud (Abdul Rahman) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid. 


"Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman (gambar)bahawa Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post hari ini. Kata Arifiriazul, kenyataan tersebut bersifat mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama inilah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

(Video) Gelagat Memalukan Obama Di Depan Ratu England

Posted: 28 May 2011 10:54 PM PDT

Utusan Meloya Di Perintah Bayar Bonus Kepada Kakitangan

Posted: 28 May 2011 07:00 PM PDT

Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009. Dalam keputusan yang diumumkan pada 24 Mei, presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan. Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan tahunan yang sama, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121.


"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.

"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya. Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta. "Oleh kerana responden telah memberi bayaran ex-gratia sebulan gaji kepada setiap petugasnya untuk 2009, maka ia boleh menolak jumlah yang telah dibayar itu daripada bayaran bonus dua bulan gaji yang perlu dibayar kepada mereka untuk 2009," katanya.

NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lepas apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd.

Dalam kenyataan Jumaat, setiausaha agung NUJ V Anbalagan melahirkan harapan agar pengurusan Utusan Melayu mengkaji dengan teliti award itu dan menjelaskan semua bayaran tertunggak yang wajar diterima petugasnya berasaskan semangat keharmonian perusahaan.

Katanya anggota kesatuan itu daripada Utusan Melayu adalah antara kumpulan yang menerima gaji paling rendah daripada lapan cawangan bersekutu NUJ./Bernama


Tiada ulasan: