Rabu, 11 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Matinya seorang Osama...

Posted: 11 May 2011 09:00 AM PDT

APA MAKNA ASSET CIA?

KERJA ORANG DALAM


MATINYA SEORANG OSAMA

Ketika bangunan World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang aku duduk dalam satu sel dengan Tian Chua dalam kem tahanan Kamunting. Kami dikawal dari mengetahui apa yang sedang berlaku diluar penjara. Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi satelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.

Aku tidak mengetahui apabila berlakunya serangan ke atas WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu Elizebeth Wong telah datang melawat Tian Chua dan dia membawa berita ini. Aku dengan serta merta merasa agak was was tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Percambahan fikrah aku tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat bulat apa sahaja fakta dari kuasa daulah tanpa ditapis.

Dalam masa yang sama - tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku. Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri maka aku lihat mereka telah diperangkap dengan satu mondus operandi operasi hitam untuk menghalalkan pengunaan ISA – penjara tanpa bicara.

Bila aku kaji kes Al-Maunah maka aku merasakan ledakan WTC ini juga adalah satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.

Satu minggu sesudah 9/11, aku telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes Tunjuk Perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke Rumah Pasong Sentul sebelum kami dipindahkan ke satu tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur. Di rumah pasong inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah ke WTC kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di rumah pasong Sentul.

Aku tidak ambil pot tentang siapa Osama bin Laden. Untuk aku nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu satu ledakan di Kerpan Kedah terjadi bilamana seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampong untuk dijadikan kolam udang. Aku masih ingat lagi benterokan berlaku awal tahun 90an dimana orang kampong telah bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampong dengan kerja sama United Malays National Organisation.

Mara kehadapan dua tahun kemudian : Apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu. Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka poyo lagi tojo dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.

Semakin banyak bahan yang aku baca - semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah ialah agenda Mahathir pada tahun 2000. Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir Muhamad. Juga dengan sandiwara bersenjata Al-Sauk Al Maunah ini Mahathir sedang menyediakan persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi.

Justeru – apabila 10 orang aktivis Reformasi dan kepimpinan Keadilan di tangkap - kami dituduh yang kami sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir Muhamad. Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.

Sayangnya, agenda Mahathir dengan Operasi Al-Sauk Al-Maunah ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai telah diberi tahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit. Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan Mahathir Muhamad terbarai.

Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Sauk Al Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang rompakan ini boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.

Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama manja Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil pot tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11.

Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali – akhirnya lebih dari 50% warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Puteh, Tentera atau FBI.

Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan telah mula mempersoalkan 'kerja orang dalam ini'. Mereka yang mempertikaikan naratif resmi ini bukan 'kecik anak'. Morgan Reynolds bekas penasehat ekonomi di bawah Bush Senior, Paul Roberts Ketua Nasa dari Jabatan Pertahanan, Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) adalah diantara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap apa yang berlaku pada 9/11.

Manakala Andreas Von Buelow bekas Menteri Pertahanan German secara terang terang telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi CIA yang mewujudkan 9/11.

Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama ' Loose Change'. Dokumentri ini dengan berjaya telah membuktikan bahawa ledakan WTC pada 9/11 adalah kerja orang dalam. Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan oleh Loose Change.

Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa pada 9/11 itu bukan dua ( not two ) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan ke tiga ini dipanggil Building7. Yang menjadi lawak besar ( macam lawak Pajero AL-Maunah ) Building7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaida. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.

Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas telah menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperilis Amerika dalam tindakan untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Di era Perang Dingin dahulu – sebelum runtuhnya Tembok Berlin - yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Russsia dan Komunis. Selesai Perang Dingin ini Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strateji yang dipanggil – perang menentang keganasan.

Dengan jelas aku melihat bahawa seperti Al-Sauk Al-Maunah dimana Mahathir Muhamad ingin meneruskan agenda politik untuk memperkayakan kroninya - George Bush juga telah menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq 'military industrial complex' - kuasa industri senjata Amerika ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.

Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad Pakistan aku juga tidak ambil pot. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam Kamunting. Aku tidak ambil pot kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca – amat jelas bahawa Osama ini adalah pekakas yang telah digunakan oleh CIA. Macam selipar jepun, macam skrew, macam beg palstik – semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.

Skrew mungkin berkarat. Selipar jepun mungkin talinya terputus. Beg plastik mungkin telah terkoyak - maka semuanya boleh dibuangkan bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham – bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.

Tetapi untuk sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji tentang sejarah 9/11 dan sejarah Osama akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentri telah dibuat. Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil 'asset' dalam pengistilahan CIA. Asset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.

Dari segi fakta sejarah - hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80'an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Russia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russia secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet 'jihad melawan komunis'. Berbondong bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Russia di Afghanistan akan dipanggil Mujahidin.

Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan 'jihad' ini. Imej Islamik amat amat diperlukan. Maka disinilah munculnya peranan Osama Bin Laden. Seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunnah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat - Osama adalah 'asset' terbaik untuk CIA.

Duit mula meloroh masuk membantu Mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya raya. Bayangkan betapa gembiranya para Mujahidin apabila mendengar muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka. Tetapi ada orang yang lebih bergumbira; kuasa imperial Amerika amat amat gumbira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.

Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak anak muda yang datang 'berjihad' di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas. Dibelakang niat suci dan niat baik para Mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan Satu Kerajaan Dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.(TT)

Hangpa heran ka?

Posted: 11 May 2011 07:37 AM PDT

Hangpa heran ka bila dapat tau si Najib dan Umno yang tetapkan agenda Utusan Malaysia... kahkahkah... Nak heran apa woiii, Utusan Meloya tu kan ka lidah Umno yang bercabang... apa yang Utusan Meloya tu kata, tu la suara Umno... Umno tu Utusan dan Utusan tu Umno...

Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, agenda Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Hata berkata, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin, lapor sebuah portal berita, Free Malaysia Today.

Selain Najib, hadir dalam mesyuarat itu adalah timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein, Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu katanya, akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," kata Hata.

Ooo... jadi jelas lah kita yang tindakan Utusan Meloya selama ni adalah arahan terus dari Najib and the gang... patut la bau hancing... kahkahkah...

Umno dua kali bodoh

Posted: 11 May 2011 06:38 AM PDT

Apa lagi yang Umno boleh kata melainkan terlopong dan ternganga. Apa taknya, senjata yang mulanya dihala tuju pada musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim telah kini memakan diri.

Bayangkan lah, ulama muda Umno sendiri merasakan amat tak patut mengaibkan Anwar sebegitu rupa. Tak tau lah aku kalau masih ada blogger blogger Umno dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya masih lagi mengganggap Datuk T sebagai hero dan Anwar akan di hentam semahu mahunya dengan modal video seks yang entah apa apa tuh...

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.... kahkahkah...

Pondok Polis pun kena bakar, kurang asam betoi...

Posted: 11 May 2011 03:30 AM PDT

Bakar pondok polis: 13 ditahan bantu siasatan

NIBONG TEBAL — Polis menahan 13 lelaki bagi membantu siasatan terhadap kejadian kebakaran pondok polis dan pusat operasi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Taman Merak di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mereka yang ditahan di sekitar Taman Merak itu berusia lingkungan 18 hingga 32 tahun dalam satu operasi besar-besaran mengesan suspek.

Katanya, pada kejadian kebakaran pukul 11.10 malam tadi itu, pondok polis yang terletak dalam pusat operasi JKKK itu turut terbakar.

Beliau berkata, perbuatan khianat membakar pusat operasi JKKK itu dipercayai berpunca dari kes membalas dendam terhadap seorang lelaki yang parah kerana diserang oleh anak salah seorang anggota JKKK di kawasan itu minggu lepas.

"Akibat tidak puas hati ekoran insiden serangan tempoh hari, sekumpulan lelaki dipercayai anggota keluarga dan rakan mangsa itu bertindak membakar pusat operasi termasuk pondok polis yang berada dalam pusat itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka yang terbabit kini ditahan reman di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang dikenali sebagai Tan Choon Wei atau dikenali Ah Wei, 26, dan M.Jeganathan, 30, bagi membantu siasatan.

Tan mempunyai alamat terakhir di No 2, Lorong 44, Taman Merak, Simpang Ampat dekat sini manakala Jeganathan di No 36, Lorong 33 di taman perumahan yang sama. — Bernama

Berita paling aneh... kahkahkah...

Posted: 10 May 2011 11:30 PM PDT

Hangpa jangan harap la nak jadi calon Umno lagi PRU nih... kahkahkah...

DUN: 2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan


Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Sewaktu membentangkan usul melarang akhbar milik Umno itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanya kepada Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) sama ada beliau percaya laporan itu.

Lim, yang membentangkan usul terhadap satu laporan Utusan pada 11 November tahun lalu berhubung kos pengubahsuaian kediaman rasminya, mengecam akhbar harian Melayu itu kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum di negara itu.

Hilmi sebelum itu mengakui Umno mungkin pemegang saham terbesar Utusan, tetapi ia tidak semestinya menerima semua yang dilakukan oleh akhbar tersebut. Katanya, seperti juga akhbar-akhbar lain, Utusan adalah sebuah entiti perniagaan dan cenderung untuk mensensasikan artikelnya untuk meningkatkan jumlah pembacanya.

Bagaimanapun, Hilmi meminta supaya menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa yang memutarbelitkan berita tersebut. Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kemudiannya mendesak Hilmi mengakui bahawa laporan kontroversi itu bertujuan untuk membangkitkan isu perkauman.

Beliau menggesa Hilmi, sebagai seorang pemimpin Umno, supaya memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi kesilapan sedemikian kerana ia memudaratkan negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Hilmi berkata akhbar-akhbar lain juga mensesasikan isu tetapi "kita tidak nampak yang lainnya berbuat demikian, tetapi hanya Utusan".

"Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno untuk memastikan ia tidak berulang?" tanya Jagdeep.

Lim kemudiannya meminta Hilmi menyatakan pandangan peribadinya sama ada beliau percaya laporan itu, yang berdasarkan kepada maklumat tidak disahkan di dua blog pro-Umno.

"Sebagai rakyat Malaysia, bila saya mula-mula baca laporan itu, saya tidak percaya sama sekali," kata Hilmi.

"Kita telah hidup harmoni dengan semua kaum buat sekian lamanya... jadi biarkan kita tunggu siasatan dan kemudiannya kita boleh mengesahkan siapa yang melakukan ini. Saya percaya kita semua rasional," tambahnya.

Lim kemudian berkata "syabas!" dan terus bertanya kepada seorang lagi ADUN Umno sama ada beliau percaya laporan itu.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong, kanan) menjawab: "Saya mahukan sebuah negara yang aman."

Bila terus didesak oleh Lim Farid meminta supaya menunggu hasil siasatan. Bila diminta menjawab secara jujur, Farid berkata: "Saya tidak percaya laporan itu."

Hanya Hilmi dan Farid ADUN Umno yang berada dalam dewan ketika usul untuk melarang Utusan membuat liputan persidangan DUN dibentangkan. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Boleh buat duit nih... kahkahkah...

Posted: 10 May 2011 09:00 PM PDT

Pelancongan & sumpah laknat
Oleh Hishamuddin Rais

Menurut satu sumber, sumpah laknat berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah sesetengah saudagar agama, satu sumpah laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.

Berbanding dengan sumpah laknat tiga tahun dahulu, kali ini sumpah laknat lebih teratur dari segi pengurusan media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus tentang sumpah laknat.

Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan, Masjid Sentul yang biasanya kosong tiba-tiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.

Untuk merancakkan kempen sumpah laknat ini, para pelakon telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita sumpah laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.

Menurut saudagar agama dari sebuah negeri di Utara semenanjung Malaysia, sumpah laknat ini juga boleh difrancaiskan. Malah beberapa buah masjid di Malaysia ini perlu menyediakan kelengkapan khas untuk menjalankan Sumpah Laknat. Masjid Sentul boleh dijadikan masjid contoh khusus untuk membuat sumpah laknat.

Para pelancong dari Eropah yang menghadapi banyak masalah undang-undang atau terbelenggu dengan kes saman menyaman boleh datang ke Malaysia untuk melafazkan sumpah laknat. Saksi, penterjemah dan pemandu pelancong wajib disediakan oleh masjid-masjid. Masjid juga dikawal untuk memastikan hanya yang telah mendapat lesen sahaja dibenarkan untuk menjalankan upacara sumpah laknat.

Malah sesudah sumpah laknat dilafaz, satu watikah akan dikeluarkan untuk mensahihkan sumpah ini. Masjid-masjid yang menjalankan sumpah laknat ini wajib terus dikawal untuk memastikan perniagaan sumpah laknat ini terjamin kualitinya. Dengan kualiti yang terjamin bukan sahaja pelancong akan berpusu-pusu masuk ke Malaysia, malah jabatan berkaitan boleh membuka cawangan sumpah laknat di luar negara.

Pasaran sampingan

Mengikut jurucakap jabatan itu yang tidak mahu namanya disebut, perniagaan sumpah laknat ini berpotensi untuk membuka satu pasaran yang luas.

Di Malaysia perniagaan sumpah laknat ini pasti akan dilesenkan hanya kepada Melayu-Bumiputera sahaja. Tidak ada lesen akan dikeluarkan kepada non-Bumiputera. Ini untuk memastikan industri sumpah laknat ini tidak akan jatuh ke tangan bangsa lain.

Sumpah laknat ini juga akan membuka pasaran sampingan baru. Pelajar Bumiputera yang kini terlatih di Timur Tengah berkemungkinan untuk menjawat kerja-kerja yang bersangkutan dengan sumpah laknat. Malah universiti tempatan boleh membuka kursus sumpah laknat sebagai mata pelajaran wajib.

Hingga ke saat ini, Kementerian Pelancongan masih lagi belum membuat apa-apa keputusan. Kementerian sedang dalam dilemma. Tidak pasti cadangan dan kertas kerja mana yang akan menjadi asas kempen pelancongn tahun 2011 ini.

Cadangan dari Profesor Sintok juga memiliki merit untuk diimplementasi. Dalam masa yang sama cadangan dari beberapa jabatan juga amat menarik. Sokongan saudagar agama dari sebuah negeri di Utara semenanjung terbukti telah membantu jabatan itu.

Ketika ini pelancongan adalah mata pencarian utama untuk Malaysia. Ini kerana harga getah dan kelapa sawit telah jatuh. Pendapatan dari ekspot bahan bakar minyak pula telah semakin berkurangan. Semua ini menjadikan perlancongan sebagai sumber utama negara Malaysia.

Simbol pelancongan

Tidak dapat tidak, ekonomi Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan dua pilihan, satu daripadanya sumpah laknat. Tersalah pilih akan membawa akibat yang maha dahsyat. Tersalah pilih akan membawa porak-peranda yang akan memerosotkan ekonomi negara.

Sebelum ini, terdapat jabatan yang bermati-matian mengajukan sumpah laknat sebagai kempen pelancongan untuk tahun 2011. Cadangan ini kelihatan telah mendapat sokongan dari ramai peniaga dan saudagar-saudagar agama. Paling jelas sokongan datang dari beberapa orang saudagar agama dari sebuah negeri di Utara.

Para saudagar ini melihat dengan wujudnya sumpah laknat ini, maka saham dan peranan para saudagar agama ini akan melonjak. Malah besar kemungkinan pandangan dan pendapat para saudagar akan terus dilanggani oleh Kementerian Prelancongan.

Bayangkan selama ini, terutama anak muda, langsung 'tidak ambil pot' terhadap para saudagar ini. Berbuih-buih mulut para saudagar menjaja ke hulu ke hilir tetapi tidak ada sesiapa yang ambil pot. Apabila Kementerian Perlancongan membukakan tender dan mencari cadangan untuk kempen tahun 2011, maka para saudagar agama melihat ini adalah peluang terbaik. Ini bukan lagi durian runtuh tetapi ini peluang untuk membuka jalan mendapat kontrak. Silap-silap mungkin para saudagar agama ini akan diberi slot di televisyen untuk membuat program.

Cadangan ini telah tersebar di media. Berita ini telah menjadikan Profesor Sintok mengelabah. Para profesor melihat saudagar ini telah potong jalan. Mereka merasakan jika cadangan ini diterima oleh Kementerian Perlancongan maka 'soro' para profesor akan tergelincir. Masa depan Profesor Sintok ini semakin gelap. Mereka tidak lagi akan dipanggil untuk berseminar. Mereka mungkin akan menjadi tidak relevan.

Ada satu pekara yang paling menakutkan para profesor ini apabila tulisan ilmiah mereka mungkin tidak lagi diterima oleh akhbar arus perdana. Jika ini berlaku maka runtuhlah harapan dan masa depan mereka. Jika akbar tidak menerima tulisan, di manakah peluang untuk profesor ini menulis. Tidak ada jurnal yang sanggup menerbitkan tulisan para profesor ini. Bayangkan, jika editor hiburan pun menolak tulisan profesor ini bermakna dunia intelektual mereka akan gelap.

Cadangan ini hampir-hampir diterima oleh kabinet. Tetapi jabatan berkaitan tadi dengan licik dan bijak telah menggunakan saudagar agama dari Utara semenanjung untuk menghidupkan cadangan agar sumpah laknat yang sepatutnya dijadikan simbol pelancongan tahun ini.

Hangpa nakkan bukti? Ni haa... buktinya...

Posted: 10 May 2011 08:00 PM PDT

Cara terbaru nak diamkan Anwar

Posted: 10 May 2011 07:00 PM PDT

Berita wajib baca...

Posted: 10 May 2011 05:00 PM PDT

Aku syorkan berita ni sebagai berita yang wajib dibaca sebagai menghargai dan mengenali lebih dekat blogger blogger upahan Umno yang memangnya jenis baling batu sembunyi tangan, tak dak teloq dan tidak bertanggung jawab atas laporan laporan mereka. Siap ngan boleh main tarik hand brek lagi... kahkahkah...

Blogger yang dikatakan antara yang pertama menyiarkan laporan konspirasi Kristian Malaysia sehinggakan akhbar penjilat Umno, Utusan Malaysia pun tanpa berfikir panjang terus main copy and paste dari blognya pada Sabtu lepas, iaitu blog marahku.blogspot.com, telah memadamkan semua posting yang berkaitan dengan isu komplot tersebut dari blognya. Semakan yang telah di buat menunjukkan semua posting kontroversi tersebut telah dibuang atau dihapuskan dari blog pro-UMNO tersebut.

Mungkin tetiba teloqnya jadi kecut berikutan 9 laporan polis telah di buat terhadap Utusan dan blogger tersebut. Penghapusan posting tersebut jelas menunjukkan pada rakyat sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut. Dalam posting blog-nya berjudul, "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?",? penulis menuduh DAP cuba untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan seorang Kristian untuk menjadi perdana menteri.

Setakat ni ja la blogger Umno punya pandai, sejauh tu ja la blogger Umno punya dakwaan... kena gempaq ja terlondeh kain... kahkahkah...

Tiada ulasan: