Ahad, 29 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Tantawi kecam ahli boikot Utusan Malaysia.

Posted: 29 May 2011 12:22 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : ManjungMari


Jangan mimpi bang. Muktahir kesesatan Kepimpinan Ulama, di bawah pemerintahan Hadi Awang, ulama penghafal Allah kukuhkan dalam parti. Ulama pemikir Allah buatkan mereka disisih PAS. Ulama pemikir dianggap pesaing yang boleh membunuh ulama penghafal.

Seperkara yang team ulama tidak boleh telan atau patahkan sejak dulu lagi, ialah kenapa musuh suka kepada mereka. Berkempen untuk mereka.

Utusan Malaysia harus diboikot - Ulama PAS. <---- Tipu

"Nak tengok siapa kita, tengok kedudukan kita pada musuh" - Fadhil Nor


Cerita sebenar KUIN.

Posted: 28 May 2011 11:49 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Ameno World

1. Pas nak bagi satu bangunan kuin kepada pelajar2 sekolah insan bestari. <-- pas nak membantu, sikap yang bagus.

2. Pelajar2 kuin geram sebab pemberian tue melibatkan bangunan tahfiz yang juga untuk kegunaan mereka. Tempat mereka sempit, intake ramai tetapi bilik/kuliah/asrama kurang mencukupi. Lebih kurang macam overloaded lah. <-- jadi pelajar juga ada sebab nak marah, bagi mereka sikap baik pas nak membantu orang lain bagus tetapi kenapa sehingga merosakkan hak mereka?

3. Pas memahami luahan pelajar kuin, fine, pas pun membina blok bangunan bangunan. Masih dalam proses. Di Kuala Ketil. <-- kenapa pas bina disini ? kenapa tidak upgrade sahaja fasilitas di kuin sedia ada? Kenapa tidak sahaja cari tapak baru untuk insan bestari? ini semua lah persoalan2 yang pelajar2 kuin tak faham dan pas perlu fahamkan mereka.

4. Akhirnya pelajar2 kuin berdemo. <-- demo kerana merasakan pas makan hak dorang.. 

5. pelajar2 kuin di ambil tindakan denda dan gantung sem. <-- sudah tentulah pelajar2 neh jadi lagi marah + memberontak.

6. pimpinan kuin buka 6 hari utk mahasiswa memberikan penjelasan atas tindakan demo mereka.. <-- pelajar2 neh buat donno..sebaliknya mereka besarkan isu neh ke pengetahuan media dan tv.. siapakah yg menghasut utk mereka buat donno? buat taktahu dan sebagainya? itu pasal pas kena siasat dan amek tahu.


Pada gua, Azizan ni nak semua dengar cakap dia. Pantang kena tegur. Kedah ada cara sendiri kononnya. Cara sendiri kepala paip dia. Bertekak dengan wartawan RTM boleh la... sebab dah tentu wartwan RTM tak reti berdebat. Mahfuz pun letak jawatan berikutan aliran tender yang tidak telus.

Dasar Old School Kepala Batu. Berjuang demi tokoh dan jenama? Sori bai.



Isu KUIN : Presiden PAS ketuai rombongan temui MB Kedah.

Posted: 28 May 2011 09:36 PM PDT

29 Mei, Alor Star - Presiden PAS mengetuai rombongan pimpinan utama PAS Pusat yang disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli menemui Menteri Besar Kedah untuk menasihatkan beliau agar tidak menyelesaikan isu pelajar KUIN menggunakan AUKU.

Turut disertakan dalam rombongan itu ialah tandantangan 10 000 Pemuda PAS membantah AUKU yang dianjurkan Tantawi. Bagaimanapun, Tantawi mengarahkan pemuda untuk tidak berkumpul menyambut atau membantah rombongan Presiden PAS dan menyerahkan kepercayaan kepada pimpinan bagi menyelesaikan isu ini.

"Khaahhkkk pthuih! Hang ingat, Azizan tu Nik Aziz ka apa? Yang boleh tunduk kepada kepentingan jemaah seperti mana rombongan syura kes menantu PMBK dulu. Tantawi handle kes ni? Jangan mimpi la. Tunggu KUIN anjur Hari Kekasih baru dia muncul." Kata bos Agensi Berita Fakap ketika dihubungi wartawannya.

Agensi Berita Fakap.

p/s : Kepada student tersebut, untuk tajuk AUKU, PAS Reform dan rakan2 bersama lu orang. Kita tentang AUKU habis2an. Adik gua sendiri haluan kiri dalam Majlis Perwakilan Pelajar sebuah IPT Awam. Anak cucu kita esok lusa juga perlu dilindungi semasa di IPT nanti.


KUIN : Azizan dan UMNO serupa - Aziz Bari

Posted: 28 May 2011 07:24 PM PDT

Oleh : Prof Abdul Aziz Bari
Sumber : Mimpi Senja


Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.


Nampaknya apa yang KUIN lakukan sama saja dengan IPTA yang berada di bawah Barisan Nasional.

Kalau pelajar ponteng, meniru dalam peperiksaan atau merosakkan harta benda kolej itu boleh diterima. Tetapi kalau hukuman dibuat berdasarkan kepada demonstrasi ini tidak kena dengan falsafah Pakatan.

Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan (Per.10(1) Perlembagaan Persekutuan. Kalau akta parlimen pun tidak boleh mengatasi peruntukan itu apalagi sekadar peraturan kolej universiti. Kerajaan Pakatan tidak harus menafikan kebebasan bersuara sebagaimana Umno-BN melalui polis dll.

Itu gambar besar yang KUIN khususnya dan kerajaan negeri Kedah umumnya perlu prihatin. Apa yang berlaku menggambarkan sikap kuku besi, autokratik dan tidak boleh dikritik.

Setahu saya pelajar di KUIN membayar yuran dan mereka berhak bersuara. Hak ini tidak boleh dinafikan atas alasan lain. Contohnya kalau mereka merosakkan harta benda mereka perlu dihukum atas kesalahan itu dan hukumannya perlu setimpal.

Menteri besar sebagai pengerusi KUIN patut mengambil langkah segera; umpamanya membatalkan hukuman itu.

Jika tidak isu KUIN ini akan digunakan terhadap Pakatan. Bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain. Dan boleh menyulitkan perubahan di Putrajaya.


Acara berbogel depan KB Mall kensel.

Posted: 28 May 2011 01:45 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Acara berbogel pagi ni di KB Mall kensel. Barcelona titik jaguh reban EPL di reban sendiri 3-1. Adakah dengan kekalahan Man U menyebabkan Najib PM kita bersedih?

Khaakkhh ptuih! Mamat koya tu menyatakan dia menyokong Man U kerana kajian APCO mendapati majority rakyat Malaysia terutama Melayu penyokong Man U. Kerat jari gua, dia bukan minat mana pun bola. Dia minat duit dan khazanah negara semata.

Barca 67% pegang bola. Man U 37%. Rooney main as defend. Fuck England, fuck British, fuck EPL. Muhahahaha. Tersungkurnya kiblat bola sepak negara Malaysia di kaki Sepanyol, di laman sendiri.

Tiada ulasan: