Addin |
- Pelik!! Air Kencing Manusia Di Jadikan Pengganti Minyak Kereta
- MB Selangor Desak Tindakan Segera Terhadap ADUN Kuang
- Panas!! RM4.24 Billion Duit Rakyat Bakal Lesap Lagi
- Negara Terkecil Di Dunia, Hanya 3 Orang Penduduk
- Awas!! Kopi DNA Babi
- Bongkar!! Wikileaks Dedah 19 Individu Berpengaruh Di Sekeliling Najib
- Demo Bantah Lynas dari KLCC ke Kedutaan Australia Lepas Jumaat Ini
- Mujahid Tolak Pencalonan Jawatan Naib Presiden
- Rayuan Dari Merdeka Review
Pelik!! Air Kencing Manusia Di Jadikan Pengganti Minyak Kereta Posted: 20 May 2011 05:00 PM PDT Sebuah perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah meneliti cara untuk menghasilkan energi dari air kencing manusia, dan untuk membukktikan teknologi ini berfungsi, pasukan ini membuat kereta kecil yang digerakkan oleh air kencing manusia. Teorinya, kandungan urea yang ada dalam air kencing mengandung banyak hidrogen. Dengan mengekstraknya maka akan tersaji banyak energi lewat gas hidrogen yang dihasilkan. Dan untuk itu, E-3 Technologies, perusahaan yang berbasis di Athens, Ohio, tengah mengembangkan teknologi pengolah urin sebagai intinya. Soal bahan nanti, boleh didapati dengan berbagai cara. Mendapatkannya dari toilet awam dan pejabat-pejabat, atau menggunakan pengumpul yang lebih besar melalui kerjasama dengan perusahaan pengolahan air limbahan./BK | ||||||
MB Selangor Desak Tindakan Segera Terhadap ADUN Kuang Posted: 20 May 2011 09:12 AM PDT PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendesak tindakan segera diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus yang mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, 'Selangor Terkini'. Menurutnya, Abdul Shukor yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor telah melanggar Seksyen 5 (1) dan (2) Akta Penerbitan Mesin Cetak 1984. Khalid berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein gagal menyiasat perkara itu menyebabkan Peguam Negara tidak boleh mendakwa Abdul Shukor memandangkan tidak ada hasil penyiasatan. Beliau juga kesal ekoran tidak ada tindakan lanjut daripada Hishammuddin walaupun surat bertarikh 6 Mei dihantar kepadanya malah laporan polis juga sudah dibuat. "Dalam surat balas kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mengemukakan sebarang hasil siasatan untuk pertimbangan. "Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisien menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan. "Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka Adun Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Khalid turut mendesak pihak KDN dan Hishammuddin menjalankan siasatan kerana laporan kedua telah dibuat pada 13 Mei lalu terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar haram ini secara terbuka. "Saya mengesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai Menteri Dalam Negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal," katanya./FMT | ||||||
Panas!! RM4.24 Billion Duit Rakyat Bakal Lesap Lagi Posted: 20 May 2011 06:30 AM PDT Sebuah institut kajian bernama Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendakwa projek MRT di bawah pengurusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengalami ketirisan sebanyak RM4.24 bilion. Wang tersebut dikatakan cukup untuk membina laluan eksklusif bas sepanjang 212 km, demikian menurut laporan kajian CIMB, KPRU. Menurut kajian itu lagi, berdasarkan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan MRT akan mencecah RM53 bilion. KPRU ingin menekankan bahawa RM53 bilion tersebut akan terjelma dalam bentuk beban hutang sebanyak RM14,096 bagi setiap pembayar cukai. "Projek MRT bukan sahaja merupakan projek terbesar dalam sejarah Malaysia, malah jika tidak diuruskan secara berhati-hati, projek tersebut berkemungkinan menjadi hutang terbesar dalam sejarah negara kita." Kerajaan turut dibidas kerana gagal melaksanakan bidaan secara terbuka dan profesional untuk projek MRT. "Perkembangan terbaru, kontrak Penilaian Kejuruteraan Bebas (Independent Check Engineer, ICE) telah dianugerahkan kepada konsortium yang bernama HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) secara rundingan terus yang dikatakan penuh dengan 'tipu muslihat dan komplot'." Tanpa proses bidaan terbuka, KPRU mendapati hasil kajian projek monorail di Malaysia melihatkan kelebihan kos sebanyak 8% hingga 53% jika dibandingkan dengan kos pembinaan di Singapura dan Manila. KPRU turut membandingkan projek 'Marina Downtown Circle Line' di Singapura dan mendapati bahawa MRT KL/Lembah Klang yang menelan kos sebanyak AS$288.3 juta sekilometer atau RM873.7 juta sekilometer. Sementara projek jajaran Downtown yang berada sepenuhnya di bawah tanah dan tanpa pemandu hanya 16% lebih mahal daripada MRT, iaitu sebanyak AS$333.8 juta sekilometer atau RM1.01 bilion sekilometer. Oleh itu, KPRU mahu kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemat. Selain itu institut ini juga mahu kerajaan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah pengangkutan yang lebih menyeluruh dan mampan serta tidak bergantung kepada MRT sebagai satu- satunya jalan penyelesaian kepada masalah pengangkutan awam. | ||||||
Negara Terkecil Di Dunia, Hanya 3 Orang Penduduk Posted: 20 May 2011 05:00 AM PDT Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah terdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara faktual, de facto. Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang ditaktor yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang ia proklamirkan 3o tahun silam itu. Molossian Bangsa yang didirikan pada 26 Mei 1977 . Dikenal pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman dinyatakan Raja James I, dan Kevin Baugh dinyatakan Perdana Menteri. Setelah tempoh singkat kegiatan sporadis bangsa memasuki masa dormansi. Raja James I, meskipun masih raja, tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu. Kerajaan terus, tanpa campurtangan Raja, dan terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 itu berganti nama menjadi Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 berganti nama XI itu lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria. Kerajaan nomaden ada sebagai pemerintah, tanpa sebuah rumah. Dijalankan oleh Perdana Menteri, Pemerintah bepergian ke Eropa. Sementara di Eropa, dan setelah kembali dari Eropa pada tahun 1992 XV, Kerajaan makmur dan tumbuh dalam budaya. Luas Wilayah : 14.3 acres Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada) Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor) Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto) Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and "Griko" Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino) Ibu Kota : Espera Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes) Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing )
Borak kosong | ||||||
Posted: 20 May 2011 02:47 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kafe Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu. Ketiga-tiga pengarah Rail Passion Sdn Bhd iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan. Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada Rail Passion. Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik, Kluang 25 Mac lalu. Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu. Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Keputusan analisis di Jabatan Kimia turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan. Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan. Sementara itu, syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada Rail Passion. Laporan media itu menambah syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing, Kluang antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu. Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah Rail Passion. Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan./TMI | ||||||
Bongkar!! Wikileaks Dedah 19 Individu Berpengaruh Di Sekeliling Najib Posted: 20 May 2011 12:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu. Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan. Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib. Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu. Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan. "Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu. The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib. Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini. Turut disenaraikan ialah: • Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar; • Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd; • Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); • Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura; • Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof; • Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh; • Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng; • Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib; • Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan; • Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai; • Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew; • Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor; • Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan • Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin. Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya./TMI | ||||||
Demo Bantah Lynas dari KLCC ke Kedutaan Australia Lepas Jumaat Ini Posted: 19 May 2011 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan bagi membantah projek Nadir Bumi oleh Lynas di Gebeng Kuantan akan diadakan di KLCC selepas solat Jumaat, jam 2 petang ini. Peserta dijadual berkumpul di KLCC sebelum berarak ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi negara itu. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, demonstrasi anjuran People's Green Coalition itu turut dipimpin oleh Kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas. "Perarakan ini anjuran People's Green Coalition yang terdiri daripada semua NGO yang memperjuangkan bumi Malaysia yang selamat dari segala macam pencemaran. Ia disertai semua organisasi dan individu yang mahu alam yang lebih baik dan selamat untuk diduduki," "Ia termasuk parti politik, mahasiswa, dan pertubuhan-pertubuhan lain ," kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com. Ditanya mengapa lokasi KLCC dipilih, Fuziah berkata ia berdekatan dengan Pejabat Suruhanjaya Australia di Jalan Yap Kwan Seng. "Ia paling dekat dengan kedutaan Australia dengan masjid KLCC. Tapi tidak bermaksud mereka tidak boleh melakukan bantahan di tempat lain atau terus datang ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia," ujarnya. Berhubung polis pula, Fuziah berkata penganjur telah memberitahu pihak polis bahawa mereka menjangkakan pihak berkuasa itu akan memberikan kerjasama untuk menjaga keselamatan awam dan aliran trafik ketika perarakan diadakan. "Polis memelihara orang ramai dari ancaman yang menggugat keselamatan awam, dan dalam kes ini Lynas yang menggugat ketenteraman awam," kata Fuziah. Fuziah dalam masa yang sama turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob baru-baru ini, bahawa projek itu cuba dipolitikkan pembangkang. "Sebelum ini memang kita lihat saya mulakan kempen ini tetapi apabila sokongan rakyat mula meningkat BN merasa tergugat kerana ia dipimpin oleh Ahliparlimen pembangkang. "Mereka tidak boleh faham, kami mewakili rakyat dan memperjuangkan keselamatan rakyat," katanya./KD | ||||||
Mujahid Tolak Pencalonan Jawatan Naib Presiden Posted: 19 May 2011 09:03 PM PDT Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa bersetuju dicalonkan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat tapi menolak pencalonan sebagai naib presiden pada pemilihan muktamar parti di Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun depan. "saya bersetuju menerima pencalonan untuk jawatan AJK PAS Pusat dan selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus berkhidmat untuk parti demi agama, bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Mengenai jawatan naib presiden, beliau berkata, setelah beristikharah dan memohon supaya keputusan saya adalah yang terbaik di sisi Allah dan manusia dengan ini memaklumkan bahawa saya menarik diri dari pencalonan naib presiden. "Saya mengharapkan ianya keputusan yang terbaik supaya memberi ruang kepada calon-calon yang lebih berwibawa untuk membawa parti ini melonjak ke hadapan," tambahnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar merakamkan jutaan terima kasih kepada Kawasan-Kawasan yang telah mencalonkannya dengan sangkaan baik untuk beliau memberi sumbangan kepada parti. "Menerima pencalonan adalah satu penghargaan namun beban untuk menjalankan tugas jika terpikul adalah satu pertanggungjawaban," ujar beliau./FMT | ||||||
Posted: 19 May 2011 07:00 PM PDT Meskipun Merdeka Review hanya membuka edisi bahasa Malaysianya pada Julai 2009, namun pada hakikatnya MerdekaReview telah wujud sejak Ogos 2005 dengan edisi bahasa Cina. Dengan kata lain, MerdekaReview telah beroperasi untuk lima tahun, dan bakal menyambut ulangtahun keenam pada Ogos yang akan datang. Malah, semangat pasukan kami semakin berkobar-kobar untuk menghadapi PRU ke-13. Namun demikian, pasukan editorial MerdekaReview dimaklumkan pada saat-saat ini, bahawa penaja-penaja tidak akan lagi menyuntik dana untuk melanjutkan hayat MerdekaReview. Ketua Pegawai Eksekutif MerdekaReview, Ngeow Yin Ngee telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan suntikan dana, namun gagal. Maknanya, MerdekaReview terpaksa menamatkan operasinya pada 31 Mei 2011. Hampir enam tahun MerdekaReview mencurahkan usaha untuk membangunkan media internet, dan kami enggan akur dan pasrah begitu sahaja. Kami mengharungi segala rintangan dan cabaran, termasuk halangan untuk membuat liputan kerana tidak diberi pass media, kami pernah diserang hacker, ditohmah dan dilontar pelbagai tuduhan dan sebagainya. Dan kami tetap berjaya mengharungi segala-galanya! emakin melonjak, dan pasukan editorial kami disertai wartawan baru. Kami menubuhkan edisi bahasa Malaysia dua tahun lalu, sungguhpun pada skala yang kecil, namun dengan tenaga manusia yang terbatas, kami cuba sedaya-upaya untuk menyajikan liputan berita mahupun analisa yang tajam dan pedas. Pada masa yang sama, bahagian pengiklanan kami juga memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan. Kami tidak sanggup melihat usaha enam tahun ini dikebumikan dalam sejarah. Kami masih menaruh harapan untuk terus berada di gelanggang media, dalam senario politik yang semakin mencabar pada hari ini. Tulisan kami mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak, malah barangkali semua pihak - khususnya pemerintah dan pembangkang yang menganggap kami sebagai lidah musuh, apabila kritikan dilontarkan kepada mereka. Kami sedar bahawa ia sesuatu yang sukar untuk "berkecuali", dan mengetengahkan pandangan yang melangkaui kepentingan kepartian. Namun itulah idealisme kami untuk mengkritik atas prinsip dan kebaikan masyarakat keseluruhannya. Namun kami yakin, bahawa usaha ini akan mendapat restu daripada pembaca, kalau bukan semua. Kami akan terus mendedahkan kebenaran, berjuang untuk kebebasan media, dan mengkritik segala pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi. Kami membuat cubaan terakhir, dan mendoakan cahaya harapan di penghujungnya. Selamatkanlah MerdekaReview! Kami memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM60,000 sebulan untuk mengekalkan skala operasi yang sedia ada. Kami merayu agar pembaca: Menderma untuk MerdekaReview, agar kami mengatasi rintangan ini. Menjadi penaja atau mencarikan penaja untuk MerdekaReview (jangka panjang). Menulis artikel kepada MerdekaReview, atau media lain, untuk menyeru agar sokongan disuntik kepada MerdekaReview. (editorial_bm@merdekareview.com) Menyebarkan maklumat ini secara luas. Anda boleh derma melalui akaun bank berikut: Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891) EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973) Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099). Maklumat lanjut sila klik sini. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan