Addin |
- Panas!! 103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR
- Panas!! Kisah Pegawai Kerajaan Terkaya Di Sarawak..
- Panas!!! Anjing UMNO Sambut Anwar
- Bukti UMNO Be End Bela Kroni, Isnin Ni Naik Tarif Elektrik..
- Anwar : UMNO Menyamai Pemerintahan Firaun
- Panas!! 200 Ahli UMNO Masuk PAS Malam Ini
- Loji Kumbahan Pun 1 Billion.. Gila Per!!
- Gadis Panah Bapa Kerana Rampas Telefon
| Panas!! 103 Ahli UMNO Tenom Sertai PKR Posted: 28 May 2011 05:00 PM PDT Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan 'Selamat Tinggal Kepada UMNO' kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung. Beliau juga memberikan penerangan terhadap fitnah yang paling keji, kotor dan aib yang dilemparkan kepada Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya sudah melampau. Halik telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung yang hadir pada petang itu bahawa pelaku dalam video skandal seks itu bukanlah Anwar Ibrahim seperti yang di gembar-gemburkan oleh media dan kepimpinan UMNO/BN. Dalam penerangan beliau, telah memberikan beberapa 'bezantara' di antara si pelaku dalam video tersebut dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Antaranya, bentuk fizikal mereka ternyata berbeza kerana ada beberapa faktor susuk fizikal yang jelas menunjukkan dua individu berbeza.Dari segi perut buncit, potongan rambut pendek semacam polis atau askar yang tipis dan bertetek besar bujur. Sedangkan Anwar kata Halik tidak mempunyai cirri-ciri sedemikian tetapi hanya 'seiras'. Malah menurut Halik Zaman lagi, dalam ucapan Presiden, selama Dato' Seri dalam penjara selama 6 tahun, beliau banyak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis, serta makanan rutin beliau hanyalah buah kurma. Jadi dengan rutin diet sebegini, bagaimana beliau boleh mempunyai susuk tubuh yang agak 'berisi' dan 'berperut buncit'? Suasana yang agak paling mengharukan, sedih dan amat memilukan apabila ada antara yang hadir turut mengalirkan airmata kerana turut bersedih dan bersimpati yang menimpa nasib Anwar Ibrahim, serta keluarganya yang tertimpa fitnah terancang itu. Menurut penduduk kampung berkenaan, bukan sahaja diri individu yang hadir itu, malah rata-rata mereka tidak mempercayai fitnah terbaru itu dan menganggapnya sebagai mainan politik kotor BN yang ingin membunuh karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.Perdana Menteri akan hadir ke Tenom khususnya di Kemabong pada 11 Jun ini bagi mengageh-agehkan geran tanah yang berbentuk saham, mengikut nisbah 60% kepada penduduk kampung dan 40% kepada Sime Darby. Namun mereka yang hadir pada petang itu tidak termakan 'gula-gula' yang bakal di berikan kerana menurut mereka lagi, UMNO paling bijak memutar-belitkan kenyataan dan ada kemungkinan juga nanti bila akhir tahun tidak mustahil Sime Darby akan umumkan tiada keuntungan dan rakyat hanya tinggal gigit kuku. Oleh kerana itulah, kata Halik, penduduk pedalaman di Kemabong sudah mulai bosan dengan lakonan putar-alam kepimpinan UMNO/BN dan biar apa pun 'juadah' yang bakal UMNO/BN hidangkan kepada mereka kelak, mereka tetap tidak akan terpengaruh. Kata Halik,"Jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti, geran tanah adat akan diberikan langsung kepada rakyat di atas nama sendiri tanpa menerusi Sime Darby"./Sabahkini | ||
| Panas!! Kisah Pegawai Kerajaan Terkaya Di Sarawak.. Posted: 28 May 2011 07:13 AM PDT Bagaimana len talif – penjawat awam/ahli politik bn/bos syarikat pembalakan yang "berobjektif" – merampas long terawan! Menjelang pilihanraya umum yang telah berlangsung, Pengarah Jabatan Hutan, yang bertanggungjawab ke atas lesen-lesen pembalakan, Len Talif, telah dilihat berlagak yakin di hadapan kamera para pemberita, menyokong dakwaan Ketua Menteri, secara bodohnya mengatakan bahawa 70% dari kawasan hutan di Sarawak masih berstatus "hutan dara". Dia juga mendakwa bahawa para pencinta alam sekitar telah dibiayai oleh sebuah industri lobak dari Belanda. Adakah kenyataan ini bermaksud semua orang akan melakukan apa sahaja dengan mengharapkan pampasan? Len Talif Salleh telah kerap 'dipersembahkan di khalayak umum' sebagai seorang penjawat awam, Pengarah Jabatan Hutan yang berobjektif, dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hutan-hutan di Sarawak, tanpa sebarang kepentingan politik. Ianya tidak dinyatakan sehingga pada masa Len Talif telah diketahui menjadi calon BN pada pilihanraya yang lalu! Di negara-negara yang tidak dibelengu gejala rasuah, seseorang penjawat awam yang merancang untuk meninggalkan profesyennya untuk menyertai dunia politik, akan meletakkan jawatannya terlebih dahulu. Namun, Len Talif bukan hanya gagal berbuat demikian, tetapi berdasarkan laman web rasmi jabatan yang diterajuinya itu, Len Talif masih menjawat jawatan penting sebagai Pengarah Jabatan Hutan walaupun setelah berminggu-minggu lamanya dia menjadi YB BN selepas pilihanraya yang baru berakhir itu! Kesimpulan yang boleh kita buat di sini adalah Taib mungkin telah ketandusan orang-orang penting mengganti Len, yang boleh dia percayai sama seperti sifat Len. Mungkin juga kini terdapat segelintir sahaja orang-orangnya di Sarawak yang akan mengakui bahawa seluas 70% kawasan hutan dara yang masih ada di bumi Sarawak! Len Talif mengeluarkan lesen-lesen pembalakan untuk dirinya sendiri! Tetapi ini adalah sebahagian dari percanggahan kepentingan tugas yang terdapat dalam pekerjaan Len Talif. Siasatan pihak kami mendedahkan bagaimana dia telah menjawat beberapa jawatan penting, yang memberikannya peluang dan ruang untuk mengawal sepenuhnya pengurusan pembalakan – sama seperti bosnya, Abdul Taib Mahmud yang membolot kesemua jawatan penting dalam kerajaan Negeri Sarawak. Dalam tahun 2008, Len Talif telah secara serentak menjawat jawatan-jawatan sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber/Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan dan juga Pengurus STIDC. Maka, adalah adil untuk mengandaikan bahawa Len Talif adalah lebih dari orang "suruhan" Taib Mahmud dalam soal-soal perhutanan di Sarawak – kami pun beranggap, ya! Namun, ianya lebih teruk dari itu. Len Talif Salleh telah juga secara serentak bertindak selaku Pengarah kepada syarikat Pusaka KTS Sdn Bhd. Pusaka KTS adalah milik hartawan balak keluarga Lau, penyokong kuat Taib Mahmud dan BN, dan juga sebagai pemilik syarikat akhbar Borneo Post. STIDC mempunyai pegangan saham yang besar, diandaikan sebagai punca pendapatan Len Talif sebagai pengarahnya. Ini jelas bermakna bahawa Len Talif telah secara giatnya mengejar kepentingan komersil dalam syarikat pensendirian dengan lesen pembalakan yang dia sendiri keluarkan bagi pihak Kerajaan. Merompak orang-orang Long Terawan Percanggahan kepentingan dalam tugasnya jelas apabila orang-orang di Long Terawan di kawasan Baram telah kehilangan tanah-tanah NCR mereka, dan mereka telah dan sedang menentang kegiatan pembalakan dan kini, pembukaan ladang di atas tanah hutan NCR mereka seluas lebih 100,000 hektar itu, yang pernah menjadi kawasan sumber pendapatan mereka sejak sekian lamanya. Len Talif, seorang yang berani mengakui bahawa ¾ dari hutan di Sarawak masih belum disentuh, telah sebenarnya mengetuai perampasan, dengan mengeluarkan lesen-lesen kepada Pusaka KTS bagi keseluruhan kawasan itu. Maka, selaku Pengarah Jabatan Hutan, dia telah mengeluarkan lesen-lesen untuk dirinya sendiri yang juga bertindak sebagai Pengarah dalam Pusaka KTS! Malah, Len juga telah bertindak selaku wakil Pusaka KTS dalam berbicaraan yang sengit menentang orang-orang tempatan berkenaan dengan lesen-lesen yang telah dia keluarkan itu. Orang-orang tempatan telah diusir keluar dari kawasan hak mereka setelah Len dan Pusaka KTS mengadakan rundingan sulit dengan ketua kaum di situ pada 2009 dahulu! Rundingan yang sungguh memalukan Orang-orang tempatan marah setelah mereka mendapati rundingan telah diadakan tanpa pengetahuan mereka. Kita mendapati bahawa ketika Len bertindak sebagai wakil Pusaka KTS, dia juga sedang menerajui pucuk pimpinan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak pada ketika itu. Orang-orang tempatan mengatakan bahawa syarikat itu telah membalak di atas tanah NCR mereka bertahun-tahun lamanya tanpa diadakan sebarang persetujuan atau pampasan dan tanpa sebarang tindakan dari pihak polis. Perjanjian sulit berkenaan adalah suatu usaha untuk mengambil kawasan itu untuk dijadikan kawasan ladang kelapa sawit, yang juga, tanpa menawarkan sebarang pampasan kepada para pemilik tanah NCR! Wajarkah seorang Pengarah Jabatan Hutan yang mengeluarkan lesen-lesen kepada Pusaka KTS, juga terlibat dengan rundingan tersebut? Sudah tentunya tidak. Apa yang jelas pada kita sekarang adalah, cara ini telah digunakan oleh syarikat-syarikat pembalakan seperti KTS ke atas hak-hak orang asal di seluruh negeri Sarawak, yang diketahui sepenuhnya oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Sepertimana yang telah kita laporkan dahulu, adik perempuan Taib, Raziah Mahmud, yang menganggotai lembaga pengarah syarikat Quality Concrete telah cuba memperdayakan para penduduk di kawasan Sebangan pada tahun lepas. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan Quality Concrete telah tewas. Taib Mahmud telah membenarkan kegiatan seperti ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak, di mana pihak penguatkuasa undang-undang terutamanya polis, sentiasa enggan bertindak ke atas sebarang aduan dan laporan yang mereka terima. Apakah yang telah terjadi di Long Terawan? Taib telah melakukan perubahan yang amat penting dalam sistem demokrasi orang-orang tempatan, di mana pemilihan ketua kaum mereka yang secara tradisinya dipilih menerusi undian, digantikan dengan perlantikan dari BN dengan dibayar sedikit upah. Dengan terlantiknya ketua-ketua kaum menerusi cara itu maka Taib telah membenarkan mereka menyetujui sebarang perjanjian atau rundingan yang mereka tidak faham bagi pihak komuniti yang mereka wakili. Satu lagi bentuk rundingan yang curang Sehelai dokumen yang ditulis dalam bahasa Inggeris, ditandatangani oleh seorang ketua kaum yang tidak berwibawa dan sah, tanpa sebarang peguam, tetapi biasanya dimeterai di tengah-tengah keadaan riang-ria beserta hidangan alkohol dan sedikit suapan rasuah tidak akan dapat ditegakkan di mahkamah. Ianya suatu penipuan semata-mata, dan inilah yang telah dilakukan di Long Terawan. Seorang peguam bagi komuniti di situ, iaitu pakar hak asasi kaum asli Abun Sui telah memberi amaran bahawa perjanjian yang kabur dan tidak sempurna, dengan tiada sebarang perincian untuk melindungi orang-orang kampung. Abun telah menyatakan bahawa dia tidak mendapat sebarang butir mengenai kawasan yang diminta oleh Pusaka KTS, walaupun ladang seluas lebih 100,000 hektar itu telah dirancang untuk dibuka di kawasan itu. "Pihak kami gagal mendapatkan salinan geran sementara itu", jelasnya. "Ianya seharusnya diberikan kepada kami, tetapi apabila kami memintanya, Jabatan Hutan enggan bekerjasama dengan kami, dengan mengatakan bahawa permohonan kami itu telah ditolak!" Kenapakah Len Talif bertindak menghalang usaha peguam yang mewakili Long Terawan itu apabila dia telah menggunakan saluran yang sah di sisi udang-undang untuk mencari butir-butir lesen pembalakan yang dikeluarkan kepada syarikat di mana Len Talif Salleh sendiri selaku Pengarah yang merundingkannya dengan orang-orang tempatan? Jelaslah di sini, bahawa percanggahan kepentingan merupakan kesalahan rasuah yang amat serius. Namun pihak kami telah memperolehi dokumen dari Pusaka KTS pada tahun 2009. Ianya telah menawarkan pampasan yang paling mimina untuk tanah mereka, sebanyak RM 300 untuk sehektar! Kayu-kayu di kawasan itu, terutamanya jenis kayu belian sahaja, dianggarkan bernilai sehingga berjuta-juta ringgit. Kini Pusaka KTS berhasrat untuk meneruskan pembukaan kawasan itu sepenuhnya. Dalam 'perjanjian' tahun 2009 ianya bertujuan untuk menanam kelapa sawit. Dari beratus-ribu hektar kawasan itu, orang-orang tempat hanya diagihkan sebanyak 200 hektar seperti terdapat pada perjanjian itu. Tambahan pula, mereka hanya akan mewarisi kawasan yang kecil itu setelah penuaian pertama dilakukan oleh KTS! Setelah menghadapi penentangan hebat dari komuniti Long Terawan, Pusaka KTS kini telah mengubah keadah mereka yang lebih bersifat oportunis. Pada tahun ini mereka berkelakuan lebih mesra masyarakat dengan menawarkan pampasan lebih dari yang dibuat oleh Len Talif dua tahun yang lalu. Kini, setengah juta ringgit telah ditawarkan kepada masyarkat di situ dengan menjanjikan projek yang bersifat kurang jelas bernilai RM 2 juta setelah keseluruhan kawasan itu diterang dan ditanam – pada kali ini ianya akan ditanam dengan pokok Acacia yang berkontroversi itu. Namun, sekali lagi para peguam telah memberi amaran bahawa perjanjian itu tidak sempurna dengan meminta orang-orang tempatan yang miskin menjelaskan kos-kos guaman! Seorang ahli kempen, Willie Kajan telah memberitahu Sarawak Report bahawa pentadbiran BN sedang mendapatkan sokongan dari ketua kaum di situ. Dia telah berjanji bahawa RM 2 juta akan diberikan, tetapi Willie telah memberi amaran kepada mereka bahawa mereka tidak akan melihat wang itu, terutama jika ianya tidak diberikan terlebih dahulu! Jelaslah orang-orang Long Terawan tidak lagi memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada BN, kerana apabila seramai 200 orang dari mereka telah menandatangani petisyen Willie untuk menolak rundingan itu, ketua kaum itu telah berjaya mendapatkan tandatangan sebagai mewakili keseluruhan komuniti di situ. Namun, dengan adanya beratus ribu hektar dan bajet berbillion-billion ringgit, para pembalak yang membuat urusniaga dengan kerajaan Taib tidak akan mengundur diri semudah yang diharapkan. "Kini mereka telah menghantar masuk samseng-samseng yang telah menebang kayu bagi pihak mereka, sama ada berperjanjian atau pun tanpa perjanjian", kata Willie, yang tanahnya juga telah dibuka tanpa sebarang pampasan. "Beginilah cara mereka bertindak, mereka membawa masuk samseng-samseng, dan kemudian berpura-pura itu bukannya kerja mereka". Pembalakan di Sarawak tiada kaitannya dengan undang-undang dan pemisahan kuasa. Len Talif Salleh telah bertindak selaku seorang penjawat awam, ahli polotik dan usahawan secara serentak!/SR | ||
| Panas!!! Anjing UMNO Sambut Anwar Posted: 28 May 2011 05:00 AM PDT
MUAR - Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, kehadiran Ketua Pembangkang di lokasi ceramah di Markaz PAS Parit Pechah, Muar itu disambut sekumpulan FRU yang ditempatkan kira-kira dua kilometer dari lokasi berkenaan. Bagaimanapun, kehadiran polis ternyata gagal menggerunkan rakyat yang dahagakan maklumat tepat yang tidak diperoleh dari media arus perdana. Hampir 1,000 penduduk setempat mengikut amanat Ketua Umum KEADILAN itu disamping ucapan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, walaupun beberapa trak polis ditempatkan di kawasan berdekatan. Kira-kira jam 11.15 malam, Ketua Polis Daerah Muar dilihat mahu memasuki perkarangan ceramah tetapi gagal berikutan pintu lokasi berkenaan dikunci dan dikawal rapi. Sekalipun polis mengancam untuk membuat 'rempuhan', hal itu diselesaikan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim yang mengadakan perbincangan kepada pihak berkuasa. Ceramah berakhir jam 12 tengah malam dan kumpulan polis berkenaan beredar dari lokasi, sekadar berkeliaran di kawasan berhampiran tapak ceramah./KD | ||
| Bukti UMNO Be End Bela Kroni, Isnin Ni Naik Tarif Elektrik.. Posted: 28 May 2011 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong. Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat. "BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi. "Tetapi rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Menurutnya, ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar. "Ketika harga makanan dan barangan semakin naik, negara seperti Taiwan dan Korea memberikan subsidi yang besar kepada rakyatnya supaya tidak merasa terbeban dengan kenaikan tersebut. "Negara kita pula, yang mengeluarkan minyak dan mampu menjana tenaga elektrik, menaikkan tarif elektrik," katanya yang juga Bendahari Agung KEADILAN. Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar sedangkan fungsi membekalkan tenaga itu sepatutnya diambil alih TNB sendiri. Kuasa yang dijana IPP katanya, memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB yang hanya membekalkan 40 peratus. "Kita tanya kepada syarikat IPP utama ini, YTL Corporation Berhad yang dipunyai Yeoh Teong Lay, Tanjung PLC (Ananda Krishnan), Malakoff Corporation (Syed Mokhtar Bukhari) dan Genting Sanyen – ini adalah mereka yang menikmati keuntungan yang besar. "Apa sebabnya mereka menikmati keuntungan ini dan kemudian menjual lebih mahal kepada TNB sedangkan TNB sendiri boleh menjanakan tenaga elektrik," katanya. Mengulas lanjut, katanya langkah yang akan diambil Pakatan sekiranya memenangi pilihan raya umum, adalah menyemak kembali perjanjian dengan syarikat berkenaan seperti terkandung dalam Buku Jingga. "Elektrik seperti air, ia adalah keperluan dan hak asasai rakyat yang tidak boleh digunakan untuk mendapat keuntungan," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini berulangkali menegaskan bahawa kerajaan berupaya untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik. Jika dibandingkan negara jiran seperti Thailand, tarif elektrik di negara itu jauh lebih rendah iaitu perbezaan antara 22 peratus hingga 48 peratus. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu sebenarnya disebabkan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas TNB. Harga yang dibeli dari IPP itu jauh lebih tinggi dari harga tenaga yang dihasilkan TNB sendiri, sekaligus menyebabkan IPP mengaut keuntungan besar./KD | ||
| Anwar : UMNO Menyamai Pemerintahan Firaun Posted: 28 May 2011 02:00 AM PDT MUAR - Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah. "Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi. Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. "Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. "Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya. Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama. "Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang. "Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno," katanya./KD | ||
| Panas!! 200 Ahli UMNO Masuk PAS Malam Ini Posted: 28 May 2011 12:54 AM PDT Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang. Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu. Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana. Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri. Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ. PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini./KLT | ||
| Loji Kumbahan Pun 1 Billion.. Gila Per!! Posted: 27 May 2011 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih tidak memberi sebarang jawapan mengenai kos menaik taraf loji kumbahan di Pantai Dalam yang mencecah RM1 bilion.Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberikan penjelasan mengenai isu itu dalam tempoh seminggu. "Tidak ada jawapan setakat ini dan saya akan beri mereka sehingga minggu depan (beri penjelasan)," kata Nurul Izzah ketika meninjau masalah kecurian kabel di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini hari ini. Nurul Izzah sebelum ini membuat pendedahan mengenai kos projek itu, yang meningkat 100 peratus dari kos awal yang dianggarkan sebanyak RM500 juta. Beliau juga mempertikai pengeluaran tender projek naik taraf itu yang dijalankan secara tertutup. Mengulas lebih lanjut, Nurul Izzah berkata beliau akan membuat susulan terhadap pendedahannya sebelum ini dengan menulis surat secara rasmi kepada Menteri berkenaan. "(Sebelum ini) kita beri menerusi kenyataan terbuka. Jadi, selepas ini kita akan tulis surat kepada Menteri secara rasmi. Mungkin KPI-nya tidak termasukmenilai kenyataan akhbar. Jadi kita nak bagi surat supaya jangan terlepas pandang," kata Nurul Izzah. Beliau juga mengingatKAN KeTTHA agar memastikan kesilapan pertama sewaktu pembinaan loji itu tidak diulangi apabila ia dinaiktaraf kelak. "Kita sekarang ini perlu terus memantau dengan jelas kerana dulu pada peringkat fasa pertama ia tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Contohnya loji itu dibina secara terbuka dan bukan tertutup sehingga mengakibatkan bau kepada penduduk. "Itu dah salah dan kini kos menaik taraf menelan belanja RM1 billion dan tak dibuat menerusi tender terbuka pula," kata Nurul Izzah./KD Addin : Inilah bile kerajaan GILA yang memerintah.. projek gila macam ni pun sampai 1 Billion.. memang gila UMNO Be End!! | ||
| Gadis Panah Bapa Kerana Rampas Telefon Posted: 27 May 2011 09:00 PM PDT TAHUYA (Washington) - Pihak berkuasa di sini semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memanah bapanya selepas dia merampas telefon bimbitnya. Detektif di Mason County, William Adam berkata, lelaki itu memberitahu pegawai, anak perempuannya yang berusia 15 tahun menggunakan panah untuk memburu untuk memanahnya awal semalam selepas dia merampas telefon bimbit remaja itu. Komo-TV melaporkan, lelaki itu diangkut dengan helikopter dari kediamannya di Tahuya, sebuah kawasan hutan, ke Pusat Perubatan Harborview di Seattle. Keadaan mangsa dilapor parah. Menurut Adam, gadis itu melarikan diri ke kawasan hutan di belakang rumahnya bersama-sama senjata berkenaan. Bagaimanapun, anggota Swat berjaya mengepung dan menahannya./BK |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan