shalehudin |
Perkasa kena kencing ngan AMK... kahkahkah... Posted: 20 May 2011 08:30 AM PDT Lawak berita nih... kahkahkah... Tak sangka kumpulan pendekar Umno yang menggelarkan diri mereka kumpulan pendesak Melayu - Perkasa telah kena kencing dengan AMK... hihi... Dengar ke nama hebat, cakap berdegar degar... siap ngan upacara hari hari angkat keris lagi... tetiba pi kena kencing dengan AMK... kahkahkah... Perkasa dengan perkasanya telah bersatu dengan sekelompok bangsa Umno yang tetiba jadi berani untuk tampil setelah konfom AMK tak jadi mai, untuk mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang. AMK pun satu kencing punya, janji tak tepati. Kalau dah berani sangat pun apa hal pi kensel last minute pulak. Takkan korang tak tau ataupun baru saja dapat tau adanya demo lain hari tu? Alasan macam tak masuk akal je nih... hehehe... Balik pada Perkasa ni pulak, kalau dengan kata semangat mereka... gunung Everest pun boleh cair beb... kahkahkah... tapi hampeh, kesian betoi... "(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu," jerit seorang penunjuk perasaan itu. Toksah tunggu jadi mayat la baru nak langkah, kerana sekarang pun bukan setakat langkah masa hangpa dok hidup lagi... tapi orang dah sepak terajang kerana kelakuan hodoh korang yang menyokong akhbar pemfitnah no satu negara. Apa yang puak puak Perkasa dan Umno lupa ialah, mereka jadi penyokong dan pndokong pada akhbar penyebar fitnah dan pelopor pada budaya caci mencaci dikalangan rakyat. Secara tak sedar, Perkasa telah bersama sama Umno, meletakkan diri dan organisasi yang mereka wakili ditempat atau dilubuk yang paling hina dimata rakyat yang sedar ini. |
Bersiap sedia tanpa Anwar Ibrahim Posted: 20 May 2011 06:00 AM PDT Ramai yang tak terkejut bilamana mengetahui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu telah mengarahkan dia untuk bersedia membela diri. Maaf cakaplaa... malah nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim selepas perbicaraan sekalipun telah diduga awal... Nasibnya lebih kelam kalau kita tengok balik hujah hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah yang mendakwa selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan -- yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa". Dengan keputusan tersebut, Anwar perlu melalui proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti. Proses pembelaan ini hanya wayang kerana hukuman sebenarnya sudah pun berjalan seperti yang diatur oleh tangan yang berkuasa di Malaysia nih... Anwar telah pun dimalukan semahu mahunya dikhalayak rakyat malah seluruh anggota keluarganya telah pun diaibkan dengan begitu dahsyat sekali... Mau atau tidak, pihak Pakatan Rakyat perlu akui bahawa Anwar adalah tulang belakang pada kebangkitan mendadak kecerahan politik Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 1999. Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair. PRU ke 13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan.Memana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13. Persiapan pula harus melengkapi pelbagai perkara dan penjuru. Dan tentu sekali, persiapan Umno Barisan Nasional adalah memenjarakan Anwar Ibrahim selama mana yang boleh... dengan harapan, Pakatan Rakyat akan hancur berkecai tanpa Anwar Ibrahim sebagai tulang belakang mereka. Memang dilihat Pakatan Rakyat agak terlalu bergantung pada apa yang ada pada Anwar. Sebab tu lah, Pakatan mesti buktikan kesepaduan mereka tetap utuh dan jitu walaupun tanpa Anwar dan persiapan rapi perlu dimulakan dari sekarang kerana masa kian suntuk untuk Pakatan bersiku sesama sendiri. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan