Jumaat, 27 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Terengganu kencing Tantawi kencing Suhaizan Kayat?

Posted: 27 May 2011 02:11 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Ini adalah cerita pihak kedua. Bukan pihak pertama, yakni diri gua sendiri. kepada pembaca, nilailah dengan baik. Sokong ikut tajuk. Gua akan cuba jujur dalam menyampaikan maklumat. Insyaallah.

Disampaikan kepada gua, oleh rakan A, yang mengatakan disampaikan dari sumber pimpinan tinggi PAS Pusat; bahawa :

Percaturan Timbalan Presiden oleh team Terengganu.

Kisahnya bermula apabila majoriti pencalonan condong kepada Mat Sabu. Senario ini menyesakkan nafas team Terengganu kerana Presiden boneka mereka bakal tergari dengan kelibat Mat Sabu seandainya Mat Sabu adalah Timbalan Presiden.

Selepas sah Hadi Awang tidak dicabar, barulah Harun Taib, PJ Terengganu yang dilantik Hadi Awang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan Hadi Awang dan Nasha di media bukan Harakah (Sinar Harian). Mudah2an dibaca kawasan sebagai kenyataan rasmi Hadi Awang yang sudah sah tidak terlawan.

Namun, rupa2nya 'arahan' itu tidak diendahkan dengan lebih ramai mencalonkan Mat Sabu. 15 kawasan pula tidak mencalonkan sesiapa atas alasan tersilap tarikh.

Bergeraklah Abu Bakar Chik menjumpai kawasan2 dengan hujah Syiah dan ulama. Dan keputusan diambil dengan menghantar rombongan memujuk Tuan Ibrahim U Turn. Nash pasti tidak terlawan akan Mat Sabu. Hadi Awang bakal tenggelam dengan merit Mat Sabu. Diburukkan Dewan Bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada bukan ulama bagi meningkatkan sokongan terhadap PAS oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Setelah Tuan Ibrahim bersetuju U Turn, rombongan team Terengganu memohon Nash berundur dengan senarai nas dan dalil. Nash pula rasa dikhianati. Kemudiannya ditawarkan Nash akan jawatan PJ Selangor dengan Hasan Ali ke satu jawatan di peringkat pusat. Jawatan yang boleh dilantik Presiden secara mutlak dalam perlembagaan PAS. Keadaan sekarang Nash masih rasa dikhianati dan enggan berundur. Keadaan sekarang lah.

Mat Sabu pula tegas bertanding, memperlahankan sebarang bentuk aktivitinya yang boleh ditakrifkan melobi (perlancaran Kelab Mat Sabu), dan terus menguruskan BERSIH bersama2 NGO. Terbaru mengumumkan tarikh 9/7.

Percaturan KP PAS oleh team Terengganu.

Tiada kisah mula berbanding kompromi Husam dan Mat Sabu. Dijangkakan awalnya Tantawi tiada masalah. Takdirnya, pemuda adalah rapat kepada perubahan. Suhaizan Kayat tiba2 jauh mendahului Tantawi. Syndrom perubahan melanda pemuda.

Pada mulanya, berbanding Tantawi naik sebagai KP PAS melalui syura, kali ini Tantawi mempertahankan KP atas dasar bertanding.

"Ya, saya akan mempertahankan jawatan (Ketua Pemuda PAS). Ramai calon lain berpotensi serta mempunyai kelayakan yang baik, namun saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan," katanya ringkas ketika dihubungi BERNAMA.

Manakala Suhaizan Kayat pula pula masih belum membuat keputusan  (mStar Online). Pencalonan Suhaizan Kayat mandapat liputan media internet walaupun ditenggelamkan akhbar UMNO bercetak. Internet adalah sinonim dengan golongan muda. Bercetak adalah sinonim dengan golongan tua dan golongan hutan.

Team Terengganu mencadangkan Tantawi memanggil syura. Sebelum berita itu disampaikan kepada gua, gua telah baca Cenangau melalui artikel ini : Aku harap Pemuda PAS tak buat syura' malam ni?

Dalam syura tersebut, Tantawi memohon menjawat KP PAS sepenggal lagi dan Suhaizan bertanding Timbalan dahulu. Memandangkan pencalonan Suhaizan untuk KP yang tinggi, Suhaizan tidak perlu khuatir dengan Azman Sharpawi. Azman setuju, dan Suhaizan setuju.

Patutlah Azman setuju, rupa2nya Nik Abduh dibawa masuk bertanding Timbalan Ketua bagi memecahkan undi Suhaizan. Undi perwakilan Terengganu dan perwakilan pro Hadi Awang akan solid ke Azman, manakala undi pro pembaharuan akan terpecah dengan perwakilan Kelantan mungkin akan mengundi Nik Abduh.

"Gua tak kisah Suhaizan Kayat tolak hujah gua mahukan dia sebagai KP PAS, bro.. cuma tolaklah juga dengan hujah.Yang gua tak boleh terima ialah dia tolak dengan berdiam diri." Kata rakan gua yang juga PAS Reform dari Pemuda PAS Johor.

Undi pro pembaharuan luar Kelantan akan terpecah kepada Suhaizan Kayat dan Mohd Firdaus. Semak dan fikir sebelum hadam. Wallahualam.


Cerita gua Himpunan 10K Pemuda PAS Kelantan (2).

Posted: 27 May 2011 01:25 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2

(1)

Pendek cerita, alhamdulillah dan tq kepada rakan2, gua berniaga sekaligus dapat memerhati pendekatan dalam program2 PAS seperti ini.

Orang PAS sudah pasti PAS. Tapi orang luar itu yang perlu dilebihkan pada gua. PAS masih menggunakan 'PAS' dalam pendekatannya. Gua label sebagai old school. Dan ini pula ialah penjelasan kepada label.

Jika dilihat 'bekas' orang luar seperti Bob Lokman, ia adalah pendekatan yang tepat dan terkini pada gua. Terlalu sedikit Bob Lokman mendasari jenama. Ucapan dan penerangannya jarang keluar jenama PAS, jenama UMNO. Memanglah ada, tetapi lebih kepada sebab utama dan faktor apakah.

Setelah Bob Lokman selesai memberikan tazkirah, majlis diambil oleh MC. Tahukah semua word apakah yang dilaungkan MC untuk anak2 muda?

"Bersama humban UMNO kelaut!"
"UMNO ke laut!"
"Hancur! Hancur! Hancur UMNO!"

Ini Program Parti Islam SeMalaysia ke, atau program ahli2 UMNO yang sudah tak suka UMNO? Apakah ianya menjadi begini kerana lahirnya PAS itu dari golongan ulama yang kecewa dengan UMNO?

MC teriak dan disambut anak2 muda. Doktrin old school ini masih digarap untuk anak muda yang lebih fleksibel. Yang PAS sudah pasti PAS. Bagaimana dengan orang2 luar? Kami tidak mahu label. Kami mahu sebab mengapa perlu ditinggalkan label. Kami tidak mahu disuap kek. Kami bukan generasi Abu Bakar Chik yang disuap2. Tapi kami mahu tahu mengapa perlu dimakan kek. Dan perbandingan ramuan antara kek.

Apakah PAS hidup atas isu kelemahan UMNO? Apakah PAS hidup atas isu jenama UMNO? Apakah perlunya anak muda menjadi PAS kerana kebobrokan UMNO? Asal ceramah PAS, mesti melabel, UMNO. Asal melabel UMNO, mesti ceramah PAS.

Mari kita ambil satu contoh Old School PAS. Terlalu banyak melabel; terlalu sedikit penjelasan hujah dan fakta.



Label Haramsani hanya layak disebut oleh blogger picisan macam gua. Bukan atas pentas rasmi PAS. PAS adalah satu entiti intelektual sepatutnya. Jika gua pun ditakdirkan Allah mempunyai jawatan atau ahli atau berada di pentas PAS, maka tidak boleh lagi berada dalam sikap2 gua sebagai blogger bebas ini.

(2)

Sampai bila PAS mengekalkan Old School? Biarlah Islam tertindas 60 tahun di peringkat negara, asalkan Old School memerintah parti?

Pernahkah selama Hadi Awang Presiden PAS, anak-anak muda dan masyarakat bukan Islam dihidangkan pembentangan plan ekonomi dalam ceramahnya? Penghafal bukan Presiden letaknya. Penghafal letaknya dalam Unit Tarbiyyah.

Pernahkah selama Tantawi KP PAS, anak-anak muda dan masyarakat Islam dihidangkan dengan masalah Lynas, petrolium, IPP, cukai dalam ceramahnya? Tidak. Tantawi hanya muncul ketika tarikh Hari Kekasih, dan konsert2. Jika sekadar itu, tidak perlu sehingga KP PAS. Cukup sekadar Unit Tarbiyyah  atau Unit Skodeng Belia 4B Kerajaan Melaka.

KP PAS perlu mempunyai kemahiran permasalahan teknikal. Permasalahan akhlak juga boleh diselesaikan dengan teknikal. Penubuhan unit bersesuaian secara teknikal. Memanglah lebih cantik jika turut memiliki kemahiran permasalahan akhlak. Tetapi, jika sekadar penghafal mengenai kitab2 akhlak, bunuh dahulu 23 juta rakyat Malaysia, kekalkan 1 juta ahli PAS, barulah munasabah menegakkan Islam melalui undi jari.


PDRM terlibat curi kenderaan.

Posted: 27 May 2011 12:23 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Lim Lip Eng


Berdasarkan pengalaman gua, seakan2 membenarkan dakwaan Lim Lip Eng ini. Kalau Lim Lip Eng tidak membuat kenyataan ini dalam parlimen, PDRM perlu saman seandainya tidak benar atau fitnah.

Rakan sekerja gua dulu pernah kehilangan Wira di Wakaf Che Yeh. Setahun lebih kemudian Wiranya dijumpai di Tanah Merah. Skang Wiranya ada di Balai Polis Pengkalan Chepa. Wira tu jadi kes mahkamah.

Tapi, setiap kali rakan gua 'melawat' kereta Wiranya, barang2 mesti berubah. Seat, sport rim, steering, etc. Memanglah kereta Wira itu belum tentu kembali kepadanya lagi, tapi inilah realiti kehidupan Malaysia.

Askar Malaysia berasal dari sistem dan silibus pendidikan sekolah2 UMNO.
PDRM berasal dari sistem dan silibus pendidikan sekolah2 UMNO.
Kastam  berasal dari sistem dan silibus pendidikan sekolah2 UMNO.

Apa jalan yang ada bagi mengubah sistem ini? Acuan ini? Hanya demokrasi setakat ini.


Tiada ulasan: