Anak Sungai Derhaka |
- Harga barang dijangka meningkat 30% hujung 2011
- Akhbar sendiri dah bungkus.. sibuk pertahan akhbar UMNO pulak..
- UMNO masih Gila Talak.
- Harga susu naik 5-6% mulai Jun.. Raikanlah!!
- Malaysia Negara Islam yang di Contohi - Muhyiddin
- PANAS!! Nama-nama Syarikat yang dikuasai Najib dan Kroninya...
- PANAS!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib.
- MB Kedah dah ada Facebook!!
Harga barang dijangka meningkat 30% hujung 2011 Posted: 20 May 2011 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008. "Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005. "Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010," kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar). Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan. "Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas," katanya. Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006. "Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol" kata beliau lagi. Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi. Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah. "Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin. "Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum," katanya lagi. Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga. "Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP. "Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Akhbar sendiri dah bungkus.. sibuk pertahan akhbar UMNO pulak.. Posted: 20 May 2011 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa dan Umno menggesa agar orang Melayu mempertahankan Utusan Malaysia dengan apa cara sekalipun sambil mendakwa akhbar itu kekal satu-satunya suara tulen masyarakat itu di negara ini. Kedua-dua kumpulan itu menyerang parti-parti Pakatan Rakyat yang menggambarkan Utusan sebagai akhbar rasis. Menurut Perkasa dan Umno, akhbar milik Umno itu menyediakan laporan yang seimbang berbanding akhbar-akhbar milik pembangkang dan portal berita. "Utusan Malaysia adalah suara rasmi orang Melayu, selagi Utusan hidup, selagi itulah orang Melayu hidup. "Perkasa akan mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke akhir," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali. Syed Hassan memberi amaran kepada bukan Melayu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sambil berkata, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk memobilisasikan ahlinya untuk mengadakan protes bagi mempertahankan akhbar tersebut. Kira-kira 150 ahli Perkasa dan Umno berarak ke arah ibu pejabat Utusan untuk menyerahkan memorandum menyokong akhbar tersebut. "Utusan berani, ia bercakap yang benar mengenai orang Melayu, kami memberi amaran kepada mereka yang menyerang Utusan, langkah mayat kami dulu. Kami tidak akan benarkan ia berlaku," teriak seorang ahli Perkasa ketika perarakan itu. Turut hadir bekas ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifa dan Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid. The Malaysian Insider |
Posted: 20 May 2011 12:46 AM PDT KUANTAN, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO bersedia meneruskan rundingan dengan Pas mengenai isu perpaduan Melayu. Tegas beliau kedua-dua parti itu perlu menghentikan perbalahan dan duduk berbincang bagi mengelak masyarakat Melayu semakin berpecah. "Kedua-dua parti perlu hentikan perbalahan dan sudah sampai masanya kita melihat kedudukan kaum Melayu pada masa akan datang," katanya selepas menyampaikan taklimat isu-isu semasa dan Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, Khamis. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata perbalahan mempertahankan ideologi politik tidak membawa manfaat malah membawa banyak kerugian. "Masih terdapat sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang inginkan perpaduan kerana jiwa Melayu sememangnya ada dalam diri mereka," katanya. Pada masa yang sama beliau turut meminta agar persidangan sayap-sayap UMNO dan UMNO Bahagian yang sedang berlangsung sekarang membincangkan agenda perpaduan Melayu sebagai antara usul utama dalam persidangan masing-masing. "Ini sesuai dengan ingatan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang mengatakan bahawa Melayu perlu kuat dan orang Melayu akan menjadi kuat bila bersatu padu. "Ia juga sebagai menyambut seruan Presiden kita, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perlu Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bersama berbincang demi perpaduan Melayu", ujarnya. Bernama |
Harga susu naik 5-6% mulai Jun.. Raikanlah!! Posted: 19 May 2011 09:17 PM PDT PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah. Berita-berita seperti ini, iaitu pengumuman kenaikkan harga produk keluaran Syarikat mereka oleh Pengarah-pengarah Urusan Syarikat tersebut akan lebih banyak kita lihat pada bulan june ini.. Tujuannya hanya satu.. iaitu memindahkan punca atau meletakkan kesalahan kerana kenaikkan harga barang keperluan asas kerana Subsidi Diesel untuk Syarikat Pengangkutan telah ditarik oleh Kerajaan UMNO/BN keatas bahu Syarikat pengeluar produk tersebut... Ianya sekaligus membuatkan rakyat terutamanya pencacai UMNO terus menyalahkan pengeluar produk tersebut dan secara tidak langsung mengiyakan kenyataan Muhyiddin bahawa kenaikkan harga barang ini bukanlah salah kerajaan.. Harga susu naik 5-6% mulai Jun PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah. Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu. "Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh. "Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam. Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih. Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini. "Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini," katanya. Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran. Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu. "Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar," jelasnya. Kosmo |
Malaysia Negara Islam yang di Contohi - Muhyiddin Posted: 19 May 2011 08:03 PM PDT "Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," kata Muhyiddin.. Tambahnya lagi "Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN)." Tapi… Muhyiddin… Negara kafirpun ada yang melarang penayangan Video Lucah secara terbuka apatah lagi di sebuah Hotel yang ternama.. malah mengedarnya secara terbuka juga dilarang.. Di negara kafir sekalipun kita sukar untuk melihat fitnah disiarkan oleh media cetak dan media elektronik macam Utusan dan TV3 tu.. Negara Kafir pun menghukum bunuh pesalah rasuah, tapi kita yang dibuktikan rasuah diberikan pula jawatan yang lebih tinggi.. Negara Kafir yang paling hina iaitu Israel pun tidak mempunyai dua set undang-undang seperti Negara Islam Malaysia ni.. (satu untuk UMNO dan Pencacainya dan satu lagi pula untuk rakyat biasa).. Negara kafir itu menganggap semua warganya adalah sama dimata undang-undang.. Aku kurang pasti Negara Islam mana yang menjadikan Malaysia sebagai contoh.. Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini. ''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia. "Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim. Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua. Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar. "Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau. Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua. Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan. Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain. Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Lidah Rasmi UMNO |
PANAS!! Nama-nama Syarikat yang dikuasai Najib dan Kroninya... Posted: 19 May 2011 10:44 AM PDT Nazri Aziz pernah berkata dari 100% pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra melalui Malaysia Today hanya 40% yang benar.. oleh sebab itu kini dari 4000 dokumen yang bakal didedahkan oleh Malaysia Today yang kini berkerjasama dengan Wikileaks sudah pasti 1600 pendedahan adalah benar.. Dulu bila Wikileaks mendedahkan kabel tentang Anwar riuh rendah pencacai UMNO memainkan pendedahan tersebut.. sekarang mari kita lihat siapa yang kena.. Menurut Raja Petra pendedahan ini adalah yang pertama dari 4000 dokumen yan mempunyai kaitan dengan Kerajaan UMNO/BN. Dalam siri pendedahan yang pertama ini selain dari 19 nama kroni Najib (sila lihat di SINI) nama-nama Syarikat yang mana Najib atau salah seorang dari anggota keluarganya terlibat secara langsung sebagai Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif. Sebahagian besar dari Syarikat ini memegang atau memperolehi kontrak Kerajaan dan mempunyai hubungan terus dalam perniagaan dengan Kerajaan UMNO/BN.. Associated Companies 5. (C) Post used both open as well as informed sources to build an initial picture of the companies associated with Najib and or his family members. The companies listed below all have Najib or one of his immediate family members on their executive boards. Most of the companies listed also hold government contracts or are believed to have substantial business interaction with the government. -- Commercial International Merchant Bankers (CIMB) Group: Malaysia's second largest financial services provider and the fifth largest in Southeast Asia. It is owned by Bumiputra-Commerce Holding Berhad (BCHB), which is listed on Malaysia's stock exchange, the Bursa Malaysia, with a market capitalization of 26.6 Billion ringgit (about USD7.4 billion). -- Symphony House Berhad: A publicly listed company mainly involved in business process outsourcing. -- Johan Holdings: A publicly listed company involved in manufacturing ceramic tiles, distribution and sale of health foods and supplements, property development, and resorts and hotels. -- Sapura Group: Has businesses interests in the secured communications and oil & gas industries with investments in Australia, Singapore, Brunei, Thailand, Sri Lanka, Philippines, Pakistan and China. -- Hong Leong Group: A Malaysian-based conglomerate with investments in financial services, manufacturing, and property and infrastructure development. The group's shares are listed on the stock exchanges of Malaysia, Singapore, Hong Kong, the Philippines, and Europe. -- Paramount Corporation Berhad: A publicly listed company with diverse interests in property development and investment, construction, and educational services. -- TH Group Berhad: A publicly listed company involved in plantations, contracting, biohealth care and information technology. -- Dijaya Berhad: A publicly listed company involved in property development, investment, and management as well as investment holding and manufacturing. -- MMC Group: A utilities and infrastructure group with interests in transportation and logistics, energy and utilities, engineering, and construction. Its international business dealings focus on the Middle East, with investments in utilities and logistics in that region. -- DRB Hicom: The largest totally integrated automotive company in Malaysia, with operations in the manufacturing, assembly, and distribution of passenger and commercial vehicles. It also is involved in property and infrastructure development, and provides the Malaysian military land-based vehicles. -- Hiap Teck Venture Berhad: A publicly listed company, it is the leading manufacturer of steel products in the country. -- Mamee Double Decker Berhad: A publicly listed company involved in the manufacturing and marketing of a wide range of soft drinks, food and dairy products; other activities include property development. -- Delloyd Ventures Berhad: An investment holding company with subsidiaries engaged in the manufacture and sale of automobile parts and accessories, palm oil plantations, repair and maintenance of motor vehicles, manufacture and export of agrichemicals, and magazine publishing. -- Yeo Hiap Seng Berhad: Principally involved in the production, marketing, and sale of food, beverages, and sweetened condensed milk. -- Nylex Berhad: Manufactures and markets vinyl-coated fabrics, calendered film and sheeting, and other plastic products, including geotextiles and prefabricated sub-soil drainage systems. -- Daiman Development Berhad: Principally involved in property development and trading. -- Ethos Capital: A boutique investment company chaired by Rohana Mahmood. more HERE |
PANAS!! Wikileaks dedah 19 nama Kroni Najib. Posted: 19 May 2011 09:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja. Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu. Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan. Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib. Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu. Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan. "Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu. The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib. Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini. Turut disenaraikan ialah: • Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar; • Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd; • Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); • Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura; • Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof; • Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh; • Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng; • Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib; • Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan; • Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai; • Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew; • Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor; • Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan • Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin. Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya. The Malaysian Insider |
Posted: 19 May 2011 09:10 AM PDT Sebelum itu.. Artikel ini bukanlah ditulis dengan niat untuk menghina apatah lagi untuk memperkecilkan kewibawaan Ustaz Azizan malah jauh sekali untuk menjatuhkan kredibiliti beliau yang aku hormati.. tetapi sebagai hebahan untuk pengetahuan sahabat sekelian.. Semalam aku terbaca kat KedahLanie.info satu artikel yang ditulis oleh anakkedah 007 mengenai facebook dan blog yang dijadikan medium untuk merapatkan hubungan antara Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Rakan-Rakan Facebook mereka.. Penulis menyuarakan kesedihan kerana MB dan KM negeri Pakatan Rakyat ada juga facebook tapi MB mereka tak ada... Sedih jugak aku baca.. Kesian kat depa.. meleret-leret ayat dia.. cuba korang baca kat bawah ni.. MB dan KM negeri Pakatan Rakyat ada juga facebook tapi MB kami tak ada..kesian kat kami.. Aduhai... sapa-sapa yg jadi rakyat Kedah dan suka layan facebook dan blog nie tentu rasa malu dan tercabar bila tengok KM pakatan rakyat dari Penang nak jumpa Rakan-Rakan Facebook beliau.... Apa tak malunya... MB KEDAH kami haram tak ambik peduli pon bab facebook dan blog nie.. Jika dia ambik peduli tentu dah ada facebook beliau... nie haram tak ada pon.. yg ada satu tu pun baru2 nie ja buat itu pon tak tau sapa punya sebab tak berupdate... Jika MB KEDAH sebok kami tau laa dia kan MB dan bila jadi MB nie tentulah sebok tapi yang herannya MB nie w/pon sebok terra mana pon tentu dia ada PA dia tak pun Jabatan Penerangan dia... takan puak-puak nie tak reti nak uruskan benda nie... Aku tengok NIK AZIZ & ANWAR IBRAHIM ok jaa dok layan RAKAN-RAKAN FACEBOOK depa.. Tapi mai yang KEDAH nie awat laa tak tau nak kata apanya.... macam perak buih jaaa dengan manatang facebook & blog nie.... Bukan apa rakyat nak tau juga xtvt terdekat dan terkini MB kita.. Jika ada facebook dan blog nie dapat juga rakyat dapat tau cerita fresh dan koleksi2 cerita MB kita sebagai rujukan.... kalau aku nak buat aku bukannya ikut pungkoq MB hari-hari.... orang yg follow MB hari2 ialah orang yang bertugas dekat wisma tu laa...jadi depa nie yg kena bijak oleh cerita pasai MB nie... ambik gambaq dia buat lawatan..mcm spt AGUNG mai baru2 nie, banyakan gambaq MB bersama AGUNG dan TUANKU SULTAN... tunjukkan keeratan mereka bersama dalam majlis.. benda2 macam nie rakyat nak tengok.... Tapi tak tau laa nak kata apa kat hangpa dah 3 tahun dah perintah oi.. takan tak boleh belajaq lagi kot nak promosi media mcmana..... - KedahLanie.info Bila habis saja aku membaca artikel tu.. akupun log-in Facebook aku.. Dalam sibuk chatting tu aku klik kat friend request tu pasal aku tengok ada lagi 12 orang yang berkawan dengan aku.. dalam aku klik Confirm Friend request tu.. terpandang aku satu wajah yang amat popular di Kedah.. Wajah itu ialah Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.. Tahniah buat Ustaz Azizan yang kini sudah mempunyai Facebook!! Kat bawah aku letak link FB dia.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan