Muslimeen United |
- Inilah "Kerja Gila Babi" Pemimpin Umno...
- Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong
- Omar, Anak Osama: Tidak Ada Bukti Ayahku Sudah Meninggal
- Pandi Kutty - Apa Maknanya Bila Ada Orang Terasa?
- YB HUSAM MUSA : PETRONAS WAJIB KEMBALIKAN ROYALTI MINYAK HAK MILIK RAKYAT KELANTAN.
- Najib Yang Panik Rupanya, UMNO BN Kritikal, Gesa Pukul Gendang Perang
- Singapura Perlu Ramaikan Menteri Islam
- Kristian-Islam : Blogger pro-Umno Telagah, Gesa Bigdog Ditahan ISA
- PAS: Harga gula naik, PERMATA dapat RM111j
- Pengundi: Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan
- Terengganu Dah Dapat Hampir RM1 Billion Royalti, Kelantan Terus Disisihkan
- Islam adalah agama rasmi Malaysia, jangan pertikai lagi - Tuan Ibrahim
- Najib kena kreatif, jangan kikis wang rakyat
- "Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan
- Perlukah PAS mendengar NASIHAT Mahathir ?
- Penipuan berbahaya Utusan, cubaan terdesak UMNO
Inilah "Kerja Gila Babi" Pemimpin Umno... Posted: 11 May 2011 09:25 AM PDT Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam. Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya. "Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu. Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar. Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu. Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya." Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil. Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib. Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku. Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang. "Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT. Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009. "Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT. |
Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong Posted: 11 May 2011 09:24 AM PDT ALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini. Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah. Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit. Pada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai. Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra. Pada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman. Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang. |
Omar, Anak Osama: Tidak Ada Bukti Ayahku Sudah Meninggal Posted: 11 May 2011 09:23 AM PDT Seorang anak pemimpin Al Qaidah Osama bin Ladin mengkritik pembunuhan sewenang-wenang atas ayahnya oleh pasukan elit AS dan mengatakan ayahnya sepatutnya diadili di pengadilan. "Mengapa seorang lelai tanpa senjata tidak ditahan dan diadili di pengadilan sehingga kebenaran dapat didedahkan kepada masyarakat dunia?" tanya Omar (gambar) dalam sebuah pernyataan yang dikirim kepada New York Times. Anak keempat Osama bin Ladin, mengatakan, tidak adanya bukti berupa jasad dan foto, keluarga belum benar-benar yakin bahwa Osama sudah mati. Keluarga berpendapat bahwa pembunuhan Osama telah melanggar hukum antarabangsa, sedangkan diktator-diktator seperti mantan Presiden Irak Saddam Hussein dan mantan Presiden Serbia Slobodan Milosevic telah diberi kesempatan untuk diadili. "Kami berpendapat bahwa pembunuhan sewenang-wenang bukanlah penyelesaian untuk masalah-masalah politik dan pengadilan kejahatan untuk mencari keadilan harus dilakukan," ujarnya. Keluarga mengatakan, mereka menuntut sebuah penyelidikan mengapa Osama dihukum tanpa pengadilan dan menuntut pembebasan tiga orang isteri dan beberapa anaknya, yang diyakini berada di tahanan Pakistan. Pernyataan itu juga menyatakan keputusan AS untuk membuang jasad Osama ke laut telah menghilangkan kesempatan kepada keluarga untuk melakukan ritual keagamaan. Pertanyaan berkembang di seluruh dunia tentang kesahihan operasi AS, yang melanggar kedaulatan negara asing, mendakwa bahwa tubuh Osama langsung dibuang ke laut dan larangan penerbitan setiap foto jasadnya. -republika |
Pandi Kutty - Apa Maknanya Bila Ada Orang Terasa? Posted: 11 May 2011 08:36 AM PDT
Pandi Kutty - Kenapa Najib Begitu 'terasa', tanya Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail "hairan" kenapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu "terasa" terhadap perkataan 'Pandi Kutty' yang disebut suaminya pada satu ceramah Sabtu lalu. "Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'. Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri Ceramah Jelajah Selangor di Meru di sini malam tadi. Akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib. Berasaskan laporan Utusan itu semata-mata, Perdana Menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan itu. Najib semalam menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau. Tuduhan Perdana Menteri itu tersasar. Rakaman ceramah Anwar di Kelang oleh TVSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya. "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti," Anwar berkata di Dewan Hamzah Kelang. "Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," tambah Anwar di ceramah itu. Hari ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan. Menurut Azizah, Utusan gagal menurut tujuannya iaitu pembina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh dan fitnah seperti ini. Azizah turut merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu dimana bekas ahli PKR Aminah Abdullah meminta beliau bercerai dengan Anwar kerana video fitnah yang diuar-uarkan. "Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?," kata Azizah. Azizah kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.
|
YB HUSAM MUSA : PETRONAS WAJIB KEMBALIKAN ROYALTI MINYAK HAK MILIK RAKYAT KELANTAN. Posted: 11 May 2011 04:40 AM PDT
11 Mei 2011 Royalti petroleum Pembayaran Royalti Petroleum kepada Terengganu berjumlah RM 938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011 seperti yang disahkan oleh Menteri Besar Terengganu YB Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan. Pembayaran semula royalty minyak Terengganu ini juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna. Pembayaran kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan dalam hal ini sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganak-tirikan Kelantan atas faktor politik. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama. Pembayaran royalty ini, sebagaimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975. Justeru Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu. Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan. Bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, YAB Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalty minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu. Sekian terima kasih Dato Husam Musa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum. |
Najib Yang Panik Rupanya, UMNO BN Kritikal, Gesa Pukul Gendang Perang Posted: 11 May 2011 01:36 AM PDT PRU: Najib mahu Umno 'bunyikan semboyan, pukul gendang perang' Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. "Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya. "Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun Umno ke-65 yang akan disambut esok. Dipetik Bernama, Perdana Menteri (gambar) berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu. "Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu, maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. "Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya. Beliau berkata anggota parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya. Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota Umno silih berganti. "Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli Umno untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya. Najib berkata, dalam usia 65 tahun, Umno telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. "Pengalaman dan sejarah telah menjadikan Umno parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai Umno dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya. Najib berkata Umno dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. "Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa. "Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, Umno akan terus berjaya," katanya. -TMI Patutlah media massa arus perdana melenting sangat isu "Pandi Kutty" lalu dituduhnya Anwar menggunakan perkataan kesat tersebut terhadap Najib. Dituduhnya Anwar kian panik, lantaran itu terpaksa menyerang Najib menggunakan istilah "Anak Babi" tersebut. Rupa-rupanya yang panik iaah Najib, bukan Anwar. Jika tidak masakan Najib mengisytiharkan dan mahukan Umno 'bunyikan semboyan, pukul gendang perang' seperti berita di atas. Ia menunjukkan UMNO BN kini menggelabah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pasti tiba. UMNO BN sudah kehilangan "depositnya" di Sarawak. Mungkin di Sabah juga. Alahai.... UMNO BN mungkin dimasukkan ke ICU selepas ini... mintak nyawa... -GB |
Singapura Perlu Ramaikan Menteri Islam Posted: 11 May 2011 01:36 AM PDT Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong diatas kejayaan partinya mempertahankan kerusinya pada pilihanraya negaranya tempohari. Walaupun peratus undi yang diperolehi partinya PAP hanya 60 peratus, yakni merosot teruk sejak Singapura merdeka, namun mereka masih dapat mengekalkan majoriti kerusi mereka iaitu 81 daripada 87 yang dipertandingkan. |
Kristian-Islam : Blogger pro-Umno Telagah, Gesa Bigdog Ditahan ISA Posted: 11 May 2011 01:31 AM PDT KUALA LUMPUR 11 MEI : Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu. Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. "Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. "Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan. "Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya. Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama. Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah. "Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat. "Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya. Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog". "Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan. "Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya. Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Penganjur program itu, Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan. -TMI |
PAS: Harga gula naik, PERMATA dapat RM111j Posted: 10 May 2011 11:14 PM PDT PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN). "Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad. Alasan daripada kerajaan, tegasnya, ialah ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. "Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. "Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegas Idris dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, katanya, PAS hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah. "Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. "Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," tambahnya. Beliau menyifatkan sebagai dangkal alasan bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. "(Dan) kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula," tambahnya. -M'kini |
Pengundi: Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan Posted: 10 May 2011 11:13 PM PDT GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini. Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam. Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. "Pemuda PAS Selangor akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Sultan Selangor melalui memorandum yang akan diserahkan. Kita sedang berusaha untuk mengadap Tuanku Sultan dan surat telah pun dihantar, tunggu maklum balas daripada istana," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini hari ini. Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, kebanyakan pengundi-pengundi luar yang bertukar alamat ini mengesahkan bahawa mereka dipanggil pihak-pihak tertentu untuk mengundi di kawasan-kawasan tertentu tanpa kerelaan. Ujarnya juga, tambah mendukacitakan dan menyukarkan proses semakan apabila alamat lengkap pengundi-pengundi tidak menunjukkan sebarang nama jalan, nama taman perumahan dan nama lorong. "Siasatan dan semakan mendapati pengundi-pengundi yang bertukar alamat ini diletakkan dalam sesebuah rumah dalam jumlah yang ramai dan tidak munasabah serta pelbagai bangsa iaitu terdapat setengah pengundi Cina dan India dalam rumah yang sama begitu juga sebaliknya," katanya. Minggu lalu, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud juga menggesa SPR menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara atas talian(online) dan pejabat SPR negeri. Beliau berkata, timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap. Selain itu, Pemuda PAS Selangor turut membantah tindakan SPR mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos yang jelas melanggar peraturan dan akta SPR. Menurutnya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada SPR selangor untuk mendapatkan penjelasan namun belum ada sebarang maklum balas. "Kenapa PALAPES UPM didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan mereka belum lagi menjadi anggota tentera?" soalnya. Lapor polis Sementara itu, pemuda PAS Selangor juga akan membuat satu laporan polis berkaitan taktik Umno BN memberikan kerakyatan kepada 2,000 pengundi baru warga Indonesia. PKR semalam mendakwa Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, seramai 2,000 orang. Pemuda PAS Selangor juga mengggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR menjelaskan mengenai maklumat yang didedahkan itu. "Pemuda PAS Selangor berikrar tidak akan merelakan negeri ini digadai serta dicabul kedaulatannya daripada pihak-pihak luar yang bakal menjejaskan keharmonian dan kerukunan negeri Selangor daripada pihak-pihak yangrakuskan kuasa dan pangkat secara bacul serta tidak bermaruah," katanya. Dalam pada itu, nama-nama dalam surat Idris itu menyatakan bahawa ianya merupakan pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong dan terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan bekerjaya.-Hrkh |
Terengganu Dah Dapat Hampir RM1 Billion Royalti, Kelantan Terus Disisihkan Posted: 10 May 2011 09:03 PM PDT Terengganu Terima Baki Royalti Minyak Pada Jun KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dijangka menerima semua baki wang royalti minyak sebanyak RM118 juta daripada Petronas melalui Kementerian Kewangan bulan hadapan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM938 juta yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri. "Pembayaran pertama wang royalti berkenaan berjumlah RM670 juta telahpun dibuat pada Mac lalu manakala RM150 juta diterima minggu ini dan bakinya sebanyak RM118 juta dijangka diterima bulan hadapan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa sebagai menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) yang meminta penjelasan berhubung jumlah wang royalti yang telah diterima sehingga Mac 2011. Ahmad berkata, tiada perjanjian atau terma baru yang ditandatangani dan ia kekal dibayar lima peratus oleh Petronas melalui kerajaan pusat. Kepada soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berhubung penggunaan wang royalti oleh badan-badan kerajaan atau negeri-negeri lain untuk membina projek perumahan, Ahmad berkata tuntutan bagi perkara itu masih dijalankan. "Kita mahu lihat ada berapa bakinya dan selepas ini kita mahu ia diselesaikan sekaligus," katanya. - BERNAMA Terengganu diberikan bayaran royalti setelah ia diperintah semula oleh UMNO-BN. Tetapi Kelantan terus dinafikan hak royalti kerana ia diperintah oleh PAS. Memang dasar UMNO BN tidak menghormati federalisma. Jika Kelantan telah mengheret Petronas untuk mendapatkan semula royalti minyak, Pakatan Rakyat sepatutnya bertindak mengheret kerajaan pusat ke muka pengadilan juga, ke mahkamah antarabangsa kerana mencabuli konsep federalisma kerana menyisih dan menzalimi kerajaan Kelantan. Kepada semua rakyat, berdoalah agar Kerajaan UMNO BN tumbang lantaran kkezaliman dan kekejamannya itu. Takbir! -GB |
Islam adalah agama rasmi Malaysia, jangan pertikai lagi - Tuan Ibrahim Posted: 10 May 2011 08:51 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut. Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara. "Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak. "Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara. "Agama rasmi Persekutuan bermaksud agama rasmi Malaysia, ia sama sahaja sebab Persekutuan ini dibentuk dari negeri-negeri," katanya kepada The Malaysian Insider. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial. "Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi. "Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau. Mengulas lanjut kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Tuan Ibrahim berkata walaupun ada pihak mahu agama lain termasuk Kristian menjadi agama rasmi ia tidak boleh dilakukan kerana banyak prosedur yang terpaksa diikuti. "Kalau kita lihat sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan ia melibatkan Dewan Rakyat, perlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab itu bagi saya ini isu mainan yang sengaja diwujudkan untuk timbulkan keadaan kerana realiti ia tidak akan berlaku. "Kedudukan Islam (sebagai agama rasmi) tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu bimbang dengan isu-isu yang sengaja dibuat... Islam adalah agama rasmi Malaysia," katanya. Justeru beliau meminta supaya semua pihak agar tidak memandang serius perkara itu seperti mana yang dilaporkan Utusan Malaysia kerana ia sengaja "dicipta" untuk mewujudkan ketegangan antara agama. "Bagi saya ini bukan isu sebenar, ia adalah isu yang sengaja dibuat untuk menimbulkan satu suasana yang akhirnya memihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN). "Daripada tiada polemik jadi polemik, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku tapi sengaja dibuat," katanya sambil menambah, "bagi saya isu ini adalah isu yang sengaja dibuat untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu-isu sebenarnya yang berlaku." "Isu yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan kos hidup, kenaikan harga gula dan kenaikan harga minyak... ini adalah isu yang dialihkan supaya rakyat tidak tumpu kepada isu yang mereka hadapi," katanya. Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang ini, beliau tidak menolak isu-isu perkauman dan agama yang dimainkan Umno melalui Utusan Malaysia petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat. "Ini adalah bunga-bunga kepada persiapan pilihan raya umum sebab setiap kali isu perkauman dan agama dimainkan ia adalah tanda pilihan raya (sudah dekat) dan Umno akan mengambil keuntungan di sebalik perkara ini "Sebab itu, bagi kita, PAS dan Pakatan Rakyat sudah sepakat iaitu Islam agama rasmi, bahasa Malaysia bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu dipertahankan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan, ini adalah dasar bersama kita dan tiada yang mempertikaikannya baik PAS, PKR dan DAP," katanya. - TMI |
Najib kena kreatif, jangan kikis wang rakyat Posted: 10 May 2011 08:43 PM PDT PARIT BUNTAR, 11 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membohongi rakyat apabila menyatakan negara sedang mengorak langkah ke arah Model Baru Ekonomi (MEB) bagi merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi, mapan dan inklusif. "Rakyat tetap berpendapatan rendah, yang berpendapatan tinggi cuma beberapa kerat elit Umno, kewangan rakyat makin tertekan bukan sahaja selepas kenaikan harga minyak bahkan terkini harga gula pula dinaikkan," katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, rakyat Malaysia terus mengalami kesempitan berbelanja dengan pelbagai kenaikan harga barang dan lebih malang lagi Najib sebagai Menteri Kewangan tidak kreatif dan lemah untuk mencari alternatif perolehan wang negara. Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri menasihati Najib sekiranya mahu menjadikan negara sebagai wilayah berkedudukan lebih kukuh dan pesaing yang kompetitif di dunia, jangan selalu mengaut wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Menurutnya, usaha menarik subsidi adalah usaha kerajaan mengurangkan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat. "Janganlah sampai wang rakyat dari lapisan bawahan pun mahu dikikis, jadilah orang yang kreatif dan bukannya pengikis wang rakyat. "Apalah salahnya salurkan keuntungan Petronas kepada rakyat Malaysia setelah perusahaan minyak negara mendapat untung berlipat ganda apabila harga minyak pasaran dunia meningkat," jelasnya lagi. Katanya, Pakatan Rakyat telah menawarkan pelan untuk kesenangan rakyat untuk 100 hari pertama dan seterusnya seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bahawa rakyat akan mendapat pelbagai keuntungan apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat pada PRU 13 nanti. "BN bukan berhasrat menyenangkan rakyat tetapi menyusahkan cara hidup rakyat, kerana itu rakyat perlulah memberi harapan kepada PR demi untuk pembangunan dan pengagihan kekayaan negara Malaysia secara menyeluruh," katanya. -Hrkh |
"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan Posted: 10 May 2011 03:07 PM PDT Sultan Yang Prihatin SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik. Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra. Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan. Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru. Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam. Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi. Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana. Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V: > Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya. > Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah. > Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.) > Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..." > Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi. > Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal. > Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.) > Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi. > Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara... > Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu. > Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana. > Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik. Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya.... Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang nih. -GB |
Perlukah PAS mendengar NASIHAT Mahathir ? Posted: 10 May 2011 03:06 PM PDT APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu? Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno. PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi. Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat. Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya. Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga. Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu. Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu. Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya. Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu. Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu. Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang. Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah. Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya. Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir. Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar. Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50 tahun lagi untuk menumbangkan Umno. Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya. PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR. Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu. |
Penipuan berbahaya Utusan, cubaan terdesak UMNO Posted: 10 May 2011 03:03 PM PDT Pengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian. Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula. Rakyat Malaysia biasa yang akan dibebani dengan kos sara hidup yang juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat miskin lebih sukar. Anehnya, harga barangan selalunya akan naik berikutan kemenangan besar BN dalam pilihanraya. Laporan Utusan ini walaupun tidak munasabah, amat membimbangkan kerana motif UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sini jelas mengipasi ketakutan dan kebencian terhadap penganut Kristian. Begitu banyak laporan dibuat oleh pemimpin UMNO dan kumpulan sokongan UMNO meminta tindakan tegas diambil terhadap DAP dan para paderi Kristian. Seperti yang disangka, langsung tiada satu pun pemimpin UMNO yang menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Utusan atas fitnah dan pembohongan tersebut. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen merupakan kenaikan 10% daripada harga lama iaitu RM2.10 sekilogram. Kenaikan ini adalah susulan kenaikan sebelum ini pada Disember tahun lalu di mana kenaikan adalah pada kadar yang sama. Kenaikan ini merupakan sebahagian daripada pemotongan subsidi pertama daripada kerajaan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lalu, di mana ketika itu harga naik sebanyak 5 sen per liter untuk petrol dan diesel, 10 sen per kg untuk LPG dan 20 sen per kg untuk gula. Kenaikan ini juga muncul setelah kenaikan harga petrol RON97 meningkat sebanyak 20sen minggu lalu. BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat. Pertama, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi tiada sistem tender terbuka. Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumi. Minggu lepas, PBB telah memaparkan kaji selidik yang menunjukkan penurunan dalam kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini berikutan inflasi dalam harga makanan, petrol dan kekurangan iltizam politik untuk melakukan reformasi dalaman. Tambahan lagi, kenapa perlu bimbang dengan simpanan RM116.6 juta apabila kerajaan BN sepatutnya boleh menjimatkan RM19 bilion dengan menamatkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP). Daripada cubaan untuk menyimpan RM116.6 juta, Kerajaan BN boleh menyelamatkan 163 kali lebih banyak iaitu sebanyak RM19 bilion melalui penghentian subsidi gas untuk IPP. Pada tahun kewangan 2009, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi gas sudah mencecah sebanyak RM10.2 bilion. Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion. Utusan telah mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kenaikan harga dengan mewujudkan pembohongan dan fitnah yang berbahaya terhadap golongan minoriti. Dengan kegagalan untuk menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongan bahawa agama Islam berada dalam keadaan terancam, kerajaan BN telah menjadi penghasut kebencian orang Islam terhadap komuniti Kristian. 'Double-standard' sebegini daripada pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO dalam usahanya untuk menyebarkan pembohongan berbahaya dan melancarkan kempen kebencian terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan