Sabtu, 28 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


AUKU : Pelajar wanita berdemo dihukum berzina dengan Presiden KUIS.

Posted: 28 May 2011 03:37 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Sebelum perintah, PAS memperjuangkan pemansuhan saman ekor. Menurut PAS, saman harus ditandatangi oleh pesalah bagi mengelakkan situasi aniaya kepada pesalah. Saman jenis seperti ekor itu menganiaya rakyat kerana tidak semua rakyat mampu melawannya di mahkamah.

Kemudian, katakanlah sekor pemimpin PAS ditakdirkan menjadi Ketua Polis Negara. Dan undang2 saman ekor masih belum mansuh lagi ketika itu. Dan masih belum mampu dimansuhkan kerana tiada kelayakan parlimen.

Ketua Polis Negara dari PAS itu tiba2 menghukum sebahagian pengguna jalan raya dengan peruntukan undang2 saman ekor, disebalik pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan. Pengguna jalan raya itu mengadu kepada Presiden PAS akan pendirian sepatutnya PAS kepada saman ekor.

Lalu, Ketua Polis Negara dari pimpinan kepala batu itu mengeluarkan kenyataan, PDRM adalah PDRM. Presiden parti adalah presiden parti.

1. Presiden PAS adalah bermuka bekeng, jiwa jambu. Muka ganas, tapi penakut. Kalau dengan gua pun kelam-kabut lari naik ke rumah, gua tak fikir Hadi Awang berani menegakkan pendirian rasmi parti terhadap Azizan.

2. Azizan kepala batu boleh menghukum pelajar dengan pelbagai kaedah yang mencilok AUKU. Itu pun seandainya benar2 bersalah. Menggantung 2 semester kepada pelajar yang berdemonstrasi melawan wala' adalah kejam. 2 semester bermaksud setahun. Setahun usia pelajar rugi di situ kerana berada dalam situasi undang2 yang selama ini dibantah PAS.


[2]

Sebelum perintah, PAS memperjuangkan pemansuhan ISA. Menurut PAS, sebarang kesalahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia, harus dibicara di mahkamah. Pesalah berhak mendapatkan peguam.

Katakanlah kemudian pemimpin PAS ditakdirkan menjadi Menteri Dalam Negeri. Dan undang2 ISA masih belum mansuh lagi ketika itu. Dan masih belum mampu dimansuhkan kerana tiada kelayakan parlimen.

Menteri Dalam Negeri dari PAS itu tiba2 menghukum sebahagian rakyat Malaysia dengan peruntukan undang2 ISA, disebalik pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan. Rakyat Malaysia itu mengadu kepada Presiden PAS akan pendirian sepatutnya PAS terhadap ISA.

Lalu, Menteri Dalam Negeri dari pimpinan PAS kepala batu itu mengeluarkan kenyataan, KDN adalah KDN. Presiden parti adalah presiden parti.

1. Presiden PAS adalah bermuka bekeng, hati cute. Muka ganas, tapi jiwang. Kalau dengan gua bertiga dengan C++ pun kelam-kabut berlindung di sebalik anak2 buah, gua tak fikir Hadi Awang berani menegakkan pendirian rasmi parti terhadap Azizan.

2. Azizan kepala batu boleh menghukum rakyat Malaysia itu dengan pelbagai kaedah yang mencilok ISA. Itu pun seandainya benar2 bersalah. Mengurung tanpa hak mendapat peguam, tanpa hak mendapat perbicaraan adalah kejam.

Ini bukan soal pengasingan kuasa. Ini bukan soal peruntukan undang2. Kalau selama BN terdapat undang2 pelajar wanita yang berdemonstrasi perlu dihukum berzina dengan Presiden KUIS, di bawah AUKU, adakah Azizan tetap menegakkan undang2 tersebut?

Presiden KUIS adalah Presiden KUIS. Presiden parti adalah Presiden Parti kata Azizan ketika disoal kewajaran dipaksa zina kepada pelajar wanita.

"Undang2, tetap undang2.." Tegas Azizan sambil warm up.

Dasar Old School bangsat kepala batu.

[3]

Bagaimana dengan OSA? Bagaimana dengan media? Fatwa Old School berubah2 mengikut kepentingan kuasa mereka.

Gua tidak semestinya bersetuju dengan motif kepada kejadian demonstrasi pelajar2 KUIN tersebut. Tapi pejuangan pelajar2 tersebut menentang AUKU gua sokong. Gua sokong dalam pecahan tajuk. Gua tidak sokong motif Ibrahim Ali menyeru perang dan pergaduhan. Tetapi jika Ibrahim Ali memerlukan sokongan kerana ditahan ISA tanpa hak dia membela diri, gua akan sokong. Ini sokongan dalam pecahan tajuk.

Kalau pelajar2 tersebut mengajak gua melanggar Ustaz Azizan, di Kedah, atas nama AUKU, insyaallah, gua akan sahut. PAS Reform maybe ke Kedah pula. Kita perlu menyediakan suasana pemimpin takut kepada rakyat untuk kesejahteraan anak cucu kita.

Wallahualam.


KUIN : 2 ekor Old School kepala batu.

Posted: 28 May 2011 01:41 AM PDT

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

auku, university demoDalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

auku, university demoMenjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.

Gua : Memang betullah Hadi tiada kaitan dengan KUIN. Tapi Hadi ada kaitan dengan pendirian PAS sama ada menyokong AUKU atau tidak. Soalnya, adakah Presiden PAS ini berani seperti Mahfuz yang meletak jawatan berkaitan Kedah, atau terpaksa membisu demi kerusi?

Memang betullah Presiden KUIN (MB Kedah) mengambil tindakan mengikut undang2 yang ada. Tapi, undang2 itu bukankah AUKU yang dibantah PAS? Maknanya, jika MB Kedah sebagai Pengerusi, PAS Kedah ada kuasa untuk hapuskan AUKU di kolej2 mereka?

Ini soal Presiden PAS yang memilih pendirian parti menentang AUKU atau tidak. Dan ini soal MB Kedah mengikut undang2 AUKU yang dibantah penceramah2 PAS atau tidak.

Dasar 2 ekor Old School kepala batu.



Barbican tidak haram - Khairul Fahmi

Posted: 27 May 2011 11:25 PM PDT

Sumber : zany-kun




Sebenarnya teringin jugak aku nak minum air minuman barbican ni sebab nampak macam sedap jer. Tapi masih was-was dengan status halal haramnya. Kalau was-was, orang kata lebih baik jangan minum. Barbican ni takde tanda halal kat botol dia, tapi kalau kat 7 eleven tu dia jual dekat minuman yang halal. Maknanya takde la letak sama dengan air arak. Khairul Fahmi pun pernah kena tuduh minum air arak disebabkan minuman ni.





Oleh kerana semangat ingin tahu mengenai status air minuman barbican ni, aku pun buat la sedikit kajian. Adakah penerangan oleh seorang pakar di bawah ini mengatakan barbican sebenarnya halal? Boleh la pergi beli kat 7 eleven lepas ni, hehe. Perisa mana yang sedap? Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach atau Malt.

Ulasan daripada seorang pakar

Name :
Ahmad Jailani Abdul Ghani
Qualifications : Doctoral research scholar in Islamic Banking & Finance in Durham University, England. 12 years as senior advocate & solicitor, shari'ah practitioner and part-time lecturer.

Blog : www.ustjai.wordpress.com

Berdasarkan website Answers.com, perkataan "beer" diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.
Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna "bir" tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula "Root Beer" yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai "halal".

Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.


Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi "International Organisation of Islamic Jurists" mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa "tapai" (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

Sekian.


Tiada ulasan: