Jumaat, 27 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Politik Melayu macam bangsa yang tak dak agama...

Posted: 27 May 2011 09:00 AM PDT

Apa main tuduh tuduh nih... kahkahkah...

Posted: 27 May 2011 07:53 AM PDT

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'


Susan Loone
Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu," kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Tarif elektrik pulak dahh...

Posted: 27 May 2011 06:27 AM PDT

Pakatan Rakyat yang bengong

Posted: 26 May 2011 09:00 PM PDT

Bengong betoi la Pakatan Rakyat nih... tak pandai berpolitik. Ini kerana tekanan dan asakan dari Pakatan Rakyat lah yang membuatkan Najib tak jadi menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang pasai takut kalah teruk akibat hilangnya sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api. Ini semua kerja bengong dari Pakatan Rakyat. Ini semua kerja yang tak pakai akai dari Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat lah yang menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

Aku kata PR ni bengong pasai bila rakyat lebih banyak benci BN, lagi senang kita jatuhkan mereka dalam PRU ke 13 nanti. Jangan dok kacau BN, biaq depa penaik harga minyak, lagi banyak lagi baguih. Bila rakyat dah meluat kat BN, lagi senang dan cepat BN kita humbankan ke laut... kahkahkah...

Made in Umno... kahkahkah...

Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT

Tiada ulasan: