Selasa, 10 Mei 2011

shalehudin

shalehudin


Hebatnya Melaka... haha...

Posted: 10 May 2011 09:00 AM PDT

Gambar menunjukkan para pelanggan lelaki dan wanita leka berjoget tanpa menghiraukan pelanggan lain menjamu selera... sumber: disini

Hebat betul la Melaka yang terkenal suatu waktu dengan sejarah kepahlawanan Melayu ni... Melaka sekarang tak serupa Melaka dedulu dahhh... Melaka sekarang telah jauh majunya berbanding negeri negeri lain kerana di perintah oleh BN yang memang maju dalam bidang bidang maksiat nih... kahkahkah...

Bayangkan disko dangdut pun boleh di ujudkan dalam sebuah ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di Alor Gajah ni... hebat... memang hebat. Tahniah pada KERAjaan Be End yang menggalakkan rakyat bermain suka suka maksiat nih...

Restoran dalam hutan tu menyediakan kemudahan karaoke sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi 'kelab dangdut rimba' dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.

Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar. Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.

Nanti korang kata ianya berita fitnah pulak, tidak... ini dipetik dari akhbar Harian Metro, akhbar dari kumpulan pak yet pak yet Be End la jugak... kahkahkah... tinjaun akbar tersebut mendapati para pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.

Panass... !!! Bibir Najib dah tak merah lagi...

Posted: 10 May 2011 07:30 AM PDT

Ini fitnah, ternyata fitnah... fitnah yang berjaya membuatkan bibir Najib tak kemerah merahan lagi... kahkahkah...

Satu berita fitnah telah bertiup kencang dari Perancis dan di ulang tayang pula oleh akhbar Keadilan Daily untuk memburuk burukkan lagi Najib sebelum menjelangnya PRU ke 13 nanti. Najib seperti biasa akan diam seribu bahasa kerana Rosmah yang akan mengemudi parti nanti bagaimana nak menepis segala tohmahan dari akhbar nyamuk ini. Umno? Umno ni biasa la, juga akan turut diam sejuta kata dalam dakwaan terbaru ini yang di bawa oleh Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael itu.

Menurut Cynthia, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis yang bernilai RM32.5 juta, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu. Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.

Lihat saja, inilah yang dikatakan berita fitnah... kahkahkah.... dah tak tau kepada siapa, tapi besar kemungkinannya dibiayai oleh kerajaan Malaysia... kahkahkah... Mereka mereka ni silap, mereka ni melakukan salah fitnah yang besar kalau menuding jari pada Najib, kerana aku amat yakin Najib tak terlibat langsung dalam soal rasuah merasuah nih... kahkahkah... tapi kroni dia yang terlibat... kahkahkah...

Wowww... jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi... satu untuk kau, satu untuk aku.... kahkahkah....

Mampuih la Umno kali ni nak tepis camana... kahkahkah...

Nak tunggu Umno tersembam sendiri?

Posted: 10 May 2011 03:30 AM PDT

Sekadar menanti Umno terjerat perangkap sendiri?
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak ramai bersetuju dengan rumusan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal dalam pilihan raya umum akan datang. Kecenderungan pengundi Melayu menjadi perbahasan menarik, manakala mood masyarakat Tionghua yang berterusan menolak BN seperti sukar hendak dilentur lagi. Rata-rata membayangkan pengundi India, walaupun masih tidak dapat menerima MIC, tetapi mungkin "ada yang berpatah balik".

"Bukan saja DAP yang untung besar dengan mengekalkan prestasi Mac 2008, malah mungkin dapat melonjak lagi," seorang pembaca dari Ipoh memberi respons kepada tulisan saya. "Dan jika tiada usaha luar biasa dilakukan untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu di luar bandar, terutama di kawasan bukan kubu tradisi PAS, saya juga percaya Umno boleh mempertahankan undi dan kuasa mereka," tambahnya.

Namun, seperti kata Perdana Menteri, Najib Razak, "selagi semboyan belum dibunyikan, persiapan (menghadapi pilihan raya) boleh ditingkatkan." Ya, biar segenting mana sekalipun kedudukan PAS, berdepan dengan pelbagai tipu helah dan gugatan mencabar, khususnya berkaitan senarai pendaftaran pemilih yang mudah dimanipulasi, segalanya masih boleh dipengaruhi dan diperbetulkan.

Namun, untuk menggagalkan usaha terancang BN itu, ia memerlukan kerja kuat, berkemahiran dan mempunyai dana mencukupi. Proses pendaftaran pemilih dalam sistem First-Past-The-Post (FPTP) memang terdedah kepada "kerja jahat" elit penguasa. Oleh itu, masih ada desakan agar reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan segera, antara lain memperkenalkan elemen sistem pengundian Proportional Representation (PR).

Mungkin proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, ala gerrymandering, tidak dapat dipraktikkan lagi disebabkan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, namun masih banyak ruang boleh diekspolitasi. Kadang-kadang ia sukar dihidu dan hanya dapat dikesan selepas pilihan raya, mengakibatkan pembangkang sekadar gigit jari.

Harakah telah mendedahkan komplot di antara Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya dirancang rapi bagi memindahkan pengundi ke kawasan strategik, menurut kepentingan parti itu, terutama di Selangor. Ini belum dikira taktik jahat memberikan kad pengenalan kepada warga asing, membolehkan mereka mengundi BN dalam PRU13.

Keghairahan (sebenarnya keserakahan) Najib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, untuk merampas kuasa di negeri termaju itu tidak boleh disembunyikan lagi. Tidak salah untuknya menawan kembali Selangor dan juga negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat tetapi biarlah "bertarung secara anak jantan".

Ia mengingatkan kita tentang taktik kotor Najib menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di Perak (waktu itu Pengerusi Umno Negeri) pada 2009. Rekod menunjukkan, hampir semua negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang, diambil alih BN (sebelumnya Perikatan) secara "keji" misalnya dalam kes Kelantan (1978), Terengganu (1961, 2004) dan Sabah (1994). Target berikutnya adalah Selangor. Operasinya berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain.

Melihat "permainan" Umno-BN terkini, mereka seolah-olah tidak mahu membuang masa lagi untuk meraih kepercayaan pengundi Cina yang dirasakan semakin menjarak, sebaliknya tertumpu untuk mengaut sebanyak mungkin sokongan masyarakat Melayu. Pengundi Melayu perlu dipindahkan ke kawasan yang mana BN kalah dengan majoriti kecil (lebih membabitkan kerusi PAS dan KeADILan) dengan membiarkan kawasan di sebelahnya yang mungkin sedia dimenangi DAP mendapat majoriti lebih besar.

Pokoknya, dalam sistem FPTP, menang dengan majoriti satu undi atau 10,000 undi tidak membawa apa-apa perbezaan. Oleh itu, Umno merancang untuk menyerakkan undi Melayu ke kawasan yang begitu diperlukannya, dengan andaian orang Melayu adalah asset buat mereka. Dalam proses gerrymandering selepas PRU1999, andaian Dr Mahathir Mohamad, pengundi Cina akan memberikan kelebihan kepada BN.

Akhirnya, strategi menyerakkan pengundi Cina itu, walaupun berjaya pada 2004, sehingga membentuk banyak kerusi campuran, telah "membunuh" BN pada 2008.

Pelawaan Najib agar PAS bekerjasama dengan Umno, dan meninggalkan Pakatan Rakyat (terutama DAP) juga dilihat mahu mengikat simpati umat Islam. Umno cuba mempamerkan watak "merendah diri", sekali gus mempersepsikan PAS sebagai parti "penuh kesombongan" yang menolak tawaran perpaduan. Meskipun dari segi jumlah penguasaan kerusi Parlimen, PAS berada di tangga terendah berbanding DAP dan KeADILan, namun ia tetap berada pada posisi paling penting dalam percaturan politik Melayu.

Strategis Umno cukup sedar hal ini. Justeru, perancangan secara halus difokuskan untuk melemahkan potensi PAS yang cukup membahayakan kedudukan Umno itu. Sekali pandang, seolah-olah Umno menghalakan sasarannya kepada KeADILan, tetapi bagi saya, yang lebih digeruninya adalah PAS.

Dalam pilihan raya umum 1999, PAS pernah mencipta kejutan apabila majoriti pengundi Melayu memihak kepadanya, terutama di negeri-negeri Malay belt, pengaruh PAS cukup dominan. Dan sekiranya pimpinan PAS berupaya menampilkan sosok parti itu yang meyakinkan orang Melayu, selain membetulkan persepsi salah mereka, dan dalam masa sama mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, tidak mustahil penguasaan BN di Putrajaya dapat ditamatkan.

Mengandaikan undi Melayu adalah "simpanan tetap" BN hanya mengundah padah buat Najib, apatah lagi dalam suasana kematangan berpolitik semua kaum makin meningkat. Bagaimanapun ia lebih banyak bergantung kepada ketekunan PAS untuk melakukan usaha luar biasa menawan hati dan membetulkan persepsi masyarakat Melayu dalam tempoh sesingkat ini.

Jaga woii... tersentuh pun kena samak nih... kahkahkah...

Posted: 10 May 2011 12:00 AM PDT

Kulit Khinzir Lebih Baik Disentuh Daripada Akhbar Ini
Oleh: wfauzdin_ns

"
BARU sekarang saya tahu mengapa sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini.

Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang disiarkan di dalam Malaysiakini berkenaan isu sensitif ini. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis.

Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa.

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu.

Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini.

Saya tidak akan merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya saya akan menyentuh kulit Khinzir./wfauzdin.blogspot.com"

Nyanyuk Mahathir buatkan Pakatan senang kerja

Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT

Tun Mahathir: Ingat I PM lagi!!! dah konpem...
Oleh Ustaz Saiful Bahri

Jenis manusia bongkak payah nak tobat. Orang lain buat semua salah, dia aje yang betul. Tun Dr Mahathir orang yang mempopularkan bahawa orang melayu mudah lupa. Kita ingat beliau yang darah cap mamak tak lupa. Hari ini Allah tunjukkan bahawa beliau juga pelupa. Beliau lupa bahawa Allah gelarkan kejadian manusia sebagai 'insan' itu kerana pelupa.

Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri. Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.

*************************************


Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Seri Najib Razak hanya wajar mengadakan pilihan raya umum tergempar tahun depan memandangkan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tambahan empat negeri.

"Ia (pilihan raya umum) tidak harus diadakan tahun. Bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri, kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas perdana menteri ini berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.
"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya.

Hari ini kata beliau, persekitaran semasa - perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. "Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak. "Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskpun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu," katanya.

************************************

Kita tak tahu pulak beliau pelupa. Rupanya dah nyanyuk agaknya. Beliau mengatakan bahawa perpecahan kini teruk berbanding zaman beliau? Bukankah beliau yang mengamalkan politik Machievelli atas dasar 'pecah & perintah'. Bukankah dizaman beliau orang melayu mula membenci UMNO. Dizaman beliaulah Umno diharamkan. Zaman beliaulah pecahnya Umno dan lahirnya Semangat 46. Zaman beliaulah lahirnya kezaliman. Bermulanya kronism, hancurnya sistem kehakiman, terkongkongnya media, rasuah berleluasa, pengadaian hak orang melayu. Zaman beliau juga lahirnya PKR. Daripada APU kepada PKR. Dizaman beliaulah orang mula meluat dengan UMNO. ISA bermaharajalela. Orang Pas ditukar, didiskriminasi, ditindas, dipenjara bahkan dibunuh. Perkapita SAR dirampas, Islam dihina, hukum Islam dipersenda. Makbulnya doa Arwah Fadhil Nor. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir akan dia melihat kesan dan hasil kejahatan tangan beliau.

Perpecahan kaum pula angkara siapa? Siapa yang membakar dan penasihat kepada PERKASA? Siapa yang meniupkan perkauman melampau selama ini? Kalau diberitahu kepada Tun Mahathir, beliau akan berkata: Eh! Ye ke! I dah lupa!!! Senang-senang diharapkan orang UMNO ambik baliklah Tun untuk jadi Presiden Umno semula. Berilah beliau peluang kedua?

Gerenti TV3 tak tau cerita gempar ni

Posted: 09 May 2011 07:00 PM PDT

Dalam bebanyak berita, pasti TV3 tak tau adanya berita ni... gerenti Utusan Meloya buat buat tak nampak adanya menteri kabinet Najib sendiri boleh berkata camni... kahkahkah...

Presiden APCO... oppsss... UPKO iaitu Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian... kahkahkah... boleh luruh jantung Perkasa, boleh pengsan pemuda Umno... kahkahkah... Wallawoii... berani betoi budak Kristian ni melawan tuannya...

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

"Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

"Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

"Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini," kata Dompok.

Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.

"Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing," katanya.

Bagaimanapun tegas Dompok, laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" tanpa mengesahkan kesahihannya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.

"Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Sesungguhnya doa yang dibuat itu adalah untuk kesejahteraan negara dan pemimpin-pemimpin," katanya.

Hambik kaw Perkasa... kahkahkah... woiii... buat la laporan Polis pulak kat menteri kabinet Najib nih... haha...

PAS musuh utama UMNO

Posted: 09 May 2011 05:00 PM PDT

Komplot Kristian: Apakah DAP sasarannya? Tidak…
Sumber Analisis Harakahdaily

Selepas kegagalan yang memalukan dalam agenda "1Melayu, 1Bumi", media tradisional Umno, Utusan Malaysia dan barisan blogger mereka cuba sekali memainkan isu yang cukup sensitif dan berbahaya untuk kestabilan negara dengan menuduh bahawa para pemimpin DAP berkonspirasi dengan paderi Kristian bagi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan membolehkan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri.

Di atas permukaan, DAP dan agama Kristian dilihat sebagai sasaran sebenar Utusan. Namun, harus diingatkan di dalam politik, kebanyakan drama hanya membenarkan penonton tepi jalan melihat apa yang hendak diperlihatkan – dengan ini bermaksud ada pihak yang inginkan rakyat percaya bahawa sasaran sebenar mereka ialah DAP dan juga Kristian.

Persoalannya, adakah begitu keadaannya?

Sudah tentu tidak. DAP hanya sebuah catur yang digunakan sebagai batu lonjatan untuk melumpuh imej politik musuh yang paling digeruni Umno di minda pengundi-pengundi kawasan pedalaman. DAP bukanlah musuh terbesar Umno. Ia juga bukanlah PKR.

Musuh terbesar Umno ialah PAS.

Sebab untuk setiap kerusi Umno, jika ia kalah, kebarangkaliannya besar ia akan menjadi kerusi PAS di kawasan-kawasan pedalaman. Selepas majoriti bukan Melayu meninggalkan komponen parti Barisan Nasional kerana kebiadapannya, Umno sedar bahawa talian hayat politiknya kini bergantung sepenuhnya di tangan pengundi-pengundi kawasan pedalaman.

Dengan alasan tersebut maka pengundi-pengundi kawasan pedalaman mesti di'cuci' minda sehingga melihat 'tiada pilihan lain' selain Umno. Dengan ungkapan 'tiada pilihan lain', ia bermaksud PAS mesti dibunuh dengan segala modal yang ada.

Membunuh DAP tidak akan membantu Umno untuk mengembalikan undi-undi bukan Melayu yang hilang, akan tetapi dengan melakar DAP seteruk parti syaitan, Umno berharap pengundi-pengundi kawasan pedalaman akan menekan PAS, ataupun lebih baik lagi memarahi PAS kerana sanggup bekerja dengan parti syaitan tersebut untuk menyingkirkan sebuah parti orang Melayu, Umno (bukan Barisan Nasional) yang sering digambarkan sebagai parti tunggal pembela orang Melayu di negara ini.

Bacalah analisis penganalisa politik Harakahdaily di bawah dan pembaca bolehlah membuat penilaian sendiri terhadap permainan terbaru Umno.

20 April:

Ekoran kejayaan DAP di Sarawak, editor Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menggesa Umno untuk mengepalai pergerakan kontroversial "1Melayu, 1Bumi". Ramai pemimpin Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah membela akhbar milik Umno tersebut walaupun menerima pelbagai kecaman daripada seluruh pelosok negara terhadap cadangan tersebut, yang dilihat bertembung dengan konsep 1Malaysia laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, penyokong kuat Perkasa memberikan amaran supaya Utusan dan Perkasa membatalkan hasrat tersebut kerana cadangan tersebut adalah tidak baik untuk negara.

Semasa mencadangkan pergerakan "1Melayu, 1Bumi" Zaini menulis bahawa DAP berjaya menyatukan orang Cina, maka tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

"Jika PAS degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini."

komentar:

DAP digunakan sebagai alasan untuk memaksa PAS untuk bersama Umno demi orang Melayu. Umno cuba menggambarkan seolah-olah PAS ialah parti Melayu yang 'pelik' di mata pengundi-pengundi pedalaman yang majoritinya orang Melayu.

Malah, Umno dan Utusan cuba menjaja idea bahawa kejayaan DAP di Sarawak ialah petanda bahawa orang Cina telah menolak kepimpinan orang Melayu.

Serangan ini dipatahkan dengan hujah ringkas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan membetulkan persepsi bahawa kejayaan DAP di Sarawak hanya membuktikan bahawa orang Cina telah menolak pemimpin Cina dalam Barisan Nasional (BN) kerana DAP hanya menang dengan mengalah calon Cina daripada BN.

Oleh itu, soal orang Cina menolak kepimpinan Melayu langsung tidak berbangkit, terang Tuan Ibrahim.

30 April:

Najib menyeru Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meninggalkan DAP dengan mendakwa bahawa parti tersebut tidak memperjuangkan Islam. Perdana Menteri juga menjemput PAS untuk menyertai Barisan Nasional untuk melaksanakan usaha memperkasakan agenda bangsa, agama dan negara.

Pada masa yang sama, MCA pula mengugut pengundi Cina dengan mengatakan bahawa parti tersebut akan menolak sebarang jawatan kabinet pada masa hadapan sekiranya terus tidak mendapat sokongan daripada kaum tersebut pada pilihanraya umum akan datang.

komentar:

Sekali lagi, Umno menggunakan DAP sebagai batu loncatan untuk membunuh persepsi politik pengundi-pengundi pedalaman terhadap PAS dengan menjemput parti Islam tersebut untuk menyertai BN bagi memperkasakan bangsa, agama dan negara walaupun mengetahui sepenuhnya PAS akan menolak usul tersebut sekali lagi kerana tidak mahu bersama memperjuangkan kemungkaran Umno dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Pencacai Umno, MCA pula secara diam akur dengan skrip politik Umno dan cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional akan menjadi kerajaan orang Melayu sahaja jika betul mereka menolak sebarang jawatan kabinet kerana orang Cina tidak menyokong mereka.

Secara tidak langsung, Umno dan MCA dengan sengaja membuka jalan kepada plot berbahaya dengan memberikan gambaran kepada pengundi-pengundi bahawa sebuah 'dikotomi berbahaya' akan wujud dengan kerajaan Melayu-dominan di satu sisi dan pembangkang yang Cina-dominan di sisi yang lain – dan semua ini terjadi kerana Pakatan Rakyat.

Kerana mengetahui bahawa PAS akan menolak sekali lagi dalam usaha ke arah menjayakan plot berbahaya tersebut, skrip politik telahpun disiap-sedia di mana Umno akan menuduh PAS lebih sanggup bekerja dengan parti yang dituduh syaitan oleh Umn iaitu DAP daripada bersama Umno untuk memperjuangkan nasib Melayu dan Islam.

Skrip tersebut juga menggambarkan Umno bersifat baik hati dengan melupakan persengketaan lama dengan PAS dengan jemputan tidak ikhlas tersebut tanpa menghiraukan fakta bahawa parti orang Melayu Barisan Nasional tersebutlah yang menganiayai kerajaan orang Islam PAS di Kelantan selama 2 dekad yang lalu.

Pada masa yang sama, Umno juga memberitahu pengundi-pengundi pedalaman bahawa parti PAS angkuh dan mengikut telunjuk DAP menyebabkan parti tersebut meninggalkan perjuangan membela orang Melayu.

Seramai lapan pemimpin tertinggi PAS, termasuk Murshidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang sinonim walaupun berasingan bahawa parti Islam akan kekal bersama Pakatan Rakyat dengan matlamat untuk mengeluarkan Umno dari Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

1 Mei:

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyeru PAS untuk meninggalkan perjuangan Islam jika parti Islam tersebut ingin menerima jemputan Najib untuk menyertai BN. Chua juga turut mendakwa bahawa Najib amat memahami pendirian MCA yang menolak dasar Islam PAS walaupun mengetahui bahawa perdana menteri menggunakan Islam sebagai alasan untuk kerjasama antara Umno dan PAS.

komentar:

Atas keceluparan dan sentimen anti-Islam Presiden MCA Chua Soi Lek (gambar), hasrat Umno untuk membunuh persepsi politik orang pedalaman terhadap PAS dipatahkan lagi akibat kesungguhan segelintir pemimpin MCA untuk menunjukkan kepada pengundi-pengundi Cina bahawa merekalah yang betul-betul anti Islam demi meraih sokongan.

5 Mei:

Utusan memainkan isu kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang menuduh golongan yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam.

komentar:

PAS sekali lagi ditekan kerana menolak pelawaan Najib untuk berkerjasama dengan Umno atas nama Islam versi Umno yang menghalalkan judi, menghalalkan penganiayaan terhadap negeri Islam yang lain dan menganggap rasuah sebagai sebahagian daripada amalan hidup.

Mufti mempunyai wibawa yang tinggi di kalangan pengundi-pengundi Melayu di kawasan pedalaman, dan oleh sebab itu, PAS terpaksa berhati-hati untuk mengatasi perangkap Umno ini dengan menjaga wibawa seorang mufti sambil menolak penyatuan dengan Umno supaya parti Melayu Barisan Nasional tidak dapat menggunakan sebarang alasan untuk sekali lagi membunuh persepsi politik pengundi-pengundi pedalaman terhadap PAS.

Sekali lagi, persoalan ringkas berikut daripada Tuan Ibrahim (gambar bawah) cukup untuk menghalang kemaraan Umno dalam isu ini.

"Sebagai seorang mufti, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.

"Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, samada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?"

7 Mei:

Utusan, Pembela, Perkasa dan Dr Mahathir semuanya memainkan isu konspirasi Kristian pada masa yang sama.

Malah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Informasi, Telekomunikasi dan Budaya Rais Yatim turut serta memberikan kredibiliti kepada komplot yang diwar-warkan tersebut dengan memberikan amaran kepada golongan yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

MCA, seperti biasa tidak terlalu berani bersuara dan membenarkan Umno untuk meneruskan plot jahatnya. Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai sekadar mengatakan laporan Utusan itu sebagai omong-omong tanpa memberikan sebarang kritikan terhadap Utusan yang memainkan sentimen yang berbahaya tersebut.

Menyedari permainan berbahaya Umno ini, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Hadi telah mengingatkan bahawa perjuangan bersama Pakatan Rakyat adalah untuk menjunjung perlembagaan negara, terutamanya Islam sebagai agama persekutuan dan bersama membidas permainan Utusan yang berbahaya tersebut.

komentar:

Seperti yang diterangkan Tuan Ibrahim, dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

Sebagai langkah untuk membetulkan persepsi pengundi-pengundi kawasan pedalaman, beliau turut mengingatkan bahawa sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.

"Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

"Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara," terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Jadi, jikalau sudah tahu perkara konspirasi Kristian itu tidak berasas dan tidak logik, mengapa Umno masih ingin mainkan isu yang serba berbahaya ini?

Jawapannya mudah – untuk mencipta satu 'common enemy' (musuh bersatu) yang tidak wujud di minda pengundi-pengundi Melayu di kawasan pedalaman supaya menekan PAS untuk bekerjasama dengan Umno untuk mengatasi kemelut buatan Umno ini.

Sekali lagi, segala plot yang Umno mainkan sasarannya ialah PAS, dan memaksa parti Islam tersebut ke satu penjuru supaya para pengundi Melayu pedalaman hanya akan lihat Umno sebagai satu-satunya pilihan yang ada untuk membela bangsa dan agama Islam pada pilihanraya depan kerana mereka tahu parti Islam tidak akan bersama mereka dalam kerja menfitnah dan menkucar-kacirkan negara.

Selepas plot menjatuhkan Anwar dengan video lucah gagal, Umno sekarang bertukar menggunakan DAP sebagai batu loncatan untuk memainkan sentimen pengundi-pengundi Melayu pedalaman terhadap PAS, dengan menuduh parti Islam tersebut tidak berupaya untuk mempertahankan mereka dan menjadi kuda tunggangan kepada bukan Islam yang mereka sering gambarkan sebagai golongan dominan di Pakatan Rakyat.

Dengan memainkan isu sensitif ini juga, ia juga menunjukkan bahawa Umno tidak selesa untuk mengadakan piliharaya umum sekarang ini, kerana dengan menggunakan Kristian sebagai mangsa untuk kenakan PAS, parti Melayu Barisan Nasional itu tahu bahawa deposit kekalnya di Sarawak dan Sabah akan terjejas lebih teruk lagi berbanding keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang lepas.

Dengan pengumunan Suruhanjaya Pilihanraya semalam bahawa ia sudah mula 0membuat kajian awal persempadanan semula kawasan pilihan raya, rasanya pilihanraya umum akan dipanggil selepas kawasan majoriti Melayu dipecahkan dan kawasan majoriti Cina digabungkan untuk membolehkan Umno memenangi lebih banyak kerusi dengan hanya bergantung kepada pengundi pedalaman.

Jadi, siapa lagi yang melihat DAP dan Kristian sebagai sasaran sebenar Umno? Untuk menumpaskan Umno, semua pihak berkewajiban untuk menyedarkan pengundi-pengundi Melayu pedalaman untuk menyokong PAS, yang kini semakin dilihat sebagai parti pengaman dan penstabil berbanding Umno yang suka mengkucar-kacirkan negara dengan sentimen berbahaya demi kepentingan politik.

Tiada ulasan: