PERAKITE |
- SENARAI CALON PAS PADA MUKTAMAR
- Kepimpinan Kelantan perlu ada dalam pentadbiran PAS Pusat: Nik Aziz
- Polis dah kenalpasti pelaku dalam video seks
| SENARAI CALON PAS PADA MUKTAMAR Posted: 27 May 2011 04:18 AM PDT Berikut senarai calon yang disahkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013. Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan tanpa bertanding. TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj 2. Nasharudin Mat Isa, YB 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato' 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 5. Ahmad Sabki Yusof, 6. Aiman Athirah Al-Jundi 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 8. Apandi Mohamad, Hj 9. Asmuni Awi, Hj 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 11. Azman Shapawi, Ustaz 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 13. Halimah Ali, YB Dr. 14. Hamzah Abdullah, 15. Hamzah Jaafar, Dr. 16. Hanipa Maidin, Hj 17. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 19. Iskandar Abdul Samad, YB 20. Kamal Ashaari, Ustaz 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 23. Khalil Idham Lim, YB 24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 26. Mazlan Aliman, 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 34. Mohd Nasir Mustafa, 35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 38. Muhammad Husin, YB 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 44. Normala Sudirman, 45. Nuridah Salleh, Ustazah 46. Razman Zakaria, 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 48. Rosidi Hussin 49. Sa'ari Sungib, YB Hj. 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 51. Suhaizan Kaiat, 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj |
| Kepimpinan Kelantan perlu ada dalam pentadbiran PAS Pusat: Nik Aziz Posted: 26 May 2011 09:26 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR). Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong penuh dua Exco Kerajaan Negeri bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan akhir minggu depan. ![]() Dua exco itu ialah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Selain dua wakil rakyat itu, yang turut bertanding kerusi naib presiden kali ini ialah Salahuddin Ayub dan Bendahari Pas Dr Hatta Ramli, Dato Mahfuz Omar, dan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, dan Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad. "Kelantan ada kerajaan PAS. Oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh dibawa ke pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," kata Nik Aziz. Bagaimanapun, Nik Aziz berkata jika terpilih beliau menasihati pemimpin berkenaan perlu bijak membahagikan masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan. "Tidak ada masalah walaupun dua orang... (tetapi) jangan jejas mesyuarat Kelantan, masa mesyuarat Exco ada, nak atur macam mana terpulang, jangan bertembung. Mengenai pertandingan peringkat timbalan presiden, Nik Aziz memilih untuk berkecuali dan menyerah kepada perwakilan. |
| Polis dah kenalpasti pelaku dalam video seks Posted: 26 May 2011 06:58 PM PDT Polis mengesahkan sudah kenal pasti pelaku dalam rakaman video seks yang kononnya mirip pemimpin pembangkang. Polis sedang menyiasat kes itu yang dirakamkan di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu. "Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam. Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula. Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. Nota: Akhirnya fitnah terhadap Anwar terbongkar juga ex:pena kusisip |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan