Senyum Tangis Sendu |
- Biadap! Bakar Bendera Negeri Kelantan
- UMNO Lama dan UMNO Baru = UMNO Masa Depan
- Pertelingkahan Blogger UMNO
- Paksa Gadis Telan Heroin
- Kemalangan Maut
- Tembak Isteri Miang
- FAM Akan Disiasat FIFA Kerana Rasuah?
Biadap! Bakar Bendera Negeri Kelantan Posted: 11 May 2011 03:41 AM PDT Setiap kali ada perlawanan melibatkan Kelantan, pasti ada pasukan yang bertindak liar. Sebelum ini penyokong pasukan Kelantan telah dilabelkan sebagai ganas tetapi sekarang setiap kali perlawanan melibatkan pasukan The Red Warriors mesti ada perkara-perkara yang tidak diigini berlaku. Klik untuk pembesaran Malam tadi perlawanan Liga Super melibatkan pasukan tuan rumah Negeri Sembilan menentang Kelantan sebagai pelawat di Stadium Paroi, Seremban. Aksi yang kurang menarik dari penonton ialah membakar bendera negeri Kelantan walaupun pasukan mereka terikat tanpa jaringan dengan pasukan pelawat. Tindakan ini menunjukkan bahawa keganasan penyokong pasukan bola sepak tidak dapat dibendung lagi dan tidak boleh meletak kesalahan di bahu penyokong pasukan Kelantan. Perlawanan sebelum ini juga menunjukkan Perak menentang Kelantan juga berlaku sedikit kekecohan walhal Perak menang besar ke atas Kelantan. Bukan itu sahaja, perlawanan yang melibatkan Perak dan Kelantan juga mempunyai isu berkaitan penghinaan ke atas Sultan Mohammad ke-5 dan rakyat Kelantan. Adakah penyokong pasukan lain sudah "pandai" untuk membakar seperti yang berlaku di Shah Alam dan perlawanan yang melibatkan Negeri Sembilan menentang Kelantan pada pentas Akhir Piala Malaysia pada 2009 dengan kemenangan Negeri sembilan 3-1. Maka kejadian ini berulang di Paroi malam tadi. Apakah tindakan F.A.M terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang bertindak membakar bendera negeri Kelantan? Bendera ibarat daulat yang perlu dijaga dan jika kita sendiri membakar bendera maka kita juga sama seperti zionis. |
UMNO Lama dan UMNO Baru = UMNO Masa Depan Posted: 11 May 2011 02:00 AM PDT [ANALISIS] Hari ini, 11 Mei 2011 Umno menyambut ulang tahun ke-65. Tetapi melihat sejarahnya Umno yang ada hari ini bukanlah parti yang mewarisi secara sambung-menyambung daripada pertubuhan yang ditubuhkan pada 1946. Ini kerana pada tahun Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 itu telah diisytiharkan haram oleh mahkamah pada 1988. Umno yang ada sekarang sebenarnya adalah Umno Baru yang didaftarkan pada 13 Februari 1988. Ia kemudian berjaya menggugurkan perkataan baru itu dan selanjutnya diterima oleh mahkamah sebagai pewaris kepada Umno tahun 1946. Perbezaan antara Umno dan Umno Baru bukan sekadar dari segi undang-undang. Baik dari segi politik mahupun fahaman, terdapat perbezaan antara kedua parti bernama sama untuk zaman yang berbeza. Umno yang asal ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar sementara Umno kini adalah diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi memudahkan cerita sememangnya boleh dianggap terus bahawa Umno kini adalah sama dan lanjutan kepada Umno tahun 1946. Tetapi hakikatnya perbezaan fahaman antara apa yang diasaskan oleh Datuk Onn dan Dr Mahathir tentunya berbeza. Sememangnyalah setiap pemimpin Umno mencorakkan bentuk dan hala tuju parti. Tentulah Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir mempunyai perbezaan cara mereka mencorakkan Umno. Begitu juga dengan cara Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak memimpin Umno kini masing-masing mencorakkan perjalanan parti menurut cara tersendiri. Tetapi dengan menubuhkan Umno Baru, Dr Mahathir mendapat peluang untuk membentuk semula parti itu secara segar, hinggakan boleh dikatakan bahawa ia merupakan suatu usaha peremajaan semula parti tersebut. Maka, jika dikirakan bahawa parti itu kini adalah merupakan Umno baru, maka ia sekarang berusia hanyalah 23 tahun. Tidakkah ia merupakan peremajaan semula sedangkan Umno asal itu sudah tiada ketika ia berusia 42 tahun. Sepatutnya begitu. Atau mungkin peremajaan semula inilah yang menyebabkan parti itu dalam bentuk Umno baru membolehkan ia menyambung hayat perjuangannya bagi memenangi semula pilihan raya umum iaitu pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Tetapi cuba bandingkan kemenangan Umno yang lama dalam pilihan raya terdahulu iaitu pada tahun 1955, 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1981 dan 1986. Melihat sekali imbas pilihan raya yang dihadapi oleh Umno asal ialah kejayaan besar mereka berbanding parti yang kini. Dari segi kerajaan negeri juga, dapat dilihat bahawa kekalahan besar berlaku pada tahun 1959 apabila Umno kehilangan Kelantan dan Terengganu kepada PAS. Ia kemudian dapat mengambil balik Terengganu dari segi pilihan raya pada tahun 1964 dan Kelantan pada 1978. Sementara Umno yang kini pula kehilangan Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999. Walaupun ia berjaya meraih semula Terengganu pada 2004, tetapi ia kehilangan Kedah, Perak dan Selangor pada 2008. Justeru, apabila melihat prestasi pilihan raya, Umno kini tidaklah seberjaya seperti Umno asal. Dalam erti kata lain, apa yang dilihat sebagai peremajaan semula dengan penubuhan Umno baru pada 1988 tidak berlaku. Sememangnya dari segi fahaman dan matlamat perjuangan Umno tahun 1946 adalah sama dengan Umno Baru 1988. Tetapi tokoh-tokoh kepimpinannya berbeza. Dr Mahathir yang mengasaskan Umno Baru sememangnya berjiwa Umno asal kerana beliau terlibat dengan parti ini sejak awal lagi. Begitu juga dengan Tun Ghafar Baba yang menjadi Timbalan Presiden pertama Umno Baru. Namun kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pucuk pimpinan tertinggi Umno baru membuatkan ia berbeza dengan Umno dahulu. Walaupun kemudian kebanyakan pemimpin Parti Melayu Semangat 46 menyertai Umno Baru, yang akhirnya membolehkan parti itu dianggap sebagai pewaris terus kepada Umno asal, keadaan parti sudah berubah, bukan saja dari segi struktur tetapi juga kesinambungan kepimpinan. Keadaan ini berlaku walaupun Anwar disingkirkan daripada parti pada 1998. Para penyokong Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang disertai oleh banyak bekas penyokong Umno. Sebagai sebuah parti berbilang kaum tetapi dipimpin oleh orang Melayu, ia seolah-olah merupakan penjelmaan semula apa yang pernah diutarakan oleh pengasas Umno sendiri iaitu Datuk Onn. Sementara kemudian Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan PKN untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia mengimbau kembali kepada apa yang berlaku semasa penubuhan Umno dahulu. PRM adalah pewaris kepada Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sebuah parti Melayu kiri dan progresif yang turut menyertai Umno, yang pada mulanya merupakan gabungan persatuan-persatuan orang Melayu. Ia kemudian keluar dari Umno kerana parti itu dilihat sebagai konservatif, didominasi oleh bangsawan dan tidak memperjuangkan kemerdekaan sepenuhnya. Maka begitulah cabaran yang dihadapi oleh Umno akan datang. Walaupun katakan pada kemudian hari, PKR menjadi lemah atas banyak sebab tetapi tuntutan rakyat, termasuk orang Melayu sudah jauh berbeza daripada apa yang yang dihadapi oleh baik Umno asal tahun 1946 mahupun Umno kini yang berupa lanjutan kepada Umno Baru tahun 1988. |
Posted: 11 May 2011 12:15 AM PDT Rupa Bigdog (anjing hitam) yang buat kecoh tempoh hari Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
P/s: Bigdog ni memang macam anjing. Kasihan pada Barisan Nasional yang terpalit dengan tahi anjing besar ini. Papagomo pun tidak suka dengan anjing besar ini |
Posted: 10 May 2011 11:00 PM PDT SHAH ALAM: Taktik dua Awang Hitam menawarkan percutian percuma ke Macau, China kepada dua gadis berusia 21 tahun dengan hasrat menjadikan mangsa sebagai 'keldai dadah' tidak kesampaian apabila polis bertindak lebih awal menyerbu rumah suspek di Puchong, baru-baru ini. Menunjukkan ketulan kapsul dan dua peket plastik mengandungi heroin yang dirampas daripada suspek Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata serbuan dilakukan pada 6 Mei lalu selepas pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan intipan kira-kira seminggu. Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam ketulan kapsul dan dua peket plastik dipercayai mengandungi heroin gred tinggi seberat 372 gram bernilai RM28,000. Polis turut menemui satu ketulan daun mampat dipercayai ganja seberat 70 gram bernilai RM700. Menurutnya, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu mendapati suspek iaitu dua lelaki warga Nigeria berusia 27 dan 28 tahun yang juga penuntut di kolej swasta mengurung mangsa selama beberapa jam sebelum merancang bertolak ke Macau, China, pada keesokan harinya. "Berdasarkan siasatan suspek memperdayakan mangsa dengan menawarkan percutian secara percuma ke Macau. "Dua wanita tempatan itu bertemu lelaki Nigeria terbabit melalui perkenalan di sebuah kedai makan sebelum bersetuju dengan pelawaan itu dan pergi ke pangsapuri suspek sebagai persiapan sebelum kononya akan berlepas pada 7 Mei lalu. "Sebaik tiba di pangsapuri berkenaan kedua-dua wanita terbabit dipaksa menelan kapsul berisi dadah untuk diseludup ke China, namun disebabkan enggan melakukannya, mereka dikurung," katanya. Nordin memberitahu mangsa dipaksa menelan enam kapsul yang dibalut dengan pita pelekat supaya tidak pecah, tetapi mangsa yang juga pelajar kolej swasta enggan menelan kapsul terbabit. Beliau berkata, polis turut menahan seorang lagi wanita tempatan yang bekerja sebagai pereka grafik dipercayai mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Nigeria terbabit di pangsapuri berkenaan pada hari sama. |
Posted: 10 May 2011 10:00 PM PDT |
Posted: 10 May 2011 09:25 PM PDT KINARUT: Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam. Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi. Isteri polis terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Anggota forensik menemui kelongsong peluru di tempat kejadian Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya. Tindakan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis. |
FAM Akan Disiasat FIFA Kerana Rasuah? Posted: 10 May 2011 06:22 PM PDT KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA. Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009. "Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini. "Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan. "Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini," jelas Azzuddin semalam. Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe. Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas 'A'. Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini. "Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut. "Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab," tegasnya. Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan 'panas' berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak. Reuters |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan