shalehudin |
- Pakatan Rakyat lebih berani
- Tak baik woii kata Umno tu Firaun... kahkahkah...
- Gua sokong lu beb... hehheh...
- Letupan bom di Lubnan
- Bob Lokman nekad...
- Masuk PAS dapat vest ja? Kahkahkah...
- Bakar gereja: Hukuman dua beradik kekal
- Berpeluangkah Mat Sabu?
| Posted: 28 May 2011 11:30 AM PDT |
| Tak baik woii kata Umno tu Firaun... kahkahkah... Posted: 28 May 2011 06:30 AM PDT Opocott... haha... Anwar kata, sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun... Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah. Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. Berlagak seperti Tuhan bukan bermakna Tuhan... kahkahkah... malah tentunya yang lebih berkuasa hanyalah Allah s.w.t yang akan menentukan segala galanya... Tapi kalau di selidik dalam dalam pun memangnya ada ciri ciri pemerintahan Firaun pun... kahkahkah.... Best gak bila tengok Anwar tojah dahi puak pandikutty nih.... kahkahkah... "Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, maka saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'... |
| Gua sokong lu beb... hehheh... Posted: 28 May 2011 05:10 AM PDT Wallawoii... cayalah... salam bro Gaps, gua tabik la ngan keberanian korang membuat tuntutan nih... haha... ini kali gua memang sokong lu orang beb... Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa... lain lain bangsa boleh belah... ini negara Gaps yang punya, ini negara Perkasa yang bina... lain lain bangsa termasuk lah bangsa Umno boleh belah... kahkahkah.... Gua puji lu orang pasai lu orang memang berani gila beb... gila babun... kahkahkah... gua rasa lagi berani kalau lu orang letak sekali yang lu orang wakili Umno, lu orang cakap la lu orang terang terang wakili suara Melayu bangsa Umno, lagi bagus... lagi berani, amacam cadangan gua? Kahkahkah... Gua sokong saranan lu tu, memang semua rakyat Malaysia tak berhak mendapat biasiswa. Betul lu cakap tu bro... orang bodoh memang tak boleh dapat biasiswa pasai kebodohan korang, orang bangang yang berlambak dalam Umno tu pun memang tak layak dapat biasiswa bro... gua sokong lu, lu cakap betoi bro... Lagi satu gua lagi suka bila lu hentam sama Soi Lek, itu memang gua sokong sangat beb... itu Cina bangsa MCA mana ada akai macam ngan Umno jugak... kahkahkah... Lu lagi berani kalau lu panggil itu Soi Lek balik Tongsan... Soi Lek memang patut diajaq pasai depa memang kurang ajaq... kahkahkah... Tapi gua tak suka la lu suruh Soi Lek tukar perlembagaan kalau tak setuju, pasai dia boleh buat punya kalau dia mau... Umno bukan kuat sangat bro... MCA tu kaya bro, dia boleh Umno kalau dia mau... haha... Umno miskin jiwa Islam beb... macam lu jugak, berani berjuang dalam kampung sendiri saja... kahkahkah... jaguh kampung... kahkahkah... |
| Posted: 27 May 2011 08:45 PM PDT ANGGOTA Palang Merah Lubnan bergegas memberi bantuan kepada salah seorang anggota misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Itali yang cedera akibat terkena letupan bom di bandar pelabuhan Sidon, di selatan Lubnan, semalam. Bom dikatakan meletup ketika jip tentera Itali yang dalam perjalanan berkonvoi melalui jalan raya di Sidon, menyebabkan enam cedera, termasuk seorang parah. - foto REUTERS |
| Posted: 27 May 2011 07:23 PM PDT Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya. Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat. "Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya. Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam. Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah. Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu. Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar. "Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya. Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit. |
| Masuk PAS dapat vest ja? Kahkahkah... Posted: 27 May 2011 06:52 PM PDT |
| Bakar gereja: Hukuman dua beradik kekal Posted: 27 May 2011 04:38 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar sebuah gereja di Desa Melawati di sini, awal tahun lalu. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dan sabitan Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 25, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 23. Berdasarkan laporan Bernama Online, Mohamad Zabidin memutuskan untuk mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat selepas meneliti hujahan, nota keterangan dan alasan penghakiman. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan kedua beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.- Seterusnya... |
| Posted: 27 May 2011 04:27 PM PDT No. 2 PAS: Caturan Tuan Ibrahim 'kelebihan' Mat Sabu? Oleh Syed Mu'az Syed Putra ![]() ANALISIS, 26 Mei — Selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan mengekalkan jawatannya tanpa saingan, tumpuan kini beralih kepada kemungkinan pertarungan sengit bagi jawatan timbalan presiden PAS yang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Daripada enam calon layak bertanding jawatan nombor dua parti itu hanya penyandangnya Nasharudin Mat Isa (gambar atas), Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu sudah mengesahkan menerima pencalonan. ![]() Pendirian terbaru Tuan Ibrahim (gambar tengah), yang berubah fikiran untuk bertanding jawatan itu, bakal mencipta keputusan luar jangka kali ini walaupun Pesuruhjaya PAS Pahang itu sebelum ini mengumumkan belum bersedia untuk turun gelanggang. Persoalannya siapa yang akan bertuah untuk berada di sebelah Hadi mulai akhir minggu depan? Jika dilihat dari sudut pencalonan diterima, Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berpeluang untuk memenangi kerusi itu kali ini. Melihat kepada prestasi Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sebagai pemimpin utama parti, beliau didakwa gagal untuk mengangkat parti berada di kedudukan terbaik selain tidak membawa lebih banyak perubahan selaku timbalan kepada Hadi. Nasharudin sudah dua penggal berada di kerusi itu. Mat Sabu cuba kali kedua manakala Tuan Ibrahim turun julung kali. Walaupun Tuan Ibrahim dilihat calon bukan pilihan dari segi pencalonan, tetapi ternyata beliau adalah yang paling popular sejak kebelakangan ini. Di atas kertas, ramai yang berpendapat Mohamad akan memenangi jawatan itu. Namun, ia masih belum menjamin kedudukan itu walaupun mendahului senarai pencalonan. Persaingan jawatan timbalan presiden PAS kali ini agak unik kerana ia menyaksikan pertembungan dua pemimpin ulama dan seorang dari golongan profesional. Jika hendak dibandingkan dengan pemilihan 2009, ia menyaksikan dua golongan profesional dan seorang golongan ulama yang membantu Nasharudin untuk mengekalkan jawatan itu. Adakah undi golongan ulama akan berpecah ekoran keputusan Tuan Ibrahim memutuskan untuk turun gelanggang sekali gus membuka peluang cerah kepada Mohamad? Ini antara persoalan di kalangan ahli dan pemerhati politik sekarang. Menurut penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, pendirian terbaru Tuan Ibrahim boleh menyebabkan kedudukan golongan ulama dalam jawatan nombor dua parti itu tergugat. ![]() "Dalam tiga orang ini, di atas kertas Mat Sabu (gambar bawah)akan menang tapi kalau dalam Umno, orang yang dapat pencalonan paling banyak belum tentu boleh menang tapi saya percaya ahli dalam PAS ini jujur, yang mana mereka akan terjemahkan pada pemilihan nanti. "Bagi saya pecah undi akan berlaku, tapi peluang Mat Sabu untuk menang lebih cerah sebab dalam pertandingan kali ini ada dua pihak dari golongan ulama dan satu dari profesional," katanya. Ahmad Atory menambah, "pecah undi, dalam golongan ulama sudah pecah kepada dua calon ini manakala yang selebihnya akan pergi kepada Mat Sabu." "Sebagai contoh dalam PAS ini ada 60 peratus golongan profesional dan 40 peratus golongan ulama dan kalau dari sini 40 peratus ini akan pecah kepada dua iaitu kepada Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan yang 60 peratus ini kemungkinan akan pergi kepada Mat Sabu," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau juga tidak menolak kemungkinan golongan profesional dalam PAS semakin ramai ekoran pencalonan yang diterima Mohamad walaupun sebelum ini jawatan itu dimonopoli golongan ulama. "Secara logik saya katakan Mat Sabu menerima pencalonan tertinggi sebab golongan yang sokong beliau lebih ramai tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pemilihan nanti," katanya lagi. Pandangan Ahmad Atory itu selari dengan pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian yang mengatakan penyertaan Tuan Ibrahim akan memberi kesan kepada keputusan pemilihan kali ini. Tambah Sivamurugan, Tuan Ibrahim berhak untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana turut mendapat pencalonan, namun ia secara tidak langsung membolehkan Mohamad berada dalam kedudukan terbaik untuk menang. "Beliau (Tuan Ibrahim) merasakan perlu bertanding untuk memenuhi kehendak mereka yang menyokong beliau," katanya sambil menambah, "tetapi dilema akan berlaku apabila dua daripada golongan ulama berhadapan dengan seorang profesional, maka sudah pasti undi daripada golongan ulama akan berpecah." Oleh itu jelas beliau, isunya ialah sejauh mana ia boleh memberi kesan sehingga membawa kepada timbalan presiden daripada golongan bukan ulama. "Kemungkinan itu boleh berlaku kerana kalau kita perhatikan pertembungan (Datuk) Husam (Musa) dan Mat Sabu dulu (2009), kalau dicampur melebihi undi Nasharudin," katanya lagi. "Ketika itu perpecahan undi berlaku antara Mat Sabu dan Husam. Adakah ini akan berlaku kali ini atau golongan ulama akan bersatu memberi sokongan kepada Tuan Ibrahim sehingga membawa kepada kejatuhan Nasharudin?" katanya. Bagaimanapun jelas beliau, perwakilan PAS perlu mengambil kira faktor jawatan timbalan presiden adalah kedudukan paling hampir untuk menjadi pengganti Hadi. Justeru kata Sivamurugan, Hadi bersama-sama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memainkan peranan untuk memilih pemimpin untuk membantu presiden. "Saya rasa Hadi dan Nik Aziz akan tentukan calon mana yang akan menang dan perwakilan harus fikirkan bahawa jawatan nombor dua adalah pengganti paling hampir untuk jawatan nombor satu. "Tapi pada pandangan saya, ini terletak sejauh mana Hadi akan memainkan peranan signifikan dalam menentukan pola pengundian bagi jawatan timbalan presiden yang boleh bekerja dengan beliau agar PAS akan kekal utuh," katanya. Beliau juga menjangkakan sekiranya pola pengundian tidak pecah, ia akan menyaksikan pertarungan sengit. "Mat Sabu ada sokongan tetap sebagaimana yang beliau peroleh pada pemilihan 2009, pencalonan yang meningkat kali ini kemungkinan akan ada undi protes yang ditimbulkan beliau, di mana ada ahli yang mahukan perubahan. "Nasharudin ada peluang, tapi kehadiran pertarungan tiga penjuru akan jadikan ia lebih sengit. Pertembungan antara dua ulama dan seorang profesional," katanya. Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berpendapat bahawa penyertaan Tuan Ibrahim tidak akan menjejaskan peluang Mohamad untuk menang. Namun beliau juga menjangkakan pertarungan sengit akan berlaku. "Ini akan menjadikan persaingan lebih sengit dan Tuan Ibrahim saya difahamkan dari golongan ulama dan ini akan meneruskan tradisi walaupun beliau mengumumkan pendirian agak lewat. "Bagaimanapun saya lihat pencalonan yang diterima Mat Sabu amat memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya berpendapat peluang masih kepada Mat Sabu. "Selain itu, kehadiran Tuan Ibrahim akan memberi persaingan kuat kepada Nasharudin dan Mat Sabu... setakat ini apa yang saya lihat kelebihan masih kepada Mat Sabu," kata penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Ahmad Nidzamuddin juga menjangkakan pecah undi namun kelebihan dilihat masih memihak Mohamad. "Akan berlaku pecah undi tapi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada kerana beliau bukan sahaja pemimpin yang sudah lama dan diterima tapi salah satu kelebihan beliau adalah beliau seperti selebriti dalam PAS, semua orang kenal beliau. "Jadi peluang untuk Mat Sabu menang itu masih ada, begitu juga dua calon lain tapi Mat Sabu ada kelebihan dari segi populariti," katanya. Seorang penganalisis dengan sinonim dengan politik PAS, Prof Dr A Aziz Bari berkata, beliau tidak nampak satu keperluan untuk Tuan Ibrahim bertanding jawatan itu berdasarkan prestasi pemimpin itu selama ini. "Beliau memutuskan bertanding tentunya kerana beliau berasa ada peluang. Tidak timbul isu kewajaran kerana beliau berhak dan layak. "Tetapi dalam konteks kedudukan PAS dalam konteks politik nasional dan Pakatan Rakyat, saya tidak nampak relevannya Tuan Ibrahim kerana beliau hanya jadi wakil rakyat selama sepenggal kemudian naib presiden, yang impaknya dalam politik nasional jika hendak diberbanding Mat Sabu, kurang," katanya. Justeru tegas beliau, perwakilan harus membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang layak untuk memegang jawatan itu sekiranya serius mahu melakukan perubahan. "Jadi kalau perwakilan memilih Tuan Ibrahim atau Nasharudin ertinya perwakilan yakni pimpinan akar umbi PAS mahu parti itu terus syok sendiri dan tidak peduli perlunya PAS dilonjakkan sebagai parti alternatif kepada Umno-BN," katanya. Pun begitu katanya, terpulang kepada perwakilan untuk membuat pilihan. "Mereka kena fikir mana yang sesuai untuk parti dalam konteks dan landskap politik sekarang," katanya. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan